Tuesday, March 25, 2014

24 jam sehari, dulu dan sekarang...

Sebenarnya hari ni nak lambat bersiaran sebab kerja pun boleh tahan gak banyak. Tetiba dapat panggilan dari Hubbydearie ada hal penting katanya. So, kenalah I ambil cuti separuh hari.

Oh, ya! Kat office ni memang senang nak cuti. Main cakap mulut aje dengan boss. Lepas tu baru isi borang cuti. Senang. Itu ajelah yang best *_^

I nak cerita apa sebenarnya ye? Oh, of courselah nak berbalik pada tajuk di atas. 

Kalau ditanya pada semua orang, memang rasa macam tak cukup aje 24 jam sehari tu, kan. Apalagi mak-mak yang super busy macam kita ni. Selalu aje mengeluh. Kalaulah dapat 1 jam extra setiap hari ...



Sejak jadi mak ni, memang banyak aktiviti yang diminati kena korbankan, beri laluan pada suami dan anak-anak. Selalu aje sedia untuk beralah. Betul tak?

I rasa sebagai mak, rutin harian kita ni sama aje. Setiap hari bangun pagi kena uruskan segala hal dalam rumah. Dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah yang sebesar-besarnya. Semua terpikul di bahu kita. Itu belum ditambah dengan tanggungjawab sebagai pekerja lagi. Tamat aje waktu pejabat, bersambung balik tugas sebagai seorang isteri dan ibu.


 Siapa kata jadi surirumahtangga sepenuh masa tu senang? I yang bekerja ni pun kalau berada di rumah hujung minggu bersama keluarga, memang tak boleh duduk diam. Ada aje kerja yang nak dibuat, yang nak kena buat @_@

Kalaulah boleh disediakan senarai tugasan, memang tak cukup kertas rasanya. Rasa semput berada di rumah lebih cepat menjelma daripada duduk buat kerja di pejabat ^_* But then again, of courselah hasilnya lebih berbaloi-baloi bila berada di rumah  berbanding dengan buat kerja di pejabat *sengih sorang-sorang sambil tekan keyboard*



I ni kalau takda kerja (katanya tadi tak cukup masa, macam pelik pulak ayat ni...) rajin juga membandingkan 'kepuasan' yang diperolehi selepas menyiapkan tugasan di rumah mahupun di pejabat. Walaupun kita rasa puas berjaya dalam satu-satu tugasan yang dilakukan di pejabat, tak sama rasanya dengan kepuasan yang dirasai bila berada di rumah bersama anak-anak.  Tenat hati dan perasaan tu dek keletah mereka memang tak dapat dielakkan tapi at the end of the day, memang tersenyum ajelah dengan gelagat anak-anak ni. Hilang rasa penat, hilang rasa kecewa bila sesuatu yang diingini hati ni tak dapat nak dipenuhi.

Bila difikir-fikirkan balik, keadaan kelam-kabut yang selalu kita lalui setiap hari, dengan tak cukup masa nak buat itu, ini yang membuatkan hidup ni rasa sangat berharga pula. Entahlah kenapa ye ...

Kadang-kadang I jadi pelik juga dengan keadaan sekarang. Contohnya, I ni ulat buku sebenarnya. Tangan tak pernah takda buku untuk dibaca. Itu kisah dulu. Sejak ada anak-anak, memang membaca buku perkara terakhir yang I fikirkan. Kalau dulu, setakat satu buku tu, bukan main laju membacanya. Sekarang ni nak baca satu buku ambil masa sekurang-kurangnya satu atau dua bulan. Itupun bila ada masa terluang semasa menunggu Abang di sekolah. Lain-lain waktu memang tak terpegang tangan ni mana-mana buku ~_^

Kalau dulu I memang suka shopping. Suka keluar berjalan-jalan. Kalau duduk rumah sehari suntuk, I rasa macam duduk dalam penjara. Tension teramat. Tapi bila dah ada anak-anak, lebih suka duduk di rumah melayan kerenah mereka yang super melampau kadang-kala tu. Walaupun penat badan dan tenat suara menjerit, hati tetap juga gembira, takda pulak rasa terpenjara di rumah sendiri macam dulu-dulu.

