From Tashkent with Love

Tadaa....

Cuba teka, cuba teka... Tashkent ni kat mana? 

Hah, tahu takpa...

Apa? Ada yang tak tahu?

Meh, meh sini akak jadi cikgu Geografi dengan Sejarah hari ni kejap, ok! By the way, janganlah panggil cikgu 'makcik', jatuh saham tau. Panggil akak aje pun dah cukup. Akak ni tutor tak dibayar gaji so tak payah susah-susah nak panggil cikgu, ya!!

As usual, intro Mummydearie memanglah panjang dan merapu serta terkeluar dari tajuk, ya. Katanya pun dah jadi trademark, kan. Tahan ajelah nafas tu, tapi kalau tak tahan juga boleh skip sampai perenggan terakhir tapi rugilah sebab I nak cerita pasal kisah percintaan zaman kegemilangan nih ^_^

Seperti yang dah sedia maklum, my Hubbydearie bukan orang Malaysia. Yes, yes, bukan berasal dari Amerika mahupun UK walaupun dia ngengada kengkadang nak speaking London. Bukan juga Japanese mahupun pak Arab. Eh, bukan ke I dah bagi klu dulu kat sini yang they all ni selalu aje jadi bad guys dalam cerita omputih. Namanya pun seteru lama,kan sibuklah dema ni dengan FBI dan FSB nya sapa lebih glamour!

He speaks Russian. But no, he is not Russian. Mungkinlah turun temurun tu ada kot I pun tak pasti. But the last time I checked his background, he came from Tashkent, Uzbekistan. 



Uzbekistan tu kat mana?

Well, Republic of Uzbekistan ataupun dulunya dikenali sebagai Uzbek Soviet Socialist Republic adalah salah satu negara yang membentuk Soviet Union. Selepas merdeka pada tahun 1991, ianya dikenali sebagai Republic of Uzbekistan yang merupakan salah satu negara yang membentuk New Independent States (NIS). Ia merupakan salah satu negara yang terbesar di Central Asian. Antara bandar yang terkenal di Uzbekistan ialah Tashkent, the ibu negara, Samarkand dan Bukhara. Tempat-tempat ni memang cantik alam semulajadinya. Tak tipu tau...

























So, Hubbydearie mostly berbahasa Uzbek dan biasanya bila bertemu kaum kerabat dari serumpun NIS, akan speaking Russianlah mereka semua. Dan bila momen itu terjadi, I kunci mulut 24-7 kerana sepatah pun tak faham ~_^ Horosho, horosho ajelah mereka.  Eh, eh, horosho tu bukan 'horror show' pulak ya!

First time I berkunjung ke negara Hubbydearie was like a decade ago. So I'd  been to those places yang I tempek gambarnya di sini tapi koleksi gambar sendiri tak boleh masuk blog kerana akak tak mahu glamor... hehehe... Yang sebenarnya gambar-gambar itu menonjolkan tuan empunya blog tanpa tudungnya la ^_^
So, apa the next question? Macamana jumpa??

Ahah, itu rahsia negara, tak boleh nak elaborate lelebih. Ingat ya, my Hubbydearie tu suka buat spot check takutlah pulak nanti kena heret ke mahkamah..hehehe...

Lagipun malulah nak cerita kisah cinta kat sini. Tapi yang benarnya ibu-ibu, bapak-bapak sekalian, kami bertemu di kota metropolitan Kuala Lumpur aje.  What a small worldlah kan...

The people of Uzbekistan ni, sama aje macam Russian. Mereka ni sangat-sangatlah nampak kesombongannya. Tapi tak kenal maka tak cinta. But then kalau tak kenal, memang menyampah gila tengok muka mereka yang ala-ala sombong berlagak tu. Mereka tak begitu friendly macam kita orang Malaysia ni. Kalau sampai ke negara mereka, kita ditengok dari atas ke bawah dan atas balik macamlah kita ni pesalah aje gamaknya. Huiihhh, geram rasanya. 

Semasa I ke sana, ramai juga orang Malaysia yang I jumpa. Tengah dok jenjalan dengan orang keliling yang speaking Russian/Uzbek, tetiba terdengar suara Melayu. Hah, kelas gitu... terus toleh dan tanya, 

Eh, awak ni orang Melesya ke?

Rasa macam rindu aje dengan kampung halaman walhal pergi jenjalan pun bukannya sampai berbulan-bulan. Kalah orang yang dok obersi gitu.

