Projek bila bersama anak-anak ...

Selepas Mami pulang, rumah kembali sunyi-sepi seperti selalu. Dah takda bunyi bahasa yang I tak faham. Hubbydearie pun dah kurang ramah berborak. Malam kami macam biasalah, menonton TV dan tengokkan anak-anak apa yang patut.

Hari minggu lalu, I kena tinggal dengan Hubbydearie. Duduklah di rumah dengan anak-anak. Penat membasuh, I memasak. Angkat pakaian di jemuran, melipat baju dan menggosok pakaian mana yang patut. Anak-anak pun nak kena tengok-tengokkan selalu. Pantang lepa sekejap, mulalah hiruk-pikuk rumah dibuat dua beradik nih. Memang tak reti bersopan-santun macam Mommynya. Dah Mommynya pun kalau tinggal bersendirian dengan anak-anak, pitching tak pernah low juga ^_~ 

Bila terasa bosan, teruslah ajak anak-anak tukar pakaian dan pergi mencuci mata di AEON. Asalnya nak bawa mereka pergi main tetapi bila dah sampai dan tengok ramainya orang kat sana, lebih baik kita shopping menghabiskan duit dalam tangan @_@

Aha, ini nak berkongsi gambar perihal my beloved sons nih...

Adik dah mula pegang colour pencils, crayon bagai. Memang nak kena alert 24-7 kalau nampak Adik sibuk nak mewarna. Silap haribulan, bukan kertas yang diwarnakan. Habis penuh dinding rumah dengan lukisan graffiti Adik nanti. 

Selalunya I bagi Adik pegang satu atau dua jenis warna sahaja. Kalau diconteng dinding pun, takdalah berwarna-warni dinding rumah nanti. Adik ni clever lain macam. Bila bagi satu warna mulalah mulut kecilnya tu mengomel,

Mommy....... ! Ka-yon one!

Nak crayon satu lagilah tu ....

Ini hasilnya kreativiti Adiklah kononnya ...

Pandainya Adik ni melukis!

Boleh teka tak apa yang dilukiskannya?

Bila I  suruh lukis gambar Mommy, dia tunjuk lukisan di atas.

Bila I suruh lukis Daddy, lukisan itu juga ditunjukkannya.

Bila suruh lukis Abang, itulah juga bentuknya....

Bila suruh lukis Adik, pun itu juga!

Bila suruh lukis lo-li (lorry) barulah ambil satu warna lain dan conteng!

Wah, memang clever Adik ni! Buat satu lukisan tapi all-in-one. Itulah Daddy, Mommy, Abang dan Adik sendiri. Takda bias. Takda beza. Nampak tak kami dalam lukisan tu? (plus lo-li ya...)

Dah penat melukis, Adik pun sibuklah 'parking' all his cars.... Pandai pulak tu susun kereta ikut barisan. Siap cakap lagi, 

Mommy, parking car! Parking! Parking! Come!

Gambar tiada kena-mengena dengan kereta-kereta mewah Adik di rumah
Yalah, Adik! Parkinglah kereta ikut suka mana nak. Bukan kena saman pun kalau park kereta merata dalam rumah!

Abang pula menyimpan impian nak jadi 'business boss' ya (baca : usahawan berjaya) yang kerjanya sign cheque aje. Cakap ajelah apa nak, Abang akan sign cheque. Nah, ambillah berapa nak! Tulis jumlah sendiri. Jangan terlupa ....

Sibuk benar tanya kat I bila dia boleh start buat business. Yalah, marketing  plans dah melambak direkacipta, tinggal nak merealisasikan impian aje ~_^

Baru-baru ni Mommy suruh Abang kumpul segala suratkhabar lama, botol plastik dan apa-apa sahaja yang boleh dikitar semula. Mommy suruh Abang buat projek pergi menjual botol plastik dan surat khabar lama. 

