Hujung minggu apa ceritanya?


Bila berhujung minggu di rumah, memang I jarang sekali mengupdatekan diri dengan segala peristiwa yang berlaku di luar sana. Seluruh jiwa raga untuk keluarga. Maklumlah hari-hari yang lain biasanya sibuk bekerja. Bila pulang ke rumah, memang menguruskan rumahtangga dan anak-anak sahaja dalam kepala. 

I memang tak pernah baca suratkhabar mahupun mendengar berita di kaca TV apatah lagi nak duduk menghadap komputer dan melayari internet apabila tiba hujung minggu. Tak kuasa nak buat semua itu. Kalau ada pun maybe once in a blue moon. Lebih baik masa berharga yang ada dikhaskan untuk anak-anak dan suami. Itulah I, ya!

Berbeza sekali dengan Sabtu yang lalu. Sebaik pulang dari menghantar Abang ke Art Class di sekolah, Hubbydearie memberitahu perihal pesawat MH370 yang hilang. Hubbydearie ni memang funny. Walaupun pulang ke kampung halaman menaiki pesawat, beliau sebenarnya seorang yang fobia bila terpaksa menaiki kapal terbang. 

Itulah sebabnya sampai sekarang plan nak ke mana-mana tertunda. Berpuluh kali mengajak ke Langkawi pun, beliau tak mahu. Sanggup memandu dan menaiki feri daripada terpaksa menaiki flight ke sana. Dek kerana asyik berbalah tentang pengangkutan, akhirnya sehingga kini kami menangguhkan aje rancangan. Itulah nasib bila suka sangat menonton Air Crash Investigation nih...

Sepanjang hari Sabtu, TV kami memang berkisar tentang berita kehilang pesawat MH370 sampaikan si Bubbly Abang pun tak dibenarkan menonton kartun kegemaran. Of course, I mendengar berita sambil sibuk lalu-lalang buat kerja rumah. Tak mungkin I boleh duduk sahaja di depan TV tanpa melakukan apa-apa. Nasib baik juga bekalan air kembali macam biasa. But dek kerana fobia melampau, takda satu pun container di rumah yang tiada air di dalamnya. Sesiapa yang menggunakan air, sudah tentu kena sound dengan I supaya menadah penuh semula air yang telah digunakan @_@

Bila ada masa terluang di sebelah malam, I pun melayari internet. Sambil membaca berita-berita semasa sempat lagi tu menelek berita hiburan juga. Ketika itulah terbaca kisah si Hanes yang manis ni. Alamak, memang 'sadis' dia ni! Sejak bila pulak isteri kena minta maaf pada perampas suami ni... Perempuan sama perempuan bergaduh, yang seronok tentunya lelaki yang terbabit. Tapilah, kalau bertepuk sebelah tangan, tak mungkin berbunyi juga. Sama aje si perempuan dan si lelaki yang rela diperbodohkan dek kecantikan wanita. Kasihan pada si isteri yang tak dihiraukan langsung pengorbanan dan kasih-sayang yang dicurahkan selama ini. Kalau dah tak sayang, semua pun tak betul di depan mata...

Pagi ini pun I membaca sesuatu yang agak menarik. Kalau mahu boleh baca di sini. Apa yang penting, I nak berkongsi kata-kata si doktor dari Kluang ini,


We sacrifice out time so that you can have more time with your loved ones.
We sacrifice our meals so that you can have yours.
We sacrifice our sleep so you can sleep soundly.
And, we sacrifice our health so that you can be healthy.

Memang betul bagai dikata, apalagi mahunya? Jadi manusia memang selalu sahaja kita ni rasa tak puas hati. Begitu salah, begini pun salah juga. 

P.S. Lega yang amat bila bekalan air kembali seperti sediakala. Takdalah MD kena bangun sebelum Subuh atau tak tidur langsung menunggu kehadiran air lagi. Harapnya catuan tak berlaku lagi. Walaupun tak besar mana dugaan, mengeluh juga seorang MD ni!











Comments

  1. semoga allah terus memberi petunjuk untuk kembalikan MH370 ke pangkuan keluarga semua yang terlibat...oh alhamdulillah dah ada air kembali..tp kena terus2 simpan air MD...takut sekejapan jer diorang pulihkan keadaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah tak terseksa sebab air dah kembali seperti sediakala. Harapnya berterusanlah. Saya tetap juga simpan air manalah taukan...

      Semoga dipermudahkan dan dipercepatkan kisah MH370 ni. Kasihan pada keluarga yang menunggu penuh debaran tentang nasib mereka yang berada di dalam pesawat.

