Mengapa ya I tak pernah berkongsi resepi di blog sebelum ini? Hah, senang aje jawapannya - kerana merasakan I ni bukanlah tukang masak yang hebat. Malu pulak rasanya nak berkongsi resepi yang ala kadar tu.
I ni kalau memasak untuk my family yang kecil tu, oklah. Kalau disuruh memasak dalam skala yang lebih besar, mahunya merintih meroyan macam cacing kepanasan. Terpaku, terpegun kat situ juga, tak tahu nak buat apa.
Ni nak berkongsi rahsia keluarga. Harapnya you all simpan rahsia ni baik-baik ya @_@ Selama berkahwin ni I memang tak pernah mempelawa my eldest sister merasa air tangan masakan I sendiri. Bukan apa, I malu dan tersegan dengannya. Dalam my family, my eldest sister ni salah seorang yang mempunyai cooking skill yang bagus.
Kalau beliau ke rumah dan I mempelawa makan hidangan yang dimasak sendiri, itu hangat-hangat tahi ayam aje namanya tu, mengikut kata peribahasa. Dalam hati memang berdoa beliau takkan mencuba. Alhamdulillah, Tuhan mendengar doa insan yang kerdil ini (Eh, tetiba pulak!) ataupun memang my sis ni tau membaca isi hati I yang satu ini @_@
Inilah penangan jadi anak perempuan bongsu daripada 7 perempuan yang ada (kalah pulak dengan Ema Maembong yang ada 9 perempuan). I ni kecil-kecil dulu tak pernah turun ke dapur. Bila mak dan kakak-kakak sibuk memasak, I sibuk merehatkan badan dan minda sambil menonton TV atau membaca buku. Yang penting bila makanan dah siap terhidang, I mestilah orang kedua yang dipanggil turun untuk makan selepas my arwah abah. Kalau tidak, muncungnya sedepa merajuk....
Bila berkumpul beramai-ramai, memang penuh rumah. Selalunya yang lelaki akan makan di meja makan manakala yang perempuan pula duduk bersila makan beramai-ramai di atas lantai. I ni special guest dalam rumah makbapak I. I memang ada seat special kat meja makan tu. So I ni the only daughter yang duduk di meja makan bersama arwah ayah, abang, adik lelaki dan abang-abang ipar. Yang lain sila jangan jealous dan duduk makan senyap-senyap bersila di atas lantai, ya! Kalau tidak, merajuk lagi si adik mereka yang comel nih nanti....(sempat lagi tu mempromote diri comel ^_^)
Lepas kena expelled dari rumah dan terus masuk ke boarding school, lagilah tak pernah masuk dapur, ya. Balik-balik aje mak dah siapkan makanan kegemaran. Tinggal nak melantak aje kerjanya. Part makan, oklah sentiasa be the first. Part memasak, oklah just left me out from the list. Tapi I rajin cuci pinggan-mangkuk dan kemas rumah...
Bila dah jadi anak dara pun gitu juga kekdahnya, Main order aje suruh emak atau kakak masak itu, itu dan ini. Memang jarang nak menolong di dapur. Kalau terpaksa pun setakat potong bawang, tolong ambil periuk belanga aje. Itu pun memilih juga kerja apa yang paling mudah dilakukan dan boleh escape dari dapur secepat mungkin. Bila dapat aje peluang, teruslah pergi berehat-rehat...
Tapi semakin menginjak dewasa, terasa pula betapa ruginya jadi anak perempuan bongsu ni. Pendapat kita langsung tak diambil peduli. Yang terakhir sekali didengari. Sedih den...
Ini pulak cerita lepas kahwin ya. Masa kahwin dulu pun tak pandai masak lagi. First few days, memang gabrah habis. Nak goreng ayam pun takda semangat konfiden walaupun seciput. Padan muka!
Makanya bila masak aje mestilah berlaukkan sardin, drummet goreng, ikan bilis goreng dan telur goreng. Kasi rotate ajelah. Selang sehari, kita beli aje tapau kat kedai. Seminggu, dua bolehlah tahan, ya. Bila dah berminggu-minggu makan berbulan-bulan, of courselah tekak sendiri pun tak boleh terima. Masa tu memang merindu masakan emak dan kakak-kakak yang hebat tu. Nak bertanya suruh kakak mengajar masak, I sangatlah pemalu. Ego pun sombong bodoh masa tu....