Abang pun apalagi, terus excited mengumpul harta karun bila dengar boleh dapat duit. Dalam hatinya mungkin mampu dapat RM10, RM20 sekali jual @_@ Maka bila nampak lori old newspaper terpekik-terlolong, Abang pun berlari pergi ambil suratkhabar nak jual. Lepas kira dan timbang, dapatlah RM4. Terus masuk tabung khas yang disediakan untuk 'Projek Buat Duit 1' ni....

Lepas tu bila tengok botol plastik dah penuh dua beg shopping Ikea, kita pun segeralah menjualnya. Mommy dah pening lalat sebenarnya tengok dapur penuh 'sampah'. Kali pertama rasa nak gelak pun ada. I tak tahu berapa nilai botol-botol plastik Abang ni. On the way tu, Abang tanyalah berapa agaknya dia boleh dapat. Mungkin tak satu duit warna oren (RM10). I kata tidak mungkin .... Ditanya lagi mungkin tak dapat satu duit warna hijau (RM5). Dengan rasa terharu I kata mungkin juga tidak tapi tengoklah macamana rezeki Abang nanti.

Bila ditukar, nilai botol-botol plastik Abang tu cuma RM3 aje. Bila I beri 3 keping duit RM1, Abang pun menjuih sambil berkata,

Alahai ... Mommy! Banyak ni aje? Sampai bila nak kaya?

Hehehe...takpalah Abang. Belajar cari duit. Baru tahu macamana susah. Ini asyik 'order' Mommy aje suruh belikan apa kemahuannya. Mana boleh. Nanti Mommy dah tak kerja camna? Nak suruh Mommy sapu sampah tepi jalan ke supaya Abang dapat beli drumstick KFC?

Ini dah penuh dua beg lagi botol plastik si Abang. Nak gi 'menjual' minggu lepas, tak dan pulak nak pergi. Oklah, hujung minggu ni kita tukar dan tengok hasil jualan macamana, ya Abang.

Hasil penat lelah Abang mencari seringgit dua untuk cepat kaya


By the way, botol plastik ni nilainya RM0.60 aje sekilo. Kalau tin minuman tu, banyaklah sikit dalam RM3.50 sekilo. Tapi takkanlah kami anak beranak nak minum minuman dalam tin berkoyan-koyan demi nak cepat kayakan ...

Tapi takpalah, yang penting tabung khas tu kalau penuh memang semuanya hasil usaha, titik peluh Abang mengumpul botol plastik (Mommynya usaha sebenarnya yang lebih ...)

Lepas ni nak kena fikir projek apa pula yang boleh dibuat Abang untuk menambah pendapatan supaya cepat dapat hadiahkan Mommy sebuah Ducati Veyron seperti yang diimpikannya ... 

Wajah usahawan berjaya dengan rambut Temenggung Jugah yang famous

P.S. Sekarang ni bila my sister tahu Abang kumpul botol plastik, my sis pun tolong kumpulkan untuknya. Kira takdalah susah mana pun Abang mengumpul harta karun nih... 


 








Comments

  1. pandai adik ye..lukisan all in one..bertuah menantu ibu ni tau..:)

    bagus ajar abg cari duit sendiri cmtu..sygnya tak bley nk praktik ke aiman.kt rumah ni yg ada cuma botol mineral je..anak2 kena pantauminum air mans dengan ibu..lg2 air gas tu mmgdiharamkan dlm rumah.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang PK. Tak payah nak lukis satu-satu. All in one. Jimat masa. Puas saya belek, manalah gambar MommyDaddyAbangAdik nih.... hehehe.... ikut sukalah Adik janji happy dan dinding rumah tak berconteng :)

      Anak-anak saya ni panggil semua tu 'air sedap' Kalau saya haramkan kemasukan air sedap ni, memang ada yang merangkak lemah tak bermaya. Bukannya nak merosakkan kesihatan anak, tapi tak tahu bagaimana caranya lagi nak stop especially si Abang. Adik tu kalau tak dibeli, takdalah merasa. Yang besar-besar di rumah tu yang melampau eh!

