Kenyataan akhbar si Abang @_@

Meh, meh nak story balik...

Tarik nafas dalam-dalam, lepas! Renggangkan kaki dan tangan lepas tu jari jemari tu kasi keletak-keletuklah sikit (eh, faham ke dia orang nih?) dan ...

BACA!

Semalam masa ambil Abang dari sekolah memanglah macam selalu dia akan mula bercerita hal-hal di sekolah. Hal cikgu gurau-gurau lepuk ass sebab lambat no nak gerak ke kelas agama pun nak kena beritahu Mommy.  Yalah, sharing is caringkan @_@

Inilah conversation si Mommy dengan Bubbly Abang petang semalam :-

Mommy, hari ni kita cerita pasal hantu!

Wah, Abang ni sejak duduk dengan Malay girl ni asyik berborak yek! (habislah, kuat berborak tu dah tentu gene Mommy bukan Daddy)

Nak suruh Abang excited bercerita, kenalah Mommy ni tunjukkan minat nak mendengar,

Ok, Abang! Mommy is listening now. So tell me, apa lagi cerita best hari ni!

Hari ni Abang, Auni (the girl yang habis semua keluarganya mati tu...) dan Ana cerita pasal hantu. Before that Mommy, Auni kata Ana tu bukan Malay!

Habis tu orang apa?

Ana tu ... Indon, Mommy! Tapikan dia cakap macam Malay!!!

Oh, ya ke? Memanglah Indon pun macam Malay juga kalau cakap. Abang tak cakap pulak Abang pun bukan Malay tapi Uzbek sebenarnya...

Alahhhh, nak buat apa cakap! Dia orang bukan tahu pun Uzbek tu apa!

Ok, cerita hantu tadi Mommy nak dengar!

Auni kata dia dengan kakak dia pernah kena kacau hantu. Satu malam mereka nak tidur, ada orang ketuk tingkap dalam bilik. Pastu ada orang clap hands ... 

Ehhh, yang ni scary gak lah Mommy dengar!

Pastu  Ana kata dekat area rumah dia, ada banyak orang mati!

Hah, maybe rumah Ana dekat dengan tanah kubur ke?

Oh, tanah kubur yang macam dalam Astro 106 yang buvi-jon selalu tengok tu ke?

Bukan, tanah kubur tu graveyard lah... so apa cerita hantu Abang pulak?

Alah, cerita sama yang Abang pernah cerita kat Mommy dulu. Yang masa balik rumah Atokmak tu. Masa Mommy makan dengan Daddy kat meja makan, Abang sembunyi bawa meja sebab nampak hantu!

Aha, yang itu Mommy nak tahu macamana rupa hantu yang Abang nampak?

Putih semua Mommy. Macam telekung yang Mommy pakai buat sembahyang... tapi muka dia takda apa-apa ...putih semua cuma ada lubang hidung aje!

Oiiit, berdiri bulu roma Mommy!

Tapikan Mommy sebenarnya Abang lupa nak cakap dengan dia orang. Lebih baik kita berselawat dan ingat Tuhan aje daripada cerita pasal hantu. Lupalah Abang nak cakap dengan dia orang tadi!

Hah,  tulah! Jangan asyik cerita pasal hantu. Bukan dapat apa pun. Lebih baik cerita pasal perkara yang elok-elok, baik-baik sahaja.

Err...Mommy ingatkan citer sedih Auni yang Abang cakap tu?

Aha, Mommy baru nak tanya! Betul ke Auni tu takda makbapak?

Kan Abang dah kata bapak dia mati umur dia 4 tahun. Emak dia mati umur dia 6 tahun. Kenapa asyik nak repeat aje? Kalau Mommy tak percaya, pergilah tanya Auni sendiri!

Habis tu, camna pulak bapak dia ada affair dengan perempuan sebelah rumah lepas mati?

Itu.... entahlah Abang pun tak sure apa Auni cerita! Tapi sekarang dia dengan kakak dia tinggal dengan makcik. Errr, Mommy selain emak, makcik, emak apa lagi ek?

