The art of... spending!

I ni nak kata bijak, tak bijak sangat. Nak kata tak bijak, eh, bijaklah juga orangnya!

Ini nak cerita pengalaman selepas menjadi isteri orang. Banyak sebenarnya yang baru I pelajari bila dah jadi isteri dan emak budak ni. Disebabkan I ni anak perempuan bongsu dalam keluarga yang besar, memanglah manja ya amat. Jentik dengan jari tak pernah. Suruh ke dapur memang tak pernah merasalah. Hidup ala-ala puteri gitu. Tahu benda short cut aje.

Kalau terdampar kesusahan memang tak tahu nak buat camna. But then again, I bukanlah orang yang senang bangat, cuma alhamdulillah, arwah abah memang menyediakan keperluan sebaik mungkin untuk anak-anaknya. Nasib baiklah dapat kahwin. Dapatlah juga belajar banyak perkara.

Ini bukan apa pun cuma nak cerita tentang pengalaman menguruskan rumah sahaja ^_^. Lebih spesifik lagi, urusan pembelian isi rumah! Hah, ini memang tanggungjawab I sepenuhnya,  tanpa sangsi lagi (memangnya I sorang aje kat rumah tu yang jadi superwoman. Superheroes semua banyak tugasan tak penting yang disibukkan hari-hari)

Segala perbelanjaan keluarga, memanglah dibahagi samarata. Tengoklah monthly budget for that month kalau terlebih memang Hubbydearie kena tanggung kos lebihanlah...

Jadi urusan pembelian barang dapur dan keperluan di rumah memang terserah bulat-bulat di atas bahu I kerana satu sebab ajelah :- Mommy suka shopping! (petikan kata-kata Bubbly Abang) My Hubbydearie malas nak masuk campur kerana katanya I memang  terror bab-bab mengikis duit tabung ni ...

Every month, I memang sediakan grocery list dan pelbagai lagi list tetapi kebiasaannya bila nak grocery shopping ke apa, tetiba aje list tak berjaya dikorek keluar daripada beg tangan yang berat dan sarat dengan segala benda! Itu kiranya perkara biasalahkan, kalau tidak tentu luar biasa pulak hidup I ni nanti.

Bila ambil barang tu, macam biasa jugalah tangan ni. Lanting ni, ambil tu. Pegang sini, ambil sana. Belek yang ini, ambil itu, itu dan ini. Bila dah nak sampai kaunter bayaran, baru terperasan yang rupanya barang-barang dalam troli tu sudah melebihi had muatan rupanya. Nak kembali ke pangkal jalan dan berpatah semula, queue dah panjang pulak (alasan memang sentiasa aje ada ...)

Paling pelik  sekali perangai I yang Hubbydearie tak faham adalah mengapa perlu ambil masa berjam-jam untuk beli barang yang sememangnya dah tahu apa yang patut dibeli (Ini namanya the art of shopping, kalau ada yang tak tau ^_^)

Oh, memanglah  I tahu apa nak dibeli tapi bila berjalan dari satu rak ke satu rak yang lain dengan niat hendak membandingkan harga (yes, I buat grocery shopping dari kiri ke kanan dalam hypermarket), belek membelek tu yang memakan masa. Itulah sebabnya  terhasil 'belian sampingan' . Tetiba aje nanti rasa, Eh, eh, ini murah! Eh, yang ini lagi murah! Nak dipermudahkan cerita, ambil ajelah semua yang 'murah-murah' belaka.

Asalnya bila keluar rumah tu kadang-kadang  cuma ada satu, dua atau paling banyak pun lima aje dalam senarai barang yang hendak dibeli. Bila balik rumah, memang tetiba aje tengok bonet kereta dah penuh dengan shopping bags. Pelik betul tau rasanya ...

Masih ingat lagi ketika baru mula kahwin, Hubbydearie pernah tanya berapa sebenarnya perbelanjaan bahan basah, barang kering dan keperluan lain untuk kegunaan sebulan. I pun beritahulah tanpa rasa bersalah. Eh, boleh terkejut nak pitam pulak dia! Bukan ke setiap bulan pun kita sama-sama menggunakan/makan hasil usaha I buat grocery shopping setiap bulan? Suka sangat tau menuduh isteri tak pandai menguruskan wang ^_^ Tak baik, berdosa main tuduh-tuduh tanpa bukti nyata (maaflah yek bukti pembelian semua I yang failkan memang tak merasa nak mencuri bukti ke apalah kat rumah tu, masuk peti besi lagi!)

