Tetiba aje... Part II

Girangnya bercerita sampai ada Part I, Part II bagai ^_^

Bukannya kekeringan idea tetapi entah mengapa jiwa raga ni meroyan pulak suruh cerita kisah masa silam yang jadi kenangan indah sepanjang hidup ni. Hehehe... makanya, ampunkanlah tuan punya entri ni yang suka hati makbapak dia aje nak main sambung-sambung cerita basi dalam blog (Eh, the last time I checked, this is still my blog, kan! Hahaha.... *gelak ala-ala bini Shrek*)

OK, OK, janganlah mengumpat I lelebih tahu. Nanti kalau I tak tahu dan  tak maafkan, siapa yang tanggung dosa? Oleh itu marilah jadi pembaca yang berhemah tanpa sedikit pun mengerutkan muka tanda protes. (Meh sini akak ajar...kalau tak suka, tekan button X color merah nun di atas...alah takkan tak tahu...katanya blogger tegar menulis gitu!)

Ni nak tanya sikit pada ibu-ibu yang pernah melahirkan (Hah, jangan nak protes! Ada ibu-ibu yang tak pernah melahirkan pun tau) pernah dengar tak tentang ni? (Baca jangan tak baca...)

Masa melahirkan si Bubbly Abang, my mak suruh simpan tali pusatnya yang dah  tertanggal. Bila mak tengok  tali pusat, terus beliau berkata,

Kalau tengokkan tali pusat ni, ada tiga orang anak!

Duh, biar benar ni, bu! (I cakap senyap-senyap dalam hati ler)

Lepas tu I pun story telling panjang lebar kat my Hubbydearie. Terus dia kata, 

Kita mesti be extra careful. Nanti anak belum bertatih lagi dah dapat adik baru!

Sedih den tau! Tapi masa tu sempat juga berangan ala-ala Cinderella kalau ada tiga anak maybe .... 2 lelaki, 1 perempuan. Eh,  tak,  tak... 2 perempuan, 1 lelaki...Eh, tak, tak... kalau second one terus kembar lagi senang cerita... Eh, tak mahu,  tak mahu...nak wat camna ni susunannya..... (sambil mengira bintang di langit...apakah motifnya?)

Jadi, kita pun menyimpanlah semua peralatan dan pakaian Abang. Yalah, mana tahu boleh diperturunkan kepada si adik pulak nanti. Tunggu punya tunggu punya tunggu,  takdapun apa-apa. Well, kita pun tak merancang tahu. Abang tu kira macam bunting pelamin la. Tapi yang Adik ni tunggu sikit punya lama pun tak menjelma!

Masuk aje Abang 5 tahun, oklah confirmed ya Dear anak kita memang ni seorang ajelah. Kiranya Abang pegang title anak  tunggal ajelah. Sedih kejap. Kesian Abang takda adik nak ajak bergusti, bergomol dan bermain riang ria bersama.

Kami pun segeralah distribute segala barang Abang yang boleh dipakai. Berbeg-beg juga bagi kat saudara-mara dan kenalan. Settled aje barang Abang, tetiba alahai...pregnant sekali lagi ^_^

Itupun I tak perasan. Tekak rasa lain. Nafsu makan tetiba menurun dengan  drastiknya kerana tak tahan kepahitan kesemua yang masuk dalam mulut. Sedang dok termenung di pejabat menghadap komputer, baru teringat scene semasa annual medical check-up.

Nurse tanya bila last period. Jawabnya dengan pantas, a week ago. So bila teringat tarikh medical check-up tersebut, rupa-rupanya I dah dua bulan lebih takda period. Wow, serta-merta balik kerja pergi beli pregnancy test. Punyalah menggigil takut sampai jatuh dalam lubang tandas alat tersebut. Keluar semula pergi beli satu lagi dan kali ni bertahan degup jantung sampai balik rumah.

Once done, confirmed memang positive!

Khabarkan ajelah berita tersebut pada Hubbydearie. Walaupun menunggu tapi takdalah sampai menyangka akan mengandung sekali lagi. So memang terkejut sangat-sangat. Gigil-gigil masa beritahu Hubbydearie lepas tu menangis. Tak tahulah menangis gembira ke atau terkejut sampai nak pengsan ^_^

First time tengok gambar scan Adik, rasa macam tak sabarnya nak tengok anak Mommy lagi seorang ni. A few months later, Adik pun lahir. Comelnya anak Mommy yang seorang ni, memang masa tu Mommy rasa dialah bayi tercomel dalam dunia (semua mak-mak pun begitu juga perasaannya, ya tak? Anak kitalah yang paling comel kononnya ...)

Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan kelahiran Adik. Of course Abang pun Mommy memang sayang forever. 

Teringat kata Abang masa Mommy baru pulang dari hospital (dan sehingga kini pun dia selalu ucapkan perkara yang sama...)

Abang rasa sedih sangat masa Mommy dan Daddy tidur kat hospital dan Abang kena  tidur kat rumah MakNgah. Abang rasa nak nangis malam tu sebab Mommy takda tidur dengan Abang. That was the saddest moment in my life, Mommy tau tak?

Eh, Adik ni tali pusat dia tanggal lepas 21 hari tau. Punyalah lama... Napa ek  tetiba cerita pasal tali pusat pula ni?

Kiranya I merasalah kedua-dua kelahiran secara normal dan c-section. Penjagaan ketika pantang pun takdalah  teruk sangat. I bantai nasi putih, lada hitam dengan ikan bilis goreng aje sampai habis pantang. Ada juga menu lain tapi itu yang paling nikmat rasanya. Cuma tak menahan nak minum air ajelah. Masa tak pantang  takda pulak terkinja-kinja nak minum plain water tapi bila dalam pantang, bila takda orang nampak main slurp,slurp bukan main plain water tu gian katanya ...

Luka for both kelahiran pun sembuh dengan sangat cepat. Tak berbekas mana pun. Percaya tak, hari keempat lepas c-section, I boleh berjalan ambil penyapu nak menyapu rumah! Boleh terlupa gitu baru lepas bersalin ^_^

Teruslah kena sound kawkaw dengan my sister.  Lagipun I was lucky kerana memang langsung takda strech marks for both pregnancies. Cuma yang ada tinggalan, ya itulah dua superheroes yang super menawan tahap tak boleh menahan di rumah sekarang ^_* 

OK, dah  tamat dah imbauan kenangan silam yang so, so sweet ini. I promise, takda Part III...hehehe...









Comments

  1. boleh tau dengan tengok tali pusat ye??saya pun nak cari la sapa2 yang tau..heehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kot. My mom belek-belek tali pusat si Abang lepas tu katanya ada tiga bonjol which means akan ada tiga beradik. Gi lah tanya orang tua-tua, kot ada yang tahu :D

      Delete
  2. Lyn ingat kes tali pusat tuh.. nenek sedara lyn lah yg ckp masa my SIL bersalin..
    tapi tak tau lah mcm mane dia tgk..
    dan tekaannya mmg betul.. 5 org anaknya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...debar dup, dup terus jantung akak, Lyn. Well, dua cukup lah kot. Akak dah nak semput nih :D

      Delete
  3. Betul MD...org tua tua mmg pandai tengok kat tali pusat tu....mcm ada benjol benjol giulah adanya hehe....
    ohhh awak susah nk lekat yeh.....okje pulak pantang dekat terus lekat hehe...nasib terer mengadjust bagi jarang......Senang gitu MD ...tak yah risau menjaga traffic light....hijau memanjang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi OKje pandainya .....

      So, sekarang ni OKje tak mo mengimbau kenangan manis ke? Manalah tahu tetiba buat entri "Akak muntah-muntah entah untuk kali keberapa hari ni!" Wuahahahah.... :D

      Delete
    2. Na'uzubillah.... selilsih malaikat...hehe...sok htr anak bongsu org kata cucu...

      Delete
    3. Eh, tidaklah OKje! Orang tengok kita atas bawah sambil dalam hati mengumpat dengan penuh cemburu..."Mengapa nenek budak ni muda remaja aje nampaknya?" Huahuahuahahaha....

      Delete
  4. ada part 111 pun tak pe..acik suka baca..dari muda sampai dah tua gini pun masih suka baca..sebab acik dulu 5 tahun memanti baru dapat sorang,,3 tahun lepas tu sorang lagi..yang ketiga pulak 6 tahun selepas tu..dah tuaa..tak can dah nak tambah lagi..Alhamdulillah ada 3hero acik yang dah besar2..menantu je belum muncul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Acik kerana suka baca. Suka saya mendengarnya :D Tapi Part III takdalah Acik sebab tak tahu dah nak cerita pengalaman apa pulak. Yalah, anak pun dua aje :D

      Agaknya betullah orang kata kan, lepas terseksa menunggu yang pertama, sebatalion pulak sampai lepas tu. Sepupu saya pun gitu asyik gugur aje sampai ambil anak angkat. Lepas tu tetiba aje keluar empat anak sendiri :D

      Delete
  5. Dah besar adik n abang ni..jadi mami kena tambah lagi ni..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy nak sembunyi bawah meja kejap, eh.

      Hahaha.... cukuplah kot dua hero aje, Lizz. Takut tak terjaga diri sendiri pulak nanti.

      Delete
  6. bercerita tentang tali pusat, mak saya kata kena simpan tali pusat anak-anak setempat supaya mereka sentiasa rapat hingga ke besar…
    Rezeki, kan… So adik pun dapat set kelengkapan yang baru? hhihiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah Adik dapat semua serba baru. Sekarang ni tengah terfikir apa nak buat dengan segala stroller, car seat bagai. Rasa macam nak letgo gak nih...

      Saya pun simpan kedua-dua tali pusat Abang dan Adik dekat-dekat dalam satu tempat supaya katanya mereka akan rapat selamanya. Betul kot?

      Delete
  7. Wah...ni alkisahnya.. abang memang dapat sepenuh tumpuan sebelum dapat adik..

    Suka tuk dengan ayat, semua mak pun rasa anak sendiri paling comel.. haa.. saya pun selalu pikir macam tu bila tengok anak2 saya macam comel...haha.. sejuk hati tgk anak.

    Alhamdulillah MD dimudahkan segalanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tak? Memang bila kita tengok anak kita, kita rasa dialah yang paling comel berbanding dengan seluruh kanak-kanak yang ada dalam dunia ni :D

      Tak kiralah apa orang kata, yang penting kita rasa anak-anak kita memang tercomel!

      Delete
  8. ooo yg abg bunting pelamin...yg adik lame gak akak tgu yeak...kisahnyeeeeee....mcm lieya plak kak, mia baru 7 bulan lieya dah preggy balik...tak ke haru tu heheeheheh...rase nak pengsan bile tau preggy balik.....lepas tu mmg hati2 ...tu dayyan jarak cantik sikit ekekeekekekeke...

    bagus akak cepat sihat lepas czer...mesti akak pantang betul2 nieh kan...kan org kate czer ni luke die amik mase gak nak baik kan...pantang pun kene extra jaga2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rapat-rapat lahir, macam tak cukup kasih-sayang pulaklah, Lieya. Tapi bagusnya, mereka rapat sebab umur lebih kurang. Sekarang ni Abang dok tanya bila dia boleh bergusti, main tumbuk-tumbuk dengan Adik. Mommy kata tunggu sampai Adik pandai cakap minta tolong :D

      Katanya, kalau czer memang kena extra careful tapi taktahulah mungkin nasib akak memang baik. Bekas czer tu pun tak nampak sangat. Cantik aje satu garis halus. Stretchmarks pun memang elek for dua-dua anak. Pengalaman ngilu masa bersalin? Akak memang lupa ler sebab rasanya memang tak sakit langsung cuma fobia aje yang lebih :)

      Delete
  9. lama jugak tali pusat adik tanggal ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, nak dekat sebulan baru tanggal. Katanya kalau tali pusat lambat tanggal, budak degil sikit. Tak tahulah pulak. Tapi yang pasti Adik memang terlebih lasak berbanding Abang yang sangat polite.

      Delete
  10. baru tau boleh tengok berapa ank melalui tali pusat...hebat la ur mum..muahaha..

    tak merancang tu yg best tunggu punya tunggu punya tunggu masa tak tunggu tu Allah nak bagi.:)

    seronok pregnant takde scretch mark,luka pun cpt sembuh..pasni kena ada part 3 n 4 lagi klu boleh.hakhak

    tali pusat aiman ada lagi simpan smp skang..dh 6 taun bygkan mmg dh kering takde mende la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam nak pencenlah, PK. Cukuplah dua kot :D

      Masa si Adik dulu pun teruk saya sepanjang 9 bulan. Nasib baik masa c-sect, takdalah banyak komplikasinya. Alhamdulillah, pengalaman melahirkan takdalah sengeri yang selalu menjelma dalam fikiran...

      Delete
  11. Saya pun merasa dua2 - normal n c-sect. Tapi, bg saya normal lagi cepat baik. Ke sama? Entah la. Mungkin c-sect tu saya takut nak bergerak kot. Hahahah....

    Saya mmg distribute brg adam dulu. Pastu bila Aleesya lahir, mana2 yg elok, saya dapat balik. Ye la ... distribute pada adik. Lagi pun, pakai bukan lama. Semak rumah kalau beli padahal bleh pinjam. Mcm car seat baby, ada 3. Pakai kejap2 je. Walaupun org kata car seat ada expiry date, alaaa... pakai utk ulang alik g kerja. Dekat je. So, brg2 besar tu berpusing. Itu pun pesan siap2, kalau brg yg rosak ke... xyah simpan la. Buang terus. Kira memang surub pakai betul2 la. Barang kat sini, adalah baju. Hihih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, MA. Masa first normal, luka sembuh cepat juga. Jahitan pun cantik kira tak ralatlah ambil doktor bidan terjun tu. Memang cekap doktor tu. Kali kedua c-sect, lepas masuk bilik saya langsung tak boleh nak gerakkan kaki (mungkin sebab epidural) Hari ketiga saya balik rumah, hari ke-4 dah main jalan-jalan macamlah anak dara. Terlupa sekejap. Again, jahitan untuk c-sect tu pun sangat cantik. Cuma ada satu garisan nipis bawah perut, takdalah nampak sangat.

      Delete

Post a Comment