Masa itulah baru mula menjenguk resepi. Belajar satu demi satu. But I was lucky. Percubaan pertama selalunya menjadi walaupun banyak bahan yang I tak kenal tapi takdalah sampai lengkuas dengan halia pun boleh terconfused, ya...
Sampaikan Hubbydearie pun boleh kata dengan bangganya, 'You improved a lot!' Hah, itu lagilah menjadi pembakar semangat dan berbunga-bunga hati sebesar taman nak belajar memasak dengan kadar segera!
Sekarang ni kalau tak reti masak juga, tak tahulah nak kata apa. Kahwin pun dah lama, ya. Kalau sengal juga, memang tak boleh ditolong lagilah. Tahap kritikal tu... Tapi alhamdulillah, berkat rajin mencuba jaya, dah bolehlah main baling-baling, campak-campak aje mana yang patut. Dah lama ya buku resepi dibuang ke laut. Tak main ler belek resepi kat sebelah pastu masukkan ingredient satu per satu....@_@ Ooooiiittt, memang tak kelas gitu!
Bila dah start berblogging dan rajin blogwalking, macam-macam pulak resepi yang kawan-kawan sudi berkongsi dalam blog memasing. Meroyan sekejap bila tengok skill memasak mereka nih. Dok menghafal resepi nak dikopipes terus ke my dapur nanti (Erghhh, nak gak beritahu, I senang hati bila tau bakal besan nyer favorite pastime adalah memasak 24-7... terrorist gak dia ni main campak-baling-kutip-terus hidang masuk pinggan. Terpesona sekejap tengok resepi campak-baling si besan ni^_^)
Entah angin dari laut mana yang melanda, tetiba semangat memetik gambar makanan hadir dalam diri lately. Makanya, kenalah layan jugalah kerenah MD yang ngengada kenkadang nih!
P.S. Aduhai, cam ni rupanya orang 'lupa daratan' eh, eh, lupa ingatan!. Patutnya keluarkan entri ni dulu semalam entah mengapa terlupa tarikh, entri resepi pulak yang keluar dulu. Nasib baik perasan komen si AN, ya!
Imej pakcik google tolong carikan, ya! |

Bagus entry ni, rasa nak suruh je my biras baca ni. dahla dia tu 40an, rezeki suami dia memang pandai masak, tapi kalau datang ke rumah saya bila dia merasa masakan saya, dia pernah cakap, " pandai awak masak. akak sejak form 1 masuk sekolah asrama, mmg tak pandai nak masak"...
ReplyDeletenampak sangat tu alasan je, kan... MD dah buktikan yang boleh je, kalau kita nak cuba dan usahakan pasti boleh masak. Pernah juag terfikir, dia ni rasa dia hebat sangat dan saya ni lekeh sangat ke, padahal kalau saya hantar borang permohonan masa lepas PMR tu kot2 saya pun masuk asrama juga, tapi rasa tak nak tinggalkan mak ayah lagi.. hihi, padahal takut duk asrama kot kena buli...
Aikkk! Marah nampak? Mungkin betul juga tak memang masakan AN sedap, marbeles... tu yang dia puji melambung tapi dalam tak sengaja cari alasan nape dia jarangg masak :)
DeleteSaya dulu memang bebal tapi sekarang tidaklah teruk sangat. Bolehlah goreng ayam tu pelbagai cara. Kalau dulu, walaupun tahu apa nak bubuh untuk goreng ayam, tak confident betul. Tak tahu pun berapa lama nak digoreng dan camna nak menggorengnya...teruk tak?
Eh, banyak sangat terbuka rahsia diri ni... malu I you...!
x pandai jgk masak.
ReplyDeletejanji laki aku boleh telan..haha..
x kebulur dia
tp rasa sedap gak..sendiri syok sendiri.
Hahaha...betullah tu... janji perut sendiri kata sedap, suami kata sedap, anak-anak kata marbeles. Ok apa!
DeleteHuhu .... mak pun 40 an.... terasa mak....
ReplyDeleteWeyh kita pun tak pandai masak jugak...