Ni nak ngaku juga. I ni kaki panggung. Kaki tengok TV non-stop. Habis semua drama I tonton. Tak kisahlah kalau tak faham. Takda subtitle pun no hal punya. I boleh emo ikut jalan cerita. Tapi itu dululah. Sekarang ni memang takda masa nak ambil pot drama terkini ke, wayang terkini ke... Lebih baik selesaikan urusan rumah dan keluarga terutama anak-anak. Yang lain-lain tolak tepi. 

Dulu juga I rajin alahai turun naik bukit, keluar masuk hutan ni. Asal hujung minggu aje entah celah mana I explore. Siap ada geng bas sekolah lagi (Hah, jangan tanya apa namanya dah lupa terus, punyalah lama punya ceritakan...) Tapi lepas kahwin, dek kerana minat tak sama, I lupakan ajelah minat yang satu ni. Sekarang ni kalau disuruh pun I dah malas. 

Memang banyak sungguh perbezaan hidup dulu dan sekarang. Mungkinlah dek kerana tak dapat buat banyak perkara yang kita mahu, rasa macam tak cukup masa aje sekarang ni. Nak kata tak suka buat apa yang perlu sekarang, tak juga. Takkanlah tak suka nak menjaga anak-anak di rumahkan.... 

Katanya tak cukup masa yang diberikan 24 jam sehari tu, kan tapi sempat lagi tu tengok cerita Korea sekali-sekala mahupun main Candy Crush. Macamana nak explain nih ~_^

P.S. Gambar semua digoogle aje macam biasa ye. Lepas lunch nanti I nak balik rumah jaga anak-anak. Babysitter ada hal pulak. Nak gi tukar apron sekarang *_*

 

 



 

39 comments:

  1. Betul tu MD, macam i ni ibu tunggal kan...ada plak yang pertikaikan sanggup tinggal anak kat mak pak kat kg,sanggup berjauhan demi rezeki..pas tu pertikai plak anak tu x cukup kasih sayang...hui...ikut hati nak debik je..dia ingat senang agaknya...diorang ni x paham sebab x rasa kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kalau tak mengalami ni memang ikut sedap mulut aje kata-kata, SA. Adat manusiakan. Lagi banyak ngumpat, lagi nikmat rasanya :)

      Saya yang ada suami ni pun kalau boleh semua kena buat sendiri. Asal namanya melibatkan hal rumah, hal anak-anak memang sayalah in-charge. Suami arahkan aje suruh buat ini, itu :)

      Delete
  2. dah jadi mak ni banyak dah berubah..huh..
    berkoran wahai anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata terpaksa, sukarela buat pulak. Memang kalau ada anak ni, perubahannya 360 darjah ler. Tapi takpa, nikmatnya memang indah :)

      Delete
  3. ha ha dalam tak cukup masa 24 jam ...masih sempat nengok drama Korea tu...hilang stress kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itu yang buat confused ni, Bunda. Kata tak cukup masa 24 jam sehari tu tapi ada masa kadang-kadang tengok drama Korea, tengok movie tengah malam, main Candy Crush lagi. Kalau campur semua masa tu eh, mahu 1-2 jam lebih :)

      Delete
  4. Jujurlah kakak ni di pejabat pun ada pembantu dan di rumah pun ada pembantu jadi memang banyaklah ringannya. Tapi itu pun rasa macam tak cukup masa juga. Baju dah gunting tak berjahit dah lama dah... perca yg konon nak cantuk pun tak bercantum lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kak, memang takda hobi sekarang ni. Yang penting-penting pun semput aje nak menyiapkan inikan pulak nak bermanja-manja melayan hobi sendiri. Ada hati lagi tu saya nak belajar menjahit ler apa ler. Hangat-hangat tahi ayam kata omputih :)

