Hello, hello, hello!

Salam pagi Rabu semua!

I'm back! Hehehe.... adat resam akaklah ya kalau cuti memang tak update blog. Semalam terpaksa ambil cuti sebab si Adik Cute ni...


Dua hari lepas dah cuti setengah hari sebab Adik batuk-batuk dan selsema. Pergilah juga jumpa doktor takut melarat. Lagipun Mommynya nak kerja. Kalau anak temperature naik sikit aje pun Mommy yang menggelitis susah hati kat pejabat. Untuk mengelakkan kegelitisan yang melampau, lebih baik bawa pergi jumpa doktor.

Elok aje Adik bila balik dari doktor maka Mommy pun dengan senang hati pergi kerja. Pagi semalam around 4 pagi tetiba Adik terjaga dari tidur dan menangis melalak-lalak. Kejap tunjuk siling. Nanti jap-jap tidur mengiring menghadap tingkap bilik menangis lagi. I dah mula feeling-feeling supernatural pulak dah.... 

Maka Mommy pun start meriba sambil mendodoikan anak. Takdalah berdondang-sayang ya sebab memang tahu suara tak sedap. I bacalah apa yang patut. Hubbydearie pun sama. Dua-dua tak tidur termasuklah Mami juga. Tidurlah Adik sekejap-sekejap lepas tu terjaga. Lenguh juga kaki Mommy meribakannya, took turn dengan Hubbydearie.

Dok perhati juga keletah Adik yang asyik pegang belakang telinga kirinya. Kotnya si Adik ni sakit telinga ke, mana tahu ada serangga kecil masuk ke... susah juga sebab Adik tak boleh beritahu lagikan tak pandai nak storytelling kat Mommy what happen actually...

Sesudah Subuh I teruslah sms my boss kata nak cuti anak sakit (See, kat sini memang senang nak cuti cuma jumlah hari cuti aje yang 'semput') Agak pukul 7.30 pagi aje kita terus keluar rumah nak ke klinik. Pergi klinik terdekat, ingatkan buka pukul 8 pagi. Dok tunggu-tunggu tak nampak bayang macam klinik nak buka. Takda pula office hours tertulis kat dinding. Hubbydearie kata jomlah cari klinik 24 jam. 

Sampai kat klinik 24 jam doktor yang mengganti tugas hanya akan sampai pukul 9 pagi. Mahu pukul 9.30 pagi baru ready nak check patient. Aduh, tak boleh tunggu! So, kita terus pergi klinik doktor yang dah biasa dengan budak berdua nih (klinik sama yang kami pergi a day before)

Sampai aje tengok orang punyalah ramai. Kena tunggu lagi... Doktor budak-budak ni pulak tak bertugas hari tersebut. Ah, malas nak fikir! Tunggu ajelah...kesian tengok Adik merengek. Kali ni Adik tak aktif sebab mungkin telinganya sakit. Tapi janganlah ditanya. Bila tanya 'Adik sakit mana?' teruslah menjuih mulut, kembang-kempis hidung pastu meleleh airmata. Sedih sangat rasanya kena tanya soalan gitu (atau mungkin Adik fikir apasallah Mommy aku ni dok repeat soalan yang dia dah tahu jawapannya....) Over betullah Adik ni...

Bila doktor check, takda pula tanda ada masuk serangga ke apa tapi memang dalam telinganya ada sedikit merah. Mungkin disebabkan dia batuk dan selsema. Semalam pun doktor dah kata yang tekaknya ada merah sikit.

Masalahnya dengan my superheroes berdua ni, kalau sakit memang susah nak jaga, susah nak 'dipantangkan' daripada makanan/minuman kegemaran mereka dan susah nak makan ubat. Memang bersilat ajelah MommyDaddy dengan anak-anak yang sakit. Dapat pulak Mommy yang mudah panik dan super freaking worried tak kena tempat!

Mommy mereka ni pun dah 2, 3 hari dok feeling down tetiba pulak walaupun aktif membebel tak ingat dunia dalam blog ni. Yalah, kalau sedih kena cover dengan makeup tebal, make people think that you are ok tapi dalam hati ni aduhai.... Nasib baik ada dua penglipur lara, pengarang jantung buah hati Mommy nih....

P.S. Ni pun bukan entri utama. Ini namanya entri bidan terjun. Ada faham, murid-murid? Yang penting kepanjangannya memang tak boleh disangkallah! @_@

Comments

  1. entri bidan terjun terbaik pernah KA baca hehehe.. UNTUK KAMU , TQ http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/02/gamaknyer-blogger-lelaki-tak-minat-baca.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks again, KA. Tak sangka, ingatkan no.1 rupanya no.2...huahahaha....

      Takda maknanya kalau saya tulis pendek-pendek, buat terkejut orang pulak kang!

