Nak juga tu ...

Ini memang lumrah. Bila tengok orang buat kita pun nak buat sama. Orang buat sampai habis, kita buat separuh jalan aje. Dasar hangat-hangat tahi ayam. Excited aje yang lebih, bila dah mula, perasaan malas pun melanda. Mengada-ngada tau ~_^

Alkisahnya bila rajin berblogwalking, macam-macam cerita menarik yang dapat dibaca. Seronok dan suka gembira bila tengok orang lain buat aktiviti berfaedah dan meluangkan masa bersama anak-anak. Contohnya seperti dia, dia dan dia nih ... 

Bukannya ai tak pernah buat aktiviti dengan anak-anak cumanya kadang-kala sampai tak tahu nak buat apa bila ada masa terluang. Maklumlah anak-anak ai dua-dua superheroes, tak main mereka kalau Mommy nak ajak masak-masak. Kesian tau, kat rumah tu Mommy aje yang excited nak main dengan periuk belanga. Mommy aje yang teroverexcited, teruja alahai bila nampak peralatan memasak/dapur. My superheroes ni yang eldest spends more time on games and the youngest pulak lebih suka main bola baling ke segala maknek barang kaca/mudah pecah dalam rumah. Mereka berdua memang jealous kalau tengok Mommy tak buat apa-apa di rumah.

Jadi bila baca blog Mama tiga anak ni (hey, nak juga cakap yang dia bukan muda belia remaja lagi...) ai pun pergilah catwalk bershopping membeli barang nak buat aiskrim kat rumah (beli mould aiskrim aje tapi shoppingnya lama betul tau kata Hubbydearie) Bila balik rumah suatu hari yang indah itu, ai pun beriyalah mengajak dedua anak bujang ai tu pergi dapur tengok apa Mommy nak buat. Oh, alahai! Si Adik Cute peduli pun tidak. Si Bubbly Abang cuma tanya soalan-yang-berkaitan-dengan-duit-sahaja :-

"Mommy, kalau buat aiskrim macam ni, boleh jual tak?"

"Bolehlah ... tapi Abang nak jual kat siapa? "

"Kita jual depan rumah. Kalau ada budak-budak lalu, kita cakaplah rumah kita ada jual aiskrim!"

Gitu pulak jadi aktiviti buat aiskrim dengan anak-anak bujang ai ...

The next day bila balik kerja, ai jumpa satu batang aiskrim dalam bakul sampah dan satu lagi atas tanah di luar rumah (Mould tu ada empat batang kesemuanya). Terkejut gaban Mommy. Tanya kat Hubbydearie,

"Eh, you perasan tak kenapa benda ni kena buang?"

"Eh, bukan ke lepas makan buang ajelah!" (Aduhai suami tercinta, awak pun  sama juga ke?)

Mommy pun buat siasatan terperinci dan akhirnya dapat tahu siapa the culprit. Nak tahu siapa? 

Inilah  budak yang bertanggungjawab ke atas kerugian itu:-



Ok, lepas ni Mommy nak beli 10 set lagi kat Daiso. Tengoklah larat ke tidak dia nak membuang segala harta benda Mommy kat rumah tu!

Pada suatu petang yang tenang, Mommy terfikir nak ajak anak-anak bermain warna. Mommy pun keluarkan drawing blocks bagi seorang satu, crayon dan water colors bagai. Adik Cute senang aje. Yang ini dia memang sudah cukup mahir. Instead of his drawing block, dia warnakan ajelah lantai, sofa dan apa sahaja yang dia rasa patut ditukar warnanya. 

Oitt, tak boleh jadi macam ni! Menangis airmata darah pula nanti Mommy tengok hasil kreativitinya. 

Sekarang ni tengah berfikir aktiviti dalam rumah yang boleh dilakukan bersama tanpa mendatangkan kos-kos sampingan yang tiada kaitan dan tidak merosakkan keadaan rumah dengan lebih serius lagi. 

Ada pendapat?




 

Comments

  1. Nisa rasa 'home improvements' is a great way to spend time with your boys sementara you teach 'em about tools and life at the same time? And you kata that they like to play games? How about you learn how to play 'em so you can experience sebahagian daripada your kids' world?

    ReplyDelete
    Replies
    1. My eldest mmg suka all these lego stuff, games bagai. I ajak dia berbasikal di luar, dia tak minat. Should try your suggestion and tengoklah apa pulak hasilnya. Thanks, Nisa!

      Delete
  2. Hmmm...dee pun takde idea sis..sbb biasanya anak2 leka dgn benda lain..dee sibuk buat house chores..huhu..cuma bawak jalan tu dee rajin..especially menikmati keindahan alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa Dee. Akak pun sibuk gak tapi bila tengok orang spend time buat mcm2 benda dgn anak2 teringin juga nak buat yg sama tapi yalah, outcomenya mmglah berbeza. Anak akak yang besar tu dah hampir nak melekat ngan tab dia aje kat rumah. Dia kata nak jadi 'nerd' .

      Delete
  3. lego so much effective..
    drawing dah biasa sgt kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia suka drawing juga tapi terlalu banyak disogok dgn games, entah apa-apa nanti dia lukis.

      Delete
  4. kita anak perempuan semua kecoh dapur :) rasa mcm tk yah aaa diorang duduk di dapur ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu pulak ye? Rasanya mcm untung aje ada anak perempuan boleh sepakat selalu. Anak-anak saya ni memang lebih suka buat hal memasing.

      Delete
  5. haha sabo jer la.nk buat aktiviti dengan derang kena ikut minat derang la kot.apa kata mommy lawan game dengan abg,main bola sama dengan adik.hihi..

    ank sy aiman pun asyik dengan game,afia ni baby lg boleh la ulit2..kang dh besar buat hal sendri gak kot..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy kaki bangku lah ... Nak main game pun apa yg Abang suka Mommy rasa boring pulak. Adik tu mmg kalau layan dia sepahkan rumah mungkin boleh ngam ler.

      Delete
  6. Hehehe...sygnya dibuangkan...adoiii...

    Zaman sekarang mcm aktiviti blh dibuat dgn anak2,zmn ibu kita dulu buat apa ye dgn kita..?rasanya tkde apa kot...dah lupa zaman kecik dulu mcmana sbb mak sibuk bela anak yg ramai jd masa byk habis dgn adikberadik la...sian kat mak mak kita kan zaman dulukan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman mak-mak kita, sibuk dgn kerjarumah dan jaga anak yang ramai. Takda masa nak bersantai dengan anak-anak. Anak-anak pun pandai bawa diri masing-masing dan tak banyak cerita. Zaman sekarang ni, kalau tak tengok anak-anak selalu, tak luang masa dgn anak-anak, tak tahu apa aktiviti yang akan mereka lakukan tanpa pengetahuan kita.

      Delete

Post a Comment