Terbang melayang ke Bradford

Alright! Hari ni kita akan pergi berjalan-jalan ambil angin di Bradford.... ~_^

Apa? You all tak tahu Bradford tu kat mana? Alahai, dekat aje! Jalan terus, jumpa simpang empat, belok kiri, nampak traffic light (kalau merah berhenti, kalau hijau jalan) pastu jalan sikit lagi, lagi dan terus lagi......


................. sampai masuk longkang! 

Oh, pleaselah you all! I tak mahu jadi cikgu Geografi hari ni. Penatlah dapat anak-anak murid yang dah tak muda remaja nih... @_@

Marilah dekat sikit. Dekat sikit lagi. I nak cerita pasal my neighbour yang baru pindah ni. Kelas you all. I pun kagum dan respect sangat dengan my neighbour, si Nur nih. Mana tidaknya, dengan tiga followers tegar kat belakang  tu, (kecil-kecil lagi makanya sentiasa mengekor ajelah kerjanya) boleh pulak dia merantau ke negara empat musim nak sambung belajar! Kalau I lah, lebih baik I pergi sight seeing aje. Malas eh...  Anak ni menguit, anak tu menguak, yang disisi pula merengek aje... Oh, tidak.... tak mampu akak nak handle everything by myself!

Tapikan, I tak payah susah-susah belajar. Pergi belajar kat uni ala-ala se-kur-ri-ti style (dibaca : secretary), jalan-jalan catwalk dalam dewan kuliah terus dapat title lecturer tau. Tak berpeluh ketiak pun mengulangkaji pelajaran mahupun terhempap buku setiap malam. 

Siapa pernah dengar 'Nurbijen'? Angkat tangan! Eh, hello, hello, hello... itu bukan nama tempatlah! Ishhh dia nih... nak kena hempuk gak nih! Eh, tapikan I pun tak tahu 'Nurbijen' ni apa ek?

Kejap ya, nak tarik nafas dulu. Habislah akak, si Nur ni jadi blogger sejak 2009 nasib baik start membebel in 2010. Mahu meleleh air liur membaca laju macam Putra, LRT, MRT bagai. Again, salah siapa? Akak jugalah yang salah... orang tak suruh pun!

OK, my neighbour ni kata, " Kami dah kahwin selama 9 years, 1 week and 3 days" @_@ (as of Nov 27, 2013) Pesanan dari penaja : Nur, kenapa takda wishing-wishing 'I lap u, u lap me lagi tak?' on Nov 17 baru-baru ni?

Lilypie pulak kata, anak-anak Nur ni tiga orang kesemuanya- Ahmad Irfan (8 tahun), Aisyah (6 tahun - suka I tengok Aisyah ni tau, manis sungguh orangnya...) dan Ahmad Danish (3 tahun). Yang keempat - ...... erghhh..... I dunnolah... why you ask me, go and ask her lah!

Mengikut kata Nur lagi, beliau sekeluarga sedang merantau di Bradford, UK demi menyambung pelajaran sejak awal 2012 (Pleaselah Nur, janganlah guna perkataan merantau ni, I rasa syahdu sangat-sangat tau sambil terbayang dalam kepala lelaki berpakaian serabai berjalan kaki ayam dengan kain baju tersangkut kat batang kayu tu....)

First entry Nur ditulis ketika Danish berumur 3 bulan. Alahai, mak-mak ni mestilah nak cerita apalagi kan... Masa tu Nur sibuk menyusu-ibu-kan si Danish ni (Eh, ada ke perkataan cam ni? Bantai ajelah MD...) 

Eh, you all tau tak apa makanan kegemaran Nur? Nur kata telur tu her favorite sebab senang nak masak. Ni kes malas masak ke apa ni? Hehehe.... tapi takpalah dimaafkan sebab Nur kan kena bahagi masa dengan bijak di antara pelajaran dan keluarga di perantauan tu bukan di Melesya tau... Tapi ek sure masa bercintan-cintan dulu asyiklah couple ni gi makan nasi putih berlaukkan telur ajelah ( telur masak kicap, telur goreng, telur bungkus and segala maknek telurlah ye...pandainya I menembak eh!)  

Dalam banyak-banyak entri yang Nur pernah kongsikan di blognya, I paling suka yang ini. Memang tak kering gusi bila membaca kisah anak-anak Nur yang tiga orang ni. Si anak dara yang manis tu memang alahai, sesuai betullah kalau nak dibuat menantu... keh3x. (Ni mesti ada yang marah sebab I dah daftar nak jadi besan dia nih....takpa, takpa...I kan ada dua anak lelaki...hey, dasar mak dara betullah I nih!)

