My super lasak, superhero

Salam Jumaat semua!

Hari ni I masih lagi dalam fasa menjiwang dek lagu ini. Bila ada kesempatan aje lewat malam semalam, teruslah I googled siapa Fynn Jamal ni. Not bad juga lagu-lagunya. Untuk kekasih hatilah, untuk bapalah dan lagu ini of course untuk anak angkatnya yang katanya semasa berumur tiga minggu ada mengalami masalah jantung. Sekarang si Bakti Arjuna Fitri ni dah berumur setahun lebih kot...

Seriously, memang terbaik lagu ni. Lagu si ibu buat anaknya. Berpuluh kali dengar semalam sebelum tidur. Tetiba aje perasaan rindu yang membuak-buak datang terhadap Abang dan Adik walhal mereka ada aje di sisi. Kejap-kejap bangun gi jenguk anak and cium sayang. Dengar balik pastu bangun lagi cium dahi anak (kaki-kaki anak pun I cium gak)...

I ni kalau part touching memang melampau gila kesyahduannya. Memang meleleh-leleh tak terhingga! Paling touching sekali bila ada sebut pada bonda dan anakandalah! (aha, akak dengar aje lagu ni, akak touching-touching pastu meleleh air mata sensorang dalam kegelapan malam @_@) Mak-mak kat luar sana (especially yang type kememeh part 1-serious tahap gaban) memang kena dengar lagu nih. Paling tersentuh hati bila tiba part nih :-

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Mendayu-dayu alahai suara si Fynn ni (teringatkan emak sendiri mendodoikan kita dalam buai masa kecil pun ya juga walaupun tak tahu apapun masa tu! Mak, I miss mak yang 'dulu' so much!) Aduh, memang tangkap leleh betullah!

Eh, tersasar pulak dari tajuk! Tapi yang sebenarnya memang pasal 'anakanda' juga. Siapa lagi kalau bukan si Adik Cute yang dah pandai cakap sikit-sikit nih @_@ Nak kena perkenalkan lagi ke? Huahaha....gelak besar akak!



Adik baru baik demam. Dua, tiga hari juga badannya panas pastu sihat. Yang pasti demamnya tak teruk kerana makin aktif pula si Adik ni bercakap. Pagi-pagi Subuh, Adik dah bangun nak sembahnyang Subuh panggil nama 'Mommy' sambil tanya, 'Apa tu?', 'Apa ni?' 'Abang/Daddy/Buvi-jon/MakNgah ne (mana)?' Tapi kalau tanya 'Adik mana?' of course Adik akan jawab, 'Adik men car/loli (main car/lori)'

Yang penting bangun aje tidur, dia menggelungsur dari katil dan terus cari Mommy sambil kata, 'Jom! Jom! Lik mah(balik rumah)' itu maknanya nak ajak keluar rumah le. Siap pergi ambil kasut Mommy dan sandalnya letak kat tepi pintu rumah. Kalau tak buka pintu, dia mendodoilah menangis. Mommy nak pergi kerjalah, sayang! Kalau lambat camne? Punch card Mommy gak yang merah!

Adik ni memang guna bateri tahan lama kot. Langsung takda istilah penat dalam kamus aktiviti hariannya. Dah selesai Mommy mengemas rumah, turn dialah tu nak tunggang-langgangkan balik segala benda. Alas meja, alas sofa pendekata segala alas dia buat lap lantai. Memang dia tahu kot favourite Mommy ni membasuh. Hari-harilah Mommy tersedu-sedan membasuh!

