Byebye Mami@ Oi-jon@Buvi-Jon

Huhuhu.... akhirnya Mami@Oi-jon(Ibu)@Buvi-jon(nenek) telah selamat pulang ke Tashkent Jumaat lepas. Lebih kurang pukul 8 malam waktu Malaysia Mami sampai ke tanahairnya...

I bercuti hari Jumaat lalu kerana menemani my Hubbydearie dan anak-anak menghantar Mami ke KLIA. Of course seperti yang dijangkakan memang adalah adegan air mata nih.

On Thursday itself, I kena bekerja sehingga pukul 8 malam. Sesampai di rumah selepas makan malam sebagainya, Mami ajak duduk bersama. Selalunya (sejak 2 bulan yang lalu) selepas makan malam dan bersolat Maghrib, Mami dan Hubbydearie akan duduk berbual di ruang tamu. Hampir setiap malam juga mereka akan berskype dengan anak perempuan bongsu Mami/adik bongsu Hubbydearie di US. I pulak biasanya akan masuk ke bilik. Kalau duduk pun bukan faham apa yang mereka bualkan. Menunggu terjemahan sama sahaja bagai menunggu buah tak gugur.

But then malam terakhir di Kuala Lumpur, Mami nak menyampaikan ucapan terimakasih. Kata Mami minta maaf banyak-banyak kalau kedatangannya mengganggu keharmonian kami sekeluarga. Bukan niatnya untuk mengganggu tetapi dek kerana anak lelakinya di sini, sekadar melepaskan kerinduan terhadap anak lelaki dan keluarganya. Kalaulah boleh bertemu selalu, Mami pun tak mahu menumpang duduk di rumah anak-anak, itu katanya sambil berlinangan air mata ...

I, of courselah memang emotional tak bertempat. Belum habis ditranslate, I dah kembang-kuncup hidung.  Mata pun dah berair. Sedih pulak walaupun pada asalnya bila mengetahui Mami hendak tinggal bersama selama lebih kurang 2 bulan, panas punggung I dibuatnya kerana pesanan penaja (Hubbydearie) untuk melayan Oi-jonnya sebaik mungkin memang banyak!

I tengok Hubbydearie dah tertunduk sayu memandang lantai tapi mungkin beliau menahan sebak di hati sebaik mungkin daripada menangis di hadapan Mami. 

Keesokkannya, seawal 6.30 pagi kami dah bertolak ke KLIA. My eldest sister pun ikut sama. Macam-macam yang dibelikan oleh my sister untuk Mami sebagai buah tangan. Tak terkata ucapan terimakasih Mami padanya. Penerbangan Mami pukul 10.15 pagi dan dijangka sampai pukul 6.15 petang waktu Malaysia (3.15 petang waktu tempatan)

Senyum aje Abang sebelum pulang ke rumah

Adik pun happy memanjang dapat berlari sepuas mungkin di departure hall, KLIA

Mami pakai pakaian biasa sahaja sebab sesampai di airport nanti, my brother-in-law akan menunggunya dengan pakaian musim sejuk.

Sekeluarga melihat Mami dari kejauhan

Kami tak tunggu sehingga kapal terbang berlepas. Sebaik Mami masuk, kami sekeluarga pun pulang. Ketika bersalaman kali terakhir, sekali lagi Mami menangis bila memeluk anak dan cucu-cucunya. Yalah, memang sedih bila memikirkan terpaksa berpisah dengan anakkan. Entah bila boleh berjumpa lagi. 

Lambaian Buvi-jon buat cucu-cucu yang memanggil namanya
Dalam perjalanan pulang, sekali-sekala terpacul dari mulut Hubbydearie tempat-tempat yang pernah disinggahi bersama Mami. Adik pun kejap-kejap tanya, "Buvi-jon mana?'' Abang memang senyap ajelah tak cakap apa. Sesekali ada juga Abang bertanya mengapa Buvi-jon kena balik ke rumahnya? Bila nak datang lagi? dan sebagainya.  I pulak yang sayu hati bila mendengar mereka bertiga ni dok bercakap pasal Mami.
Guess, siapakah yang menangis dulu bila sampai ke rumah?

Sebaik masuk ke jalan menuju ke rumah tetiba Hubbydearie berkata,

Dah sampai rumah dah kita. This time without buvi-jon!

