Selingan demi selingan ...

Selingan 1

Satu malam baru-baru ni, I sempat berborak sekejap dengan Hubbydearie. I pun tanyalah apa perasaannya sebab Mami dah nak balik ke negaranya. Mesti HD sedih melambak- lambak air mata bila hantar Mami ke airport nanti. Lalu Hubbydearie pun jawab sambil memeluk bantal peluk,

Mestilah I sedih, my motherkan! Hmmm... I dunno, how to live without her again! Dah dua bulan Mami tinggal dengan kitakan.... (sedih sungguh bunyinya tapi I tak tengoklah...)

Uhuks! Uhuks! Uhuks!

I pulak yang sedih! Bukan I sedih sebab cemburu tapi di saat itu I teringatkan sesuatu - alangkah baiknya kalau Bubbly Abang dan Adik Cute terasa sedih sampai menitis airmata lelaki mereka bila teringatkan I yang dah tua dan sesekali datang ke rumah mereka bila mereka dewasa nanti. Tentu itulah nikmat paling indah dalam seluruh hidup I ni kerana dapat menjadi ibu mereka berdua!

Maka, I ambil keputusan nak cuti on the day my MIL bertolak balik ke Tashkent. Demi menemani Hubbydearie yang memang pasti akan sedih yang amat bila Maminya pulang nanti!

Selingan 2

My eldest son, Bubbly Abang memang lebat rambutnya (ini gene diperturunkan oleh MommyDaddynya ...) Kalau lepas gunting rambut tu, memang tak lama dah start merimbun balik rambut si Abang nih. The latest ni tak tahulah kenapa... bila balik sekolah aje nampak dah macam tudung periuk pulak. So I cakap dengan Abang, sisirlah rambut elok-elok jangan nampak macam tudung periuk /Temenggong Jugah pulak!(tau tak siapa?) 

Ini jawapannya ....

Tak mahulah, Mommy. Abang tak nak nampak handsome, nanti girls semua tengok! Malulah!

Adui!

Selingan 3

Pagi tadi bawa Adik jumpa doktor. Dia baru sembuh dari demam. Dah sihat ni, demam pun dah kebah. Tetiba semalam dah berbunyi 'kong', 'kong', 'kong' bila batuk. Hidung pun tetiba meleleh aje air.... 

Tak boleh jadi ni. Nanti kalau I pergi kerja, anak sakit lagi susah hati. Minta cuti setengah hari. Sampai kat klinik, eh bukan main aktif Adik berlari ke hulu ke hilir sambil membebel takda full stop (yang ini sah gene Mommy...hehehe) 

Bila doktor cakap, 'Don't play too much!' Adik pun angguk kepala. Doktor cakap ' Drink  a lot of water!' Adik angguk lagi tanda faham. Doktor cakap lagi, ' Eat more sweets, ok!' (sambil senyum sengih-sengih!) Pun Adik angguk juga! Confirmedlah tu memang dia faham @_@

Selingan 4

My Hubbydearie ni memanglah tak reti buat keputusan on the spot especially bila di depan Maminya. Pagi semalam HD ajak ke KLCC nak breakfast tapi masa tu Mami belum bangun. HD suruh I mandikan anak dan siapkan mereka berdua untuk keluar breakfast. Bila Mami keluar bilik, Mami kata pergilah sekeluarga aje sebab kaki Mami sedikit sakit. Lagipun Mami tak suka keluar breakfast sebab semalamnya dah breakfast di luar.

Bila Hubbydearie nak beritahu I, Mami menghalang. Katanya janganlah cancelkan plan yang I dah buat ( I yang buat? Padahal HD yang plan nak ke KLCC. Ni mesti nama I diburukkan nih...) 

Apapun, HD tetap cakap semua to me. So I pun rasa geram juga. Lain kali kalau dah tahu Mami tak suka breakfast di luar janganlah ajak lagi. Lepas tu clearly inform her, HD yang nak pergi bukannya I nanti apa pulak dikatanya I nih. For surelah control suami pulak!

Bila dah sampai KLCC, kita bawa Mami jalan-jalan kat taman kerana itu yang lebih diminatinya berbanding dalam KLCC. I told my Hubbydearie, for sure lepas jalan ke hulu ke hilir kaki Mami sakit balik (macam selalu) tapi kata HD ' You're not a doctor, mana you tahu? '

Oklah, fine!

Lepas penat berjalan-jalan, kami pun pergi breakfast. Sampai aje di sana, tetiba semua tak mahu makan. Nak minum aje! Hubbydearie pun cakap kat I, 'Kalau you nak makan, makanlah jangan segan-segan pulak!' sambil senyum sinis macam menyindir aje suamiku ini!

2,3 kali tanya semua pun tak mahu so I pun bangun dan order beef lasagna! Sedap makan sorang-sorang tanpa gangguan. Yang lain tengok aje. Abang for sure tak mahu. Adik ajelah kejap nak, kejap taknak...

