Super freaking worried Mak

I ni sebenarnya bolehlah diklasifikasikan sebagai ibu yang sangat protective. Kadang-kadang timbul rasa kasihan pada anak-anak dek kerana Mommynya yang super freaking bimbang memanjang membuatkan anak-anak tak bebas beraktiviti. 

Asyik ajelah itu tak boleh, ini tak boleh. Buat ini dengan Mommy, buat itu dengan Mommy. Kalau rasa bimbang itu terbit sikit aje dalam hati, memang tak merasalah dua superheroes di rumah tu nak buat apa-apa. 

Antara ciri-ciri mak yang super duper bimbang tak kena tempat :

1. Bila baca tentang budak mati lemas dalam baldi di bilik air dek kecuaian ibubapa, mulalah I tak benarkan any of my sons masuk bilik air kecuali Mommy tahu. So, kalau si anak nak pee ke apa, siap Mommy mengekor jaga pintu bilik air! (Itu kalau Mommy ada kat rumahlah kan...)

2. Bila baca tentang freak accident/malang tak berbau, mulalah Mommy mengambil langkah keselamatan yang sangat berhati-hati sehingga si anak tidak ada kebebasan langsung dek diawasi oleh ekor mata Mommy. Sekejap-sekejap nanti adalah bunyi high pitching ala Adele bilamana Mommy terasa perkara itu tak berapa selamat untuk anak-anak.

3. Kalau anak sedang tidur sendirian dalam bilik kena make sure yang pillows semua tak meninggi sehingga boleh menghempap muka anak dan lemas (argghhh, apalah ni...)

4. Kalau anak kata tapak kasut dah licin,  terus buang on the spot sebab sangat takut kalau Mommy takda, anak pakai kasut tu lagi dan jatuh tergelincir.

5. Bila nampak Adik Cute terpegang one of the Lego parts (kepunyaan si Abang), terus buang that part (walaupun sayang kerana mahal you...) kerana takut kalau-kalau Mommy tak perasan Adik buat begitu in future  dan Adik terus wallop masuk mulut. 

6. Bila sharpen pensel anak mestilah tak boleh terlalu tajam takut-takut bila kita takda nak perhati kat sekolah, anak boleh main-main dengan pensel dan tercucuk (Aduhai ....) 

* Ini dah solved sebab sekarang Bubbly Abang suka mechanical pencil (itupun Mommy beli yang takda pemadam di atasnya kerana takut Abang guna dah tercucuk muka ... what la kan!)

7. Bila keluar berjalan, anak-anak mesti ada paling jauh pun 1 meter around Mommy. Kalau tidak dah tentu kena jerit suruh dok jalan rapat-rapat dengan Mommy.

8. Bila lepas masak dan tiba-tiba terasa yang makanan tersebut tidak sesuai untuk Adik makan (sebab takut tercekik) Mommy takkan simpan kalau tak habis kerana takut kalau-kalau ada pulak yang bagi Adik makan dan tak ikut prosedur yang Mommy  tetapkan (ahaks...)

9. Bubbly Abang tak boleh langsung pegang pisau, gunting dan benda-benda yang tajam di rumah. Kalau terpegang, cepat-cepat Mommy akan ambil dan mulalah cari tempat sesuai nak disembunyikan sampai menyusahkan diri sendiri. Even gunting untuk schoolchildren yang comel tu pun Mommy macam hesitate aje nak bagi guna...

10. Anak-anak kena inform Mommy kalau nak guna semua benda-benda yang Mommy dah klasifikasikan sebagai 'bahaya' (Masalahnya klasifikasi Mommy ni memang melampau sungguh sampai hampir semua pun masuk dalam list).