      Delete
  5. aduhai, ingat bila anak2 dah besar bolehlah nak berehat bagai, tapi jadinya lagi besar anak2 lagi byk tugas yang kita perlu selesaikan.. selagi x pejam mata selagi tu lah tugas bejalan je, weekend2 pun masih sibuk uruskan hal anak2 ,,,, redha ajelah, sebab Adik duk kata byk pahala kalau sabar & redha ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu fikir gitu, KA. Dulu masa anak-anak masih bayi, saya fikir kalau besar sikit ni legalah. Tapi bila dah besar sikit, tak juga lega. Dok fikir pulak kalau dah sekolah nanti, legalah dah besar. Tak juga datang leganya :)

      Delete
  6. tak kira bujang or dah kwin rasa 24 jam tu tak cukup sis.. agaknya klu bagi 25 jam pun belum tentu cukup..
    klu kat rumah tuh, mcm2 benda nak buat.. kadang tak sempat lagi nak duduk, dah terpikir nak buat itu ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, orang bujang pun dah tak cukup masa sekarang ni, Lyn! Nanti bila dah kahwin, lagilah tak cukup sentiasa :) Ada aje yang hendak dibuat, kena buat, patut buat. Entah bila ada masa free pun tak tahu !

      Delete
  7. Pendek kata, skrang ni semua hobii kita masa dulu2 kena say good bye aje la, kan?… Mmg saya pun mcm tu… Cuma kalau dulu hobi suka ambil gambar and posing, skrang dah tak suka ambil gambar diri sendiri… lebih suka snap karenah anak2 :)

    Yes, semuanya demi anak-anak dan suami tercinta :)

    Candu crush tu perlu, utk release tension katanya walau lagi tensen bila main tak lepas2… hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hi, bye bye ajelah, Nur. Memang yang terakhir sekali mampu dilakukan.

      Candy Crush tu memang boleh buat kita addicted ler. Rasa tak nak main tapi nak main. Eh, entahlah...tapi masa sentiasa aje tak cukup :)

      Delete
  8. Senangnya MD dapat cuti..ni yang jeles ni. Saya kalau nak minta cuti kemain takut nak jumpa pengetua...

    siapa yang rajin nak senaraikan kerja ibu tu? Tak tersenarai rasanya. Sesekali buat malas rasa best tqpi lepas tu mulalah tak cukup jam nak qada balik kerja2nya.. baca semua aktiviti MD ni pun dah dapat tahu yang MD memang jenis yang tak reti duduk diam ni. Patutla mamat Usbez tertarik.. rajin sangat orangnya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab cuti ni memang best, AN. Cakap aje kat bos nak cuti. Kadang tu takda beritahu sebab pun. Cakap ajelah nak mengejut terkejutkan bos nak cuti, pun ok aje :) Lain-lain takdalah best mana pun. Jadi surirumahtangga lagi best ^_^

      Delete
    2. Haha.. jom kita sama2 jadi surirumah.(impian orang malas yang mula rasa cuti makin nak abis) .. hihi.. apalah nak jadi ya..

      Delete
    3. Alangkah indahnya saat dapat jadi surirumahtangga :) Kena train suara nak bagi pitching jangan ke laut selalu ^_^

      Delete
  9. MD..setidak2nya MD boleh bersyukur kerana tidak membawa kerja ke pejabat balik ke rumah. Kalau kami ni...tak bawak balik, alamat tak siap. Tak pelah..kalau mrungut nanti, sia-sia sajalah apa yg kita lakukan. namun setiap dari kita ada lebih dan ada kurangnya kan..WIN-WIN situation maa..itu yang penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya memang tak pernah bawa kerja balik rumah. Takda kerja pun nak dibawa balik :) Bab itu memang banyak nasib baiknya. Merungut-rungut manja aje ANIM, bukannya tak suka buat kerja...hehehe....