      Delete
  2. Samalah.....bikin tak tenteram jadinya hari Sabtu baru ni mmg duk tunggu berita aje le....
    Sapa tak seriau ....okje pun sama....tp tulahkan semuanya dah tertulis, tak de sapa yg nak kalau diberi pilihan....
    Apa pun yg penting, minah kentang tak yah jadi burung hantu tadah air lagi....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minah kentang remains minah kentang but of course sekarang ni burung hantu dah bersara :)

      Sedihkan bila mendengar kisah MH370 ni. Moga cepatlah berakhir segala resah menanti nih...

      Delete
  3. Selepas membaca link diberi.... Tapi just happened kat kakak last Sunday MD. Kakak bawa Mak Zah kakak yg sakit. Johor specialist kalau sunday tak ada doktor so kakak bawa ke hospital biasa. Informed nak ke emergency sebab dah Mak Zah dah tak larat jalan (kakak guna wheel-chair). Masuk bilik doktor not even pegang kepala ke guna steteskop yg tersangkut di tengkuk utk check dada walau sudah dikatakan dia macam mabuk dan pusing kepala dia just ambil BP dah tu suruh keluar ambil ubat. Atas inisiatif sendiri kakak nak buat blood and urine test baru dia kata ok - boleh. Sendu kakak masa tu tau. A very young doktor treat an old lady just like that. Hairannya bila kakak cakap guna bahasa inggeris nak buat blood and urine test dan-dan itu dia baru treat well. Apa ni semua? Geram juga kakak tapi dek kerana Mak Zah kakak terpaksa senyum dlm pahit. - Sorry long commented dan harapnya biarlah satu itu aje doktor yg begitu di dunia.

    Apa pun doa moga MH370 ada clue utk dijejaki tak kira dlm apa pun conditionnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor di public hospital ke, Kak? Itu memang standard mereka. Saya pun kalau terpaksa ke sana, mmg makan masa dari pagi sampai la ke malam. Memang seksa. Bila duduk di sana memerhatikan keadaan orang, adakalanya rasa simpati dengan doktor yg terpaksa handle ramai patient. Adakalanya mmg patut marah pun dgn depa ni sebab sambil lewa. Kalaupun ramai patient, itu mmg tugas mereka merawat pesakitkan. Kenalah bersabar dah ini pilihan kerjanya. Tanggungjawab tu. Tapi tak dinafikan, memang ada doktor yang bagus dan baik yang betul-betul mengambil berat tentang pesakitnya. Mungkin doktor type yang inilah yang merasa terkilan setelah segala usaha dilakukan, ucapan terima kasih -as simple as that, pun tak terucap dek mulut keluarga dan pesakit.

      Delete
  4. kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa... semoga mereka tabah dan pasrah dengan apa yang bakal mereka ketahui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dipermudahkan urusan dan segeralah muncul MH370.

      Delete
  5. oh ye ke kak umah akak dah ade air mcm biase...alhamdulillah...terlepas sudah part yg agak menyusahkan....tingat entry akak yg rajin masak sbb kes tade air ari tu sampai hubby pun tekesima tekejut...mmg lawak kak heheheeheh....ape2pun lega dah bab air kan kak..sakit kepale gak nak buat keje umah dgn air takde....

    pasal mh370 tu mmg betul2 misteri kan kak....satu dunia tertanye2 nieh...takpasal2 pemes name malaysia hah...sampaikan ari ni dah guna khidmat bomoh plak dah....kelako plak tgk die teropong pakai buluh bagai tu....hope tak syirik dah le..sbb tgk die bace yassin pun separuh jek...huhuhuhu....

    in sya Allah kak, moga2 mh370 kembali ke pangkuan kite dlm keadaan selamat dan semua warga kapal sihat2...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, legalah Lieya sebab air dah back to normal. Takdalah akak sibuk kelentang kelentung kat dapur seawal pagi :) Tidur pun cukup nampaknya. Makin malas pulak dah nih....

      Tentang MH370 tu, akak memang nak gelak ke apa ek bila dengar nak guna khidmat bomoh... Serahkan segalanya pada Yang Maha Kuasa, insya Allah akan ada beritanya nanti.

      Delete
  6. Semoga di beri pertunjuk untuk Pencarian MH370...
    Salam ziarah dari Bunda...

    #prayforMH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga diberi petunjuk di mana MH370 tu ya, Bunda. Tamatkanlah sesegera mungkin keresahan dalam hati para keluarga terbabit.