Yang pasti negara asal Hubbydearie ni sangat bersih dan kehidupan pun tak kacau bilau macam di Kuala Lumpur. Rasa rileks aje bila berada di sana but then, tak sesuailah kalau nak jadi kaya ^_^

Hmmm, selain daripada kecantikan alam semulajadi, apalagi yang best di sini?

Dah tentulah perempuan-perempuan Uzbek ... Wah, mereka ni memang lawa betul, tak dinafikan lagi. Seksi pun boleh tahan. Itupun kalau di Tashkentlah ye. Kalau naik metro tu (LRT) memang I jeling aje kat Hubbydearie nak tengok ke mana terarah pandangannya. Tapi katanya dia tak heran pun. Kalau dia heran sangat, takdalah dia kahwin dengan perempuan Melayu Melesya ni *_^

Tengok ajelah yang selalu berada di Bukit Bintang tu bila malam menjelang (ehem, ehem, matilah kena marah dengan Hubbydearie) boleh jadi mati enjin kereta bila mereka melintas jalan. 

Kalau nak tahu di Uzbekistan, mereka ada bangsa Korean Uzbek. Oh, pandainya...! Itu memang campuran darah bangsa Korea dan Uzbek hasil selepas zaman perang dulu-dulu. Mereka ni memang nampak sangat darah campurannya. Cakap Russian/Uzbek tapi muka ala-ala separa Korea, separa lagi Uzbek. Eh, nak tahu rahsia? Orang Uzbek pun suka Winter Sonata dan filem Hindustan tau.... *gelakkan mereka*

Makanan orang Uzbek pun sedap-sedap belaka. Kiranya boleh diterimalah dek tekak Melayu kita ni. Mereka ada pilov(pilaf) yang sedap. Kalau di rumah ni selalu juga kami berdua prepare pilov mahupun olevye (ini macam coleslaw kekdahnya) dan macam-macam yang I tak reti nak sebut sebab takut tergigit lidah. Nanti-nanti Chef MD tempek gambar dan resepi kalau kita orang main masak-masak yek tapi tak janji tau ~_~

So, next question please? (Adui mak, mengalahkan sesi soal-jawab antara artis antarabangsa dengan wartawan hiburan pulak dah ni...)

Oh, minta maaf para hadirin sekalian! Gambar muka handsome dan bergetah Hubbydearie tidak boleh dipaparkan di mana-mana media sebab itu koleksi peribadi yang tidak boleh main share-share gitu. Hahahaha....

Eh, tadi kata nak cerita pasal kisah percintaan apasal pulak melalut ni? 

Sorry guys! You all pun memang tahu dan arifkan betapa I suka corner baring bila menulis entri ~_^ 

P.S. Alahai, kononnya nak main teka-teka gitu ngan kengkawan pastu bagilah GA untuk mengeratkan silaturrahim tapi dah tergediks-gediks memecahkan tembelang, takdalah nampaknya rezeki nak dapat uang RM50 yek... (Ngada betullah dia nih...nyampah tau...)














Comments

  1. wah.. patutla abang n adik putih melepak je. mula mula aritu saya terfikir juga agaknya budak dua beradik ni anak kacukan, dah terjawab persoalan hati...

    jauh juga tu.. tapi kalau dah jodoh inilah hasilnya kan? yg jauh jadi dekat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh memang jauh... 8 jam perjalanan naik kapal terbang :D

      Dah ditakdirkan jodoh dengan orang jauh. Teringat dulu arwah abah sanggup tak mahu hantar saya belajar keluar negara kerana takut anaknya kawin 'orang putih' dan tak mahu balik Malaysia lagi.

      Tup, tup tak pergi belajar overseas pun still memang jodoh ditetapkan dengan orang jauh juga.

      Delete
  2. Owhhh...hahaha...sikit2 terbongkar jugakan..hehe..tkpe...setia menanti,manalah taukan nanti MD terkeluar cerita apa yg kami nak tau....biarlah rahsia dulu..baru masing2 teruja nak ke sini lagi...hehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dikira taktik menarik pembaca ke, WA? Hahaha...tak pulak saya berfikir sampai ke situ.