      Delete
  10. sejak dh jadi mak-mak ni mmg anak yg paling utama la MD..Klu dulu sukasoping utk diri sendiri skang beli utk anak je..dulu pun suka tgok tv,skang satu cerita kat tv tu pun tak ikut dah.tgok tv masa kt opis je..

    betul kata MD,sesibuk mana pun klu buat utk keluarga sendiri mmg kita rasa bahagia..pahalapun besar.Nak gak tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat dulu-dulu sebelum kahwin. Pergi jumpa BFF yang dah kahwin dan ada anak-anak kecil. Sentiasa ajak saya pergi children dept. Saya ni dahlah bujang masa tu, bosan gila rasanya dok belek barangan budak-budak. Tapi nak tak nak kenalah ikut dah kita keluar bersama. Nak aje sebenarnya saya tinggalkan kawan ni kat children dept dan saya lelaju dok membelek kat pakaian, kasut, handbag wanita tapi tak sampai hati pulak :)

      Sekarang ni barulah tahu rasanya. Ke shopping mall aje memang menonong nak tengok barangan anak-anak. Barangan kita, nanti-nantilah next time :)

      Delete
  11. Setuju kuasa 16 dgn MD. Dulu masa bujang, hobi ai ialah tido krohhhzzz... Bila dah ada anak ni, mmg sangat sedikit la masa tidur i. Huhu.. I miss my tido-tido. Pastu sama juga dulu saya suka jgk tgk movie. Hubby rajin layan. Now dah ada anak, tak mo la dedahkan dia dgn benda2 mcm tu. Mmg berbeza la dulu dgn skrg. *sambil nyanyi lagu Tegar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Lyd dulu-dulu dapat tidur bila-suka-aje. Sekarang ni tak sempat nak letak kepala kat bantal pun even tengah malam. Si Adik ni pula lately kuat minum susu. Mahu satu malam 3 kali dia merengek nak susu. Aiiii.... memang tak cukup tidur rasanya! 8 jam sehari untuk tidur tu rasa macam nikmat yang tak mungkin dapat dirasailah :)

      Delete
  12. ini memang tak paham... sebab tengok kawan2 blog kita yang suri rumah dan bekerja cam kita dan ada tambahan lagi ada bisnes kek atau apa2jer lagi.. cam nak cakap super women ker apa dia ni.. akuni 24 jam tak cukup ker masa dia lebih sikit.. kalau merungut ngan suami dia cakap kita yang tak reti nak merancang.. entahler.. dlu belum kawen okjer.. mungkin dulu kalau bersepah pun takder siapa nak tegur.. sekarangni memang takler..
    kalau anak buat sepah kita lah yang menyusun balik kot nanti telinga kita ler yang tak larat nak dengar ayahnyer membebel.. jadi sebab dulu tak sempurna takper kitakan bujang.. sekarangni kalua boleh nak sempurna padahal hampeh...
    eh panjang lak akak membebel di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...saya yang takda side income ni pun semput nyawa menguruskan hal keluarga, rumahtangga dan pejabat macamanalah mereka ni boleh buat bakeri ler, jahit baju ler, buat handcraft ler....kat mana ek masa yang lebih tu.... confused, confused sekejap ...

      Delete
  13. MD.....OK je faham kalau kita kerja mmg tak cukup masa rasanya..... nak kerja lagi, nak buat kerja rumah lagi...... sok kalau anak dah besar, nak hantar tuition anak lagi, laki pulak balik lambat! Pergh! tension beb..

    Tapi kalau jadi surirumah sepenuh masa ....Insyaallah cukup masa cuma rajin ke tidak je nak buat hehe....Mcm Okje ni jadi malas pun ye...hehe..... Agak agak laki nak balik barulah sebok kemas hehe....sebelum tu masih boleh lagi relax relax sambil berblogging...
    Tengok hari jugaklah..... kalau hari sekolah dan kena projek GB, mmg semput jugak mak... Rasa nak nangis pun ada tau...bila time penat tu, anak anak pulak tak faham faham nak bagi kerjasama huhu.... sabar aje le.....Itulah emak namanya! kan.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam tak cukup masa aje OKje tapi yang pelik tu kadang-kadang ada juga masa tengok TV, main Candy Crush :) Pastu complain pulak tak cukup tidur ... camna?