      Delete
  7. saya hujung minggu memang membizi sama la kite time nilah semuanyer nak buat nak ngemop membasuh mengemas...termasuk membebel sekali hari lain jarang nak buat kihkih...tapikan lizz tetap online jugek...hehe...memasing hari sabtu lepas buat kejer memasing lepas tu beronline anak beranak...abang layan youtube adik layan DORa N upin ipin Dedi melayan Segala jenis berita national geograpik bagai saya pun join jugek melayan pinterest...hari biasa tak leh nak melayan membizikan...

    Sama2 kita berdoa MD moga cepat2 la dapat jumpa MH370..
    lepasni kembali ok la jadual MD tok yah berjaga malam dahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang dapat beronline kat rumah. Selalu aje kena mengalah dengan anak-anak. Lagipun memang tak dan Lizz nak merenggangkan otot-otot bila hujung minggu. Lepas satu, satu kerja nak dibuat. Entahlah, org lain pun ada 24-7 cukup aje saya tengok. Saya ni nak kata membizi teramat, tak juga tapi still semput napas ni rushing dalam 24-7.

      Moga Allah beri petunjuk di mana MH370 ni berada...

      Delete
  8. mmg betul, hujung minggu mmg sepenuh hati serahkan kat family. MD, betul2 fobia ye dgn takde air ni./ sampaikan sape yg guna air pun kena ganti balik. Sama le jugak, time org lain tgk tv, kita yang pengurus rumahtangga ni, kena tgk sambil2 lalu je. takleh dok je tercongok depan tv. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, memang sepenuh jiwa raga kuserahkan buat family, Lyd. Weekends memang takda masa me, me time untuk diri sendiri. Kecualilah kalau HD kata nak keluar jumpa kawan atau ada urusan, mungkin bolehlah berehat 5,10 minit. Kalau superheroes ada di rumah, memang riuh sekampung. Tak larat dah nak menyanyi mendayu-dayu...

      Delete
  9. berdoa selagi mampu je kak :) yang si hanes tu , biaq pi la dia, kalau dia nak sgt romi tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga diberi petunjuk di mana menghilangnya pesawat MH370 ni. Kasihan melihat keresahan keluarga yang menanti penuh debaran. Apa pun pengakhirannya, kena redha atas ketentuan Tuhan, kan.

      Perempuan manis itu mmg tak boleh blah. First in history kot. Sama aje lelaki dan perempuan, gediks sungguh. Moga cepatlah mereka kahwin. Kalau tak jadi, tak tahulah sapa lagi yang kena saman dek si Hanes nih!

      Delete
    2. kesian MH370 tu, harapp ada harapann lagi.

      yang si hanes tu, kalau dah jodoh dia. nak buat gi wano lagi kan. mummy heee

      Delete
  10. rasa cam dah komen tadik bila datang lagi takder pulok...hehe...jauh ni bertandang dari perok nih...

    saya pun jarang nengok TV MD..tapi hari tu kebetulan balik Outstation duk depan tv umah Bil tetibe Kluar Berita pesawat MAS hilang..terus berdebar2 tau..lepastu memang AWAni jerla duk bukak tak cukup itu komputer lagi search berita2 luar negara...memang sedih kan MD ngenangkan nasib Penumpang MH370 tukan..mudah2an dipermudahkan segala pencarian Pesawat nikan...
    waa dah ader air yek...bolehla MD berehat takyah bersengkang mata menadah air lagi...
    Pasal siretis tu lizz dah muak baca...tapi memang kesian sangat kat wifenyer sampai hati buat isteri dia macamtu..

    apahal lak muncul bomoh bagai ni...ni tak pasal2 amalan gini boleh membawa kepada syirik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.... kita lambat tekan approve itu yg tak keluar komen tu, Lizz. Tapi takpa, komenlah berbakul-bakul, kita tak kisah. Suka aje membacanya :)

      Part bomoh ni saya mmg ada masalah sikit nak memahaminya. So setelah menggunakan khidmat bomoh kelas A, apa berita terbaru? Dah jumpa ke belum? Tak jugakan... kena panggil bomoh Siam lak lepas ni...

      Delete
  11. MD, adakah blog ni dah ubah tulisannya? Ke saya mengigau di subuh hari ni? Hihi

    Nampak kurus tulisannya. Takkan makan olivye bolwh jadi lain. Ke kesan ngangkut air haritu? Hihi..

    me too, kalau hujung minggu mmg jarang nak menghadap tv tengok berita atau surat khabar.. ada je keje nak kena buat atau tak pun main je dengan anak2.. sebab MH370 ni, rela tak keluar hari Sabtu dan Ahad aritu.. amboi siap baca gosip artis ya.. saya tak ambil tahu pasal H yang tak matang tu.. malas nak baca pun.. memilih juga kisah yang best2.

    syok air dh kembali macam biasa ya.. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisannya kurus? Oh, itu sebab ia mengamalkan diet Atkins tu, AN.

