Suami vs Isteri


Sebenarnya sudah lama tajuk ni terperap dalam draft. Ingatkan nak tulis panjang berjela macam selalu. Tetiba kelmarin bila baca blog ini, ternampak tajuk yang sama. Aha, teringat pulak pada cerita yang tersandai dalam draft tu. Terimakasihlah pada tuan empunya blog kerana beri idea untuk menulis entri baru *_^

Memang betul belaka seperti apa yang digambarkan. Sekurang-kurangnya itulah yang berlaku dalam keluarga ai yang cuma berempat ini aje. Tak terbayang rasanya kalau ada ramai anak. Memang terkangkang terkiaplah emaknya yang kena buat semua kerja sendirian. Bukan senang tau nak jadi supermak!

Bila nak keluar rumah biasanya ai yang akan menguruskan segalanya. Kami ni suka keluar awal pagi kalau nak ke mana-mana. Kalau dah lewat dan nak masuk ke petang tu, memang jarang sekali kami buat aktiviti di luar rumah.

Macam biasa bila nak keluar (kalau bukan kerana nak pergi breakfast) terpaksalah menyiapkan menu sarapan dulu. Lepas tu kenalah mandikan si Adik dan siap-siap pakaikan baju baru. Adik ni pula memang lasak. Kalau bersiap tercepat sangat, habislah pakaian baru tu nanti. Comot dikerjakannya dengan entah apa-apa agaknya. So, kenalah pandai timing dengan baik sekali.

Lepas tu kena pujuk pulak si Abang untuk mandi. Abang ni lain macam sikit. Kalau boleh dia nak yang paling last siap sebabnya dia bosan menunggu. Abang memang jadi bodyguard Mommy. Lepas bersiap kenalah menunggu sampai Mommy pulak get ready. Itu tentulah makan masa dan dia sangat tak suka. Kenalah pujuk-pujuk, merayu sakan supaya dia cepat-cepat mandi. Memang menyeksakan ...

Second last sudah tentu-tentu my Hubbydearie. My husband ni memang kalau part mandi lebih lama masanya berbanding dengan isteri. Time dia tengah bersiram, ai boleh multi task tau. Memanglah lama...

Bila dah siap dan wangi semerbak, dia terus angkut si Adik masuk kereta dan menunggu ai pulak to get ready. Senang betul kerja Daddy mereka ni. Uruskan diri sendiri aje. Masa nilah ai kelam kabut menyiapkan diri macam nak terpengsan. Kalau ai bersiap awal, memang tak rupa apalah jadinya dikerjakan oleh anak-anak dua orang ni. Terpaksalah ai yang terakhir bersiap!

Bila time kita, mulalah si anak, si bapa sibuk betul bertanya, " Lamanya, berapa lama nak tunggu nih?"  Aduhai, rasa macam hilang terus mood nak keluar rumah!

Disebabkan Bubbly Abang bersekolah petang, ai kena ambil tugas to fetch him from school. Lagipun ai habis kerja awal. Kebiasaannya, ai menunggu di depan sekolah Abang lebih kurang satu jam. Kalau balik rumah, banyak kerja yang boleh disiapkan tapi ai malas nak berpatah-balik. Jadi terpacaklah ai kat depan sekolah sambil membaca dalam kereta. At least, ini ajelah my 'me time' yang ai ada dalam sehari.

Bila sampai di rumah, letak handbag dan teruslah buat kerja apa yang patut. Biasanya ai akan membasuh, mengemas dan memasak serentak. Lepas Maghrib nanti mesti makan malam dah siap sebab masing-masing dah lapar. 

Lain ceritanya dengan Hubbydearie. Bila balik, boleh terus rehat kejap sebab 'penat sangat'. Nak kata macamana yek, biarkan ajelah. Masa tengah multitasking tu, masa itulah juga nak kena tengok-tengokkan anak yang dua orang tu. Mereka kalau berjumpa, memang boleh buat Mommy meraung. Bukan mereka berdua yang meraung tau. 

Lepas siap makan malam, tugas Mommy banyak lagi tak selesai. Kena sambung kemas rumah, basuh pinggan, lipat baju cantik-cantik, mana nak iron baju lagi, nak tidurkan si Adik dan nak tolong Abang buat homework dan check schedules for the next day. Pendekata memang semua kita kena buatlah.

Bukan my Hubbydearie tak membantu langsung. Kadang-kala, my Hubbydearie tolong juga mandikan si Adik dan tengok-tengokkan mereka berdua. Tapi kalau nak compare dengan ai, memanglah ai lebih banyak list 'things to do' berbanding dengan beliau. Si Abang pun satu hal, apa pun nak suruh Mommy yang tolong. Nak minta ambil pensel baru dalam kotak pun nak suruh Mommy instead of Daddy! 

Bila kita berjalan  tinggalkan anak-anak di rumah, bapanya pun mulalah calling-calling, " Dear, you dah sesat ke? Jumpa jalan nak balik rumah tak? Nak tidur kat sana ke hari ni?" Aduhai....padahal baru aje keluar rumah sejam dua. Tapi kalau dia yang keluar, kita nak telefon pun malas nak mengganggu.

Kalau ai ke mana-mana dan Hubbydearie tolong jagakan anak, sebaik aje dengar ai sampai teruslah pass baton, segala urusan Mommy kena buat kerana Daddy dah penat jaga anak dan mop lantai (sebab itulah katil berselerak sebab Daddy penat buat dua kerja dalam satu masa) Cubalah kalau ai duduk di rumah dengan anak-anak, semua pun siap  tersedia dan  tersusun rapi kalau Hubbydearie balik.  