OKje pun kurang gemar bab masak memasak ni dari dulu MD..... kalau mengemas mmg suka....Biar rumah kemas walaupun perut lapo hehe....tengoklah punyalah pemalasnya! Tapi bila dah kawen terpaksalah belajar....MIL pulak jenis yg rajin masak dulu dulu, buat kuih, macam macamlah so, malas tak malaslah kena masuk dapor gak Paling malas kalau time raya kat rumah MIL huhu...
Memang untung kalau ramai kakak...kakak buat kerja semua ...sama le kita....Tapi awak lagi untung sebab adik beradik membesar bersama...macam OKje jarak memang jauh dengak kakak kakak so memang tak merasa membesar bersama!
Betul kata awak MD.... blogging ni banyak kebaikkannya. Okje pun sejak berblog ni barulah buka mata .....macam macam yg OKje tau pasal resepi dan berkeinginan nak mencuba!
Samalah kita OKje! Kita pun mmg suka mengemas shoo shoo shoo nih! Tapi sejak kahwin tetiba kita rasa semangat memasak untuk keluarga tu membuak-buak. Rasa cam semua pun kita nak masak. Apa kata die orang tu.... pikat suami melalui perutnya...hah cam tulah bunyi statement tu!
DeleteNasib baik MIL kita jauh takdalah kita sibuk nak merendang masa raya. Dia pun taktau rendang tu apakan... So kat situ kita dah selamat banyak!
Kita kalau sesekali balik kampung sekarang ni pun still cam mem besar. Akak-akak kita yang sibuk masak nak bagi makan HD. Kita tukang hidang pinggan kosong, fork and spoon dan air aje.... pastu kita tumpang sekaki makan sekali dah special seat kita tu masih ada lagikan kat rumah mak!
Betul, betul, betul... lepas blogwalking selalu terasa pulak keharuman masakan kat dapur orang. Mana boleh tahan tengok aje.. Nak minta I segan pulakkan, kenal2 gitu aje...Makanya terpaksalah kopipes masuk dalam otak dan buat sendiri kat rumah :)
Ops... janganla terasa. OKke kan pandai masak. Sekali sekala kes rentung tu, biasalah, tak masak tak rentung... haha. Peribahasa saya buat sdiri tu..sekuranh2nya dapur kita masuk... sediakan apa yg patut. Ikutkan, saya ni lagilah masak ke kemas ke semua jenis tak reti. Eh ke malas kemas? Jadi kalau ada pilihan saya rela masak yg mana saya tahu drp kemas ... hihi..
Deletesedara saya ni mmg bertuah, suami dia yg masak. Dia tlg kemas je. Itulah kes. Tak nak cakap banyak, jadi mengumpat lak kan?
Hah, kalau macam tu isteri mithali yang inilah yang menang, AN... Kita rajin masak (eh, ya ke?) dan rajin kemas juga :) Score 1-0 kat situ, ya....
DeletePsstt...jgn risau OKje terasa. OKje tu memanjang OKje...takda masalah... Kalau perli lagi berat cam bom atom pun OKje tak kisah... Ya tak OKje? Eh, eh, eh... merajuk? Bughuknya ghupa zirafah merajuk makan daun tau!
sama le dengan. saya sejak kecik, masuk hostel, masa belajar dulu tak pernah ambil bahagian part memasak, tak minat. bila kawein je, eh, ngape aku eja kawen tu camgitu. bila kawen je, mmg berazam dgn sepenuh hati utk masak tiap2 hari utk suami. skrg boleh dikatakan setiap hari masak utk family kecik ku ini, tp sama la, msk utk 2 org aku reti la. kalo utk kenduri kendara tu kirim salam je la. lagi satu saya mmg jarang share resepi kat blog sbb kdg2 dah amik gmbr preparation dr awalk, skali hasil dia hancus. pastu kalo tak amik gmbr, hasil dia sedap plak. so, tak dpt nak kongsi kat blog. hehe. alasan je. padahal tak reti memasak.