Paling Hubbydearie tak menahan bila I nak start grocery shopping. I siap print out semua catalogue online pastu kasi highlight mana yang paling murah. Pastu boleh pulak tu beli minyak masak kat Tesco, sabun basuh kat Aeon Big, beras dan lain-lain kat Hero, beli ini kat Giant dan yang dalam harga kawalan kita boleh beli di AEON/JJ sebab boleh kumpul point. Nak gila kejap bila Hubbydearie dengar I punya plan untuk grocery shopping! So end up selalunya I buat grocery shopping seorang diri. Senang. Tiada siapa yang menghalang..hahaha... I memang anggap harga barang murah tanpa mengira kos petrol, jauh perjalanan pergi balik sebab itu semua tak nampak depan mata nilai RMnya kan...

I memang pantang tengok rebate voucher atau discount ke apa. I sangguplah spend this much untuk seciput diskaun ataupun rebate. Bila Hubbydearie tanya, I jawab ajelah senang,  

Instead of spending RM100, you spend RM90 only and get RM10 rebate voucher! Jimatkan, dear! 

Hahaha.... memang Hubbydearie rasa nak hantuk aje kepala ke dinding bagi wake up sikit!

My Hubbydearie kata memang tak dinafikan lagi yang  I memanglah bijak.... bijak dalam menghabiskan duit! Yalah, bila ada sesiapa yang teringin nak apa-apa, I yang menyibuk, gagahkan diri menempuh kesesakan (yalah tu...) pergi membeli. Patutnya kena ucap terima kasih sikit kat I ni... Beloved wife and mother, kan. Setuju tak?

Kalau keluar shopping dengan Hubbydearie memang tak merasa nikmat bershopping tu. Keluar rumah pukul 2, pukul 3 dah sampai rumah balik. Eh, tak seronok betullah! Hilang satu nikmat dunia rasanya.

Bila fikir-fikir balik masa muda belia dulu lagi teruk. Teringat pulak kisah kelakar ni, waktu tu I was like 11 or 12 years old. Pakcik bawa motor jual bahan basah datang rumah dan my mother takda, dok gi sembang pagi kat rumah neighbour. So I pun kononnya nak ambil alih kuasa membeli kat rumah for the first time. I minta pakcik tu 1kg taugeh (1kg ke 1 kati tak ingatlah...), 1 kg undang yang kecik-kecik tu dan apa ke benda lagi tak ingat dah... Pakcik tu pun bagi ajelah lepas tu tulis dalam buku tiga lima sebab my mom takda nak membayarnya. Bila dia jumpa mak kat rumah neighbour, dia pun tanyalah kat my mom,

Cik Meng nak buat kenduri ke?
Ah, kenduri? Kenapa pulak?
Anak Cik Meng yang rambut panjang putih melepak dan comel menawan tu tadi beli 1kg taugeh dengan udang. Nak masak apalah agaknya budak tu?

Mak balik rumah dan terus 'sound' I memandai-mandai aje buat shopping barang basah. I tak kena cubit manja kat dada pun tau sebab anak MANJA kan ^_^






Comments

  1. hahahha.. biasalah klu perempuan mcm kita bershopping.. nak tgk harga yg mane murah. telek satu2 mmg amik masa lama lah. klu kat rumah my mum, selalu adik & bil yg bawak beli brg kat NSK. murah katanya... tpi mmg betul pun..Lyn sejak duk asing ni belanja kat NSK gak. Tapi tak lah sehebat shopping org yg dah bekeluarga. Skit2 jer..

    Tapi tu la lelaki mmg nak cpt jer. Tak heaven shopping dgn dorng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalahkan, kita nak buat comparison. Dikatanya kita buang masa. Buang masa ke apanya kalau kat rumah memang kita aje yang buat kerja semua? Itupun cam therapy nak menghilang sakit jiwa dok buat rutin yg sama...hahahaha...

      Delete
  2. Hubby yg shppping... ke pasar ke.. ke mall ke.. hahaha. Tau2 tulis order je. Tapi, sesekali ikut, mmg penuh la. Mmg brg mahal kan skrg. Walaupun mkn bertiga, beratus habis setiap minggu. Dulu kalau 3 ratus, penuh troli. Skrg? X penuh pun. Semua naik harga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bestnya dapat hubby yang suka shopping! Tapi kalau suami saya suka shopping pun mungkin saya yang in charge juga kot sebab saya pun nak terapi jugak :D

      Sekarang ni beli barang RM100 macam takda apa pun dalam troli tu. Satu per sepuluh daripada keperluan rumah pun belum tentu sampai, kan. Barang memang mahal sekarang ni...