      Kalau boleh dipecahkan tembelang, kita pecahkanlah. Kalau yang tak boleh tu, minta ampun minta maaf memang jadi lipatan sejarah ajelah :D

      Delete
  3. kompom cik abg akak ensem ni kan heheeheh...best dpt suami org luar ni kak...rase luas sikit pengalaman kehidupan tu...merase ade PIL jauh....kampung pun jauh...dpt peluang berjalan ke negara orangkan....dpt rase masakan dan budaya mereka.....

    dah tu, abg akak kalo bab mkn camne...tak cerewet ke....die boleh masukka maskan melayu...akak pun mesti tau masakan dieorgkan ...nanti cite la plak pasal masakan dan makanan sane kak yeak heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Lieya tetiba aje ni? Kahwin satu bangsa tak seronok ke? Hahahaha... Gurau ajelah sayang. Betul tu memang banyak perbezaan, banyak perkara yang perlu dipelajari. Yang penting saling bertolak-ansur, tak terlalu menegakkan adat dan budaya masing-masing.

      Hubby boleh makan apa sahaja tolak batu, kayu dan besi. Akak ni pula yang spesies mengada-ngada, itu tak makan ini tak makan. Yalah, yang terlebih 'omputih'nya akak ...



      Delete
  4. Wah ...... terpampan sekejap sebab belajar Geografi dan Sejarah yang wajib lulus dalam SPM ni pepagi hehe...
    Ohhhhh ...( sambil melopong) dengar cite...
    Tapi tak boleh nak klimax sebab dah tau, memang sure sure tak boleh tengok gambar Samson ngan Delila.... huhu sedih!!
    Hehe.... jeles jugak yeh orang tu....siap jeling mata laki...hehe..tp OKje pun sama jugak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, OKje.... Samson and Delila? Nak meleleh air liur saya sebab gelak tak leh tutup mulut. Manalah ada.... Privasi artis antarabangsa memang ginilah rupanya ya, OKje!

      Mana tak jealous dah hidung hubby lebih tajam daripada hidung kita. Dah senyumannya aje buat semua perempuan dok terjeling-jeling.

      Hahaha...saja je nak bagi OKje start imagine yang bukan-bukan gitu....

      Delete
    2. hehe......walaupun Papa Zir tu kemek je hidungnya tapi tetap menjadi pujaan hati ku haha

      Delete
    3. Alahai, so sweet MamaZir ni! Rasa cam nak kopipes komen ni pastu letak kat koment blog sana je biar PapaZir terbaca. Mesti sejuk aje hati PapaZir sambil bersiul riang :D

      Delete
  5. Assalamualaikum...

    Hehehe...akk memang pandai buat corner tajam dalam menulis la..hahaha

    Bagi sofia yg buta geography nih kan kak...ni rasanya first time sofia tau nama2 tempat yg akk citerkan tuh kihkihkih

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya pun tukang karut kan, Sofia...seharusnyalah memang sentiasa aje corner baring setajam mungkin :D

      Ni baru sikit aje pelajaran Geografi pagi ni. Nanti lain hari akak ajar lebih lagi ya....hehehe...

      Delete
  6. ya Allah kak, baru tau tempat Tashkent. pecah tembelang sudah. Tapi takper pic takde pun...hehehehe
    patut lah anak2 akak comey2..
    meh pas lyn sorang.. wakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, hari tu akak offer taknak grab.. kalau tak boleh berbesan, berjiran gitu kat Tashkent..huahuahua...

      Antara kesemua negara NIS rasanya Uzbekistan dan Kazakhstan aje yang lebih banyak orang tahu. Some of the ex Soviet Union dah masuk dalam European countries macam Armenia, Georgia, Albania dan sebagainya.

      Delete
  7. bagus penerangan cikgu sejarah dan geografi bagi orang yang tak tahu mcm saya ni… sangat jelas dan terus dapat gambaran dalam kepala :)
    Tapi betul la, bila duduk tempat orang… nampak orang melayu pun dah rasa happy sgt.. tu yang terus tegur sapa dan jadi peramah tetiba… syok dapat berbual dalam bahasa melayu :)
    Nak request resepi nasi pilaf boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu tak bertauliah, Nur. Main tulis aje apa yang teringat dalam kepala. Long time ago, I read about this country. Tak pernah terfikir satu hari nanti akan bersuamikan orang Uzbek. Jodoh di tangan Tuhan, ya tak?

      My late father tak mahu hantar saya ke luar negara kerana takut sangat anak kesayangannya ni hilang dari pandangan dan kahwin orang putih. Maybe kalau dia masih hidup, mungkin panjang bantahannya.

      Resepi pilaf tu bila mak mentua datang, kita sharpkan lagi ingredientnya and share here. The one yang selalu buat petunjuk dari Hubbydearie aje.