      Delete
    2. Samalah kat rumah kami. Nak haramkan mmg payah rasanya.. cuma kawal jelah suoaya tak jadi hyper sgt budak berdua ni.. penyakit lain pun banyak kan, minta dijauhkanlah. Cuba kurangkan

      Delete
    3. Bermacam cara saya cuba AN. Sampaikan hilang sabar pun ada. Tak diberi takut terkilan anak tak dapat merasa. Diberi nanti hati pulak yang gundah, takut mcm2 masalah melanda di kemudian hari. Susah betul jadi emak nih bila tiba bab-bab nak buat decision cam nih.

      Delete
  2. sama lah dengan si abdul saya. suka sangat cari duit. ada sekali tu abah dia beli sweets satu balang (modal abah dia) dan dia jual kat kawan2. haha, untung dia punya. baguslah abang, kecil2 dah ada niat nak jadi usahawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa aje yang boleh dijual nak dijualnya. Sampaikan nak mengajar kawan-kawan main game pun, nak jual RM1 sekali mengajar :)

      Delete
  3. Cantiknya lukisan adik. Hahaha.. ketawa plak i baca bila dia lukis mummy and daddy pun mcm tu. Abstract sungguh. Kalo picasso tgk tu memang bercucuran air mata sbb terharu.

    Bagusnya business minded si abang. Tapi mummy pon i salute sbb memberi dorongan. Takpe, sikit2 lama2 jadi banyak. Mintak tolong makcik dia kumpulkan tin skali. Biar cepat skit tabung penuh. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La... Lyd! Camna pulak komen yg ini leh masuk dalam sepam nih! Nasib baik ada hati nak check tadi...

      Eh, mmg nangis mendayu-dayu picasso minta Adik tolong jgn take over kemasyhurannya. Mahu cam melutut di tepi gantang gitu. Sebab itulah I simpan dalam fail lukisan Abang Adik ni. Mana tahu leh buat duit lepas 10, 20 tahun...hahahaha...

      Delete
  4. hahahaha, mmg bijak la adik… tak perlu nak pening kepala lukis mami, papa satu2…. buat sekali harung senang yer dik…

    Banyak la kalau dapat RM4 jual paper… saya selalu dapat dalam RM1++ jer bila jual paper lama… last2 sedekahkan aje kat orang tg dapat ambil tu… hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senangkan, sekali harung melukis. Takdalah penat sangat... Paper lama sekarang mahal sikit harganya. Paling mahal memang tin minumanlah tapi takkan nak minum berdesup-desup air tin kan...Nak kutip tepi jalan macam kesianlah pulak kat Abang!

      Delete
  5. assalam MD..acik ingatkan tin minuman je boleh jual..rupanya botol pun boleh ye..patut..ada je yang ambik darit ong sampah tu.
    bagus abang..kecik2 dah pandai kumpul duit sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tin minuman tu orang kutip sebab harganya mahal, Acik. Kalau botol plastik ni cuma RM0.60 sen aje sekilo. Menanah ler juga dah kumpul berbeg-beg baru dapat RM2, RM3 aje...

      Delete
  6. asah lagi.pelan pelan.walaupon x nampak apa yg adik lukis..

    bagusnya bg ddikan mcm ni. kecik kecik dh blaja berdikari..

    akak. nk tau x.sy pon sbenarnya dok gigih kumpul botol plastik n kaca. dh penuh cma x terjual. rasa syng pulak.hahaa..tpi dh sakit mata, sbb byk sgt..
    ada masa sy share..

    cma nk tanya akak jual dekat mana?

    sy dok aim dekat tedco.ada tempat kitar semula. x pernah tnya..sbb masa nya lgi. tunggu la bila bila ada kelapangan nk hantar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak jual dekat dengan kawasan rumah. Masa mula-mula tu pening juga dok cari mana nak dihantar semua ni. Nasib baik nampak yang berhampiran rumah aje. Hajatnya nak hantar ke Tesco juga pada mulanya tapi tak pasti yang kitar semula kat Tesco tu cuma ambil barang sahaja for free atau dibayarnya barang-barang sampah tu....

