Penghargaan dariku untuk mu ...

Eei, jiwang karat pulak tajuk ni. Tak sesuai langsung untuk mommy to start the day. Tapi apa nak buat, takda idea sekejap. Blank tetiba... Oklah kan,  sesekali menjiwang tapi tak jiwang!

Semalam terbaca dalam satu blog ni tentang sesuatu. Tak perlulah I jelaskan di sini. Tapi memang betullah bukan mudah nak memuaskan hati semua orang. Lagipun bila berblogging, kita tak boleh paksa orang untuk menyukai blog kita. Tidak semua orang suka dengan apa yang kita tulis. Masing-masing mempunyai sikap yang berbeza; rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Tetiba pula terasa nak mendedikasikan satu entri untuk the first batch of bloggers yang I kenali ketika sibuk buat kunjungan muhibbah. Well, I don't know any of them personally but I love to read their writings. Macam yang pernah I kata dulu, the more santai the blog, the more interest I nak membacanya. I blogwalking kerana nak menghilangkan rasa bosan dengan rutin seharian and of course I tak baca perkara-perkara yang too much serious pada pandangan mata kasar I yang tak berapa pandai nih.

Bila hati dah berkenan,  tentulah I akan sering berkunjung tanpa diundang. Seronok membaca satu hal, dan mungkin yang sudah tahu, I ni memang suka tinggalkan jejak. Sebabnya seperti yang pernah I katakan dulu

Of course my interest in blogging bermula di sini. Tak perlu pengenalan lagi kerana she is a famous blogger. Dari sana, I  singgah ke sini dan juga sini. *_^

1. Si Lyn ni kecil molek orangnya. Tulisannya memang santai. Katanya kuat makan tapi bukan salah diri sendiri tetapi keadaan sekitar yang banyak mempengaruhi. Untungnya ada kadar metabolisme yang tinggi; walaupun rajin melantak bila balik rumah emaknya tetap juga maintain saiz pinggang tu. Walaupun tak pernah kenal in person, she looks like a caring daughter, sister and makcik aunty. Nasib baik Hubbydearie tiada adik beradik lelaki yang single mingle lagi. Kalau tidak boleh rekomenkan. By the way, lupa pulak nak tanya, betul ke belum berpunya lagi? ^_^

Thanks Lyn kerana from her blog, I start jenjalan cari makan to my next pit stop ...

2. Bila namanya mak budak, entah kenapa interestnya memang terarah ke blog mak-mak budak juga. Cuma ada dua bapak budak yang I baca blognya ketika mula berblogging. Dia ni katanya blogger gila glamour. Sungguh bagai dikata! Salute sebab dalam blognya sentiasa berupdate dan seronok membaca entri yang pendek (tak macam my entry yang beratus-ratus kilometer panjangnya) Bila dia menulis, macam sedang duduk face to face dengan tuan punya blog mendengarnya berbicara. Katanya nak jadi among blogger terhebat. Insya allah semoga tercapai sebab nampaknya beliau memang rajin berusaha. (Eh, awak ni macam satu state aje dengan saya....nampak tak kejawaannya di situ... hahaha... gurau aje ye jangan merajuk, buruk bila bapak budak merajuk... )

3. Mak yang ini, macam ada tarikan magnet untuk I ke blognya. Anak beliau seusia dengan my Bubbly Abang. Sungguh banyak keletah dan kerenahnya. Seronok tahu bila baca kisah mak dengan anak ni (for me lah ye...) Melentik-lentik bulu mata I sambil tersenyum simpul sambil membaca kisah anak daranya tu. Katanya tak berapa sihat sekarang, insya allah doa saya supaya Adik akan cepat sembuh seperti sedia kala. 

4. Yang ini satu lagi blog belongs to bapak budak. Tulisan beliau ni teratur aje tapi yang paling I suka sekali gambar-gambar yang diambil. Memang cantik pada pandangan mata I yang tak berapa bijak dalam hal-hal fotografi ni. His blog is very simple and easy for me to read. So, when I am happy, I will always berkunjung gitu. But then macam biasalah bapak-bapak dengan mak-mak memang berbeza sedikit. Mak-mak ni lebih santai kot orang-orangnya. So, bila bapak-bapak menulis perkara yang serius (as for me serious tu like pasal komputer, menjana pendapatan, buat duit lebih and bla, bla, bla...) kadang-kadang I baca, kadang-kadang I skip jelah yek! *_*

5. Mak yang ini memang I suka sebab baby girlnya alololo...comel betul. Ingatkan nak buat menantu tapi tak cukup umur pulak. Tak pasal-pasal nanti kena masuk court keluar court. Anak tak akil baligh dah sibuk nak dicarikan jodoh...hahaha... 

