Siapa lagi emo?

Di rumah I sekarang ni bukan I seorang aje yang terjerit terpekik. Ada pulak rupanya pengikutnya. Si Adik Cute ni sudah mendapat gene yang sama daripada Mommynya. Dia jealous sungguh kalau pitching I aje yang ke laut. Sekali-sekala, nak juga dia lawan sama Mommynya ^_^

Sedihnya Mommy tak dapat nak menyembunyikan rasa tension dan bersalah yang amat kerana tersilap mendidik anak dengan ajaran yang tak baik. Bila I marah Adik, dengan selambanya dia akan menjerit. Bila bergaduh dengan Abang (dah pandai lawan bergaduh si kecil ni dengan Abangnya yang gagah perkasa tu) dia pun start menjerit.


Bila apa yang dimahukan tak diberi, dia pun mula menjerit. Memanglah Mommy dah tension gila terutamanya apabila di luar rumah. Mommy punyalah control wanita Melayu terakhir, tetiba sampai kat part Adik Cute, dibantainya menjerit 24-7 kalau tak ikut kemahuannya. Nak nangis-nangis rasanya Mommy. 



Memang sangat berbeza si Abang dengan si Adik. Abang tu lebih soft orangnya walaupun ganas melasak. Abang tu depan Mommy, Daddy dan keluarga terdekat memanglah sangat 'mengganas' tetapi bila di depan strangers, sopannya ya amat. Kalau ada yang Mommy kata melukakan hatinya, menangislah dia... meleleh-leleh air mata. Tapi janganlah dipujuk, memang meraung-raung tak ingat dunia. Mulalah keluar statement emo nya,

You know I can't live without you, Mommy!
I can't imagine living without you, Mommy!


Kang dengan Mommy sekali berendam air mata, berpeluk-pelukan anak beranak. 

Si Adik, oh minta maaflah. Dalam hati Adik memang tak tanam bunga nak buat taman. Adik tak main benda kecil-kecil ni nak nangis mendudu-dudu. Kalau Mommy pukul tangan Adik, Adik akan cuba pukul-pukul lari tangan Mommy.

Lagipun Adik belum fasih sangat bercakap, so takdalah terkesan manapun kata-kata Mommy. Tapi bila sekali menangis, memang sepelaung jugalah kedengaran sambil berjurai-jurai air mata. Endingnya nanti, Mommy juga yang emo lelebih.

Abang pun kalau Mommy marah Adik cepat aje dia nak back-up. Kadang-kadang ditanyanya pada Mommy,

Kenapa Mommy marah Adik? Kesian Adik tau...dia kecil lagi! Kalau Abang takpalah Abang dah besar... Adik kalau sakit pun tak pandai nak beritahu lagi!

Gitu pulak jadinya...

Kalau Abang yang marah Adik itu takpa sebab katanya, nak bagi Adik ada disiplin sikit sebab Adik nakal sangat. 


Nampaknya Mommy semakin kehilangan kuasa veto di rumah. Daddydearie jarang nak marah. Kalau apa-apa berlaku di antara Mommy dengan anak-anak, mereka akan lari ketetel mendapatkan Daddydearie. Lagipun Daddydearie jarang tinggikan suara, tapi kalau sekali amarahnya membuak, satu rumah senyap. Memang sunyi sepi cicak pun tak berani berbunyi langsung.

Mungkin jugalah sebab Mommynya suara dah takda siapa nak worry so much kerana dah macam suara Rihanna ataupun Taylor Swift aje bila gelombang nyaring tu masuk dalam telinga masing-masing.

Mommy rasa macam nak lari-lari anak keliling pokok bungaraya macam dalam filem Hindustan (eh, sekarang dah tak famous Bollywood kan, semua nak K-pop aje) lepas tu terus kena ngap dengan batu belah batu bertangkup!

Sedihlah Mommy ...


Comments

  1. betul lah sis, mak2 ni jenis emo terlebih.. pantang skit sure nangis.. tinggi sore mmg yer pun.
    mcm lyn kekecik dulu, my mum mmg garang. pantang salah mmg kena jer. Arwah Abah lyn mmg org yg sgt soft. tpi sekali marah mmg semua senyap. sampai skrg turun kat anak2 lelaki yer, Abg Lyn yg 3 org tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak-bapak jarang nak marah anak kecuali kalau dah melampau sangat. Tapi teringat arwah abah akak, memanglah garang. Takut sungguh kalau dia marah, 3 hari 2 malam pun tak abis lagi leterannya.

      Delete
  2. hehe... klakarlah mommy ni...

    hmm.. anak2 mmg mcm tu kalau kita slalu bising2, depa dah immuned. cuba kita diam satu hari, agakanya baru depa pelik kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga kot. Dah biasa sangat dengar suara Mommy terjerit-jerit, dah tak heran sangat. Lepas sejam dua nanti senyaplah. Lepas tu terjerit balik. No hal punya :D

      Delete
  3. hehehe satu mommy satu daddy tapi berbeza tingkah laku kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan kalau dua-dua parents pun kuat jerit, memang anak-anak kesianlah kan... Dah tentu mereka tak takut lagi dengar jeritan yang dah alah bisa tegal biasa tu ...:D

      Delete
  4. Assalamualaikum..