      Delete
  7. Wah.. Bgus betul tu.. Xtvt yg bermnfaat... Bgus dr ngaap tv dan gdjet kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih ngadap TV dan gadget juga anak saya si Abang ni. So kenalah cari aktiviti yang lebih berfaedah untuk dibuat... Ni tengah fikir macamana nak bantu Abang cari duit poket sendiri.... Apalah lagi yang boleh dibuatnya...

      Delete
  8. mmg otak biz betul abg ni... bagus lah dari kecik kita dah ajar mcm mane susahnya nak cari duit kan. bkn main ckp, mumy nak itu, mummy nak ini.. baru dorang tau mcm mane susahnya kita. mcm kita jugak lah, nak beli apa2 pun kena usaha lebih.. tpi jgn lupa utk menyimpan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ajar dia kenal apa erti duit. Abang tu masih tak faham apa nilai duit yang sebenarnya... Kena ajar slowly cara-cara menghargai duit nih....Chewah! Mommynya bukan main pulak lelebih! Time dia menghabiskan duit, terlupa pulak nak mention!

      Delete
  9. rajinnya abg kumpul botol tu.. boleh ajar anak akk sekali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kata kalau dia nak duit segera, mesti segeralah berusaha mencari duit :) Ini projek pertama. Tengah fikir apa lagi cara Abang boleh cari duit tanpa menyusahkan diri dan fikirannya :)

      Delete
  10. Haha...gelak ngan telatah adik ni tsu..cuba lukis auntie pulah acaner la rupanyer pulok...haha..kreatip tau buat graffiti boleh dijadikan wallpaper..haha..
    Abang nak jadi usahawan berjaya... bagus2 abang nih tapi kalo ditanyer pd abang uwais misinyer nak jadi super hero nak apa2 mudah sap2 terus jadi kaya..terkenal semua orang sayang..sabo jerla..
    Biasa mak2 memang pitching kena tinggi walopon larik menusuk telinga haha.
    Abang ni rambut temengggung jugah yang hencem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ni bila nak sesuatu tak boleh kata tidak. Tiada istilah tidak dalam hidupnya buat setakat inilah. Merana jugalah bila dia nak sesuatu. Kalau saya selalunya tegah sesaja tapi Daddynya semua ok. Tension juga. Si Abang tak minat superheroes bagai ni sebab itulah dia tak tahu sangat. Dia tanya macamana nak cari duit dengan buat game komputer. Banyak tak agaknya hasilnya nanti? Huahahaha.....pengsan Mommy melayan keletah anak-anaknya.

      Delete
  11. Alahai siannya kena tinggal....okje tolong tumpang sedihlah....tak rindu ke?
    Sukalah dengan semangat abang yg suka berbisness ni ...
    Punyalah semangat dia nk kumpul duit tuk belikan mama DV tu...Untung mommy tau!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, OKje... dah namanya suamikan...Bila jumpa nak bertikam lidah, bila tak jumpa 5 minit aje, rindu membara gitu ....

      Sebenarnya dia nak cepat kaya, OKje. Dia dok tanya saya cara-cara macamana nak jadi kaya. Bila boleh start kaya, macam-macam lagilah. Pening Mommy nak menjawab!

      Delete
    2. Ni mesti menurun salah sorang ni.... otak bisness! Kalau tidak, takkan tetiba je abg jadi cenggitu pulakkan... Apa pun tahniah abg ...nanti kalau dah kaya jangan lupa kawan mommy nan sorang ni hehe.... Tumpang duk kat tayar pun dah syukur dahhh...hehe

      Delete
    3. Bukan gene sayalah tu. Saya ni tak reti berniaga. Menolong orang jadi kaya tu bolehlah :) Takpa, kalau Abang kaya, saya takkan lupa kat kawan-kawan. Kalau nak duk kat tayar aje sepanjang jalan balik ke Muo apalah sangatkan....

      Delete
  12. bagusnya akak..dapat gak menabung kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak ajar dia menyimpan duit. Sediakan satu tabung khas untuk aktiviti mengutip 'sampah' ni ...