Emak apa-apa? Emak ajelah...oh, ok... emak angkat ada, emak saudara tu makciklah, emak tiri pun ada ...

Hah, emak tirilah tu! Dia, kakak dia, makcik dia dengan emak tiri tinggal serumah. Kesian betul takda lelaki. Kalau kereta rosak macamana? Siapa nak tolong mereka? Kesiankan Mommy!

Yalah, kesian sangat!

Itulah Abang kata, nasib baik Mommy ada Daddy. Daddy kan kuat!

Yalah... nasib baik Mommy ada Daddy, Abang dan Adik!

Well, I rasa bila Abang ulang benda yang sama biasanya betullah tu, Mungkin betullah si Auni ni takda ibubapa lagi. Tapi cerita yang lain-lain tu mungkin 50% aje kot yang benar!


Dah terjawab persoalannya ya tentang drama tragik Abang yang akhirnya diklasifikasikan sebagai cerita komedi untuk tontonan umum @_@








Comments

  1. kehkehkeh..so betul la kan kak auni tu anak yatim piatu heheeheh...betul la kan kak ade pepatah ckp "budak2 ni tak reti bohong" tapi bukan semua laa yg tak reti tu....tapi dlm kes abg nie...mmg boleh dipercayai laa citer nyer keekekekek..

    kak, sebut pasal hantu, semalam pun dok cite pasal hantu mase lunch ...seram sejuk dibuatnye...lieya ni jenis penakot kak...kak dgr cite haantu lebeh2 time nak masak pagi2 tu turun bawah sorang2 lieya ketar plak kang hahahaahahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, betullah agaknya si Auni ni anak yatim piatu. Dah 8belaskali Abang cakap cam tu dgn penuh rasa irritated kat Mommynya yang tak prihatin nih.

      Abang ni masa umur 4,5 tahun mmg suka nakut-nakutkan orang dgn cerita hantu. Tak tahulah dia nampak ke atau dia memang meng'auta' kita orang semua tapi cara cerita tu memanglah real...

      Baik-baik Lieya kalau main masak-masak pagi hari, mana tahu ada bayang-bayang putih kat tingkap dapur...Huhuhu....jangan pengsan sambil pegang sudip lak :D

      Delete
  2. hehehe x kisahlah betul ke bohong yg pasti Auntie KA mmg suka baca cerita2 abang ni ...sama mcm Adik ! done nuffnang juga ye r

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar ke bohong memang tak boleh nak diconfirmedkan serta-merta. Ada aje tokok tambah yang tak logik nanti )

      Delete
  3. budak tak pandai berbohong sis.... kira betul lah kisah si auni tu anak yatim.... abg ni pandai tul bercerita... cerdik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang betul kot Auni ni anak yatim-piatu. Tapi yang lain-lain tu terlebih tengok TV agaknya si Auni nih. Habis citer affair bapanya yang dah mati pun dia ingat )

      Delete
  4. selalunya dikaitkan macam tu..dorang ni selalunya lurus bendul je..apa yg didengar dek kawan tu yg disampaikan balik kat kita..

    tak macam kita ni haa..yg dah tua..opst orang lama..selalu de jer yg tokok tambahnyer hehe..

    bab hantu tak mau komen lerr..malam ni mlm jumaat takutt hehe..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, 'senior citizen' mmg cam gitu. Nak bagi sedap cerita kita tokok tambah bagi lagi pedas bernanah orang mendengarnya :)

      Delete
  5. Macam inilah baru good listener. Puas abang nak bercerita dgn mummy.
    Rasa akak betullah tu MD apa yg abang ceritakan. Budak usia abang ni mana ada kornar-kornar... apa yg dia dengar itulah yg dia kata. Apa yg dia nampak itulah yg dia khabarkan. Macam hantu putih cuma hidung aje tu. Takut pulak kakak hihii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia selalu kata nampak hantu kat rumah atokmaknya di kampung. Yalah rumah mak saya selalu ditinggalkan. Bila dengar rasa kelakar tapi pada masa sama, seram sejuk gak!

