Anak-anak dan masa depan mereka

Hari ni keputusan peperiksaan keluar ya? Esok SPM pulak ke? Tengok kawan-kawan yang ada anak nak ambil result exam, masing-masing dah kecut perut. Alahai, rilekslah. Sebenarnya keputusan dah lama ada tinggal nak umumkan hari ni aje, kan. Redha ajelah. Nak menangis, meraung pun dah tak guna. 

Chewah, bukan main pandai lagi bercakap! Mentang-mentanglah anak MD takda ambil exam penting. Bolehlah jadi tukang menyakitkan hati orang aje. Cuba kalau anak sendiri yang kena ambil result exam, mahunya MD cuti seminggu ya. 3.5 hari untuk pra-exam result dan lagi 3.5 hari untuk post-exam result nya fever ^_^

Ok, ok... I ngakulah! Jadi mak-mak ni memang tension memanjang sampaikan anak yang nak sit for exam, nak ambil keputusan exam, kita yang terlebih-lebih fobianya. Kalau anak nak kahwin nanti pun, kita jugakan yang sibuk nak menerima menantu. Adatlahkan jadi emak ni ~_^

Jiran sebelah rumah katanya nak menghilangkan diri mulai esok. Tak mahu dikesan dek mana-mana radar. MD rasalahkan OKje, esok Sudden Attack tak apa-apa tapi emaknya yang berjujuran air mata, harapnya airmata kegembiraan ya! Doaku mengiringi langkah anakmu esok, ya kawan ^_^

Bercakap tentang anak-anak yang bersekolah ni, sebenarnya I ada banyak juga yang nak dikongsikan. Walaupun anak MD ni baru Tahun 2 aje dan si Adik Cute sekolah pun dia tak kenal lagi, Mommynya sudah separuh gila nih memikirkan tentang pelajaran si anak. Of course, of course I tak paksa dia untuk jadi doktor, engineer mahupun selebriti (eh, apa motifnya nih...)  I cuma mahu anak-anak berjaya dalam hidup tak kiralah apa pilihan kerjayanya asalkan yang baik-baik sahaja. 

Definisi 'berjaya dalam hidup' tu pun rasanya subjektif juga. Ada orang rasa kalau boleh tidur atas duit berkepuk-kepuk, itu satu kejayaan - kejayaan jadi orang kaya. Ada orang rasa kalau anak mampu dididik menjadi anak yang soleh/solehah, itupun satu kejayaan juga.

Si Abang pernah juga tanya pada Mommynya ni, nak suruh dia jadi apa? Mommy dah jawab beribu kali, tak kisahlah apa yang Abang nak jadi bila besar nanti yang penting kerjanya baik-baik sahaja. Mommy tak suruh Abang jadi itu atau ini. Yang penting sentiasa hormat Mommy sebagai ibu tak kira tinggi mana pun Abang pergi bila dah besar nanti.

Tapi knowing Abangkan, dalam otaknya sekarang ni nak buat bisnes aje. Katanya dia malas nak pergi kerja macam Mommy. Dia nak datang office, sign cheque pastu keluar, buat apa yang dia suka di luar kawasan pejabat ^_^ Oh, anakku, memang kena cari duit dari sekaranglah ni kalau nak hidup sesenang itu !

Si Adik pulak  nampak macam nak jadi Imam Muda aje sekarang ni. Memang anak yang soleh pun si Adik sekarang ni. Kalau Mommy nak pergi kerja dan dia tersedar, dia akan suruh Mommy datang kat dia sebab dia nak salam Mommy. Lepas tu siap kejutkan Abang suruh salam tangan Mommy juga. 

Kalau nampak aje kita nak solat, memang dia laju aje bentang sejadah nak solat sama, siap dengan kopiah. Pantang dengar azan, dia cakap ' Allah' memanjang sampailah habis azan. Baca alif, ba, ta pun dah jauh ...sampai gim, ha, kho gitu ~_^

Of courselah kalau ditanya kat young superhero ni nak jadi apa bila besar, dia tak reti nak jawab apa... Apa yang kita cakap, itulah yang diulangnya. 