      Delete
  13. dah lah pandai melukis pandai paking car laggi hihihihi. nasib xdi contengnya di dinding ye kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parking tepi ok, parking L tu.... sekali pusing stereng terus elok aje masuk parking...Mommynya pun tak lepas !

      Pernah dah dicontengnya dinding. Itu yang ambil langkah berjaga-jaga supaya sejarah kelat tak berulang lagi :)

      Delete
  14. kelabu asap mata auntie dok cari gambar apo yg adik dok lukis ni..but auntie tabik spring lerr kat adik, semangat sungguh noh! kumpul rete karun siap dapat support lagi dari mokcik tu..betuahnyer mommy adik kan if dapat hadiah hasil keje kuat adik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah, kan dah kata auntie, Adik lukis gambar MommyDaddyAbangAdik sekaligus. Itu yang kelabu asap mata auntie menengoknya... tak leh detectkan mana satu makpak, mana satu abang dan adik juga.... siap ada loli tu yang lagi pening kepala Mommy!
      Abang mmg kepala fikir nak cari duit, nak beli Lamborghini, Ducati Veyron dan rumah tiga tingkat untuk Mommy :)

      Delete
  15. Mummy tak tahu adik buat lukisan abstrak kan dik:)

    Kalau abang nak tahu auntie pun kumpul semua botol/tin utk dijual. Tak apa abang nanti macam kakak di rumah auntie ni boleh beli novel tau, kumpul-kumpul lama-lama banyak...

    Kakak rasalah MD dgn cara ini juga kita didik anak kita berjimat dan tahu menilai duit bukan mudah nak cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat kata HD masa si Abang rajin melukis ketika umurnya 5 tahun. HD suruh simpan semua lukisan sebab lepas 10,20 tahun, "Manalah tahu anak kita jadi pelukis terkenal? For sure berebut orang nak beli lukisan 'abstrak' dia nanti!" Hehehe...

      Delete
  16. bagusnye akak..semua barang2 akak asingkan tuk kitar semula...bagus akak terapkan mcm kat anak2 akak....otak bisnes pun satu hal tu hahaahahah..adoi kelako la abg ni kak....mmg die akan jadi bisnesman besar nanti ni...sure otak ligat jek cari sumber tuk dibisnes kan......

    takpe kak, walaupun satu kaler dan corak pun lebih kurang same jek tapi daya imiginasi tu dah ade heheheeheh....budak2 ni asal boleh jek bile suruh lukis kan kak...tapi sentap plak kalo jadi anak lieya tu, pandai lukis siap lukis mama gemuk papa kurus hahahaaah...sakit ati kite...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian pulak ya kalau jadi gitu. Dayyan confused sebenarnya yang mana satu lukisan Mama, mana satu Papanya,...itu yang terbalik kot ....

      Anak-anak akak ni sebenarnya dah terlebih manja. Semua kemahuan diikutkan, so kenalah terapkan nilai-nilai murni dengan cara lain pulak :) Kalau anak senang nanti, siapa yang untung? Makpaknya juga, Lieya!

      Delete
  17. baguihkan ... kena ajar budak2ni betapa susahnyer nak kumpul duitkan.. anak akakpun sorangtu nak ikut rombongan sekolah ke kidzania kenalah dia mengumpul duit.. baruler dia fikir dua kali senang2 nak belanja...
    anak2 bayatu rasanya ituler rupa lukisannye... takperler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Kak Cho. Kalau tidak main minta aje macam makbapak cop duit, ada kilang besar keluarkan duit pulak kan....

      Delete
  18. hai seronok pula kita melihat gelagat dan hasil usahanya,sikit lama jadi bukit ya sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, semoga menjadilah projek buat duit si Abang nih...

      Delete
  19. Lukisan abstract tu... jangaan pandang sebelah mata... kalau pegi art galery pun kadang2 kita tak nampak jugak apa yang pelukis tu nak lukis... tapi harga capai ribu2...

    Bagus la abang dah berusaha dari sekarang... rasanya memang boleh jadi usahawan tu.... orang yg ada bisness scrap metal pun mulanya selalu macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah makchaq...mana tau kotnya jadi pelukis terkenal suatu masa nanti. Kena simpanlah lukisan si Adik ni. Manalah tahu jadi rebutan pulak lepas sedekad nanti :)

      Abang memang fikir nak kaya aje.... sibuk nak create game komputer...

