Terima kasih Suria Amanda

Tak aci betullah macam ni. Hadiah ni dah sampai ke tangan I pada 14 Feb yang lalu tapi sampai hari ni barulah berkesempatan nak update dalam blog. However, I dah personally informed SA cuma tak bestlah kan bila orang beri something dan kita tak tahu macamana nak appreciate pemberian orang pulak.

SA kata tak menjadi kewajipan pun nak  tulis penghargaan buatnya dalam blog but I kata, should say somethinglah bila orang dah bersusah payah menghantar barang pada kita. Well, kenapa ya SA bermurah hati nak hantar hadiah pada MD nih?

Oh, macam semua orang pun tahu, I ni kan suka 'bertenggek' kat blog orang lain pastu tak ingat dunia bila tinggalkan komen. Makanya for the month of January yang lalu, I jadi one of pengomen tegars di blog SA...


Inilah hadiahnya yang I dapat. Minta maaf ya SA sebab gambar tak cantiklah pulak... Maklumlah I ni memang banyak failed dalam banyak bab @_@

Dek kerana ini juga menjadikan I termalu hendak selalu berkomen-komen dalam blog SA. Manalah tahu tetiba I lagi masuk top ten. I segan gila pulak kalau dapat lagi hadiah from SA. Tapikan I memang tak bolehlah kalau dah membaca entri orang dan tak komen. Rasa kurang flavor, macam  I cerita sebelum ni...

Blog Suria Amanda ni sebenarnya dah quite lama I follow. Masa mula-mula  terjah, seronok tengok bloglistnya yang kaya-raya tu. Senang juga lepas baca entri SA boleh terus terbang ke  mana-mana suka ^_^ 

I pun sebenarnya terpegun dengan kisah hidup SA ni. Apalagi bila membaca kisahnya bertarung nyawa selama tiga minggu years ago. Sedih meleleh air mata nih. Kagum juga dengan ketabahannya menjalani hidup bersama anak perempuan kesayangan, si Dania.

Buat SA, terima kasih ya for this pemberian. Jangan serik bila terpaksa approve komen I yang berbakul-bakul tak ingat dunia ni. I ni bila dah suka memang suka baca entri orang secara menyongsang (dari the latest ke the oldest...) Harapnya takdalah rasa terbeban dapat pengomen macam I ni ya, SA @_@

Comments

  1. wah tahniah MD, mmg cantik sgt tu, rezeki berblog yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KA. Ni tak mahu bagi hadiah gak ke lama sangat bertenggek kat pengomen tegar blog KA ni....hahaha....

      Delete
  2. the first time masuk sini aq tak tarik nafas because semput tau ! :)

    tahniah MD..semoga menjadi pengomen tegar selama-lamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... tak terkata dah! Nak buat macamanakan dah namanya tegar dalam segala-gala hal :)

      Delete
  3. Ada kisah tu ke dalam blog SA? Saya baru je follow SA baru2 ni, kalo jadi follower tu dah lama, tapi follower yg betul2 foller blog tu baru je baru2 ni masuk dlm bloglist. Heheh.. Nnt nak buat revision jgk la kt blog SA>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Masa mula-mula dulu, adik SA yang tulis dalam blog pastu dia take over pulak :) Pergilah buat revision. SA tulis pendek-pendek tapi entrinya banyak per day. Kalau dia tulis panjang-panjang, mahu nangis2 nak buat revision :)

      Delete
  4. Special thanks tu MD, ala...ikutkan hadiah tu x de la setimpal ngan effort kawan2 singgah kat blog SA kan...apa pun thanks MD, appreciated that...cuma pembetulan ..its not 3 weeks...but almost 1 month in coma,and 3 month on bed rest + fisioteraphy,2 bulan cuti sakit total 6 bulan x bekerja tapi gaji jalan...kenapa?insyaallah SA akan buat entry nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. Takda apa-apa pun SA setakat tulis appreciation aje :) Wah, lamanya total SA bercuti. Kalau ada strength, bolehlah cerita balik. Teringin nak tahu the whole kisah (dasar kepohci kan....) Tapi kalau SA fobia mengingati kisah lampau tu, takpalah...simpan dalam hati aje. Bukan apa, seronok membaca pengalaman orang. Mana baik jadikan teladan, ya tak?

