Wednesday, March 5, 2014

Bila air piliku dicatu...

Dua hari aje!

Bukan dua minggu, apatah lagi dua bulan. Walaupun katanya selang dua hari sekali aje airnya dicatu, baru dua hari batang paip tak berair dah buat  hidup I tak tentu arah jadinya. Rutin harian jadi terganggu. Dalam kepala cuma fikir bilalah dapat mendengar titisan air keluar dari batang paip. Merdu sungguh bunyinya apatah lagi kalau kejadian berlaku pada dinihari. Dalam hati gembira riang memikirkan orang lain sedang enak dibuai mimpi dan cuma I seorang aje yang menyedari kehadiran air yang maha precious itu dan sibuk menadahnya. Padahal mungkin sebaliknya yang berlaku ^_^

Bukannya tak pernah merasa kekeringan air pili selama dua minggu mahupun sebulan lebih. Memang fobia habis. Seluruh hidup didedikasikan untuk mengangkat air dari lori tangki yang setia bertamu di kawasan perumahan. Balik kerja, beratur dengan baldi dan tong air tadah air. Malam sebelum tidur pun sama juga rutinnya. Bukan setakat sekali, dua aje perjalanan ulang-alik dari lori tangki ke rumah. Mahunya 5, 6 kali paling sikit, ya!  Memang tidur malam bertemankan peluh meruap sesaja. 

Bila air ada, biasanya mandi 2,3 kali sehari. Tetiba bila tiada air rasa macam sejam sekali nak mandi. Bukan ke gatal mengenyam dan gediks namanya tu?

I sebenarnya mendengar kata orang yang kawasan rumah I mungkin terbabit dalam catuan air tapi takdalah nak check bagai. Tadah ajelah buat standby kalau-kalau pili kering-kontang. I ni kalau kata kat Johor mahupun Penang ada krisis air, I yang di KL dah sibuk menadah air, ya. Memang fobialah senang cerita.

Memandangkan kejadian kegersangan air yang paling latest berlaku pada akhir Disember 2012 membawa ke pertengahan Januari 2013 makanya segala tong-tong air, bekas-bekas plastik telah I letgo dengan penuh confident. Buat menyemak rumah aje tersadai tak berguna di tepi dinding. Semak pandangan mata I nih. 

Jadi bila  takda air sekali lagi malam Ahad yang lalu, mulalah hati I parah, tak keruan jadinya. Nasib baik ada buat pusat pengumpulan botol plastik dek kerana projek cepat kaya si Abang ni. Botol-botol itulah yang I bersihkan dan tadah sepenuh-penuhnya. Itu tak termasuk segala periuk belanga yang tak digunakan (tetiba teringat periuk belanga mak yang besar-besar buat kenduri-kendara yang dah jadi harta pusaka tak digunakan kat kampung tu...) Pendekata apa yang boleh diguna untuk tadah air, memang cepat aje I rembat untuk simpan air. Nasib baiklah ada tiga container, satu tong merah besar dan 4 baldi. Itupun tak cukup ya, puan-puan dan tuan-tuan!

Bila I nampak toys storage si Adik, tetiba aje keluar mentol dalam kepala, "Eh, ni pun kalau keluarkan mainan Adik ni boleh buat simpan air nih!" Begitu sekali ya kefobiaan (AN, betul tak perkataan ni leh masuk dalam karangan tak ni?) I yang dah sampai tahap kritikal nih!

Macam I kata sebelum ni, tukang  tadah air di rumah tu tak lain tak bukan maid free yang satu ni... I lah yang berhempas-pulas memenuhkan semua container yang boleh diisi air, ya. My Hubbydearie kata, 

Tawakkal ajelah! Insya Allah, cukup untuk kita guna berempat! Cuba belajar bersabar sikit!

You ni kecoh betul! Baru kata 2 hari air nak tutup, dah membising, bingit telinga semua orang!

Yalah tu... tawakkal ya... kalau tak usaha tolong menadah air, tawakkal apanya...

Bila air tutup hari Ahad, I dah siap masak dan prepare rencah untuk dua hari air akan ditutup. Tapi masuk hari Isnin petang, bila balik kerja tengok air tinggal dua tong aje. Itulah yang nak digunakan untuk bersabar sampai Selasa petang katanya...