Oh, nak ekspresi muka macamana pun I dah tak tahu! Sebaik sampai di rumah, Hubbydearie duduk termenung di luar, tak mahu masuk dulu agaknya. Mungkin ingatan pada Mami buatnya sebak. Sebaik I buka pintu rumah Abang terus meluru masuk bilik. Tetiba dia keluar dan menangis...

Mommy, ada bau buvi-jon dalam bilik! Tapi buvi-jon takda, dah balik! Abang nak buvi-jon! Abang sayang buvi-jon!

Teresak-esak si Abang menangis. Bila Daddy masuk dan tengok anaknya menangis, of courselah air matanya tumpah juga akhirnya. Mulanya bergenang, lepas tu I tengok Hubbydearie mula teresak-esak...

Hubbydearie nasihatkan Abang supaya jangan sedih. Nanti bila ada peluang, Buvi-jon akan datang lagi. Mungkin beliau pun sedih tengok Abang menangis, Hubbydearie pun teresak-esak sama. I cuma mampu menenangkan mereka berdua walaupun dalam hati I sendiri pun rasa sedih.

Hubbydearie tanya tidakkah I terasa sedih dengan kepulangan Mami and I told him, kalau dah mereka berdua menangis dan I tumpang sekali bersedih, siapa yang akan memujuk. Beliau sendiri tahu yang isterinya ini memang emotional lebih daripada orang lain...

I told Abang too, Buvi-jon kena balik kerana Oppa-dada (datuk mereka) ada di sana. Kesian Oppa-dada sendirian kalau Buvi-jon lama di sini. Sepupu-sepupunya di sana pun mesti rindukan Buvi-jon juga. Lagipun insya Allah Buvi-jon akan datang lagi ke Malaysia bila tiba hujung tahun kerana cuaca sangat sejuk dan Buvi-jon tak tahan sejuk ...

Tengahari tu selepas bersiap nak ke sekolah, sedang Abang duduk di sofa, again dia menangis lagi teringatkan Buvi-jonnya. I dah susah hati. I told my Hubbydearie takut pulak kalau si Abang ni jatuh demam dek rindukan his grandmother. Lain macam kesedihan yang ditunjukkannya.

Petang ketika ambil Abang di sekolah, again dia beritahu I bila sampai di rumah,

Mommy, biasanya bila kita sampai rumah, buvi-jon mesti ada tunggu kitakan!

Sedih juga I mendengar keluhannya ...

On Saturday morning, bila I bangun tidur nampak si Abang berbaring atas katilnya. I pun tanya lah mengapa berangan sorang-sorang. Rupanya again Abang sedang menangis  lagi teringatkan Buvi-jon yang selalu menemaninya tidur. Biasanya bila bangun tidur pagi, komputer yang ditujunya dahulu. Kali ni Abang beritahu I yang dia takda hati nak main komputer kerana kalau ada Buvi-jon tentu beliau akan duduk di katil sambil melihat Abang rancak bermain game.

Adik pula takda nampak terkesan dengan ketiadaan Buvi-jon. Pada mulanya I jangkakan Adik yang akan merindui Buvi-jonnya kerana Mami yang jaga Adik selama dua bulan ini. Cuma sesekali Adik akan tanya soalan yang sama, 'Buvi-jon mana???"

Rumah I pun sangat sunyi-sepi pada malam hari. Tiada lagi gelak tawa Hubbydearie seronok berbual dengan Mami. Tiada lagi kedengaran bahasa asing di telinga I nih. Rindu pulak hendak mendengar kedua beranak ini rancak berborak sambil berjenaka walau sepatah haram pun I tak faham apa yang mereka bualkan.

I cuba juga melayan Hubbydearie sambil menemaninya berbual dan berjenaka. Tentu Hubbydearie terasa sunyi sangat tanpa Mami. Seperti yang diberitahu kepada I, 

Kalau pendek masanya Mami di sini, it's ok. Tapi dua bulan Mami tinggal dengan kita. 2 bulan juga I melayan Mami. Tak mungkin I tak sedih bila Mami pulang ke Tahskent!

Sabar ya, Dear... panjang umur insya Allah you dapat jumpa your mom again. Maybe this time with Dada too!