      Saya puas membayangkan kalaulah saya ni jadi surirumah tangga sepenuh masa...alahai...boleh ke agaknya menguruskan rumah dan keluarga dengan lebih baik...kang komplen pulak terlebih masa tak tau nak buat apa :) hehehe...

      Anak-anak ni kita fikir bila dah lepas satu level, senanglah kita nanti. Tapi bila sampai masanya, tak juga kita senangkan...Selagi hayat dikandung badan memang tak senang aje hati kita-kita sebagai mak nih!

      Delete
    2. Betul betul....sok sok anak dah kawen....risau pasal cucu pulak....lastnya 'gol' baru tak yah fikir....hehe

      Delete
  14. Betul tu dik..masa cepat jer berlalu..24 jam sehari rasanya mmng tak cukup..kalau boleh nak tambah xtra utk berblog..hehehe..
    Akak dulu pun sama masa anak2 kecil..semuanya tertumpu pada dia orang..segala hobi yg ada terpaksa diabaikan...Skrang ni hobi dulu boleh dilakukan semula bila anak2 dah besar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh tambah masa, banyak jam saya nak tambah ni :) Selalu pun cam tu. Bila anak kecil rasanya bila dah besar nanti senang sikit, ada lebih masa. Tapi bila sampai masa, tak juga hati rasa senang, ada banyak masa. Rasa macam masa ni makin hari makin pantas berlalu. Tak sempat nak buat apa-apa :)

      Delete
  15. Assalamualaikum,

    Fuhh kak..betul la..mmg rs xcukup...haha even sofia nih bkn lah ada anak utk diurus kan..hehe tp sejak cuti sek ni sofia merasa spt surirumah sbb adik sofia tuh duduk dgn sofia..malam tido lambat sbb uruskan apa yg die dh buat seharian..baju pakai die..bangun kne awal pagi sbb nk masak plk utk die...huaaaa mmg tak ckup masa rsnye

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, baru jaga adik seorang ya, Sofia. Kalau jaga 3,4 orang budak entah macamanalah nasib kita sebagai perempuan ni. Tengok tu, pepagi dah bangun nak siapkan breakfast adik. Cuba bayangkan kalau anak sendiri. Takkan nak biar kelaparan sepanjang harikan, tentulah tak sampai hati. Tapi akak rasa memang masa ni sangat-sangat mencemburui kegembiraan kita ler...cepat sangat dari sehari ke sehari!

      Delete
  16. bab melyan anak walaupon penat terjerit terlolong tp rasa njoy kan.
    tgk keletah dioranh.. alahai syoknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CikSu. Walaupun penat, terjerit terpekik terlolong akhirnya memang enjoyed sakan. Puas hati.

      Delete
  17. Md memang gitu bila kita jadi mak2 tambah bila bekerja...tak cukup tangan kan ker best ada banyak perkara boleh dibuat dlm satu masa...nak didik anak nak beri kasih sayang pada anak2 dan suami nak ngemas nak online*aik...hehe eh memacamla..

    suka la gambo mak duk ngan anaknyer depan laptop tuh baik jer kala anak2 lizz dah lama dia cuit mencuit gaduh segala...haha...

    samalakitew banyak beza dulu ngan sekarang dulu kalo mals ko mentido jerk kan kalo skang kalo wat macam tu mau anak2 lapo en suami membising kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu nikmat tidur memang tak terkata sekarang ni kalau dapat letakkan kepala sesaat pun alahai bestnya :)

      Nak buat camna. Kenalah berubah ikut peredaran zaman dan usia..keh3x.

      Bestkan kalau kita dapat buat banyak kerja 'berfaedah' dalam satu masa. Itu baru betul-betul nikmat!

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...