ReplyDeleteHahaha... ada ajekan kita ni nak bagi alasan. Masuk asrama ler, anak bongsu ler, tak sempat snap gambar ler tgh masak, Yang sbnrnya di mana ada kemahuan di situ ada jalan mcm kata omputih tu kan... Saya setakat ni bolehlah masak tapi takdalah tahap chef, chef amatur pun segan nak ngaku... tapi kalau dengan keluarga, mmg saya termalu sikit sebab mmg tak pernah masak bagi mereka rasa. Kalau mereka datang rumah, saya bagi makan beli kat kedai aje :)
Deletelain kisah kite ni kak...ye laa lieya plak anak sulung..darjah 3 dah boleh masak nasi sendiri...lauk2 plak mak start ajar masa mase darjah 6....so far nak kate masak hebat sgt tu tak la tapi lepas laa tuk tekak2 kaum keluarga kat umah tu hahahahahaha.....
ReplyDeleteAnak sulung memang biasanya pandai masakkan, Lieya. Yalah, nak kena tolong mak, tengok adik-adik lagi. Kalau tak kakak sulung yg buat nak harapkan siapa. Tu pasai akak tengok Lieya pun main baling campak masuk pinggan aje bila masak kan... Darjah 6 dah masak lauk-pauk. Akak Darjah 6 tengah sibuk baca buku cerita sambil berehat tengok kartun :)
Deletesamalah kita waktu kecik mmg nan hado lah , kalu adapun aktiviti main masak2 tanah daun pokok bagai, but once dah kahwin semuanyer berubah 360 drjh.. sebab malu en hubby masak lagi sedap hehehe, tpi skang dah sama level lah hehehe.. nuffang for u !
ReplyDeleteBetul tu, KA. Setakat buka 'restoran' jual gula-gula, asam dengan teko cawan mainan buat air milo yang emak buat tu pandai ler... Tak pun ambil tempurung kelapa letak minyak pastu goreng daun...mmg terror bab-bab ni. Nak suruh tolong kat dapur itu yg liat banyak tu....
Deleteehemm tumpang lalu yer..sapo kata anak bungsu tak pandai masak tu erkk ! mai sini aq habaq kat muh !..hehe
ReplyDeleteaq pon anak bungsu juga weii..tapi bab masak aq mmg minat..eah jangan cakap kemas rumah aq tak reti pulak..beres tu buk hehe..
tapi kan betul la apa yg MD cakap..walau pon aq love my kitchen :) bab nak ajak makan kat umah sendiri pada family belah hubby aq..macam MD la mulut kat lain hati dok doa lain..kenapa eah ? lebih rela ghasenyer ajak diaorang makan kat luaq..dah nama menantu hantu la ni hehe :D
Eh, sapa lak yang kata gitu? Jahat sungguh mulut orang tu kan.... Awak lain ler wey, ni mesti species datang dari bulan, kita orang semua puteri gunung ledang asalnya...mmg tak minat dok kat dapur....
DeleteEh, org yang pandai masak pun leh terasa malu nak bagi rasa makanan kat family yek? Kalau kita ler mcm Chef Zacharian, hari-hari kita buat open house bagi orang mkn masakan kita. Itu kira nak riak ler tu, nak bagi org puji kita masak sedap tu psl ari2 suh org dtg rumah mkn :)
same jer perangai dgn Lyn.. my siblings yg perempuan termasuk adik Lyn mmg terror masak except Lyn & my sis yg sorang. mmg liat jugak ke dapur. mane taknya sume main order jer kan dgn mak & kakak2.
ReplyDeletetapi lama2 bersalah dgn diri sendiri tak pandai masak.. 4 5 thn ni dah mula menjinak2 kan diri dgn dapur, masak jugak untuk family... dah pandai lah kiranya even tak perfect pun. selain masak2 lyn suka buat kuih n cake... tu my fav. tiap kali raya mesti baking.. selalu nya cake lah... so slow2 lah belajar skrg ni... alhamdulillah
Kena belajar cepat Lyn. Kalau jodoh dah sampai nanti kesian pulak kena makan telur masin, ikan masin, nugget dan sebagainya ...macam org tu buat...hahaha....
DeleteAkak suka buat cookies gak tapi tak suka buat kek sebab tak pandai sangat!
singgah baca ari ni yer ! klu kat rumah semua berlumba2 nk jd mc
ReplyDeleteUntunglah ummi mcm tu. Kalau gitu kekdahnya, ckp kat Ummi pinjam sorang mc boleh ke tak...