      Delete
  20. Dulu sy pun dok kumpul botol plastik ni. Bila wiken maid dtg dia jual botol tu duit tu x pernah bg pun. Lebuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Botol sekarang ni tak banyak mana hasilnya tapi insya Allah, kalau kumpul sikit-sikit lama-lama jadi bukit juga duit simpanan si Abang hasil buat projek nih....

      Delete
  21. Apa yg bz ari selasa tak buat entry ni MD ? Ingatkan saya kena tidur lewat sebab nak baca banyak entry dan komen malam ni. Hihi.

    murahnya jualan barang recyle tu? Adeh. Diorang jual mahal, beli balik macam ciput sangat. Tapi dengan usaha Abang tu, memang dah cukup bagus. Semoga Ababg capai hasrat nak jadi kaya nanti ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ho... kena tidur lewat sebab nak check karangan MD pulak ye? Busy tu takdalah sangat.... hati resah, fikiran kusut aje sehari dua ni. Entri dah ada, nak tekan butang publish pun takda mood ....

      Murah sangatkan harganya...ingatkan nak aim tin can pulak tapi camna...takkan nak minum berdozen2 coke kan.... nak beli ice lemon tea fav satu family takut batuk melanda lak.... stick to botol plastik ngan newspaper ajelah....lama-lama nanti jadi bukit juga duitnya....

      Delete
  22. Abang dag pandai cari duit dan simpan duit....good job abang.. si adik pula berimaginasi dengan mewarna..lama-lama dia akan pandai lukis orang..percaya..satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah murah rezeki kedua-dua anak saya nih :) Saya mendoakan ajelah dan menolong mana yang patut ...

      Delete
  23. bestnya aktiviti... kecik2 dah pandai cari duit ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena belajar cari duit CikLily. Kalau tidak pengsan makbapak dok keluar duit aje...

      Delete
  24. hehehehehehe memang cerdik tul your kids ni....mcm2 pe'el yg menggelikan hati...

    hebat adik melukis tu.... seni ok.... sapa tak nampak uols sefamili plus the lo-li kiranya tak berjiwa seni lah hahahhahahahahahaha....

    leh i bagi my wishlist gak ke kat abg ...
    kot kot leh dpt bila abg dah kayoooo *wink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sis you nampak ke gambar family kita orang (plus lo-li) tu? Hahaha....sebabnya Mommy pun tak leh detect gak yang mana satu dia....

      Bagi ajelah wishlist tu...mana tau Abang cita-cita nak jadi pemurah pulak, asyik menderma aje kerjanya ....

      Delete
  25. kreatiflah tu, adik sy dulu2 pun gitu juga, skang ni mmg hebat ler dier kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? So kena suruh si Adik ni rajin mencontenglah kan...mana tahu dia nak jadi pelukis terkenal :)

      Delete
    2. adik tu mmeg suka lukis conteng sana sini, gigihlah Ummi dier ni kena cuci sana sini, last2 belikan kertas & color2 bagai bila nampak minat dier.. alih2 sakng ni duk lukis2 aje, color2 dah malas ler... penat kata dier hehehe

      Delete
    3. Hahaha... yalah dah lama minat tu dalam diri. Itu yang jadi malas :) Tak tahulah si Adik ni apa minatnya. Si Abang memang nak jadi pengusaha cyber cafe kot tak pun dia sibuk nak belajar create game sendiri....senang tak yah membeli!

      Delete
  26. bagus2..boleh tambah duit tabung..kecik2 dah pandai menabung, besar nnt senang dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sibuk betul si Abang tu! Dalam tabung khas utk projek ni baru aje ada RM10 dah sibuk memacam nak beli.... Baru 2nd trip menjual botol plastiknya, penuh dua shopping bag IKEA tu dalam 5kg. Dapatlah RM3 lagi :)

      Delete

Post a Comment