Alhamdulillah, masuk hari ketiga, semuanya back to normal walaupun sesekali kedengaran Abang seakan teresak apalagi bila mula berzikir macam Buvi-jonnya selalu buat...

Rutin pun dah kembali seperti sediakala. Hubbydearie ada menghubungi Mami sebaik beliau sampai di sana. Hubbydearie sempat beritahu yang Abang menangis rindukan buvi-jonnya. Kata Mami, janganlah nangis-nangis. Hidup macam selalu. Nanti jika diizinkan, insya Allah akan menjejakkan kaki ke Malaysia lagi. 






Comments

  1. Patutla dia senyap je ari Jumaat tu. Menghantar MIL tersayang rupanya. Alahai, saya pun tumpang sedih bila baca kisah hari terakhir mami dan selepas keberangkatan Mami ni. Banyak bersabar ya... bagus anak cucu Mami ni.

    Ni hari Ahad buat entry, free ya? Haha. Dah mula tengok citer Korea kegemaran ke tu? Haha.. jangan lupa tengok cerita Ugly Alert, best sangat tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...buang tebiat buat entri hari Ahad, kan.... Sebenarnya saya 'ditinggalkan' oleh Hubbydearie. Duk dengan anak-anak aje di rumah. Bila free tu, mulalah gatal tangan nak menaip.... Pastu terasa boring pulak, ajak ler anak-anak pergi Aeon kejap buang duit :)

      Saya belum menyempat tengok drama Korea ni. Tak sukalah tengok half way, half way nih.... Ugly Alert ada tengok teaser tapi dah mula yek?

      Delete
  2. alahai kak, Lyn plak rasa sedih bila ur MIL pulang ke kg halamannya..
    kesian masing2 kat rumah duk teringat lagi masa buvi-jon ada kat rumah..
    In Sha Allah, nnti ada rezeki pasti akan bertemu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang paling teruk merindu ingatkan my Hubbydearie.... Semalam pun ada sikit-sikit rasa rindu tu, merah mata dan hidung tapi akak pujuk-pujuk juga nanti buvi-jon datanglah lagi....

      Delete
  3. yela..2 bln tu tmpoh y agak lama jugak..
    mula2 mmg terasa sgt kehilangan, sunyi..
    insyallah..masa merawatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mengadjust jadual harian kembali macam dulu. Rasa jugalah bila Mami dah pulang sebab 2 bulan tu rasa macam lama pulak.

      Delete
  4. sedih pulak baca kisah mami balik..paling terkesan bila abang menangis berkali2..nak brderai jugak air mata sy ni..dua bulan tu kira cukup lama..byk sungguh kenangan bersama mami smp abg terbau nenek dlm bilik..adik of couse kecik lagi..tak reti faham sgt erti kehilangan..cuma pelik je tetiba buvi jon takde

    abang ni sebijik macam aiman..jenis hati lembut..aiman klu tgok drama sedih,dia yg bergenang air mata dulu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni memang dalam hati ada taman besar. Nampak aje badan besar tapi cepat tersentuh hatinya. Yalah, 2 bulan tu lamakan PK. Saya sendiri bila masuk rumah dah tercium bau Mami....

      Delete
  5. MD...sedih baca tang abang kata ada "bau" buvi-jon dia di bilik..huhu..
    touchingle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sedih sebab dia bersedih. Kalau nak ikutkan saya pun teringat juga tapi takdalah sampai menangis. Bila tengok Abang yang bersedih, dengan saya-saya pun rasa sedih nak menangis juga :(

      Delete
  6. kesian kat abang rindu sgt kat neneknya...tak apa abang..nanti buvi-jon dalam malaysia lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully, buvi-jon diberi kesempatan untuk datang lagi....kesian kat Hubbydearie dan anak-anak.

      Delete
  7. hehehe ye ke sedih bagai ni,... ke melompat tinggi sampai ke siling umah dek kerana happy MIL dh pg... hehehe.. joke aje yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan bercampur-baur...hahaha... Honestly KA, sedih pun ada juga tetapi takdalah sesedih insan-insan tersayang nih.... Mereka memang berlinangan air mata especially si Abang. HD sekejap ajelah... Adik langsung tak kisah....