      Delete
  6. mesti sama kes dgn adik sama.. cerita x haper2 ada je cerita sekolah dier. pas tu Ummi doklah layan dengar aje !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat camna Angah. Jadi mak kenalah juga mendengar celoteh mereka. Kalau tidak, merajuk pulak nanti. Tak sayang merekalah apalah....

      Delete
  7. betul lah tu cerita tu kak.. normally budak2 tak reti nak menipu. kalau A, A lah jawbnya. mcm my niece, klu kita duk repeat same questions sure dia ckp tak percaya ker?? klu tak caya pi tanya sendiri.. kids nowadays mmg bijak2 kak. sampai tak larat nak layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia tak berubah-ubah jawapannya walau ditanya berpuluh kali, memang betullah cerita tu. Kalau kejap cam ni, kejap cam tu. hah itu mungkin cerita karut saja :)

      Delete
  8. Replies
    1. Hehehe... betul tu. Kena layan ajelah kalau tak merajuk pulak!

      Delete
  9. Budak mmg akan bckp benar..kalau kita tunjuk minat mdengar cerita2 mereka...mereka pun akan rapat ngan kita n cerita mcm2..time blk sek..dlm kereta berebut2 nak cerita hal masing2 di sekolah pd mama n papa hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu TJ. Tak sabar nak masuk kereta dah cerita sepanjang jalan apa yang berlaku pada hari tersebut :)

      Delete
  10. abang bercerita mesti dengan gaya yang serius kan...

    ReplyDelete
  11. Abang tu ceritakan semula apa yang dia dengar dari kawan dia... dah kawan dia cerita macam tu dia pun cerita macam tu la...
    Memang bubbly betui la abang ni... kalau Nafisah... tak dak apa nak cerita.. tanya pun jawab sikit2 ja...

    Besok Mami dah nak balik ye?... Mesti lepas ni semua rindu kat Mami... dah 2 bulan ada, tetiba balik... mesti tercari2 jugak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, anak perempuan tak kuat berceloteh ke makchaq? Saya ingat kalau perempuan lagilah banyak cerita nak beritahu :)

      Betul tu makchaq. Berlinangan air mata lepas Mami pulang :(

      Delete
  12. Betul ke abg nampak hantu tu MD....macam real jer dia nampak tu....Awak ingat tak ada ke dia menyorok bawah meja mcm yg dia cakap tu....
    Teringat pulak filem yg org tu boleh nampak hantu. Seram mak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa umur Abang 4.5 tahun rajin juga bercerita pasal hantu. Kami tak pulak suka bercerita pasal hantu depan Abang. Entah betul ke tidak, tak pasti saya. Tapi masa bercerita tu memang cam real aje, bukan mcm dalam drama :)

      Delete
  13. sian auni.
    syok la kan dpt dgr citer abg. kalau face to face macm mna la gayanya ye mommy.. mesti kelakar kan..

    bestnya, dpt dgr anak anak bercerita.. akak doakan saya semoga baik baik aja dan dipermudahkan segalanya.aamiin

    akak, join je.. x payah pikir.. lagi pon yg tengku butang x byk kena klik sana sini kecuali follow satu blog kalau x salah su

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak macam nilah. La ni anak akak si Adik Cute ni pun dah start nak borak juga. Adui, no time to chill out ler nampaknya Mommy cam nih!

      Delete
  14. Petang3 barj mai...salam md...
    Eh suka lak dengo abang bercerita...
    Bila tang dia cerita bab hantu2 ni yang seram ni...sisp takder muka ader lobsng hidung jer...mau mlm ni siap baju semua sangkut kat bilik siap nih..takut nak pi bilik baju pepagi esok hih..seram msk hencik tsu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... abis tak tahu....baik-baik tahu masa pilih-pilih baju 'dia' duduk bersila kat celah-celah, muka pucat mata hitam aje macam si Ju On tu, jangan pengsan pulak. Buruk rupa kalau pengsan tak get ready siap-siap nih ...hehehe ...