Pakaian apa nak dipakai pun sekarang ni pilih sendiri. Siap aje I ironkan semua pakaian dan gantung kena get readylah nak kena 'heart attack'. Memang keesokannya semua baju tu  bersepah dalam bakul pakaian untuk digosok! Mendudu-dudu lagilah Mommy menggosok baju sampai banyak buang karan! Dek kerana tak tahan diperlakukan begini 18kali selama jadi Mommy nih, I pun ambil inisiatif baru. I gantung tinggi-tinggi pakaian Adik dalam almari pakaian I sendiri. Puas hati sekarang Adik tak sampai nak selongkar baju@_@





Kalau ada dokumen penting di rumah, bil-bil atau surat cinta yang lainnya, janganlah letak di tempat terbuka. Memang tak jumpalah sampai ke akhirnya. Tapi yang lagi syahdukan, Daddy tak kisah pun Adik nak buat apa. Nak kopakkan kipas, nak cabut pintu peti sejuk, nak selerakkan rumah, ok aje... go ahead! Explore, explore apa aje yang Adik suka! Macamanalah Mommy tak menangis siang malam ...

Adik tak suka tengok TV. Tak suka langsung tengok kartun. Kalau dia tengah bermain tetiba ada keluar iklan Legoland, hah barulah terjerit terpekik, 'Mommy! Letgo!Letgo! Nak giiiii!' First time Adik pergi umurnya setahun lebih. Memang dah patut pun buat plan untuk pergi sekali lagi. So Dear, deal??? Hmmmm....until now pun takda jawapan!

Kalau Adik tengah sibuk bermain, janganlah si Abang datang dekat. Memang diketuk-ketuknya si Abang sambil buat muka geram ya amat! Si Abang pun satu, memang favourite past time suka mengacau Adik yang tengah concentrate menyusun cars atas kabinet TV.

Sekarang ni apa Abang cakap atau buat, Adik pun repeat sama. So, kalau Abang hugs Mommy, Adik pun akan sepantas kilat muncung mulut nak hug Mommy jugak. Kalau Abang bercerita, Adik pun samalah nak bercerita sama!

Nampak gaya I kena bersedia untuk mendengar celoteh Abang/Adik serentak dalam masa terdekat nih. Once Adik dah fasih 'berborak' memang terpengsan selalulah Mommy melayan bual bicaranya nanti. 

Whatever it is, Mommy memanglah sayang Adik bangat seluas the whole world ni dan lagi, lagi..... 








 



Comments

  1. hahahah.. intro sgt panjang yer.. hehehe
    biasa lah anak2 sure byk kerenah... tapi walau mcm mane penat pun, sure tgk muka dorang sure rasa happy..buat sepah mmg lah geram jugak.. tapi kemas lah balik... nnti klu anak senyap tak buat sepah, kita gak yg duk tanya.. napa lah anak aku ni diam saja.. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... macamlah tak biasa pulak :)

      End result memanglah gembira aje tapi masa melalui saat-saat 'dibuli' dek anak-anak tu memanglah agak tension :D Tapi kalau tak aktif pun kita risau gak...betul tu Lyn!

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Hahaha..tak pe kak, adik tgh nam belajar sekelilingnya..tuh byk tanye...oklah tuh..riuh la..hehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Sekarang memang fasa membising aje kat rumah tu. Takdanya nak senyap sunyi sepi memasing :)

      Delete
  3. hehehe.. teringat masa Along & Angah kecik byk juga cakapnyer.. tapi bila Adik ada... jadi macam ada 10 anak gayanyer... apapun for KA anak2 yang byk mulutnya cerdik & pintar sebenarnya, cuma kita kena guide merekalah, masa kecik2 mmg nampak genius kan bila besar nampak cam x sopan aje... apapun redhalah MD yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah KA kena redha ajelah nak buat camne lagi. Kalau senyap pun nanti kita yang susah hati. Hari-hari pun macam ni lah gayanya. Nanti bila masing-masing dah besar, rindu pulak saat mereka begini :(

      Delete
  4. Bab menyelerak yg paling adik suka sebab nak bagi mummy dia exercise lebih. Tak dpt exercise luar rumah dlm rumah lebih dari cukup:) Bijak kan adik..

    Comel pulak dia pakai spek hijau tu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah Mommy boleh slim dengan berkemas rumah 24-7 memang tak payahlah keluar rumah exercise. Ini tidak juga, kak! Bila tension, makanan ajelah yang nampak untuk menghilangkan tensionnya...hehehe...