Itupun I  tetap masak untuk my small family. Rencah dah siapkan, baling ajelah dalam kuali. Nak beli kat mana kalau kawasan berhampiran pun takda air. Eh, tak leh bayangkan pulak macamana mereka masak untuk berjualan! Tapi lepas masak, memang tak boleh nak basuh pinggan-mangkuk. Penuh menggunung dalam sinki. Belum cerita baju dalam mesin basuh lagi. Maklumlah maid kata pakaian walaupun mencuba seminit aje mestilah terus baling masuk dalam bakul baju. Ini memanglah salah maid, kan....

Monday night, I memang tak boleh tidur ya... Walaupun dah kata air mungkin akan hadir di rumah pukul 4 petang hari Selasa, I tetap memanjatkan doa agar mendengar bunyi titisan air tengah malam tu juga. Bertabah I dok kat sofa tak mahu tidur.... Bila dengar bunyi 'tik' aje terus berlari tengok mana-mana batang paip yang ada. Hampagas. Itulah ajelah setitik bunyi air lepas tu senyap sepanjang malam.

Pagi Selasa sempat lagi gorengkan nugget untuk si Abang dan Adik. Daddy mereka kenalah 'bersabar' tak dapat bersarapan pagi ~_^. Bukan ke sabar itu separuh dari iman, betul tak Dear?

Walaupun I yang bersusah-payah menadah air, tak sampai hati rasanya nak menggunakan air untuk kegunaan sendiri. Kesian kat anak-anak dan suami tercinta yang suruh kita bertawakkal sebelum air tutup!

Kalau bolehlah I nak guna segayung aje untuk gosok gigi, cuci muka, mandi, sabun badan dan syampu rambut. Kalaulah boleh ya... Kesian sungguh kalau Hubbydearie tak lepas nak mandi pagi,  si Abang terpaksa pergi sekolah tak mandi mahupun si Adik rengsa sebab tak selesa dek tak dapat mandi!


So honestly speaking, I main lap-lap mana yang patut masa nak pergi kerja pagi Selasa...

Muka memang subal dan kecewa tahap gaban kerana penat menanti kehadiran water, water, water nih! 


Sampai aje pejabat terus cuci muka dan gosok gigi ^_^ Rasa macam nak mandi aje dalam surau kat pejabat ni. Pepagi buta bukan ada orang pun! Tapikan leceh betullah nak bawa pakaian itu, ini pastu kalau ada yang tak sengaja  terbuka pintu surau dan datang menjenguk tanpa diundang, aduh, parahlah nanti!

I fikir nanti lepas balik kerja I nak beli segala set 'pinggan-mangkuk-cawan plastik' untuk digunakan semasa ketiadaan air dan juga beberapa tong air lagi. Senang kerja I sebagai maid takdalah menyanyi mendayu-dayu mengenang nasib diri sambil menadah air berpuluh-puluh botol plastik!

Masa air baru tutup malam Ahad tu tetiba Hubbydearie kata,

Alamak! Macam memulas pulak perut. Boleh guna air tak?

Nah, go get your car key. Go somewhere!

I rasa macam nak menjerit sekuat hati aje nak melepaskan tension dalam diri. Ada sesiapa nak dengar tak?









42 comments:

  1. tadah air bekas mandi, air sembahyang wat cucur jamban..
    rumah ada 4 org termasuk se baby..hr ke 3 kena catu, tangki kering..nasib baik semlam dah ada air. pulun basuh besar-besaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah prepare 4 'tong sampah' hitam kat rumah. Tinggal nak tunggu air dtg kembali. Penat menyeru. Sampailah saya gi kerja kul 12 tghari tadi, air masih tiada. Ni dah masuk 4 hari dah nih....Seksanya! Sabar ajelah!

      Delete
  2. sana sini SA dengar rungutan...alhamdulillah buat masa ni rumah Seremban belum ada tanda2 air dicatu atau xde air langsung..rumah kepong x tau la..nak balik sana hari ni so fr ok kot sebab housemate xde yang inform ckp air xde ke apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita yg besar ni, tak dapat mandi bolehlah tahan sabar. Ni anak-anak pun dah rengsa sangat. Nak mandi, nak buang air semua siksa. Nak makan pun takda selera rasanya. Kawasan rumah saya takda dalam senarai tapi dok tengah-tengah antara dua kawasan yang takda air. Mmg kena jugalahkan. Sampai hari ni pun takda lagi nampak air. Kata 2 hari aje ni dah masuk 4 hari dah nih....