Sebenarnya Nur ni seorang tenaga pengajar sebelum melanjutkan pelajarannya di peringkat PhD. (Ooi 123 orang you all studentsnya! Kalau dapat satu cam MD ngan OKje ke, tak tahulah apa nasib si Nur ni~_^) Apa dan di mana beliau mengajar, pergilah terjah sendiri kat blognya. Senang nak cari klu, cubalah baca anything yang bermula pada awal tahun ^_^

Tak pernah pula I  terbaca Nur menulis tentang suaminya or maybe I missed out that atau mungkin Nur pun seperti I yang tak mahu expose her beloved hubby kot ^_^ (Manalah tau suami Nur tu ada iras-iras Aaron Aziz. Sure parah kalau dok kena tenung dek bloggers aje, panas ooi hati!)

Kalau you all nak belajar English pergilah berjumpa anak-anak Nur ni. Seronok membaca keletah mereka bersekolah di UK.  Nanti Irfan bolehlah jadi macam Mr. Henry Middleton dalam 'Oh My English'. Takpa nanti bila balik Malaysia mesti Irfan, Aisyah dan Danish boleh tolong ajar kawan-kawan sekolah bertutur in English. Masa tu Irfan dah tak main 'berbeskal-beskal' lagi ni, sebutan basikal pun dah canggih sikit. Kalau buka mulut berbahasa Inggeris memang tergeliatlah lidah orang nak meniru @_@ Takdalah lagi dia selalu kena 'tummy eggs' bila makan makanan Melayu semula @_@ Well, like Adik Cute selalu cakap, 

"I gottttttttt dit!" 

Sebenarnya I dah almost habis membaca entries dalam blog Nur. Hehehe....terrorist tak I ni? (macam kata sis Rasp). So apa kata you all pulak terjah blog umi tiga anak ni? 

Still lagi tak tahu Bradford kat mana? Erghhh, Nur boleh tak tolong explain tetiba aje hati I jadi panas tak tentu pasal nih!

And for the lovely Ummi Nur, thanks for visiting my blog and tahan kental membaca celoteh I yang entah apa-apa ni. Kalau ada yang tersilap atau terkasar gurauan di sini, I' m sorry yeah!

Nak kelecops, kelecops tak ni...Alah, alah, alah.... meh sini right cheek...muahhhhs from MD di Mud City @_@ 

Mud City kat mana???? Ada yang kena ni kang...Hey!!!












Comments

  1. seronok bace pengalaman org merantau ke negara org kan kak...lieya kat opis ni mmg ramai jek officer dpt peluang sambugn belajar luar negara kak...sonok dengar cite dieorg dok sane....husben lieya ade gak mintak ...due kali try tak dpt, so kali ke tiga try mintak kat upm....dpt plak! sudahnye sambung laa master kat upm kakakakaak...takde can lieya nak amik cuti tanpa gaji ikut die pi obersea feeling2 main salji kat sane hahaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peluang kenapa tak mohon, Lieya? Kalau tidak sure vogue asyik bergambar ngan salji aje kerjanya. Lepas abis Master paksa cik abang tu suruh ambil Phd pula. Dapatlah merasa kalau dia pergi obersi nanti :D

      Delete
  2. memang menceriakan hari kalau dapat baca blog MD ni..hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, terimakasihlah Acik kerana suka celoteh saya ni. Saya dah lama tak datang berkunjung dek sibuk mengorek nih ha...nanti saya gi bergosip kat sana ya!

      Delete
  3. Kenal dah ngan Nur ni...tapi Okje panggil dia Bijen,.... uniklah nama dia ni, OKje suka!
    Betul MD Bijen mmg jarang buh laki dia dalam entri....alah...nak simpan laki le tu sama macam awak.... perahsan lelaki memasing hensem sampai mak dara gigit jari heheh...( jangan mare suka nyakat korang je...)....
    Tapi mmg sangat respect ngan Bijen ni...masih mampu belajar lagi walaupun dah beranak pinak..Kalau Okje agaknya memang dah gantung baju pakai ranting kayu le gamaknya kalau duk Bradford hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, nampak tak tu kejealousan dia sebab laki kita-kita encem? Mestilah nak simpan dalam esbok supaya awet muda. MD penat mengorek tak jumpa lak hubby si Nur ni. MD nampak jer OKje mengomen kat situ.... Ada orang komen panggil nama Nur, 'Baini' Nama dia ke tu? Nama dia ke tu? :D