Walaupun anak-anak belum sampai ke umur yang  I perlu risau sangat tentang pilihan perjalanan hidup mereka, sekarang ni pun I dah tak reti diam otak ni ligat berfikir apa yang harus dilakukan untuk membantu impian mereka, tak kira apa supaya terlaksana. 

Mommy yang satu ni cuma ada satu aje impian buat anak-anak tu - I nak mereka boleh bercakap berbilang bahasa. Setakat English dan BM  tu dah terasa common sangat sekarang ni. Tapikan kalau anak-anak tak menunjukkan minat nak belajar bahasa, I pun tak boleh nak paksa. Cuma kalau dilihat pada Daddy mereka, memang sepatutnya gene untuk menguasai lebih dari dua bahasa tu patut ada ~_^







Comments

  1. kdg2 org tegur luth.. dahi luas ni..
    kita jawab bakal ustz ni.
    org tegur..comelnya pakai kopiah..
    nak jadi ustazkan..
    kalau luth nangis..
    ustaz cerdik, tak boleh nangis.
    kira specific lah..nak suruh ank jd ustaz.
    kira cam doalah..kalau tak dpt jd ustaz..nak jd apa2 pun tak kisah..asal tahu agama..hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah doa ibu akal dimakbulkan. Manalah tahu memang betul dah tersurat Luth jadi ustaz satu hari nantikan..

      Delete
  2. betul hari ni ngan esok result periksa akan kluar...
    stpm harini esoklak spm saya pun berdebar2 nih 3 orang anak buah tunggu result spm...huhu cepatla esok mega dierang happy esok ooo anak ok jer pun ader yang amik result yer patutla hilang dari radar besoknyer yer...

    Anak2 lizz ni kalo ditanya abang memanjang nak jadi superhero nak nyelamatkan orang saborjerla...kalo ditanya adik nak jadi baik macam ustazah....huhu...itu ajer jawabnyer uustazah pilihan la tu agaknyer...

    samalakita punya impian seorang mak musti nak anak2 berjaya dlm hidup tak kira la bidang apa yang dierang ceburi dan harap2 dierang tak lupa mak ayahnyer haih tetibe cam shahdu pulok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak sedara pun berdebar sama hah .... Member alam maya yang sorang tu cukup berdebar sampai hilang mood hari ni terus tak dapat dikesan dek radar, tapi rasanya ada gak menyinggah sekejap tadi.

      Budak-budak Lizz kalau ditanya macam-macam jawapannya. Tapi takdalah pulak Abang nak jadi bomba ke, polis ke, askar ke... Yang selalu dicakap samada tukang sign cheque takpun tukang create game komputer. Cita-cita mmg besar, tapi part belajar pakai security duk kat sebelah ...

      Delete
  3. Saya selalu doa anak-anak jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat..saya pun xde anak2 yang exam besar lagi so takla rasa apa yang mak-mak lain macam Okje tu rasa ..huhu..doakan yang terbaik je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga esok kawan-kawan yang ada anak-anak yang ambil result ni senyum gembiralah hendaknya... kita ni lama lagi nak melangkah ke fasa itu :) Jangan-jangan tak tidur 3 hari 3 malam bila dengar keputusan periksa anak nak keluar ^_^

      Delete
  4. Semoga mereka berjaya dunia dan akhirat kan Mummy....yg penting jati diri mereka kuat sbb dunia sekrg ni...berat betul dugaannya kann. Semoga Allah beri saya kesempatan melihat mereka berjaya...amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni macam-macam dugaan. Itu yang kita takutkan sebagai emak. Semoga mereka kuat iman dan teguh pegangan. Nak jadi apa pun saya tak kisah asalkan kerjanya baik sahaja. Asalkan mereka senang hati dan gembira dengan jalan yang dipilih. Doa ibu memanglah sentiasa mengiringi, dah namanya anak...