      Delete
  3. Bila dicatu mmg rwti plak berjinat kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda cara lain mmg kena berjimat gunakan air. Itupun tak cukup juga sebab ada dua budak hyper kat rumah tu....

      Delete
  4. sabarlah dgn sugaan Allah ni... semuga Allah buatkan kita tabah hadapiny

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang doanya cepatlah air kembali semula. Sampai tengahari tadi pun takda lagi. Dah 4 hari dah ni. Kering kontang rumah saya semalam. Pagi ni terpaksa sekali lagi mandi kat rumah sedara.

      Delete
  5. alahai memang susahkan... dulu masa duk asrama untuk kegunaan seorangpun rasa macam payah sesangatler... inikan pula untuk kegunaan sekeluargakan.. bersabarler yerk... ituler yang mampu dikatakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Cho. Saya pun pernah merasa tadah air untuk diri sendiri masa air takda kat asrama dulu. Ni kena tadah untuk satu family lagilah seksa. Puas kita tadah, yang lain guna. Kita tadah lagi, lain guna lagi. Rasa cam nak nangis pulak. Tak bagi guna pun susah gak dah anak-anak dan suamikan....

      Delete
  6. Bila pilimu dicatu tp piliku buat masa ni alhamdulilah.....rasa bersalah pulak nak mandi apatah lagi nak mandi sebelumm fajar hehe...teringat kat kawan tu yg kena basuh muka pun kat office.....Alolo ciannya....
    Redho ajelah......gitulah kita.... mmg teruk job spec maid ni lebih lagi bila time tak de air rupanya yek...syukurlah jugak tu jadi maid dan majikan dlm masa yg sama!
    Beli lauk bungkus jerlah tak yah masak....atau beli yg mcm hari tu....cuma panaskan dlm microwave jer....senang sikit keje!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huaaaa....kenapa aku terbabit sama dalam kebuntuan air di daerahmu, itu? Why, why, why? Jangan kata nak mandi sebelum fajar, lepas matahari dah lama terbenam pun belum tentu dapat mandi segayung dua, OKje. Harap rakan-rakan pejabat faham bila terbau lebih minyak wangi nih... Bukan nak menunjuk, tapi terpaksa... nak cover balik bau peluh angkat air kan...

      Nak bungkus pun dah takda selera. Silap haribulan keracunan makanan pulak. Perut sakit. Lagi merana badan, OKje. Apakata awak di sana tolong hantarkan air naik motor yang baru beli tu.... katanya tolong menolong sesama geng sekapal tu wajib masa susah :)

      Delete
  7. apa kata MD upah bomoh hujan hehehe.. doa ajelah byk2 moga air mari .. Kalau KA dah berangkut kain baju bagai mandi dioffice ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nak panggil bomoh Siam ke bomoh mana ni, KA :)

      Saya dah tak tertahan rasanya badan ni kalau tak leh mandi lagi. Penatlah asyik nak kena tumpang rumah anak sedara setakat nak mandi. Nak angkat air bawa balik mmg tidaklah. Berpeluh balik ketiak. Tong sampah dah banyak beli, KA... tinggal nak tunggu air pili keluar aje nih... Nanti saya belasah tadah semua container yang ada...Janji cukup untuk setahun pakai kalau air tak keluar! Eiiii....geramnya! Sabar ajelah hati! Sabar!

      Delete
  8. adik saya selalu cakap, ujian tanda allah sayangkan kita, jadi kita kena sabar banyak2, kena redha kan adik ! kih3, itu adik saya cakaplah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cutelah, Adik nih! Memang dah tak tahu nak kata apa lagi. Redha, sabar dan berdoa ajelah supaya keadaan kembali seperti sediakala.