DeleteSlm kenal..
ReplyDeleteBab masak ni apa yg penting suami dan anak2 suka..tu pun dh ckup buat akak rasa happy :-)
Jemput singgah blog akak if sudi :-)
rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com
Betul tu. Yang penting suami dan anak-anak suka. Selalu masak pun lama-lama boleh pandai, byk improvement gak tu...
DeleteSatu yg kakak nampak MD ada kemahuan nak mencuba. HD pula main peranan bijak memuji setinggi langit. Mujur MD tak terbang melayang-layang heee.... dah kena puji tu.
ReplyDeleteApa yg pasti kalau ada kemahuan dan rajin mesti menjadi. Kakak pun 7 beradik perempuan tau dan duduk asrama juga itu yg tak pandai. Cuma itulah macam MD kata mencuba dan jadi itu yg jadi semangat membara tambah rajin:)
Terima kasih, kak. Saya anggap itu pujianlah ya :)
DeleteYa ke akak pun mulanya tak pandai masak? Mcm tak percaya pulak. Kalau tengok akak masak bukan main enteng lagi. Yalah maybe pengalaman mematangkan, ya tak?
tak semstinya kena jadi materchef baru boleh kongsi resepi diblog MD..Resepi bakal besan ni semuanya bodo2 pun gigih nak share.muahaha..
ReplyDeletebetul MD, yg penting semangat nak mencuba n rajin..mana ada org terus pandai msk.klu tak belajar, tak cuba buat mana nk dtgnya hasil smp dipuji HD..sy dulu lebih kurang MD je tau..walaupun sy ni perempuan sulung tak pernah masuk dapur ok..nk msk satu benda pun tak reti..dh boleh buat 1 entry pasal ni..nti ada masa sy karang.haha menyempat lg..:)
Ni saya mmg tak percaya kalau kata tak pandai masak juga. Main baling campak masuk pinggan pun kata tak pandai? Sah ni PK ni sajalah nak low profile. Yalah nak dapat markah lebih nak jadi MIL mithali ler tu... But dont you worry.... by the time Afia masuk rumah, Mommy leh masak apa sahaja Afia nak... Wey, apahal pulak MIL kena masakkan menantu ni? Cantik muka!
Deletebetul MD...dh kawen baru sy belajar msk..apa salahnya MIL msk utk menantu?dulu2 klu MIL sy dtg rumah dia yg msk..menantu ni kan anak hantu.kehkeh
DeleteYa Allah, Ya Tuhanku! Janganlah anak perempuan besan ni mengikut gene ibunya! Susah nanti nak pergi shopping kalau sibuk nak masakkan untuk anak (anak takpa sampai tua pun boleh minta apa sahaja kat Mommy) dan menantu perempuan!
Deletehaha nk shopping bwk je menantu sekali..blanja mkn no hal..ank perempuan besan kata klu mommy yg belanja makan lebih afdal..hakhak
DeleteYalah, yalah....afdal segalanya kalau anak perempuan dia... :) Nak kena ukur gak style shopping menantu camna nanti. Kalau sama citarasa oklah, merasa mak mentua nak jadi muda dan huha, huha balik...hehehe....
Deletemasa sekolah dulu mcm tu jgk. anak bongsu. kalau abg tak msk, tak mkn la pergi sekolah. bergantung harap pd abg sbb dia pndai masak. tp tak lama pun. lepas tu belajar la sendiri. alhamdulillah...
ReplyDeleteAbang lagi pandai, ya. Tapi itulah kita ni perempuan kalau skil masak memasak ni tak berapa, terasa mcm kekurangan pulak hidup ni jadi surirumahbanyaktangga nih....