I mengakulah my Hubbydearie bukan seorang yang malas atau langsung tidak menolong bila di rumah tapi seperti yang ai katakan tadi, tugasan beliau di rumah boleh dibilang dengan jari berbanding dengan tugasan ai as a wife and mother especially kalau both of us ada di rumah. Nak buat macamana ya, nama pun isteri dan ibu, bukan mudah nak pikul tanggungjawab tersebut.

Paling best my Hubbydearie pernah beritahu ai tentang ini:-

"I  rasa you tak boleh jadi full time housewifelah. Kalau you ada rumah, RIUH!" 

Eh, eh, eh .... 

P.S. Thanks Lyn kerana beri idea untuk entri hari ini.












Comments

  1. hahaha..
    my pleasure kak..
    tapi mmg betul. tugas isteri ni dar awal pagi sampai nak masuk tidur pun tak sudah2. lelaki senang lah kan. tau siapkan diri sendiri. lepas tu kekadang byk gak complaint. Serious tak leh terima. Tapi Lyn salute pd abg Lyn yg bongsu, dia mmg sgt2 membantu isteri dia. Klu Lyn dtg rumah dia, sure dia tgh lipat kain atau kemas rumah. Sbb mungkin dia dari kecik kt asrama kan. tu yg sampai berkeluarga ttp ringan tulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Never ending taskslah, Lyn. Dulu2 belum kahwin boring aje byk masa terbuang tak tahu nak buat apa. Sekarang ni, jgn harap nak bersenang-lenang walaupun seminit dua aje.

      Delete
  2. hahaha..sbb tu kita dijadikan berbeza dan dipasang-pasangkan..supaya melengkapi antara satu sama lain..me? alhamdulillah..my husband mmg jaga anak2 dan basuh serta sidai kain on weekdays..so, weekend mmg i lah yg kena bertungkus lumus..alah 2 hari dari 7 hari..apa ada hal..masak pun weekend je..weekdays mmg i tak masak..anak2 dh siap mkn umah bbsitter..my husband pun mkn yg ringan2 je..senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah Dee kalau macam tu. Akak ni nak tarik nafas lega pun leh jadi semput!

      Delete
  3. mmg tugas isteri dan ibu ni bukan calang2 kan...lelaki pun tak termampu mcm kita yg perempuan ni buat...ekekek...

    wanita mmg hebat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang ditakdirkan untuk menjadi wanita hebat :D

      Delete
  4. tapikan itulah yang menyeronokkan dan menjadi kenangan kita anak beranak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbezaan tu yg menjadikan rumahtangga makin bahagia, ya tak?

      Delete
  5. betul tu kak...itu la cabaran dlm kehidupan berumah tangga kan...mcm lieya plak bile nak keluar, lieya akan siapkan2 miamija...dayyan plak papa nye urus so adil dan saksama....die urus boy2 lieya urus gugurl ehheeheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung Lieya, boleh bagi dua tugasan :D Apa-apa pun bukanlah hubby akak tak tolong langsung. Thanks jugalah for his help. Cuma kita perempuan ni mmg tasks tu never ending story kan ...

      Delete
  6. Kalau kat rumah segala benda KA yg settlekan, Hubby kata KA lebih cekap & efficient, nak harapkan hubby man man tang ler jawabnyer hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai KA, memang kita ni super hebat kat rumah. Kalau kita tak uruskan segala, tak tahulah macamana 'uzur'nya keadaan keluarga dan rumah kita, ya tak?

      Delete
  7. wanita mmg hebat kan..alhamdulillah
    kita blh buat byk keje dlm 1 masa
    berlainan klo org lelaki..hanya dpt fokus 1 keje dlm 1 masa
    anugerah dariNya utk kita
    org laki lak gigih mencari duit mencari rezeki buat org umah
    indahnya ketentuan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang setuju sangat. Kita ni kurniaan Tuhan yg maha hebat sebenarnya ...

      Delete
  8. lebih kurang je situasi kita..semua benda nak kena buat,tp klu sabar n ikhlas besar ganjaran pahalanya kan..lgpun sy suka jadi supermak!hehe

    tp klu dtg malas n penat,biarkan je..esok2 baru buat..macam pg td tak larat nk msk bg alasan bgun lewat,en suami tolong beli makan boleh la..nk msk kirim slm.pinggan sebijik pun ssh nk basuh.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya kalau suruh mop lantai mmg cepat. Kadang-kadang pagi petang dia mop. Maybe favorite dia kot ...hahahaha

      Delete
  9. Setuju ngan u MD....bukan nk kata hubby tak tolong langsung....dia tu menolong.. tp kalau jaga anak, jaga anaklah sampai sudah....rak reti buat keje lain kalau tak disuruh ...hehe...Redho ajelah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lelaki mmg lebih bijak tapi kita ni perempuan lebih ligatlah dalam hal-hal macam nih.

      Delete
  10. Byk pahala wanita ni kan...tp bukan semua kaum wanita dpt mengejar pahala yg begini...ramai wanita yg tak berpeluang utk menjadi ibu dan isteri..jadi bersyukur sgt2kan...?bancuh air secawan utk suamipun dh dpt ganjaran..mcm sy ni..bancuh air utk diri sj lah.....sedihkan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu bersedih, Wirda. Bahagian hidup kita memang berbeza-beza. Walaupun hidup saya sebagai isteri dan emak lintang-pukang sekarang ni saya tetap akan pilih hidup ini berbanding ngan hidup bujang dulu-dulu :D

      Delete
  11. Faham situasi ni.. saya pun selalu juga kena.. macam yang MD cakap, walaupun hidup saya macam tak terurus selalunya.. tapi kalau diberi pilihan pasti saya suka lagi jadi isteri dan ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau diberi pilihan, tetap nak pilih hidup yang tunggang-langgang ni walaupun single mingle tu lebih aman damai jiwa raga, kan!

      Delete

Post a Comment