      Delete
  5. memang sedap sungguh lagu tu Kan MD mendayu2...
    saya pun kalo dilayan..memang meleleh gak ayaq mata ni haa...comey sungguh gelagat adik nih nak marah pun tak jadi sebab comey...
    adik sama ngan sara tak suka tengok tv yang dia suka kaco mummynyer sajer bertempek 24 jam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lizz. Kotnya confirmedlah kita ni mak-mak species kememeh tahap gaban :) Adik ni bila kita nak marah, baru aje nak pukul tangan dah buat muka comel cam ni, manalah sampai hati. Adik dan Abang dua-dua pun tahu kelemahan Mommynya!

      Delete
  6. Rindu dengan buvi jon......tak de cite dia ke ? Hehe....
    Nak tau? Bila awak cakap pasal buvi jon okje mesti terbayang Bon Jovi....hehe sapa yeh dia tu? Penyanyi Rockkan....
    Tu baru intro komen ni....hehe
    Rindu saat anak umur baya adik ni.....mmg bukan kaki je kita cium...montot pun masuk package haha.....Alah cakap je adik suka mengemas.....kotnya dia pun sama masa kecik dulu . ..tangan macam sotong semua jalan selongkar barang....
    Bila awak rindu mak awakkan MD ....okje baru terperasan awak tak pernah cite pasal mak awakkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, siap ada intro komen gitu! Itu tandanya awak pembaca setia dari A sampai Z lah tu :)

      OKje tak mahu ada anak kecil lagi ke? Haha....tak dapat nak bayangkan macamana keadaannya of course semua pun rentung dikerjakan dek kerana anak kecil :)

      Oh, mak suami kita dia rindu, kita ni kawan satu kapal tak pulak dia rindu! Nyampah tau kawan yang cam ni :(

      Sekali lagi memang OKje ni prihatin bila membaca. It's true. Memang kita tak pernah cerita pasal mak kita sendiri. Yang itu lagilah panjang lebar berjela-jela tak cukup mukasurat semput nafas membacanya. A tribute to mak sendiri kan....

      Delete
    2. Hish...tak yah ke nak berangan ada anak kecik....sajakan sebenarnya....nak gelakkan mak....nanti org kata hantar cucu sekolah pulak hehe ..

      Delete
  7. bersiap sedialah mummy pasang telinga nanti...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dah bersedia dah ni! Memang pening kepalalah kalau dua-dua nak cakap serentak. Pendekata, kalau tiga-tiga bercakap, Daddylah yang kena beralah beri laluan pada anak-anak berdua :)

      Delete
  8. hahahaha..Adik...Adik...
    macam anak anak saya..
    masa kecik2, subuh buta dah bangun..
    lepas tu like u said, bateri power punya...sampai tgh malam aktif..takmo tido! jenuh kita kemas rumah..wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak tahan DZ. Kita kemas, dia selerakkan. Kita gosok baju masuk hanger, dia tukang keluarkan masuk bakul baju balik semula. Kita tuang air, dia pun tuang dalam cawan dia terus ke lantai... memang tak cukup nafas melayannya!

      Delete
  9. membaca sambil membayangkan aksi si adiktu.. memang lasak kalau gitu.. banyakkan bersabar yerk... umur kecik gitu cabaran dah besar lain pulakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah besar rindu pulak aktiviti melasak si Adik ni. Terpaksalah redha aje dengan aktiviti mengemas-kutip balik dan segalanya....

      Delete
  10. memang adik comel.
    mana ada mak tak sayang anak kan MD
    bab menyepah tu memang kerja anak lelaki ha ha..acik ada 3 tau..loteh den..tapi bila dah besar sikit..dah sekolah..acik perintahkan suruh susun/kemas sendiri bukan kejam..tapi nak ajr je hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya sekarang dah legalah Acik kan anak-anak dah besar. Risau perkara lain pulak. Jadi mak memang seumur hidup kita pun kerjanya risaukan anak-anak aje :(

      Delete
  11. anak2 memang selalu bagi kita heart attack... ahahaa... rajin 'bekemas' plak tu... darah tinggi plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua penyakit ni memang tak dapat dipisahkan bila ada anak-anak kecik kat rumah apalagi yang lasak jenis tak reti duduk diam seminit nih...