      Delete
    2. Yeh... idaknya teman tau nama dia Baini....tapi dia pernah tempek gambau mereka sekeluarga dedulu...suami dia tu ada iras Danish....haha....awak kalah ngan Okje MD...yeayey awak tak dapat jumpa gambar meka sekeluarga! hoho

      Delete
    3. Amboi, mengumpat depan-depan nampak? Hahahha, buat saya senyum panjang baca celoteh MD dan Okje ni… Rasanya Okje jer yg panggil saya Bijen… unik sgt rasa… tapi panggil apa-apa pun tak kisah :)
      Betul tu MD… nama kita Nur Baini… rasanya pernah letak dalam blog maksud Bijen tu… ni mesti tak jumpa (ke ai dah ter'delete'?)
      Tak nak bagi korang berteka-teki… meh nak reveal apa tu nurbijen - tu nama penuh kita sekali dgn moyang2 tau… Nur Baini binti Ismail bin Jusoh bin Embong bin Ngah… so singkatannya NBIJEN… hahahha, ko ado?
      tu kalau perasan email pun saya guna nbijen… senang kawan2 nak trace… dari matriks saya guna nick NBIJEN ni… cuma lately jer letak nur kat depan :)

      Delete
    4. Amboi, OKje...tak mo ngaku kalah juga. At least kita korek sampai habis tau entri dier... takpalah ...kita pun tak mo tunjuk laki kita so fair and square lah kalau tak dpt tengok laki orang...(Eh apsal pulak gediks nak tengok laki orang nih? tak faham sungguh ler...)

      Wah, Nur....abis semua nama nenek moyang dia letak sekali. Bagus sungguh cucu/cicit yang satu ni... Eh, tersama pulak nama bapanya... :D

      Delete
    5. Kadang tu bukan nak gedix tengok laki orang....tapi bila dah tengok bini orang tetiba teringin nak tengok laki orang tu macamana .....takkan nak tengok laki zirafah pulak haha.....

      Delete
    6. Huhuhu...OKje jgnlah terasa. Yalah OKje cuma nampak Arjuna je dlm dunia ni. Yg lain-lain tu semua dah kena hide dek Arjuna (mcm adiwara lak suami OKje ni...) Yg gediks tu siapa lagi....MD ler...hubby sendiri simpan dlm esbok kasi awet muda, takut luak kalau org tengok nnti... :D

      Delete
  4. hehehe.. tahan gelak sampai sakit perut baca n3 MD yang ini... Yup nama yg unik Nurbijen, rasa dier ada singgah blog KA lepas dtg blog MD ni. tq MD, sebagi tanda terimakasih, KA clik2 nuffnag lagi yer hari ni... Teruskan menulis seperti ini, walau membaca sampai rasa nak asma seketika, KA ttp juga cinta hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang sayang bangat ngan KA ni (sbb tolong saya cepat kaya...hehehehe) Lain kali KA kenalah letak segala ubat kat sebelah bila datang berkunjung ke sini. Saya nak letak T&C kat dalam blog nilah kalau ada apa-apa kejadian tak diingini ketika/selepas membaca entri saya, bukan tanggungjawab sayalah tu...hahahaha.... :D

      Delete
    2. hahaha... ada sesuatu tntg MD di blog saya hari ni... Hehehe & saya clik2 nuffnang lagi !

      Delete
    3. Again KA, terima kasih banyak-banyak. I love you from a distance nih! Nanti saya dedicate lagu Winter Sonata buat Ka ye!

      Delete
  5. alahai seronoknya baca entry org merantau ke tempat lain kan.
    merantau mcm akak ckp lah, sedih bunyi nya.. now dah akak bagi lyn chance nak layan blog dorang plak. boleh baca experience org di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca Lyn jangan tak baca. Membaca menambah pengetahuan...hahahah...

      Delete
  6. Mujurlah kakak kenal nur dan semua blogger yg MD perkatakan itu. Sekarang semua yg kecil-comel dah besar tinggal Danish aje 3 tahun pun dah mudah dikawal pun..

    Kakak percaya memang tak ramai yg kental macam Nur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak. Saya salah seorang yang tak kental tulah. Baru aje jadi part time surirumah, full time office worker dah mengeluh letih 24-7, tak cukup masa itu ini... Kalau tambah satu lagi bab -belajar, entahlah apa nasib agaknya. Tapi belum cuba belum tahukan! Orang perempuan ni lain sikit, kita ni ada superpower!

      Delete
  7. menarik jugak baca blog tu. yeah bertambah blog yg i suka baca. thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini promo free untuk kengkawan yang selalu singgah, Lily. Saya pun bukanlah famous mana pun tapi apa salahnya kita tolong eratkan silaturrahim, betul tak?