Deletesaya ni boleh dikatakan boleh jugaklah masak2 utk kami anak beranak makan, xde lah pandai mana pun. kdg tu resepi main campak ikut suka hati je. hahaha. start ke dapur masa darjah 3, dah blaja masak nasi. darjah 6 dah boleh la org kata masak lauk2 bodoh tu. alhamdulillah, sekarang hubby dan anak2 suka masakan saya. tapi utk anak beranak je la yg saya berani. kalau berperiuk belanga banyaknya, mmg x reti la. hehehe
ReplyDeleteNampaknya ramai yang tahu masak masa kat sekolah rendah, ya. Saya ni masa sekolah rendah main masak pondok-pondok ajelah :)
DeleteSekarang ni pun yang penting HD dan anak-anak boleh terima masakan saya, kira oklah :)
assalam MD
ReplyDeletesyoknya ada ramai kakak.mcm sy perempuan sulung sorng pulak tu perempuan empat lagi lelaki.sorng arwah(alfatihah)
nak tak nak kena juga memasak MD. bila yg lelaki buat kja lain, didapjr sy juga yg kena tolong dr situ la minat
nak nak pulak skrg bedua.sunyi tak da keja yg pandai saya buat. nak jahit, mengait x berapa nak expert. masak je la.sedap tak sedap blkg kira.hahaa.itu cara sy hilangkan rasa kebosanan di rumah.kiranya x la terasa sgt bila x da anak..
MD saya pon xda pandei mana masak tapi MD layan je la ye entri masak2 saya tu. hihi.
Hah, yang ini memang tak boleh nak elakkan dirilahkan. Dah namanya perempuan seorang, kenalah ke dapur selalu. Takda pilihan. Nasib baiklah akak kahwin gak akhirnya Ciksu... kalau tak, sampai sekarang pun bila nak makan 'merengek' minta kakak-kakak masakkan. Ada pulak kena lemp nanti :)
DeleteTeringatdedulu masa awal2 kahwin..saya ni kampungan..reti masak lauk kampungan ajer..singgang..ikan goreng sambal..sup sayur..pucuk paku goreng ikan bilis goreng itu jer mak hencik tau...nasib baik la en somi gemo betoi masak semuanyer lauk pauk sedap..last saya yg belajo nngan dia...haha..skang ni pun en dedi la masak lauk pauk kari bagai saya x pandai...
ReplyDeleteDedulu anak dara femmalas bangun tidor sarapan semua dah ader mkn tghari pun mak masak..dedulu yang rajinnyer..main pondok2 kihkih...
Saya ni jenis malas masak lauk pauk suka masak kuih muih baking membaking tapi ikut mood...
Kira Lizz terror bab-bab masakan kampung ni kan. Ini lagi special nih. Padanlah even masakan moden pun, terliur sedap aje nampak bila Lizz tempek kat blog. Kalau takda orang cam Lizz yang pandai buat masakan kampung, kuih muih tradisional, mmg punah harapan anak bangsa generasi akan datang nak merasanya. Nak harapkan MD ni masak kuih kaswi, kirim salam ler mmg tertinggal flight ler nampaknya!
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteHahaha sofia kalau family datang..alamatnya menggagah senarai kan tempat makan..hahaha
Pnh tahap ibu sofia tak tahan makan luar..die nak masak juga...hahaha mmg pening kena cari pasar plk..sofia kalau datang malas keluar n terpaksa masak kat rumah..cara sofia masak selalunya memang family sofia tak boleh telan..serious tak boleh..haha adik-adik sofia sanggup berlapar..sbb cr sofia masak main rebus2 je semua..hahaha tuh la paling rajin yg sofia buat hehehe
regards,
Triplesmiley
Salam Sofia,
DeleteHehehe... ni kalau masak korean menu mmg seisi keluarga dari Muo larilah ni, kan.... Mesti mak Sofia lebih rela masak kat rumah Sofia drp makan makanan Japanese ke, Korean ke. ya tak?
Saya walaupun anak pompuan sulung, x pandai juga masak... Mak mmg x galakkan masukle dapur... Semua yg nak, main order jer... Lepas kawin baru la belajar sikit2... Duk negara org ni, lagi la kena masak... Tp saya pun masih lagi belajar masak sbb laptop mmg teman setia saya di dapur
ReplyDeleteOh, ni kes dimanjakan emaklah ni, ya? Untung Nur jadi yang sulung tapi beban tak banyak :) Sebenarnya kalau dah duduk sendiri, mmg tak ada cara lain lagi. Memang nak kena masakkan. Kalau tidak, nasiblah mmg syahdu kalau nak makan apa-apa. Saya pun setakat masak ajelah bukan chef pun. Janji suami dan anak-anak suka dan kenyang makan :)
Delete