      Delete
  9. huhuhu..sedih pulak entry akak kali ni. sebagai isteri dan ibu, mmg tak sanggup rasanya kalau tgk suami dan anak2 x mandi or gunakan air yg ditakung. tapi bila pk2 balik, sakit ati jugak kdg2 tu sbb kita ni punyalah bagi hint minta tolong sama2 tadah air kan. hehehehe. saya dapat rasakan apa yg akak rasa. aceeewaahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... ya ke Sue rasa sedih? Akak lepas tension jap sebab takda air. Penatlah. Dahlah kerja kita orang perempuan ni tak pernah selesai, ditambah lagi dengan dugaan begini. Tangan ni dah 'berotot' dah nih :)

      Delete
  10. So far rumah Lyn & my mum belum ada gangguan air. Tapi risau jugak kat dorang masa kitorang kat bandung. duk ingatkan org kat rumah tadah air. biarlah bertong2 janji nak guna senang. Kitorang kat bandung takpe hehehe

    skrg ni pun still ada lagi.. tp still menadah jugak. Pantang tong ksong, mesti di isi. maklumlah fobia takde air ni. serba serbi susah nnti.. lagi2 nak memerut. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak masuk senarai insan terpilih pun, kena standby juga Lyn. Macam akak ni duk di tengah-tengah. Kira termasuk samalah senang cerita. Baru pagi tadi nampak air. Best sangat rasanya sampai tak mau tidur.

      Delete
  11. assalam,

    sabarlah yer sama2 kita doakan keadaan kembali pulih dengan segera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bunda,

      Harapnya taklah lama berlanjutan. Tak tahan penatnya, Bunda.

      Delete
  12. Betul tu.seksanya xde air huhuhu.rumah i pun terlibat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tau betapa susahnya bila nikmat kena tarik. Bila ada tak menghargai sangat. Benda dah jadi keperluan. Bagi saya memang fobia sungguh kalau takda air nih.

      Delete
  13. saya pon tadah air dlm botol botol simpanan tu.itu aja caranya utk didapur.
    utk bilik air pakai container besar.nasib berdua je.

    cdgn yg bgus guna pinggan pakai buang

    kenapa ye llaki slalu mcm tu. sabar. tawakal.
    yg perempuan pon sbar n tawakal juga tp berusaha sedaya upaya selagi mampu

    sabar ye MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah dah adat kita ni perempuan mmg kecoh aje kalau ada apa-apa hal. Bukan apa, demi keluarga juga.

      Kalau orang dewasa, oklah boleh juga dikawal mana yang patut. Ini ada dua budak hyper kat rumah ni, kalau tak tengok memang habis air dikerjakannya.

      Delete
  14. Alahai, siannya orang2 di kawasan catuan air ya. Saya dgr juga kawan2 yang berbincang pasal ni. Ada yang cakap nak mandi di sekolah sebelum balik ke rumah. Entah betul ke tak ada yg buat macam tu, maklumla saya ni jenis berebut balik dgn murid, mmg awal baliknya.

    Payah jugakan. Dapat bayangkan dengan cuaca panas ni macam mana rasa lekit2 badan tu. Kami yang mandi cukup ni pun menjelang separuh masa di sekolah dah peluh macam seharian, bila cuaca panas ni. Ada masa tu kalau lewat petang, cikgu duduk dekat je dengan papan putih, sebab rasa badan peluh kuat sebab datang dr pagi. Kalau tak sempat mandi pula masa dah balik tu, entahla apa rasanya.

    MD, rasanya fobia tu kata kerja yang tak perlu pelengkap. Tak payah tambah imbuhan kot. Haha. Ayat sendiri, tak ada kamus di rumah ni..

    semoga pihak berkenaan amik tindakan segera pasal air ni kan? Kita yg muslim ni nak solat 5 kali, adoi...kalau airnya payah, susahla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah nak solat lagi, dengan rumah lagi, anak-anak lagi. Walaupun dah bersedia tetap juga ada dugaannya. Maklumlah bila melibatkan budak-budak ni...

      Saya kalaupun boleh lepas diri sendiri (e.g. mandi kat office) tapi tak sampai hati pulak mengenangkan HD dan anak-anak. Kesian pulak kalau mereka tak selesa sedangkan saya pula lepas mandi 2x sehari :) Hati isteri/emak, sentiasa fikir suami dan anak-anak dulu.