      Delete
  12. Alhai.comei.dia dgn.spek blt tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Abang masa 4 tahun pakai spek bulat kaler hijau. La ni Adik pula beli spek doktor ni kaler biru pulak!

      Delete
  13. Ai MD.. akhirnya kali ni boleh tulis komen. Sementara saya jaga Naim ada juga saya baca entry MD, tapi sedih nak komen bila MD bercerita pasal anak..sedangkan Naim sakit..
    ,
    naim dan nazif ni pun jenis penuh baterinya. Itu yang bila Naim tak gerak, rasa sayu sangat...

    HD ni bagusla... bagi kebebasan utk anak terokai kemahiran. Haha.. tapi MD yang penat pula...kan? Sabo jelah..selagi anak2 sihat...semuanya ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, baru nampak AN. Legalah hopefully Naim dah sihat sepenuhnya...

      Anak-anak ni bila melasak, kita penat tapi bila mereka duduk senyap-senyap pun kita juga yang susah hati. Yang penting the end result tu walau penat camana sekalipun memanglah menghiburkan dan teringat-ingat kadangkala bila mereka dah besar.

      Delete
  14. Seronok sebenarnya melayan karenah anak2 masa kecil...
    Bila dah besar mcm anak2 akak..masing2 dah buat hal sndiri..kita yg terkebil2 sorng2...
    Cutenya adik ngan spek tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni memang rasa penat tapi bila anak berdua ni dah besar tentu sunyilah saya. Anak-anak lelaki pulak tu....memang ada peluang Mommynya dok merenung masa depan seorang dirilah nampak gayanya...

      Delete
  15. camnalah adik tak suka tengok kartun, tak suka tengok iklan..
    bagusnya..

    part menyepah a.k.a mengemas tu, boleh buat kita semput..haha, saya dah rasa dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, memang dia tak minat langsung tak duk depan TV. Yang penting dalam hidupnya sekarang Daddy dan kereta-kereta mainan.

      Delete
  16. Anak2 ni, wlu 1001 perangai dan ragam..tp merekalah penyeri hidup kita kan..

    comel anak2 MD..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, ML!

      Betul tu, walau apapun yang mereka buat tetap juga menjadi penyeri hidup yang utama :)

      Delete
  17. bila baca ni saya dpt relate dgn cerita kawan2 saya yg dah ada 2 anak. Kebanyakannya anak2 kedua mmg camtu la karektor dia. [dominan drpd abang, suka buli abang, tp abang menyirap sambil tahan sabo.]. Pastu semua yg abg buat, dia nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Abang lebih cool berbanding Adik. Si Adik memang heavy duty, melasak tak ingat dunia.

      Delete
  18. anak bila melasak tu buktinya depa bijak,nk explore semua benda..tp biasalahkan kita ni mak2 baterinya always full gak klu bab naik hangin dengan anak.tiba2 je terus bertenaga..

    lg satu bagus sebenarnya budak yg tak suka tgok tv ni..bukan apa budak yg asyik dengan tv ni takut perkembangan bahasanya lmbt..lg teruk ckp pun maca katun.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira mak dengan anak sama aje kan PK pakai bateri fully charged yang tak reti2 semput. Saya kalau kat rumah tu memanglah alahai....boleh tahanlah berdondang sayang. Budak berdua ni tak heran langsung dengar suara saya sekarang nih!

      Abang dulu tengok kartun kat Astro, terus pandai speaking London tau...Adik ni kita kata 'Milk' dia kata 'Susu' ...huahahaha....

      Delete

Post a Comment