      Hehehe... mmg saya menggatal tangan menukar font. Itukan my favorite past time. Memang suka, suka, sukalah gitu... Nak buat lain tak retikan...

      Sesekali baca gak gosip kat Beautifulnara tu. Itu kira dah takda kerja sesangatlah tu... Kalau tidak, lebih baik layan cerita drama Korea. Tapi sekarang ni macam membizi aje kalau dok kat rumah dengan superheroes. Tak dan nak buat apa... kalau nampak saya online tu mmg kira bertuah ler...

      Lega air dah kembali. Tong banyak pulak ni... Ada orang dah mintak hempuk dah ...keh3x.

      Delete
  12. Assalamualaikum,

    Betul tuh kak..sofia sokong ayat2 tuh..dan sebab tuh juga ada 1 lagi ayat yang mana lagi senang kita membuat sesuatu kerana Allah swt dari kerana manusia..kerana manusia tak pernahnya puas..ada saje yang tak puas hati..

    regards,
    Triplesmiley



    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi namanya manusia, memang sentiasa aje tak puas hati, Sofia. Tak payah nak pin point kat orang, akak ni pun kadang-kadang sama aje lupa dirinya :)

      Delete
  13. wah dah selamat dari angkat mengangkat airler ni.. kita pulak kena.. tapi oklah sebab hari pertama air masih ada walaupun katanya dah dicatu.. jadi seharijer ... lagipun memang der simpan banyak jugakler...
    saya sabtu ahad entah apa di buat macam2 esp sejak mertua tak sihatni...
    saya juga berdoa dan berharap agar cepatlah selesai masalah ini.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul... juga semoga cepatlah berakhir segala spekulasi... berdoa semoga anggota penyelamat dan mencari juga diberikan kekuatan dari Allah swt untuk menjalankan tugas mereka.. moga Allah memberikan mereka petunjuk dan jalan menyelesaikan misteri ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat, Alhamdulillah! Takdalah sibuk menadah air lagi sekarang ni. Tapi tetap juga menyimpan manalah tahu kan tetiba air tutup gitu-gitu aje takda warning bagai.

      Harapnya cepat-cepatlah berakhir kisah MH370 ni. Tak kiralah sekarang ni apa ceritanya yang penting pesawat dijumpai.

      Delete
  14. Alhamdulillah selesai sudah isu air..mmg tgh top sekarang isu MH370 ni..kita hanya mampu doakan yg terbaik..harap ada cluenya dlm masa terdekat..benda sgt misteri..satu dunia tak boleh buat apa klu betul kejadian ni misteri hanya pada Allah kita berserah semoga terbuka hijab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lega rasa hati takda isu air lagi. Penat juga ya dok menadah air sana sini. Pantang nampak container.

      Harapnya cepatlah dijumpai MH370 ni. Kesian sungguh pada ahli keluarga yang menunggu.

      Delete
  15. Hai minah penggemar kentang....mana pigi ini hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minah kentang sibuk 'mengentang' :)

      Saya sibuk sikit kat pejabat ni sampai takda masa nak blogwalking ikut suka hati makpak dan publish entri.

      Delete
  16. MD..acik dah puas dulu..tak tidur tadah air..asal dengar bunyi je..air dah ada ke..terus bekejar buka paip..tapi tak de..
    mengangkut air naik tingkat satu..sebulan berkali2 tak de air..kadang sampai seminggu..
    sekarang ni..suami acik dapat sakit belakang..akibat ngangkut air la tu kan..anak2 sekolah lagi masa tu..dia sorang je tukang angkat air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat Acik kalau kena mengangkat air ni. Kalau sebaldi aje oklah juga. Ini berbaldi-baldi, bertong-tong bagai. Kalau tak dibuat, susah hati pulak. Mana nak cari air nanti bila takda. Legalah bila tak kena catu lagi. Saya memang fobia habis kalau dengar air takda nih.

      Delete
  17. bila ada cerita MH370 ni, baru lah mata ni duk melayan berita & liputan khas.. klu tidak mmg jgn harap lah. boring, tak habis2 citer politik & gosip murahan. Klu tgh2 tgk berita tiba2 ada cerita politik mmg kitorang tukar channel.. ishhh tak koser heh nak tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyn. Akak pun malas nak layan pasal politik ni. Pening kepala kita, tak tahu siapa benar siapa salah. Bila semua dicampuradukkan atas nama politik, memang kotorlah jadinya. Malas nak ambil tahu. Yang nak, negara aman bahagia makmur. