Arjuna Beta

Jangan refresh. Jangan terperanjat.

Pagi ni tetiba nak letak lirik lagu penyanyi Fynn Jamal ni pulak. Bukan apa, pagi tadi dalam kereta terdengar lagu ni buat pertama kali. Rasa emotional pulak. Lagu dari si ibu untuk anakanda tersayang. Cara Fynn ni menyanyi macam  tipikal mak-mak zaman dulu-dulu mendodoikan anak. 

I tak tahu pun dia ni singer. First time dengar lagunya .... Ini liriknya, lagu cari sendiri kat youtube lah @_@
 
Lirik Lagu Arjuna Beta (Fynn Jamal)
 
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur
 

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
 

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri
 

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
 

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
 

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
 

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Comments

  1. layan2 jangan x layan hahaha ( Gelak style Fyn jamal ni )...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat KA, tetiba mood menjiwang pepagi buta. Haruslah dilayan dulu :)

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Sofia tak penah dgr lagunya..tp liriknya blh buat hati tersentuh membayangkan ibu sofia..huaaaa dh la mmg rs mcm homesick je minggu ni huhu

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Sebab bait-bait tu ada kaitan tentang perasaan seorang ibu terhadap anaknya itu yang buat akak terus jatuh cinta dengar kali pertama. Teringatkan anak-anak di rumah. Teringatkan emak sendiri pun ya juga :(

      Delete
  3. saya memang peminat Fynn Jamal lagu dia memang sedap dan penuh makna sejuta kali tu memula saya terminat kat lagunyer bartambah2 minat bila dengo lagu -biar -saya pun penah buat entry pasal lagu dia nih kat sini..
    http://haslizalizz.com/lagu-biar-fynn-jamal-best/
    kalo boring selalu gak saya dengo balik lagunyer..bestkan..lagu arjuna beta ni belum dengo lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sengaja tak letak klip youtube di sini sebab nak suruh readers (ewah, cam ramai aje pulak berangan ya...) menghayati lirik lagu ni. Sedih pulak sampai teringatkan anak-anak yang makin membesar di rumah tu ....

      Delete
  4. Fynn Jamal ni sapa yek...hihi x kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya first time dengar lagunya. Tak tahu pun ada penyanyi nama Fynn Jamal. Tadi masa lagunya ke udara, ada disebut tajuk dan nama penyanyi. Sampai aje pejabat terus google lirik dan buka youtube :)

      Sukalah lirik ni sebab ia tentang ibu dan anak.

      Delete
  5. Ingatnya Arjuna ite..... hehehe...
    Serious mak mmg tak pernah nama penyanyi ni....sat lagi nak bukak you tube

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time dengar, OKje. Seriously, mak-mak cengeng cam kita ni kena dengar lagu ni sambil berangan tengah mendodoikan anak kecil dalam buai dengan penuh kasih-sayang (macam dalam drama melayu lama tu...) Eh, anak kecil?

      Oh, tidak lagi!

      Delete
    2. Apa salahnya weyh...kot dpt pompuan mesti cute mcm buvi jon....hehe...

      Delete
  6. lagu ni best... dah byk kali dah dgr smpai ulang tk sudah2.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak baru first time dengar pagi ni, Lyn. Terus google nama penyanyi, cari lirik lagu dan buka youtube. Sanggup tak breakfast!

      Delete
  7. lagu ni best tp SA x leh hayati...kalau betul2 hayati boleh jadi sebak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah SA. Saya first time dengar pagi tadi pun dah merewang-rewang fikiran tengah memandu tu. Tetiba rindunya alahai kat anak-anak kat rumah!

      Delete
  8. Sayu dan menyentuh pulak bila dihayati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mendengar Fynn Jamal ni mendendangkannya, lagi touching Kak ...

      Delete
  9. ni first time saya dgr lagu ni menerusi YouTube... rangkap ni paling menyentuh jiwa saya:

    Ngeri tak terbayang mata
    bonda takkan ada sentiasa
    nanti moga kau tak lupa
    bonda memujukmu, anakanda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita... Saya pun rasa touching sangat bila ada mention 'bonda', 'anakanda' nih ....Seriously lagu ni memang menyentuh kalbulah!

      Delete
  10. Menarik juga lagu ni.. tapi saya dengar masa naim sakit terus rasa sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah AN. Saya pun bila dengar teringat anak-anak sambil berfikir macamanalah aku dilayan dua anak lelaki ni bila tua nanti, macamanalah anak-anak tanpa emak...aduhai...sedihnya terasa!

      Delete
  11. bait2 liriknya mmg sungguh membikin touching walaupun sy tak pernah dengar lagu ni..dasar dh lama tak dengar radio..nk g keje pun mls pasang radio,baru nk tekan on dh smp opis.dekat sgt..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru dengar lirik dah touching inikan pulak dengar lagunya.... Beberapa hari juga saya menjiwang...siap suruh dengar Abang dengar tu...Aduhai memang emotional tahap super gaban saya nih!

      Delete
  12. lagu ni khas untuk anak dia arjuna yang sakit tu kan....sian dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, didedikasikan untuk anaknya Arjuna Bakhtiar tu.... dia ambil anak angkat sejak budak tu lahir lagi. Syahdu aje bila dengar lagu nih...

      Delete
  13. apa maksud arjuna beta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arjuna tu sebahagian daripada nama anak angkat Fynn Jamal, yang sakit ketika beberapa minggu selepas Fynn mengambilnya sebagai anak angkat.

      Delete

Post a Comment