Tanya kat Hubbydearie sama ada dia nak rasa ke tidak dan jawabnya takpa, tak mahu makan.... Bila balik  sampai aje di rumah, masuk bilik  tukar baju boleh pulak Hubbydearie cakap camni kat I,

"Sedap ke beef lasagna tadi? Makan sorang langsung tak ingat dunia!"

Sebab geram pulak rasanya I pun jawablah, 

"Sedap gila you tak nampak ke tadi I sampai tergigit lidah!!!!" (geram sebenarnya, lasagnanya biasa-biasa aje rasanya...)

Kalau setakat nak minum air biasa-biasa aje cam air kopi panas, teh tarik whatever,  tak payahlah rasanya nak breakfast kat KLCC.... hangin satu badan aje rasanya!

Makanya hari ni  takda entri utama. Selingan pun dah panjang, ya tak? @_@









Comments

  1. banyak betul asam garam selingan dalam kehidupan harian mummydearie kan...hehehehehe...adat la tu mummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu,SA! Macam2 hal boleh berlaku dalam sehari :)

      Delete
  2. dah nak balik dah ur MIL kak.. rasanya mcm baru baca cerita dia dtg Malaysia.. nnti cerita erk ur HD time ur MIL balik... sure nangis2 kan.. kata anak mami.. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa nak datang menunggu penuh debaran tapi la ni terasa cepat betul masa berlalu. Dah nak balik dah Mami...

      Delete
  3. hihi.. selingan 2 tu xtahan..
    malu..tkut org ngorat la tu.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Abang memang macam2 ragamnya. Ada aje cerita gelak nak disampaikan...

      Delete
  4. hahaha..abg so clever tau..adik pun..part bfast kt klcc ni..tulah org lelaki ni kan..tak suka nak terus terang ngan isteri..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah orang ajak rasa tak mahu, control diet konon depan Mami. Kita memang dah buat muka selamba derk aje dek angin puspus. Lantaklah Mami tengok menantunya makan sorang diri yang lain terkebil-kebil :)

      Delete
  5. Baca selingan pun dah seronok MD..lebih2 lagi abang yang tak mau namoak encem tu..comel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selingan pun dah panjangkan Acik memang tak patutlah tambah lagi dengan entri utama :)

      Delete
  6. Replies
    1. Salam Bunda,

      Begitula budak-budak sekarang ni. Lebih bijak daripada makbapak :)

      Delete
  7. Bila mami nak baliknya tu? Hehe....
    Mami kat sini pun tak tau lagi bila nak balik...penat dah mak berlakon ni...

    Sapa yeh Temenggong Jugah tu? Tak kenal weyh....
    Ye tak ye jugak dah makan kat KLCC....takkan nak makan mee goreng Kak Senah pulak? RUGI le.....
    Nape depa tak makan MD? Makan apa kat rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami dah nak balik Jumaat minggu depan, OKje....

      Kesian mak kena berlakon selalukan...nasib baik MD berlakon at least setahun sekali tak pun dua, tiga tahun sekali :)

      Mami kan kalau breakfast suka yang simple macam roti Uzbek ke, roti Gardenia kita ke... tapi anak lelakinya yang teringin nak breakfast kat KLCC. Dah sampai tetiba Mami tak mahu makan, anak lelaki pun tak mahu makan sama. Menantu ni dah kebulur tahap gaban. Dah kul 11 pagi tak bersarapan lagi. So saya makan ajelah dengan rakusnya. Malas nak berlakon dek hati panas ....

      Delete
    2. Ha'a...bedal aje....biau le dia nak kata apa pun....tak larat dah nak berlakon hehe..

      Delete
    3. Lupa lak ....senang ler kalau nak simple simple jer tak yah mikio nak buat bekfes!

      Delete
    4. Tapi kita susah hati juga, OKje sebab kita tak boleh berkomunikasi secara langsung ngan Mami. Harap HD, entah apa yang diterjemahkannya.... Nanti kita bagi roti + jem/kaya, dia kata apa pulak.... Kita nak masak nasi goreng utk bekfes, kata HD Mami tak suka makan nasi pepagi. Tapi pastu ajak bekfes kat luar -makan berat! Mana kita tak confused!

      Delete
  8. Hamboi delingsnnyer kemai lagik ni..muahaha...dah nak blk Mil md yang comey tuh..sedih hd tengok dia nangis tak nanti...tang rambut abang tu klako sungguh tau..temenggung jugsh tu yang tak tahan tu...adik cute pastinyer sangat comel geram ngan gelagat dia..nak cubit2 pipinyer tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya MD kan kalau tak panjang memang confirmed salah masuk blog :) Anak-anak memang seronok tengok keletah mereka tapi masa tu aje rasa macam aduhai anak-anak Mommy!

      Delete
  9. hehehe... rupanya suami mummy teringin..tp mcm jual mahal jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah....dah pelawa tapi tak mahu. Yalah nanti kalau tak pelawa apa pulak kata MIL kan.... makan langsung tak peduli suami. Dah balik rumah boleh pulak ditanya sedap ke tidak...aduhai...panas, panas!