Hubbydearie tidak mahu masuk campur kerana akan timbul 'perbalahan' di antara kami berdua bila menyentuh tentang hal-hal sebegini. Of course, beliau lebih bersifat terbuka dengan anak-anak sehingga kadang-kadang buat Mommy geram dan sakit hati tetapi tak boleh dibuat alasan untuk berdebat suami-isteri *_^

Cuma  kata Hubbydearie, kalau Mommy nak teruskan juga jadi seorang yang sangat-bimbang-tak-kena-tempat dan tidak memberi ruang kebebasan untuk anak-anak jadi more independent and creative, bersedialah untuk menjaga Mommy's boys seumur hidup. 

Ek eleh, nak threaten-threaten konon ....  Nyampah tau!



Comments

  1. betul tu kak..skrang ni byk betul kes malang yg melibatkan kecuaian kecil kan....paling kerap skrang kes baby kene gilis kereta time kerete undur...aduhhh...meninggal di tangan mak bapak sendiri kan kak...mmg terkilan bile bace cerita2 mcm tuh...

    in sha Allah kak, akak ibu terbaik...pasti leh jaga anak2 dgn baik....harap lieya pun jadi mcm akak....dan anak2 kite terpelihara dari bende2 tak elok ...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeiii, tak suka tau baca cerita macam tu. Nanti akak meleleh-leleh airmata, merah-merah hidung menangis tak ingat dunia bila baca kisah cam ni. Biarlah protective sikit drp menyesal kemudian kan Lieya. Tapi akak terfikir juga kesian budak dua orang ni sebab tak bebas nak beraktiviti mcm budak2 lain. Neighbour akak anak 5 lelaki dibiarkan aje tanpa pengawasan. Kadang-kadang dah tengah malam pun anak boleh main kat luar rumah. Seriau akak tengok mak-mak yang camni!

      Delete
  2. tapi ape yg kita buat semua tu untuk kebaikan mereka jugak kan..
    malang tak berbau.. takkan dah kena baru nak menyesal.
    benda2 ni mmg tak boleh amik sambil lewa, Lyn pun mcm tu gak.. fussy skit.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah namanya anak, memang kita sanggup buat apa saja. Biarlah hilang nyawa sekalipun, anak-anak tetap terpelihara hendaknya.

      Delete
  3. Memang le MD sebagai mommy, kita mmg ada perasaan macam tu....tp tak bagus sangat sebenarnya, betul kata HD tu....anak2 akan jadi tak independent dan kurang keyakinan diri. Hubby MD tu sama je macam my Arjuna.... bila OKje fikir balik mmg ada betulnya.
    Kadang tu sampai baju mereka pun OKje nak pilih . Itu sebenarnya tak bagus utk develope mereka punya keyakinan diri. Tapi kalau bab safety tu OKje sokong MD... takut menyesal kemudian pulak kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni OKje banyak sangat fikir yang negatif itu yang jadi terover protective kadang-kadang. Kesian juga bila kita bersikap begitu dan tak membantu perkembangan anak-anak. Cuba juga nak let go aje mana yang boleh, tapi bila saya cuba..dap dup dap dup jantung ni berdenyut kencang merisau tak tentu hala!

      Delete
  4. Assalamualaikum..

    hurmmm sofia tak ade anak, tp kan..sofia ada sikit rasa protected pd adik2 la..ermm tak la terlampau tak beri diorg buat itu ini..sbb pesen adik2 sofia ni, mana yg kita kata NO..yg tuh la akan jd fav die..jd biar diorg buat, tp ape pun akibat..diorg kena tanggung n belajar mcmana nk overcome..hehehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Betul tu apa yang kita tak bagi, itu yang mereka nak sangat-sangat buat.

      Delete
  5. hmm..strict jugak u ni..mmg protective abis..saya lebih loose lah ngan anak2..tp tang keselamatan tu mmglah kena berjaga2 kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah saya ada anak perempuan, memang tak tahu macamana bimbang and protective jadinya... Anak lelaki pun dah macam ni punya kawal..Kesian gak sebenarnya kat my sons tu...