Her chubby boy pun aduhai suka sangat tau ambil gambar 'seksi-seksi' gitu. Lemas jiwa raga I melihatnya .... After all, memanglah I suka pergi berkunjung rumah mak-mak budak yang lebih kurang macam Bubbly Abang dan Adik Cute.

6. Blogger yang ini (wah, I panggil you blogger tau bukan mak budak) katanya dah sendu tapi bila  tengok rupa, eh jelita gitu! Suka sangat nak bermanja dengan Arjunanya tapi katanya tak dilayan sangat. Yalah dah katanya bercinta bagai nak rak masa zaman sekolah-sekolah dulu sampai sendu sekarang, gitulah kaedahnya. Kalau menulis memang santai habis tapi she is so, so, so happy go lucky. Nampak ceria aje. Belum baca lagi, I dah senyum siap-siap. Bila baca, I ketawa terbahak-bahak...eleh bukan ada yang nampak pun I tersengeh macam kerang busuk.

7. I berkunjung sekali ke sini dan tak tahu entah kali keberapa buat kunjungan baru I terperasan beliau add my blog kat bloglistnya. If I'm not mistaken, I didn't even request. Wah, terus berbunga-bunga hati, kembang kuncup lagi. Yalah, beliau dah lama berblogging, I pula orang baru. Bila kena add by 'senior' ni, terasa kembang semacam aje jiwa-raganya. Thank you, Rasp.

8. Dia ni memang I suka. Rajin betul melayan kerenah anak-anaknya. Suka main masak-masak kat rumah. Kadang-kadang tu I copypaste menunya nak buat di rumah. Al malang sungguh, response yang diterima daripada my sons memang jauh berbeza dengan anak-anak si Lizz ni. 

9. Mama seorang ni memang suka berposing dengan anak-anak daranya. Sama naik mak dengan anak-anak ^_^ Tapi walaupun sudah ada tiga anak, cemburu sungguh melihat kerampingan badannya. Katanya berdiet sampai turun berkilo-kilo. Ke kadar metaboslime memang turun mendadak bila sibuk berposing depan cermin ni? Gurau aje ye ... 

10. She looks like a very simple person. Dia ni ada geng sekepala yang se'rainbow' semuanya. Katanya semua kenal kat alam maya. Wah, seronok gitu. Mana sangkakan boleh jadi kawan baik walaupun berkenal-kenalan di alam maya. Dari sini, I jumpa semua geng 'rainbow' nya yang quite close to each other nampaknya. 

Well, it is not the end actually....

Ada ramai lagi nice people with a beautiful heart di luar sana yang I jejak melalui blog masing-masing. To those yang sudi menerjah my blog, reading my lengthy entries till the end and try to get to know the owner, thank you very much. I menghargai each one of you. Lain kali bila buat another appreciation, insya allah I will add lagi ye. 



Comments

  1. Rasa mcm x percaya bila dpt appreciation mcm ni, membaca n3 satu persatu, clik satu demi satu hinggalah smpi yg ke 3. tup2 aduhai masuk ke blog KA sendiri.... TQ so much sudi singgah & membaca di blog KA yang merapu & tq so much terus mendoakan Adik. Alhamdulillah Adik dah beransur sembuh berkat doa rakan2 semua !. Again tq for this n3 n I really appreciate this yer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, KA. Sebenarnya sayalah yang patut ucap terimakasih kerana KA sudi singgah selalu di sini. Berbunga-bunga hati saya ni tau maklumlah orang baru kan...