      Delete
  15. Lepasni kena mandi ala2 p.ramlee..lah sapu mata jer ..kat umsh lizz blm lagi dicatu...tapi skang kat area umah mmg panas melampau htn terbako jerebu dugaan betul kan MD...moga semuanya kembali pulih seperti sediakala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pun kalau tak silap semalam jerebu mak hai, golap mata den nih hah... dah lah tak dapat mandi dengan penuh nikmat, penat lagi, tak cukup tidur lagi... oh sedih macam nak nyanyi lagu apa tu yang ada lirik, 'beginilah nasib, diriku yang malang....' Eh, lagu P Ramlee ke tu?

      Delete
  16. Sadis sungguh sy membaca kisah MD yg dicatu air..dh tu jadi maid sesaja takde sape nk tolong agkt air..kesian betullah..tp boleh simpati je la kan..tak sanggup pulak nak kata suruh bertawakal saja MD..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni lagilah sadis, PK. Sikit nyer panjang. Phewww... pening lalatlah kome-kome sume :)

      Janganlah suruh tawakal lagi... tapi takpalah leh tawakal sekarang sebab dah cuba sedaya upaya. Harapnya senyuman pagi tadi membawa sampai ke malam ler... dapat nyenyak sikit tidur malam nih!

      Delete
  17. Itu dia dahsyatnya penangan tak ada air. Kita yg dewasa ni ok juga MD tapi yg kesian macam adik dan abang berdua tu. Kanak-kanak kan suka bermain dan pastinya berpeluh. Nampak gayanya kena on air-cond rumah 24 jam bagi sejuk sikit badan...

    Makan guna pinggan pakai-buang tu betullah tak payah cuci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tulah yang saya risaukan... Semalam pagi terpaksa cuti setengah hari. Saya ok aje leh sesekali gi pejabat tak mandi (sembur aje perfume banyak2 satu badan...) tapi si Abang ngan Adik camna nak tinggalkan tak mandi, tak bersih diri... HD pun tak tahan kalau sehari tak mandi gak....

      Delete
  18. Assalamualaikum,

    Yelah...air sumber utama kita kan...sofia dgr je news nak catu terus gelabah abis..skg ni mmg kite sedang diuji...

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik Sofia seorang aje. Kalau mcm akak ni, aduhai letih lemah gemalai rasanya ... semua terpikul di bahu kita...

      Delete
  19. saya memang cukup bersimpati dengan MD dan mereka yang senasib..
    doa saya semoga masalah ini berakhir cepat...
    kalau saya pun..boleh longgar lutut dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali pertama air dicatu mmg seksa juga rasanya. But la ni, since saya dah beli tong-tong air tu, lega sikitlah. Takdalah kena berkejaran sampai semput nafas nih :)

      Delete
  20. Mmg bertabah la bila tiada air... HD boleh tawakkal sbb dia tahu yg MD akan tadah semua air2 tu.... Kalau MD pun relax, mau dia pun x senang duduk...
    Owh, lamanya xde air... Kalau saya pun rasa fobia

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD dah arif sangat dengan perangai MD sebab itulah disuruhnya tawakal aje. Kalau tak buat, mmg MD akan buat. Dah terbiasakan dengan perangai isteri yang kecoh memanjang ni....

      Delete
  21. lelaki kan...memang. selalu je berlagak cool suh kita bersabar. tapi dia tak faham betapa rimasnya kita bila kerja rumah tertangguh. mcm baju banyak tak basuh, dia relax je, tapi kita la yg rasa mcm tak senang duduk.

    teringat plak waktu selalu terjadi putus bekalan air kat kampung dulu [biasanya sbb paip pecah atau maintenance loji air]. kami ramai2 gi mandi sungai. heheh... saya kan... kalo stakat untuk mandi tu, saya mmg boleh mandi dgn air satu baldi je. tapi kalo utk 'melabur; tu saya kena air banyak... huhu... yg tu je saya paling risau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perempuan ni mana boleh cool dgn benda cam ni. Kusut fikiran ler kalau urusan tergendala. Saya pun Lyd kalau leh tahan, saya tahan. Siksa membuang masa air takda ni, nak berjimat camna lagi. Oh, tidak...

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...