Pelupa atau dah tua ni?

Salam pagi Jumaat semua *_^

Sebelum memulakan entri, salam takziah buat keluarga pegawai bank yang ditembak oleh jaga tak guna dua hari yang lalu. Semoga allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Alfatihah ....

Merah-merah mata I baca tentang kejadian itu. Memanglah jodoh, ajal maut di tangan Tuhan tapi kadang-kadang memang tak disangka-sangka pula pengakhirannya. Mungkin itu bahagian beliau. 

Geram betul dengan jaga tak sedar diuntung tu. Doanya cepat-cepatlah kena tangkap dan terima balasan yang setimpal.

Alright, tak mahu kisah sedih untuk Jumaat yang indah ini. Back to my main entri  selepas selingan ... ^_^

This happened recently. 

Tak tahulah kenapa ....

Biasanya bila ke tempat kerja memang akan bawa dua beg. Satu beg tangan dan satu lagi beg untuk bawa segala macam sampah-sarap. Sebenarnya beg yang kedua tu tak begitu penting pun. Kalau ditinggalkan di rumah pun tak apa. Tapi dah naik sedap pegang dua beg kiri kanan, itu yang kena bawa juga. 

Satu pagi singgahlah sekejap di 7-11. Bubbly Abang suka sangat makan roti hot dog yang dijual di 7-11. Jadi Mommy yang mithali ni setiap pagi akan pergi mencari. Roti tu  tak selalu pun ada dijual. Kadang-kadang sampai dua, tiga 7-11 outlets yang I terjah semata-mata mencari keinginan si anak. Kalau jumpa memang I borong semuanya sampaikan dah terbiasa budak cashier kat 7-11 tu sengih-sengih kat I sambil berkata, 

Cukup ke ni, kak?

Tak pedulilah ya. Janji apa anak nak makan, Mommy dah fulfilled. 

Bila dah menyinggah di 7-11 ni mestilah ada beg plastik lain. So pagi tu, kononnya tak mahu berbondong-bondong bawa beg, I pun satukan ajelah semuanya dalam beg yang kedua.

5 minutes before lunch, I dah get ready nak ca-alip-but. Yalah, lunch break cuma an hour aje. Tak sempat nak touch up, window shopping dan menternak kolesterol dalam badan tau.

Tetiba cari kunci kereta tak jumpa. Puas cari dalam locker, dalam drawers, dalam semua beg yang dibawa pagi tadi  tapi tak juga jumpa. Dahlah pagi tak sempat breakfast. Perut dah berkeroncong minta diisi dengan makanan lemak berkrim sesegera mungkin. 

Tetiba teringat nak check kat kereta. Matilah kalau tertinggal kunci dalam kereta. Kalau Hubbydearie tahu memang sah kena marah sebab careless sangat. Lagi satu, I ni memang suka sangat kemas kereta sebelum masuk pejabat lepas tu letak kunci atas kerusi sambil kaki terkial-kial menahan pintu jangan sampai tertutup tanpa diduga. Duh, memang semput kalau tertinggal atas kerusi. Kunci spare takda pulak!

Lenggang kangkunglah mak minah pergi ke parking area. Dahlah mak minah ni rabun. Silau matahari pulak buat sakit mata aje tau. Belek-belek rupanya ada elok aje kunci kat stereng kereta. I pun apa lagi dengan ganasnya cuba buka pintu. Walla...nasib baik pintu kereta tak terkunci!

Alhamdulillah! 

Tapi dek kerana dah terlewat nak gi lunch/window shopping/make-up-ping, I dok bertafakur depan komputer ajelah. 

Bila diingat-ingat balik terasa macam ada lapse aje dalam otak ni. I langsung tak ingat what happened from the minute I came out from my car and cleaned up the stuff. Terus blank...

Itu tanda-tanda umur dah meningkat tua ka? 