      Delete
  5. baguslah masing2 dari kecik mmg dah ade cita2 nak jadi apa.. apa pun pekerjaan which is yg baik2 lah kan.. doa & berkat ibu bapa yg penting... jgn sesekali membantah atau melawan mereka.. kita yg mak2 ni kenalah bagi sokongan pd mereka..
    sapa jer dgn lyn kak, anak2 buah yg exam, lyn yg fobia lebih. macam kita plak amik exam.. padahal dah berlalu dah pun.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ni lagi satu mak sedara prihatin. Berdebar ya menunggu keputusan periksa! Akak lagi suka kalau bab2 periksa ni dimansuhkan terus. Takdalah kita nak berdebar bagai :)

      Delete
  6. Memanglah start pagi tadi dah pre seram sejuk sebab tu tak mampu dah nak merapu bagai haha....la ni petang masuk radar sat nak menjengah kat jiran sebelah hehe
    Betul tu kejayaan anak anak tu subjektif bagi setiap ibubapa....kalau boleh mmglah nak result mereka cemerlang dan terbilang walaupun mak pak dia dulu idaklah cemerlang mana....hehe....
    Result trial SA pun biasa biasa jer...tu yg seram tu hoho
    Tapi seram tetap seram weyh.....rasa nak nyorok jer tak mo dengar result SA tu boleh tak.....Apa pun mak redho je....Segalanya perancangan Allah kan....( dalam hati Allah jer yg tahu hehe)
    Senanglah gitu awak MD, boleh tongkat kaki sebelah sambil goyang goyang hehe..... bubbly abg dah confirm businessman, sure kaya tu.... Adik pulak dah jadi Pencetus Ummah.....mmg senang dunia akhiratIah gamaknya mommy dan daddy hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sampai jatuh demam sudahlah OKje. Redha ajelah apa pun keputusan SA nanti. Yang penting kita sebagai makbapak kenalah sentiasa beri semangat. Keputusan exam tu bukan the end of life, kan. Usaha lagi gigih untuk masa mendatang. Insya Allah, berkat doa ibubapa berjaya juga akhirnya.

      Jika itu takdirnya anak-anak saya, alhamdulillah. Jika tidak, sebagai ibu mereka saya tetap sayangkan mereka juga :)

      Delete
  7. Apa pun setiap ibu-bapa mendoakan mahu anak jadi yg terbaik. Yg penting biarlah jadi 'orang berguna' itu yg paling penting. Seimbang dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kalau seimbang dunia akhirat memang rasanya senyum memanjang aje makbapak nih :)

      Delete
  8. sama lah gupernyer kita ni MD oii..tak letak taget pon kat anak2..walau pon hajat dihati nak anak jadi doktor ( hangan hangan mak jenin..hehe ) tapi depo takut darah acamne tu ?

    terpulang kat depo semua muge2 menjadi anak2 kebangaan mok pok udah lerr..

    haq abang dah businessman..adik pulak Pencetus Ummah ..benolah bagai dikata OKjer kita senang dunia akhirat lah ummi dan ayahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bertarget-target, dia tak tercapai kita pun dukacita pulak nanti dengan hasilnya. Biarlah apa mereka nak buat bila dah besar nanti asalkan bukan nak buat jahat :)

      Kalaulah itu takdirnya alahai....memang senyum memanjang aje saya nih :)

      Delete
  9. Amennnnnnnnn..moga si adik jadi imam muda...begitu juga abangnya...berjaya dunia & akhirat....Mmg kalau tgk trending kat blog/FB, bila tiba musim result exam keluar, para ibu yang excited/gabra...para bapa, tak ramai...( entah2 tak tau pun result keluar hari tu kot! hahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn....

      Mak-mak ni lain sikit DZ. Bapak-bapak tak tahulah. Mungkin susah hati gak tapi tak mahu tunjuk takut hilang ke'macho' an bapak-bapak :)

      My hubby pun sama. Kalau tengok macam tak sayang anak tapi boleh aje sayu hatinya bila tengok anak-anak. Saya detect secretly ler kalau tengok gitu memang macam orang bujang aje style nya :)

      Delete
  10. Kalau ditanya saya, masa Naim kecil saya pernah cakap nak Naim jadi pemain bola sepak antarabangsa.. haha. Kelakar pulak bila difikirkan.