      Delete
  10. hehehe bayangkanlah kalau n3 selingan pun dh pjg lagu ni... kalau n3 bukan selingan mau ambik space seluruh blog ini kan MD hehehe.. apapun MIL pun dah nak balik kan... maintain dulu jd menatu yg baik2 huhuhu.. done nuffnang yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan MD lah kalau tak panjang entri-entri ni kan, KA :) Kalau suruh tulis tribute ke apa, memang nangis2 semput2 orang membacanya!

      Delete
  11. Assalamualaikum,

    hahaha kak..nih kan macam perasaan akk bagi setiap situasi yang akk alami je hehehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Lebih kurang macam itulah nampaknya :)

      Delete
  12. mau tak sedeh kak..dah lame mil akak bercuti disini...tup2 dah nak balik dah...tapi in sha Allah doa2 jek ade rezeki utk dtg bercuti lagi di sini....

    kehkehkeh tang rambut tu lawak kak...amboiii perasan gitu hah....tau plak segan kalo awek tgk yeak haahahaha...adoi gitu le imiginasi kanak2 kan kak....tak terduga dek akal kite hah...

    hahahaah abis la kak, lieya berani jamin adik akan ingat kate2 doktor tu..siap laa die tuntut sweets kang hahaahahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sebungkus gula-gula dirembatnya, Lieya. Itu pun akak sembunyi kata dah habis.... yalah orang ikut nasihat doktor sepenuhnyakan....

      Delete
  13. selingan dah macam ceita utamatu.. abang nyer jawapantu yang bestnyer.. kot der ramai budak pompuan suka tengok dia kot..
    MIL jauh ... memang sedihler suami duk jauh ngan mak dia...
    doktor yang besttu.. selalu doktor cakap no ini no ini semuanyer no....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni selingan ke, entri ke memang kalah novelist semua.... saya rasa nak tulis novel ajelah....tapi rasa cam susah. Kalau merapu meraban tu expertlah juga :)

      Delete
  14. Ni yang best baca lambat... boleh dapat banyak info daripada komen2 yg dijawap oleh MD. Saya tahu banyak drp orang yang baca awal...
    kan dah kata MD ni menantu yang baik, sebab tu dia sedih bila mentua dah nak balik. Kalau datang sekali setahun, memang akan rasa sedih ya. Takkan sama dengan mentua yg datang sebukan beberapa kali.. hihi..siapalah tu..
    (Saya)
    Ada tak MD tanya ke abang, selalu ke budak pompuan tegur dia? Ni nampaknya MD tak oayah tunggu lama nak jadi mentua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Ada ramai rupanya menantu di luar sana yang 'serba-salah' bila PIL datang menjenguk ya? :) (Nak guna perkataan rimas melampau pulak nanti jadi menantu durhaka @_@)

      Abang tu biasalah, penyegan kononnya...

      Delete
    2. Kes saya ni.. mentua datang sebulan sekali atau 2 kali. Mmg serba salah. Kerja sekolah banyak dan penat.. sebolehnya tak kemas rumah sgt kalau hari penat. Tapi bila tahu nak dtang, kenalah korbankan masa rehat ya.. haha.. kes malas .. kalau boleh nak guling2 di tilam je lepas isyak.. ada mentua berani?

      Delete
    3. Bila fikir-fikir balik, memang saya ni luckylah yek! Setahun sekali tak pun dua tahun sekali. Sekali datang 2 bulan. Oklah lagi.... saya pernah tertidur semasa tidurkan anak di siang hari lagi. Mami ngan HD rancak berbual kat ruang tamu, saya tidur dalam bilik. Best gila :)

      Delete
  15. nnti kalau terserempak dengan adik kiut, mau saya gomol2 pipinya..heee
    lucu tang sweet tu...hee, faham pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah dia faham ke tidak yang sebenarnya...tapi gula-gula tu memang arif ler... lepas keluar aje terus nak gula-gula. Ikut cakap doktor sungguh!

      Delete
  16. 1. kejap je rasa dh nak dekat ua bulan ye mamaidi Malaysia..
    2. rambut lebat bagus..sy ni dh la tak berapa lebat,dok luruh lagi..sikit lai nak botak.haha..
    3.bijak betul adik cute,tang sweet tu lebar je senyumnya..
    4..ini kisan suami isteri n dotdot ke apa?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini selingan lepas geram namanya... hahaha... Mana tak rambut gugur PK kalau anaknya kena menyembur aje.... lagilah lebat keguguran rambutnya :)

      Delete
  17. Klw.sy x de la berlakon bagai. Lantak la mamie nak kata apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehari, dua tu bolehlah. Sebulan, dua tu tak larat dah nak berlakon bagai. Even tak sampai seminggu Mami kat sini, saya bantai tidur di siang hari masa Mami dan Hubby sibuk berborak di ruang tamu. Tak faham pun, lebih baik saya tidurkan anak dan tidur sekali :)

      Delete

Post a Comment