      Delete
  6. terbaiklah u. tak salah pun apa yg u buat. semua demi kebaikan ur sons. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Finally, ada juga yang menyokong over protective habit saya ni! Thank you :D

      Delete
  7. wahh,... supermommy!!
    saya bakal nak jadi ibu , kadang2 rasa risau sebab takut tak mampu nak mendidik dan menjaga anak dengan baik.. mampukah saya? tapi semua mak akan jadi overr protective kan nowadays sebab anak2 pun semakin bijak.

    salam saya pertama kali menyinggah ke sini dan i like! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Chenta,

      Insyaallah pasti dapat jadi ibu yang baik. Sekarang ni macam-macam hal berlaku sebab itulah kena lebih prihatin dengan anak-anak. Cumanya kadang-kala tu saya memang a bit over protective sebab malang kan tak berbau!

      Delete
  8. saperlar X sayang anak, tapi ada kann makk., kannns ;-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mana ada mak tak sayang anak-anak... :D

      Delete
  9. FIL sy jenis yg over protective..pada sy klu tak keterlaluan ok je..ni dedulu sy nk amik lesen kereta pun tak bg..ssh la.hehe..

    sebanarnya mmg bagus ada seorang dlm keluarga kita yg sikapnya macam ni..sentiasa mengingatkan.kadang2 kita ni smbil lewa n tak ambil berat sesuatu perkara..

    untung abg adk dpt mommy penyanyang..hiks..

    bab kecuaian ibu bapa cthnya macam anak kena langgar agak trending skang. mmg la dh takdir cara macam tu anak nk meninggal, tp klu kita sentiasa hati2 takde la larat sgt..betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah bapa saya pun sama. Nak ambil lesen memandu kena cari instructor perempuan, tak boleh pergi tempat-tempat terceruk peruk gitu.

      Bukannya nak menolak takdir tapi perkara yg boleh dielakkan, kita cubalah elakkan, betul tak?

      Delete
  10. dulu saya pun sama. over protective. tp skrg kurang dah..... kesian pulak. rasa anak x dpt berdikari. tp.... bertempatlah. cegah lagi elok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh dicegah, lagi bagus. Kalau dah berlaku, menangis air mata darah pun dah tak guna nak menyesal. Tapi itulah, kalau terlebih kawal, kesian pulak anak-anak tak mampu berkreativiti dan bebas beraktiviti.

      Delete
  11. sejak anak dah masuk tahun satu...ada aktiviti menggunting..terpaksa juga bagi anak pegang gunting...tp selalu pesanglah kena hati-hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah belikan gunting bergerigi untuk anak guna. Bila balik dia merajuk sebab langsung tak boleh guna nak gunting kertas. Maknya punya bimbang kan, macam tulah jadinya.

      Delete
  12. Memang kebykan ibu ada sikap mcm tu agaknya....

    Dulu sya adalah terkena satu perasaan yg dipanggil kebimbangan,bila keluar rmh,blk tu mesti nk cuci kaki tgn smpai bersih,cuci kasut,dok terfikir dh terpijak tahi anjing atau apa,kalau pergi melawat sesiapa ke hospital,sy tk akan pegang apa2 makanan sehingga sy basuh tgn bersih2....begitu juga kalau mkn di restoran,sudu yg sy nak guna,sering membimbangkan sy,mcm2 sy fikir,rasa nk bw sudu sendiri dr rmh...bil sy bc sebuah buku pcycologi...rupa2nya apa yg sy alami tu merupakan sejenis 'penyakit'...ada org akan berterusan 'kesakitan' itu...ada yg blh berhenti dgn sendiri...kebimbangan sy itu berhenti setelah sy bc buku tersebut...hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik saya pernah mengalami kes begini. Dia rasa lebih kotor bila air yang digunakan terpercik ke seluruh penjuru. Lama jugalah baru sembuh. Saya pun kadangkala ada juga feeling-feeling was was ni. Dah tutup gas ke belum, dah kunci pintu ke belum tapi takdalah sampai serius sangat.

      Delete

Post a Comment