    Hahaha comel la perangai si Abang..mmg seorang pelindung yg baik kpd adik die

    regards,
    Triplesmiley



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Time nak backup, bukan main manis mulutnya. Time bergaduh, dialah dulu yang memukul adiknya. Si Adik pun walaupun kecil pandai juga nak back up Abang kalau si Abang kena marah!

      Delete
  5. Alahai sweetnya abang.....nama pun abg sulung, penuh dengan sifat tanggungjawab dan penyanyang....Tapi betullah MD....anak2 kita ni mmg mengikut cara kita hehe...OKje pun ada kala datang menyesal sebab tak memberikan contoh yg baik kepada mereka mcm menjerit terpekik terlolong macam tarzan,....hehe tapi nak buat macam mana dah lepas masa tu ... redho dan nasihat mana yg patut ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai hati OKje panggil diri kita tarzan. Kita ni sebenar punya pitching tinggi macam penyanyi2 antarabangsa yang famous tu..hahaha... Yalahkan, redha jelah....dah terlanjur...

      Delete
  6. aduhai, kenapa comel sangat ur sons? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) Maybe ikut mak kot? Hahahaha....

      Delete
  7. salam seronok mmbaca kisah admin ramai anak lagi banyak ragam itu penyeri hati mak dan ayah..saya ada sornag dah cukup rezeki tu nak tambah harap2 tahun ni dapatlah hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Suri,

      Kalau nak tambah kena cepat ni...tinggal dua bulan lagi....wish untuk tahun depanlah yek...

      Kerenah anak-anak memanglah seronok dilayan. Bila mereka dah besar nanti memang menjadi ingatan sepanjang hayatlah nampaknya.

      Delete
  8. Hehe...gelihati bc coretan MD nih...begitulahkan,anak2 ni wpun satu ibubapa tp sifat mereka berbeza..samalah kita dgn adik beradik kita jugakan...si abang tu pandai betul buat mummy touchingkan...ohh...haha...i cant live without u mummy...adessss...semua ibu akan touching bila dgr mcm tukan?nak marahpun tk jadi...

    Tkpelah adik tu ikut perangai mummy..sekurang2nya,kalau mummy rasa apa yg adik buat tu tak kena,mummy boleh renung balik apa yg terkurangkan....

    Kata org,dlm rmhtangga tu,kalau isteri suka bising,si suami pendiam...begitulah sebaliknya...saling melengkapi....kalau dua2 diam atau dua2 bising...bayangkan apa akn jd....Allah itu maha adil....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu WA. Kalau both parents kaki jerit, tak tahulah apa terjadi. Pergolakan dunia ketiga kot :)

      Abang memang cam tu. Baru kena sound, dah merajuk pastu berlinangan airmata berjujuran gitu...tapi time melasak tak ingat dunia. Mommy ni kalau satu hari tak jerit, mungkin akan naik darah tinggi pulak!

      Delete
  9. owh, abang lagi berkuasa dari mommy yer... abang boleh marah adik, tapi mommy tak boleh.... rasa mcm kiut sgt part tu :)
    Tu baru dua anak... saya yg tiga ni mmg kadang2 pening dgn tiga perangai berbeza... banyak lagi kena belajar nak jadi ummi yg baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak boleh bayangkan macamana kalau saya ada ramai anak. Mungkin rumah saya takdalah lagi home sweet home, macam tongkang pecah kot...

      Abang memang mudah tersentuh tapi lasak. Si Adik memang dah terkenal dengan kelasakannya, tak takut langsung setakat main jerit-jerit nih.

      Delete
  10. sihatnya anak, guna susu apa nih ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecil sampai 3 tahun guna susu S26. Si Adik pun sama. Dua-dua nasib tak baik kena minum susu formula. Minum susu cap gantung pun sekejap aje :(

      Delete
  11. ayat abg pertahankan adik sgt sweet,tp bila dia marah adik pandai bg alasan.cerdik sungguh!

    adik ni comel sgt..abg pun hensem..mana satu ni nk jadi menantu ibu?muahaha..

    normallah tu klu kita ni sebagai ibu pitching selalu lari..tp dh selalu sgt marah anak pun buat derk je macam takde perasaan..last2 kita yg emo.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih, pilih jangan tak pilih. Senarai menunggu minta masuk meminang ni dah panjang...tapi Abang tak mahu ada girlfriend sebab sayangnya hanya untuk Mommy. Abang kata girlfriend Adik mesti yang sayang Mommy juga kalau girlfriend Adik tak sayang Mommy dia call police suruh tangkap Adik dengan girlfriendnya kerana tak sayang his beloved Mommy ni!

      Delete
  12. sangat sama la muka diorang..sebijik sejibon photostat..geram jer..no wonder sgt rapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Photostat dari mesin yang sama SA... hahaha....

      Delete

Post a Comment