P.S. Semalam saya tersilap kereta. Masalah betul kereta sendiri pun tak cam. Bukan main lagi menekan kunci kereta dengan penuh sifat keperempuanan dan nak masuk kereta orang. Nasib baik saya seorang, takda yang nampak kekalutan yang berlaku. Merah padam gak muka dek terik matahari dan malu. Masalahnya kalau kedua-dua kereta yang dok sebelah-menyebelah dari brand yang sama takpa jugalah. Ini ...  eh, boleh terperasan nak gi masuk kereta mewah orang pulak!

Hehehe.... 



Comments

  1. salam mummy..saat ini saat lupa pada saat di dapur nak masak pergi ke peti aias pastu dok cakap2 dg anak bila dah tuju peti ais dah lupa.siap tepok dahi dan cakap pada diri aku nak amik apa tadi haaa

    umur dan 30 ni lopos teros22x

    bila agknya saya dpt br fb dg admin? cari saya surihatiku_ku voleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah bila usia dah merangkak 'tua' kan.... Nanti kalau saya upkan fanpage saya beritahu ye...

      Delete
  2. Nasib baik kereta tak kena curi ! Dah siap ada kunci kat stereng,pintu tak berkunci...kalau perompak nampak,senyum lebarrrrrrr dia :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mengundang 'jenayah tak dirancang' Masya allah, minta dijauhkan hendaknya! Saya susah hati kalau pintu kereta terkunci, mahu kena balik kerja naik bas.

      Delete
  3. mungkin atas umur yg semakin meningkat...tp mummy kelakarlah mummy boleh tersalah naik kereta ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal....nasib baik belum naik kereta Ema. Baru test test power tekan kunci kereta. Kereta saya kat sebelah, saya pulak sedap aje menonong nak buka pintu kereta mewah orang punya!

      Delete
  4. biasa sifat pelupa tuh kak.. maklum lah umur dah meningkat..
    ke makan semut byk sgt.. hahaha.. jgn marah yer... gurau2..
    Lyn pernah gak lupa kunci kereta kat rumah, nasib baik dlm garaj. klu idak.. tak tau lah ape jdi.
    a few times gak. dan sekrg kat mana selalu double check. takut tak kunci plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu tak pasti Lyn, entah berapa banyak telah tertelan semut tanpa disengajakan coz mata rabun dan biasanya bila minum air sambil buat kerja, main terus masuk mulut aje mug tu...hahaha... mungkin gaklah kan!

      Delete
  5. singgah baca & ucap terima kasih mendoakan Adik yer

    ReplyDelete
  6. biasa la tu..dan biasa juga bila dikaitkan dengan faktor umur..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi masa saya kecik dulu pun rajin aje mamai, buat benda bukan-bukan...tu mungkin faktor tak matang lagi..sekarang ni faktor umur terlebih matanglah agaknya :D

      Delete
  7. Kena byk makan kismis kot.sy pun pelupa tahap teruk gak.pegi fotostat sijil smp sebulan br sedar sy tertinggal kt kedai fotostat.nasiblah adik kedai tu simpan.dh la dokumen penting.kunci rumah phn penah tinggal kt kedai tu.hehe

    Agaknya kale kereta tu sama kot.klu wana lain sah dah tertu.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, warna kereta sama cuma jenama berbeza.

      Masa kecil-kecil dulu memang kurang makan kismis kot tu yang dah tua jadi pelupa. Just blank macam tu aje kadang-kadang. Puas nak mengingat tapi tak boleh...

      Delete
  8. Awakkan muda lagi MD.....so bukan faktor usia namanya....hehe itu namanya kadang kadang lupa hehe. .
    Biasalah MD okje pun pernah lupa macam tu gak....tp tak mo ngaku faktor usia weyh...hehe... Banyak mikior teman atenya hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu OKje. Banyak sangat berfikir sampai boleh jadi pelupa. Alahai, saya tak kisah kalau orang kata dah tua. Nak apalagi kan....anak pun dah dua...hahaha..

      Delete

Post a Comment