      Delete
  2. Yuhuuuuuu......lenggang kangkung sambil hati berbunga bunga riang ni, mak datang hehe......
    Kaedahnya bila orang menulis tentang kita, 10 x lew mak baca tak jemu jemu hehe....
    Komen sikit baca balik, komen sikit baca balik part yg no 6 tu hehe.... nampak sangat keterujaannya tu hehe
    TQ MD....okje pun enjoy baca ur entry.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shhhh...janganlah kuat-kuat happily jerit mak datang tu...Cakaplah 'akak datang nihhhh' barulah tak sendu sangat, OKje :D Yalah MD ni aje yang junior among the seniors (dari segi pengalaman menulislah) but then MD rasa memang entri MD the longest among semua, kan, kan, kan....

      Terima kasih ya OKje sudi singgah kat my luxury triple storey shoplot bungalow house ni...dah, dah, dah mula dah nak merepek!

      Delete
  3. thx kak for sharing the story too.
    ramai yg lyn kenal melalui blog saja, ada yg dah jumpa & ade yg belum. macam kita lah kan tak pernah jumpa. kot lah satu hari nnti..
    kelakar baca lyn punya description tuh. hahaha kuat makan kan. hehehe.
    so far belum lagi berpunya kak, klu sudah sure dah kawin. hehehe. nape nak rekemon kan ker.. meh hantar resume hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, Lyn. Betul ni tak tipu, lepas masuk RM, terus click tulipmalam gitu... namanya pun pengomen tegar,kan.

      Dah berpunya tak semesti berkahwin, sayang. Itulah pasal nak rekomen takda pulak keponakan yang tinggal. Tapi kalau kena hantar resume, tang tu akak malas nak masuk campur...hahaha...

      Nantilah mana tahu masa tetiba katanya nak kahwin, jangan lupa jemput akak ya!

      Delete
  4. lupa lak nak tambah.......walaupun jenuh beratus ratus kilometer entri u tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, OKje ada add on gitu.... Dari sini tau MD dah nampak OKje senyum lebar betul! Baik-baik nanti mulut tu tak leh tutup dah terpaksa MC menulis. Hehehee....

      Kalau MD buat entri pependek, takut ada lak yang urut dada terkejut. Apa-apapun, thanks again sebab you suka, I lagi suka you...... :D

      Delete
  5. oooopppssss blushing i ok....
    tengok syiok layan setiap blogger yg tersenarai...
    tetiba aiiikkkk namaku diseru auuuuwwww.....blushing!
    tq tq tq diberi penghormatan gitu...truly touched and honored!
    shy shy i dibuat u hehehehehehe...blush semula....


    mmg tak terfikir kan tru blogs we can meet so many wonderful people...
    like me meeting you, my lovely 'rainbows' and many other wonderful people...
    feeling blessed and honored...
    and sapa tau insya Allah one day kita terdatings kannnnnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, sis. Mungkin agaknya kita pernah crossed path tetapi of courselah tak kenal, kan. Hopefully boleh pergi to the next level and getting to know each other :D

      Delete
  6. wah tq atas penghargaan ini..sgt terharu tau...speechless smp dh tak tau nk komen apa dah.haha

    sy pun suka baca entry santai2 macam ur blog..first time masa sy balas jejak dtg sini baca entry terus terpikat.terus masuk bloglist gitu..sila percaya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, PK. Ni cuba nak ambil hati bakal mak mertua anak...hahaha...
      Well, thanks so much kerana sudi baca, sudi add mine kat your blog and bertahan tanpa tersungkur bila membaca entri saya yang takda fullstop nih...

      Delete
  7. Tq dear..baca sambil senyum melerek-lerek tau..kita pun suka baca blog mummydearie ni tau..itulah seronoknyer blogging .kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to Lizz juga. Seronok tengok Lizz melayan anak--anak dan main masak-masak. I pun tak mampu nak ikut sangat rentak anak-anak nih.

      Delete
  8. Salam MD

    bestkan dpt berkenalan di alam maya ini...kdg2 kita terasa mcm bertandang di rmh tuan blog bila baca entry...moga perkenalan MD dn yg lainnya bertambah erat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, insya allah WA. Harapnya kita pun boleh lebih mesra lagi tapi WA kena tahan sikitlah membaca entri saya yang tak reti nak abis-abis nih :D

      Delete
  9. seronokkan berbloging ni..dpt jmpe ramai kwn di alam maya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...kalau saya tahu, dah lama saya aktif berblogging. Rasa seronok aje bila selalu saling bertandang. Macam dah kenal lama pula walaupun tak pernah jumpa pun :D

      Delete

Post a Comment