      Delete
  8. Tak payah nak kagum kat kiter MD.. dah kita kena 'paksa' buat PhD… tu yang kena sambung jugak… kalau MD tempat saya pun, sure boleh punya lah :)
    Betul tu MD, saya mula aktif blog lepas dapat Danish… nak dapat support utk fully breastfeed… dari situ ramai la kenal ibu2 yg aktif promosi susu ibu ni.. saya byk belajar dari mereka :)
    Masa awal2 blog dulu tak byk post pun sbb tulis secara underground - hahahaha, tulis blog tanpa pengetahuan hubby( boleh gitu??)… dulu pernah juga tulis masa Irfan kecil tapi hubby tak bagi green light.. so berkubur mcm tu jer… Bila dpt Danish, semangat nak berblog tu membuak buak… kali ni tulis tanpa pengetahuan dia.. tapi nak sorok mcm mana sgt, last2 hubby dapat tahu jugak.. dan dia suka apa yg saya tulis dan siap promosi kat sedara mara… bila dah dapat lesen tu, baru la lagi aktif berblog hingga skrang :)
    Salah satu syarat nak berblog dari sang suami - x boleh letak gambar dia, atau "mengumpat" pasal dia… hahahaha, ada juga tercerita pasal dia sebelum ni dalam blog, cepat2 tuan punya diri suruh delete… so mmg tak jumpa la kalau MD cari…. kena la hormat keputusan dia tu… kalau lesen kena tarik balik, MD jugak yg meroyan nak baca celoteh kiter… kan kan kan? Baik mengaku…. hehehhe
    Hahaha, part telur tu mmg sgt tepat… nasi panas dgn telur pun dah rasa nikmat… Telur la yg membesarkan kami adik beradik.. bukan orang senang katakan..
    Eh, perasan jugak pasal anniversary kiter…. kita bukan jenis romantik nak ber i lap u, u lap ai dalam blog… hahaha, celebrate pun tak… ganas tak? tunggu yg ke 10 baru nak celebrate grand2… masa tu boleh la buat liputan anniversary 7 hari 7 malam… hahhaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu, Nur...keputusan suami kenalah hormat. Kang tak pasal-pasal kena hempuk kang :D Nanti kita juga yang terkinja-kinja meroyan tak tentu pasal hilang satu bahan bacaan...

      Hubby saya pun tak romantik juga kesnya...abis semua date dia lupa...bila tanya katanya 'pura-pura' lupa kerana bukan wajib disambut pun! Kalau nak tunggu yang ke 10th lebih baik celebrate 7 hari 7 malam untuk yang ke 25th ...heheheh...

      Delete
  9. Tu dia, penyiasat macam MD ni agak agak kalau diupah berapa lah ye? haa..rajin buat penyelidikan..

    walaupun kenal blogger yang MD sebut ni, tapi cara MD ceritakan ni memang lagi menarik kisah diorang ni... haa,, kalau tulis apa apa memang pandailah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ternilai harganya...tak tahu nak letak berapa...saya kalau buat kajian mcm buat assignment kat uni... Haa...ni interested sangat nak suruh siasat pasal apa lah ni? Pasal kenapa anak-anak tak suka makan mak masak ke? Hahahaa....

      Delete
  10. cmna sy bley tak kenal si ummi nur ni ekk..nmpk sgt sy ni jenis tak bergaul..dok overseas lg tu..ok la nak pi tejah dulu beliau..nk membebel kutuk2 kt sini tak kenal pulak si empunya diri.hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah melawat Nur kat Bradford tu, kan saya dah kata tak jauh aje asalkan jangan ikut 'tunjukajar' saya mahu betul-betul masuk longkang nanti :D

      Delete
  11. walaupun tak kenal dengan nur ni, tumpang gelak baca entry mummydearie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru kenal dengan Nur ni. Seronok membaca pengalamannya di rantau orang.

      Delete
  12. Kikiki..ingat betul2 ke bradfort..apapun enjoyje baca entri ni coz sy memang d kenal dgn nurbijen ni..sy panggil nur je tp sy tgk okje kita tu dok panggil bijen...sedap je nama dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kalau saya menulis, mmg kena cari mana fakta, mana autanya :D

      Delete
    2. Hehehe.....memang rajin MD nih...ehh,sy x bc lg laters entri dok membalas kat sini plak...hahaha....

      Delete
    3. Takpalah, WA. Saya suka aje kalau orang datang berkunjung. Sebesar helipad saya tadahkan...hahaha...

      Delete

Post a Comment