      Delete
  5. byk sgt entry si SA ni taksempat nk kejar..semput2 dh skang bab bw..:)

    btw lawa ranta tgnyaa tu...sy macam ada sebijik sama cmtu ex opismate bg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah...SA ni rajin up byk entri per day. Kalau dikira total, samalah kot dengan satu entri saya yang panjang :)

      Kalau besan sini ada, besan sana mesti ada juga. Nyampahs I tau... hehehe....

      Delete
  6. best nyer berblog…. tinggal komen pun boleh dapat gelang cantik :)
    Ada masa, boleh terjah blog SA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan macam nih :) Thanks to SA yang sudi belikan gelang cantik untuk pengomen tegarnya :D

      Pergilah jenguk blog SA. Tulisannya tak berjela macam MD. Macam-macam yang dikongsikannya. SA ni pandai masak tau!

      Delete
  7. alhamdulillah rezeki
    org berbudi berbahasa.haa gitew :D

    akak, tima kasih tau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Ciksu. Rezeki namanya. Hari-hari saya pakai gi kerja :)

      Sama-sama kasih ya!

      Delete
  8. Replies
    1. Oh, terasa nikmatnya bila dihargai! Hehehe....

      Delete
  9. Tahniah beb....tak rugi komen kat blog depa yg pemurah tu ....cuma rugi jer komen kat blog okje ni....habuk pun tarak huhu....sian awak MD....
    Tak pelah kan MD....kita berkomen bukan mengharapkan balasan...cuma nak menyambungkan silaturahim... kan geng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru nak tanya .... bila agaknya OKje nak bagi saya keychain nih? Penat jadi pengomen tegar tau...huahahaha... takdalah OKje. Betul bagai dikata, bila dah suka syok sendiri aje mengomen kat blog orang sampai tak sedar diri blog itu bukan sendiri punya ) Takdalah mengharapkan apa-apa pun...just rasa enjoy sesangat dapat berkomen sakan :D

      Delete
    2. Haha....apa barang keychain ....hehe...

      Delete
    3. Hah, kalau bukan keychain apalah agaknya yang hendak diberi ya? Makanan ala-ala rentung I dun wan u know :)

      Delete
  10. tahniah.. tahniah.. ituler seronoknyer duk bertenggek kat blog orang.. akaknipun kalau orang komen panjang2 kat blog kitatu rasa syiok sikit.. mulaler teringat2 nak balas komen kat blog dia pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni agaknya dah famous amos dengan komen berjela pada sesetengah orang. Lagipun mmg dah warning siap-siapkan, saya ni mmg tegar mengomel dan mengomen tapi takdalah comel mana pun....Oopppsss... mula dah merapu!

      Delete
  11. Wah bestnya dapat hadiah. Terasa dihargai gitu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang feeling-feeling awesome gitu. Terasa betul-betul dihargai :)

      Delete
  12. Alhamdulillah dapat hadiah drp kawan maya ya.. best juga macam ni. Saya pun seronok dgn kunjungan MD ke blog saya. Memang pemegang gelaran komen terpanjang di blog saya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... entah siapalah boleh take over tempat saya sebagai pengomen terpanjang yek.... Kalau idea tak surut, oklah tu. Kalau idea surut, kena turun takhtalah nampaknya!

      Delete
  13. cantiknya mummy.... seronok dapat hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat seronok Ema apalagi inilah first time saya mendapatnya. Tentulah nak ucap terima kasih 'terang-terangan' pada SA.

      Delete
  14. Replies
    1. Terima kasih :) Memang seronok rasanya bila dihargai sekali-sekala nih :D

      Delete

Post a Comment