      Delete
  8. Bila sebut Soviet Union countries yg ada tan-tan (kata P Ramlee gohead-gostan hihi...) hunjungnya biasalah mula terbayang cara pakaian tradisi wanita mereka pulak. MD pakai tak cara itu... gown labuh, cekak pinggang.. cantik juga kan.
    Kakak tunggu resepi tradisi sana.. nak juga tengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, KakZakie. Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, Turmeknistan dan memang banyak stannya. Teringat kes masa ke pejabat agama. 2,3 kali kakitangan pejabat agama bertanya nama negaranya sampai tersasul-sasul sebutannya.

      Delete
  9. pergh N3 terbaik ni ala2 guru geog & sejarah dah... apapun infor menarik, 1st tima KA tau tentang tempta ni tau... lepas ni citerlah pulak mcm mana lkeh jatuh cinta ye hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... KA. Kisah cinta dah masuk dalam lipatan sejarah :D

      Memang jarang orang tahu tentang NIS countries ni sebab dulunya dikenali sebagai Soviet Union aje.

      Delete
  10. tgok abg n adik dh boleh budget daddynya hensem ke tak kan..untung la klu jadi menantu ibu..cucu2 ibu mesti bergetah semuanya..muahaha blom apa2 dh ibu..hakhak..

    sy mmg fail bab geografi sejak sekolah..tak pernah dpt A..terima kasih atas penerangan panjang lebar..mana tau one day MD akan tayang pic MD with cinta hati..kita tggu sajalah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Geografi tu yang mahal ...seharusnya penerang harus panjang lebar nanti anak-anak murid tak faham pulak. Kang sapa salah kalau ditanya apakah negara-negara NIS dijawabnya pulak Hindustan, Afghanistan, Pakistan....cikgu juga yang sedih :D

      Ibunya anak perempuan satu aje..anak Mommy ada dua. Mommy taknak anak-anak Mommy berpatah arang merebutkan si Afia pulak...huahahaha...

      Delete
  11. Salam,
    Memang menarik membaca kisah anda...secantik Tashkent. Yang pasti, gadis Melayu lagi cantik! jika tidak masakan orang Uzbek pun terpikat dgn anda... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dah jodoh, BM. Kalau nak dibandingkan memanglah perempuan mereka cantik-cantik belaka : hidung mancung, tinggi lampai, putih gebu dan memang cantiklah senang cerita.

      Delete
  12. bukan kata nak teka tashkent tau kat mana.
    dengar pun tak penah. sian ai huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa Mya, bukan you sorang aje. Kalau baca komen kat sini memang hampir semua pun tak tahu negara ni di mana...hahaha...

      Delete
  13. salam kenal mummydearie. tqvm drop komen dalam blog saya..entry mummydearie panjang2 pun tak pe sebab saya suka membaca, hee. dah masukkan blog mummydearie dalam bloglist saya sebab tak jumpa ruang untuk follow (nak scroll entry lain nanti..hee).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang 'pengarang', Cikgu. Kalau saya tulis esei, cikgu pun boleh nangis nak tanda sebab panjang sangat tak ikut patah perkataan yang diberi. Tangan ni tak reti nak stop kat mana ... :D

      Terima kasih kerana sudi singgah dan saya dah add juga kat blogroll saya.

      Delete
  14. Errr... next soklan ni...
    Kalo d other half tu spot check blog ni, dia paham ke? Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, pandai.... Hubbydearie boleh faham kerana saya tak guna bahasa sastera. Kalau level budak sekolah sekarang ni saya rasa boleh bagi markah BM Hubbydearie dalam 85% kot :D

      Delete
  15. Oooo... identity hubbydearie dirahsiakan ke. Baiklah... Sila abaikan komen terdahulu di dalam entry terdahulu. hehehhe... *tutup muka malu sebab org dah bgtau pasal tu tapi aku yg tak baca.* kehkeh. Cuma i boleh imagine la hbubby dearie tu kategory muka cemana sebab dulu penah ada berurusan dengan vendor IT yang ofis saya ni hire, ramai sungguh geng uzbek dlm syarikat vendor tu. Ade kecik ade besor ada panjang ada pendek. Heheh. Tapi semua putih2 la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu, dah itu janjinya. HD tak mahu terbabit langsung dalam 'pembikinan blog' ini makanya muka HD memang tak boleh ler nak tempek kat sini. Kang kena masuk court, sapa yang susah :)

      Delete

Post a Comment