      Delete
  3. hehehe samalah kita !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang banyaklah persamaan kita-kita orang pompuan nih :D

      Delete
  4. MD...rasanya orang pompuan ni semua sama kot hehe.... kadang tu kita laki bini boleh bergaduh sebab pilih satu barang..... betul tak? OKje pun tau tau apa yg kita pilih sampai lama ya Rabbikan MD hehe.....Lagi sadis kalau tak jadi beli....mmg kena marah saja saje le...hehe
    Bab nak cari mee je sebab tu aje yg tak de kat Tesco, tapi bila sampai JJ beli sampai penuh seplastik hehe... itu pun biasa buat haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaduh-gaduh manja masa membeli ni biasalah OKje. Sentiasa aje tak sependapat. Tapi bila kita dah beli semua, husband gak yang tolong habiskan... Kitakan kalau nak cari barang rumah mestilah yang paling murah dalam market, betul tak? Tapi kadang-kadang dah jiwa perempuan mudah tergoda nak buat macamana? Hahaha....

      Delete
  5. seronok baca cerita mummy...tak boleh shopping lama kalau bersama suami..sebab suami pun jenis tak suka pilih-memilih ni...nak keluar shopping sorang-sorang tak dikasi....selalu pergi shopping dgn kawan..masa rehat panjang...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya pun tak bagi sebenarnya tapi saya ni memang pandai cari lubang nak melepaskan diri untuk shopping. Ada ajelah barang yg takda di rumah. So, dia takut saya asyik membebel tak ingat dunia, dia relakan ajelah. Selalu juga pesan, jangan lama-lama tapi kita nak shopping barang rumah untuk sebulan kan, mana boleh 2,3 minit aje :D

      Delete
  6. lily pun prefer pergi shopping grocery alone. tapi bab nak mengangkut tu yg malas acaner tu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun malas gak bab angkut mengangkut ni. Kalau mood hubby baik, dia tolong. Kalau tidak saya shopping, saya angkut, saya kemas dan sayalah semuanya senang!

      Delete
  7. orgpmpuan mmg biasalah terbeli benda yg takde dalam list.same goes to me..listing barang kemain,smp kedai listnya kemana..:)

    sy klu brg basah mmg tak beli,en suami kan berniaga ikan,setiap hari dpt makan fresh2 punya..brg dapur semua sy listkan ,beliau yg beli..sesekali keluar mall rasanya en suami yg melebih dlm bab2 membeli..semua tgok beliau nk beli.kecuali baju2 n lain2 sy la yg lebih.haha...

    selain tu sy lagi rambang mata shoppping online.ini namanya the art of spending,sip duit minyak,tak payah kendung anak kecik kesana sini,muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya dapat ikan fresh selalu. Suami saya nak yang fresh aje bila tahu kita bila barang mahal, mulalah merungut tapi untuk anak tekak dia jugak. Kalau online shopping tu saya takut sikit sebab tak leh nak control ler :D Pakai baju kelawar pun leh beli barang, itu yang takut...

      Delete
  8. oit... laki mmg tak suka beli brg lama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kot lelaki tak suka berlama-lama kalau nak beli barang tapi eiyyy, tak bestlah. Mana ada nikmat keluar bersiap berjam-jam pastu setakat nak beli kasut jenama X kat kedai Y aje. Tak best, tak best...

      Delete
  9. Org perempuan memang suka shoppingkan..?kenapa la Allah bg kita perangai yg mcm ni..?ehehe..sypun suka sgt kalau dpt beli brg dgn harga discoun,kalau beli brg dpt percuma hadiah,lg la suka pdhal beli bkn sbb brg tu perlu..sbb nmpk hadiah yg dpt tu dn pdahal juga,hadiah tu bknnya gunapun,simpan or bg pd org lain je...memang wanita ni insan yg luarbiasa....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata, kan. Kadang-kadang hadiah percuma tu pun bukannya apa. Tapi beli ini percuma itu, memang eye catching sangatlah :D

      Delete

Post a Comment