      Delete
  8. Bergenang pulak air mato den membaca kisah Mami ni. Yang si abang tu paling dramatik skali. Tapi adik mmg champion macam mummy dia jgk. Mungkin sedih cuma pandai cover. Mmg sunyi bila tetiba je org yg selalu dgn kita takde. InsyaAllah nnt jumpa lagi kan. Hujung tahun ni kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik tak faham bahasa lagi (sama macam Mommynya...) Betullah Lyd, malam kami dah sunyi-sepi tau. Memasing dengan hal memasing. Dok senyap aje tengok TV.

      Insya Allah, ada rezeki hujung tahun mai lagilah :)

      Delete
  9. Ala, saya yang baca entry ni pun rasa sebak jer… mcm mana la MD sekeluarga yg mengalaminya… tapi rasanya skrang ni dah makin pulih kot…
    Betapa peritnya nak berpisah bila 2 bulan hidup bersama… MD kena la buat kunjungan balas ke Tashkent pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ok sekarang. Cuma sesekali tu ada juga Adik tanya mana buvi-jonnya. Abang pun kadang-kala teringatkan buvi-jonnya. Insya Allah, tengoklah siapa yang melawat siapa pula lepas nih :)

      Delete
  10. dua bln jngka masa yg panjang. ada masa jumpa lagi ye abang. ciksu doakan dari jauh semoga semuanya dipermudahkan buat abg skluarga bertemu nenek.aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...

      Insya Allah ada rezeki boleh berjumpa lagi. Terima kasih Ciksu :)

      Delete
  11. Sayonara Mami....
    Weyh.....menantu steady nampak? Hihi.....
    Menantu bukan tak sedih....okje faham tu....sedih dalam suka haha.......
    Of course le the whole family sedihkan MD, dah tentu tentu mami dah duduk lama dengan kitakan....sedikit sebanyak kenangan yg ditinggalkan mami mesti terbayang bayang kat hati menantu...betul tak MD?
    Abang tu sama jer mcm mama.....cembeng haha...Yelah dah dia yg selalu dengan mami surelah terasa kehilangannya....tak de lagi org teman tgk dia main game....
    Sangat salute dengan orang tu....sedihnya terkawal! Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai pun OKje menafsirnya :) Kita sedih gak OKje tapi kalau semua dah bersedih dalam rumah bukan ke tugas superwoman ni utk menenangkan hati semua? Mithali sangat kan ...

      Delete
    2. Kalaulah ada icon mcm kat WA tu, senang sikit OKje nak pilih muka yg paling sesuai OKje nakbuh kat sini hehe!

      Delete
    3. Pssstttt.... kita tak pandai nak tempek icon tu kat komen. Camna nak buat camni!

      Delete
  12. alahai sedihnyer.. abang dah ok sekarang?? mungkin boleh pergi ke sana pulak melawat orang di sanakan.. ya lah dah jauh gitu memangler susah yerk .. entah bilaler leh jumpa lagi..
    tak dapat membayangkan ler kalau akak juga menghadapinyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tu ada juga tersebut tentang buvi-jonnya tapi dah tak tersedu-sedu lagi. Insya Allah, ada rezeki boleh jumpa lagi. Mami suka Malaysia ni, boleh sembahyang kat mana-mana masjid beliau mahu :)

      Delete
  13. ermmm sedihnyer saya pulak rasa nak menitis air mata baca entry nih huhu...kesian abang biasala bila dah biasa 2 bulan Buvi-jon ader mesti dia teringat...bertanba sedih bila HD pun nangis...tentunyer mami pun sedih tu..teringat lak saya gambar Buvi-jon yang saya post kat entry saya hari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jadi sedih bila tengok mereka berdua. HD dan Abang rupanya yang paling terkesan kali ni bila buvi-jon balik. Ingatkan si Adik yang mmg rapat dgn buvi-jonnya. Itulah salah satu gambar yang Mami bawa balik ke Tashkent untuk seisi keluarga melepas rindu :)

      Delete
  14. saya yg baca ni pun terasa nak menitis je airmata..kalau dah namanya wanita kan, mesti akan tersentuh sedikit di hati..insyaAllah, satu hari nnt Buvi-jon akan balik ke malaysia lagi. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, ada rezeki berjumpa lagi. Masa mula-mula Mami nak datang dan duduk sini 2 bulan tu rasa gelabah juga. Lepas tu takda rasa apa lagi dah.... Mami pun ok aje.

      Delete

Post a Comment