    Bila dah lama sikit jadi mak orang ni barulah saya realistik sikit. Biarlah anak buat pilihan sdiri ikut bakat dan kemahiran dia. Tapi saya mengharapkan sangat anak saya semuanya saling menolong antara mereka bila besar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita nak paksa-paksa pun tak gunakan AN nanti kita juga yang kecewa. Dulu masa masukkan Abang ke sekolah cina, one of my friends kata ni mesti sebab maknya nak belajar lebih bahasa tapi tak kesampaian. Tapi ketika dan saat itu saya merasakan penting menguasai lebih banyak bahasa. Kalau tak pandai mana pun still boleh survive kerana boleh berbilang bahasa :)

      Delete
  11. Assalamualaikum,

    cite pasal masa depan budak2 zmn skg nih kan..chibby b4 nih beriya sgt nk jd pilot..and games pun die suka gile main yg kapal terbang tuh...tapi sejak mh370 nih...die betul2 kata xnak jd pilot lepas tu tak tahu nak jadi ape..

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Sekejap aje tu kot... Lepas ni balik semula nak jadi pilot. Macam anak akak si Abang tu, tanya beribu kali pun jawabnya tetap nak jadi business boss tapi dia sendiri tak pasti apa kerjanya business boss tu :)

      Delete
  12. bagus tu kalau dpt kuasai byk bahasa.
    smga dipermudahkan buat abang dan adik.
    in shaa Allah doa seorang ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, Ciksu. Itu aje yang akak harapkan. Lain-lain terpulang pada mereka. Kalau elok, elok ajelah pada akak. Tak mahu ada paksa-paksaan :)

      Delete
  13. betoiler kenalah kita berfikir untuk masa depan anak2 kita.. nak harapkan orang lain tentulah tidakkan... betoi.. terfikir2 gak nak hantar anak2 tuisyen belajar bahasa lain lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang saya, sangat takut kalau anak-anaknya tak pandai. Maka keempat-empat anaknya di hantar ke kelas muzik. Kebetulan juga mereka minat muzik. Harapnya kalau tak berjaya dalam akademik, bolehlah cari makan dengan mengajar muzik :)

      Mana tau tetiba cemerlang dalam pelajaran dan pandai main muzik juga. Dah jadi penyanyi pun salah seorang ....

      Delete
  14. siapalah kita nak mencorakkan masa depan anak2 ye tak..biar la depa jadi apa yg depa nak asal menjadi anak soleh,cemerlang dunia akhirat..tu je doa usai solat.awat tetiba ayat novel plak ni.huhu..

    abg kompem bley jadi businessman berjaya..adik plak sejuk betul hati ibu ni dpt menantu ustaz.kehkeh

    aiman selalu ckp nk jadi askar sbb dia minat betul dengan senapang.mungkin sbb dr kecik dh terdedah dengan kehidupan askar kot..ye la ibu pun keje kementerian pertahanan..bab nk jadi askar ibu tak berapa stuju sgt, klu jadi pegawai no hal,LLP ni faham je la kena buli..tp ada ke askar buncit cam aiman?ujian fizikal je dah fail.muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni sebagai makpak boleh membantu aje. Nak menentukan masa depan mereka memang tak patut rasanya. Lagilah saya ni dah pernah merasa betapa sedihnya bila haluan hidup ditentukan oranglah lain walaupun ibubapa kita sendiri. Saya tak kisah apa mereka nak jadi dah besar nanti. Asalkan berpegang pada agama segalanya sudahlah. Takdanya saya nak anak-anak saya jadi doktor ke, engineer ke, saintis ke...sukahati merekalah. Yang penting Mommy leh tumpang sekaki glamor...huahahaha....

      Aiman leh aje jadi askar tapi pangkat atas-atas ler, Yang bawah tak mahu cakap kat dia... Dah besar sikit nanti, dah pandai main mata ngan gegirl, takdalah perut tu ke depan lagi :)

      Delete

Post a Comment