      Delete
  2. Dah tu kenapa adik pandang2 ceiling? Saya plak yg rasa mcm supernatural ni. Kalo anak demam, mmg tak tentu hala kita dibuatnya. Malam tu dah sah tidur tak lena, kejap2 bangun check suhu. Pagi esok kalo nk gi keja pun mata dah cam panda. Dgn ngantuk lagi. Dgn risau lagi. maka mmg EL itu la yg terbaik. Sama le mcm saya. kalau EL, sms je bos. hehehe. bos mesti menyirap je dgn aku,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah masalahnya Lyd! Kalau anak-anak demam, mak tak cukup tidur pastu macamana nak pergi kerja. Eh, kalau nak bagi alasan memang banyaklah tapi yang sebenarnya hati memang tak tenang tinggalkan anak yang sakit di rumah, jauh dari mata!

      Delete
  3. musim org demam skrg ni..
    kat rumah lyn semuanya demam hari tuh..
    alhamdulillah dah makin sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak risau kalau bermusim ni. Lagi kalau anak-anak yang demam. Kalau suami demam, leh aje kita suruh dia senyap, makan ubat dan tidur jgn kacau. La budak-budak nih, kenalah mak berjaga sambil tersengguk-sengguk!

      Delete
  4. ingat kot ada lubang angin di telinga cam anak lelaki saya. kadang2 merah membengkak. tapi kalau kerana batuk dan selsema,oklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni dah ok nampaknya. Takda pulak kata sakit lagi. Tidur pun tak terganggu lagi. Lega hati emak :)

      Delete
  5. Seronoknya mudah mohon cuti. Kita yang ada anak kecil ni bukanlah boleh nak tahan2 bila anak tak sihat, kan? Pengetua saya ni mmg sayang cikgunya agaknya. Payah sangat kalau nak mitak cuti. Ingat kita ni sesaja nak ponteng. Masa hari pertama Naim di wad, dia tak reply sms saya minta cuti. Jadi nak tak nak kena lah saya ke sekolah hari Khamis lepas. Jumaat baru dia bg cuti sebab mitak sdiri depan dia..

    patutla pendek kali ni. Haha.. bukan entry utama ya.. kalau saya tahap panjang ni dah jadi entry utama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengetua risaukan murid-murid. Kalau cikgu cuti, habislah anak murid bertempiaran, hilang tempat bergantung :) Office saya EL pun consider cuti ajelah. Boleh juga isi form cuti tu lepas sebulan bercuti :) Bos ok aje ...

      Kalau pendek entrinya mesti nak check betul ke tidak blog saya. Tak mahulah susahkan orang ...keh3x

      Delete
    2. Aduh.. ke komen saya yang jadi pencetus idea MD buat entry hari nj? Oh.. tidak.. ampun maaf deh

      Delete
    3. Eh, takda kena mengena! Dah banyak kali mencuba sedaya mungkin jangan tulis panjang2 tapi alahai tak reti nak berhenti menekan keyboard. Hahaha!

      Delete
  6. saya minggu ni pun sama el jek manjang...Abang uwais demam...bersilat jugek makan ubat tak mcm adik...kalo demam mak ayah tak tdo suker nooo merengek ....
    entry bidan terjun pun best i loike...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padanlah menghilang lagi.... susahkan Lizz kalau anak-anak sakit. Part tak cukup tidur tulah penyebab letih nak gi kerja...keh3x...tapikan kalau pergi kerja pun, hati tertinggal kat rumah dengan anak yang demam!

      Delete
  7. Kita pun tengah seme ni....harus mak menangis jam 4 pagi esok ni...hehe...
    Macam tulah mak bapak jaga hubby dedulu yek.....dah dapat isteri...isteri meroyan tak sudah hehe....yelah...bukan dia yg mengadapnya....kita sehari suntuk huhu...tu yg meroyan tak sudah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri-isteri mithali macam kita ni memang selalu meroyan, OKje. Nak buat macamana.... tapi kan suami kita kata, isteri dia ni bagus orangnya. Cuma kalau 24-7 kat rumah, memang tak berhenti meroyan. Itu ajelah masalah utama. Sebab tulah kita tak boleh tak kerja!

      Delete
  8. mmg ssh hati bila anak demam..kesin adik cute..klu anak tak pandai explain lg maca adik cute lg bertambah2 la risau..serba tak kena jadinya tak tau kt mana yg sakit..

    So far Alhamdulillah Aiman n Afia agak senang dijaga bila sakit.takde la merengek tak bertempat...makan ubat pun sng dua2..so far la..nti2 tak tau lagu mana..harap ok smp besar..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak superheroes dua orang nih memang susah betullah nak makan ubat. Abang kalau demam kena beli air kat 7-11 kerana takut Mommy sembunyi2 letak ubat dalam air minuman di rumah. Si Adik ni baru meroyan. This time tetiba lepas baik demam, sibuk nak makan ubat. Siap bagi syringe kat tangan minta masukkan ubat nak diwallopnya!

      Delete
  9. Mmg pun klw anak x sihat mak mak ni x keruan jadinya kan. Moga adik cepat sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah hati lebih-lebih. Nak buat kerja di pejabat pun tak tentu hala jadinya. Kena settled urusan anak dulu barulah boleh lega hati sikit.

      Delete

Post a Comment