      Delete
  15. amboi..keletahnya abang..kemain lagi bercerita..by the way, bu vi jon tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang first ni memang kecoh ikut sikap Mommynya :)

      Buvi-jon tu nenek mereka belah Daddy.

      Delete
  16. Kah kah kah.. saya bayangkan Abang nie memang jenis budak bijak yang sangat faham persekitarannya.. pandai dia bercerita ya.. ni kalau diberi soalan jenis huraian mesti tak ada masalah buat Abang. Masa Abang kecil MD selalu bersoal jawab dengan dia ke? Kata orang, bersoal jawab dengan anak bakal mendidik anak yang pintar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bz ke tuh? saya lapang ni. datang sini nak baca reply Md tak ada pula. Hari Jumaat ye.. eh hari kegemaran dia, patutla rajin kerja, entry baru lambat sikit ya..

      Delete
    2. Tengoklah pulak Mommynya macamana gaya. Setakat soalan jenis huraian tu Mommynya memang no hal. Insya Allah, Abang pun no hal sama (gene dah diperturunkan tu ...)

      Hari Jumaat saya tak kerja sebab hantar Mami sambil nangis-nangis kat airport.... Rindu ke? Hahaaaa....

      Delete
    3. adalah rindu sikit... haha...

      Delete
    4. Nasib baik ada yang rindu, lega sikit :D

      Delete
  17. Suka baca chatting stories mommy dan abang… Jadi mmg betul la Auni tu anak yatim piatu…..
    Yang part hantu tu, boleh pula lupa nak bagi tazkirah kat Auni dan Ana… hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, dah habis borak baru teringat nak bagi tazkirah. Dia pun excited sama mendengar cerita itu yang terlupa :)

      Delete
  18. petahnya dia bercerita... ikur sape tu mommy? heee

    ReplyDelete
  19. hehehe penglipur lara ni, yang I pun khusyuk baca bicara hnatu kat sini pepagi dah kenapa. suka tau dengar budak2 bercerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak dan anak memang penglipur lara :) Kalau terpengsan baca cerita hantu, pihak kami yang menulis memang tak bertanggungjawab :)

      Delete
  20. Tak pasal2 abang yg kena buat press conference utk mempertahankan cerita auni yg yatim piatu tinggal dgn mak tiri. Tapi bukan ke mak tiri dan adik tiri dia dah mati jugak? Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auni anak yatim-piatu lagipun dia takda blog. Mommy Abangkan suka meroyan dalam blog makanya nasib Abanglah yang kena buat press conference nih!

      Yang ini tak tahu mak tiri mana pulak datangnya....kurang pasti sikit sebenarnya :)

      Delete
  21. Replies
    1. Pandai meng-edit storykan, Bunda. Yang itu belajar dari Mommynya :)

      Delete
  22. lepas cerita famili auni yg semuanya mati cerita pasal hantu pastu smbung balik kisah auni..dh jadi menarik cerita abag ni...hehe..

    budak tak reti tipu..tp mungkin cerita yg disampaikan tu ditokok tmbah mengikut kefahaman mereka..sy klu aiman bercerita pun saya kata tak percayalah..sungguh dia iyekan..kadang2 mmg lawak sungguh cerita anak2 riang ni..jadi hiburan buat kita..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dok tanya pasal si Auni tu kena marah pulak sebab tak dengar ceritanya betul-betul masa first time story kat saya. So, bila dia cerita hantu tu saya pun harap jugalah dia akan mention balik pasal si Auni ni sebab mereka tengah berborak bertiga ....

      Delete
  23. saya ni kadang2 kalau dengar cerita biudak2 di kelas tu tak boleh percaya 100%. asas cerita ada tapi penambah cerita tu banyak sangat. hihi...kadang2 kita pula dimarahnya bila bertanya banyak sangat. abih tu, banyak sangat musykil nya...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan, pandai betul dia orang ni menokok tambah mana yang patut sampai jadi cerita menarik. Saya memang gelak aje 24 jam bila anak-anak bercerita. Nak guna common sense kat part mana tu pun tak pasti :)

      Delete

Post a Comment