Di mana kau, MH370?


Salam Selasa kawan-kawan!

Well, I was here yesterday. I was right in front of my pc throughout my office hours yesterday. Malangnya I tak rasa excited macam selalu nak publish satu entri pun ... Walaupun ada beberapa entri yang tinggal tunggu masa nak tekan butang 'publish' aje.

Terkesima dengan apa yang berlaku di luar sana. Khusyuk membaca perkembangan cerita sehingga tidak terasa nak mengupdate blog sendiri. Sedih bila memikirkan nasib mereka dan keluarga. Menunggu sesuatu yang tidak pasti, entah bila akan diketahui nasibnya dan tentunya walaupun hati menidakkannya, kita yang menanti sudah hampir pasti penghujung ceritanya; kecualilah ada keajaiban yang berlaku. Walau apapun pengakhirannya, berdoa pada yang Esa agar diberi petunjuk terhadap takdir yang menimpa kesemua 239 penumpang MH370.

Walaupun tidak mengenali any of the passengers MH370, perasaan sedih mengenangkan nasib mereka tetap menyebabkan air mata bergenang. Cuba bayangkan pula perasaan ahli keluarga yang menanti. Cuba bayangkan juga perasaan mereka yang mengenali mana-mana penumpang/crew members dalam pesawat yang hilang itu. Alangkah baru membaca kisah, hati ini sudah terasa sebak. Inikan pulak kalau kita saling mengenali mahupun terlibat sebagai ahli keluarga mereka. Oh, memang tak boleh nak membayangkan situasi sebegini! Bersyukur dan berdoa kepada Allah moga tidak akan pernah terjadi nasib seperti ini kepada kita dan kaum keluarga yang lain.

Teringat kata pendengar radio yang memberi kata-kata nasihat pagi tadi, ' Dugaan yang hebat hanya untuk orang yang hebat' . Maybe, maybe... Allah takkan turunkan dugaan yang kita sendiri tak mampu menanganinya. But then again, menasihati memang mudah. Bila melalui pengalaman yang sama, barulah tahu tidak semudah itu untuk memujuk hati yang lara. Nasihat demi nasihat yang diterima tidak mungkin dapat menenangkan sendu di hati ketika dan saat itu. 

Ya Allah, Ya Tuhanku! Kembalikanlah mereka ke pangkuan keluarga walau dalam apa keadaan sekalipun. Permudahkanlah urusan pencarian MH370, moga tenang hati mereka yang menanti penuh debaran ini ...

P.S. Hari ini, 11 Mac 2014, tiga tahun yang lalu dunia menyaksikan satu mala petaka hebat melanda bumi Jepun. Walaupun peristiwa sudah lama berlalu,  trauma dan kesedihan mungkin beransur hilang ditelan masa, ikhtibar dari pengalaman lalu seharusnya sentiasa tersemat di hati kita.



 



Comments

  1. Assalamualaikum,

    Betul kak..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...berhadapan dgn dugaan kehilangan orang yang kita sayang dalam sekelip mata mmg teramat berat...namun, utk mh370 msh ada harapan..miracle tuh hak Allah..jadi kita tak blh berhenti berdoa agar segalanya selamat..

    regards,
    Triplesmiley



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Kita mengharapkan akan ada keajaiban berlaku. Bukannya itu sesuatu yang tak mungkin, right? Harapnya pencarian berakhir sesegera mungkin. Kasihan pada yang menanti, remuk rendam hati dan jiwa ingin mengetahui apa kisah sebenar yang berlaku...

      Delete
  2. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sis. Kita yang mendengar berita, membaca kisah pun dah sedih inikan pulak para keluarga dan mereka yang mengenali insan-insan dalam pesawat tersebut.

      Delete
  3. Ya Allah kak, tiap kali membaca kisah MH370, tiap kali tu lah air mata menitik.. kita yg tak mengenali mereka turut sedih, apa lagi keluarga mereka. semoga pencarian MH370 dipermudahkan.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyn. Kita yang takda kena mengena ni pun rasa berdebar-debar menunggu berita, inikan pulak keluarga mereka yang berada di dalam pesawat. Harapnya moga dipermudahkan urusan mencari MH370 ni. Aamiinn.

      Delete
  4. Berat mata memandang lagi berat bahu yg memikul ....memang mudah memberi nasihat, memberi kata semangat, tapi yang merasainya hanya mereka yg melaluinya sahaja yang menanggung peritnya. Apalah yg dapat kita bantu sebagai orang yg disekelilingnya, selain berdoa dan memberi kata semangat kepada mereka....
    Mereka memang terpaksa tabah menghadapi semua ini....moga cepatlah terungkai segala kekusutan ini....
    Robbi Yassir Wala tua'assir, Robbi tammim bil khoir.... moga dipermudahkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang takda apa-apa pertalian ni pun rasa penantian satu penyeksaan. Moga cepatlah MH370 ni ditemui semula. Moga berlakulah miracle sekali ini. Mana tahu kan...

      Delete
  5. Doa selagi mampu. harap harap ada harapan lagi . #Prayforthem #Mh370

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tolong doakan ajelah. Itu aje yang mampu dilakukan. Moga cepatlah kembali ditemui MH370 ni.

      Delete
  6. sama2 la kita semua Berdoa yer MD..
    moga mudahkanlah pesawat MAS MH370 dapat dijumpai
    danSemoga Allah permudahkan untuk ditemukan mereka semua dalam apa jua keadaan pun…sedih dan sayu sangat dengan berita nih...Moga famili penumpang MH370 tabah hadapi dugaan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya adalah keajaiban yang berlaku kan Lizz. Manalah tahu kalau jatuh di laut sekali pun, ada yang selamat. Atau pun maybe jatuh kat dalam hutan ke apa ke, tak leh contact keluar. Aduh, kesian sungguh pada ahli keluarga yang menanti nih!

      Delete
  7. Setuju.. kita teruskan berdoa untuk perkhabaran baik daripada mereka. Semoga ahli keluarga yang terlibat tu tabah dan kuat semangat.. macam2 cara manusia diuji, kan.. Allah jua Maha Mengetahui segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harapnya dapatlah segera ditemui pesawat MH370 ni. Kalau ada miracle happens, lagi bagus. Moga Allah beri petunjuk di manakah mereka ini...

      Delete
  8. harapnya ada keajaiban..satu dunia turut bersedih..tak dpt bygkan klu ahli keluarga kita..teruskan berdoa untuk mh370

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PK. Kalau adalah ahli keluarga kita yang terbabit, tak tahu apa nak kata. Tak terkata apa-apa rasanya. Cepatlah timbul MH370. Dah 6 hari dah ni....

      Delete
  9. jangan putus harap, kata Asik, kena terus berdoa, lagi ramai berdoa lgi bagus, lama2 Allah akan makbulkan doa kita nanti !

    ReplyDelete
  10. Mmg waktu awal2 berita ni tercetus, perasaan nak update blog tu tetibe je turun kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyd. Rasa bersalah, rasa macam takda mood pun ada. Bukan takda bahan nak dibuat cerita tapi rasa macam takda feeling langsungkan...

      Delete
  11. kan.kita sbgai arakyat malaysia hanya mampu berdoa smga segalanya dipermudahkan.renung renungkan sgala apa yg trjadi.pasti ada hikmahNya.sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat dah dugaan Tuhan beri pada kita rakyat Malaysia ni. Kalau tak pandai berfikir lagi, tak tahulah nak kata apa ...

      Delete

Post a Comment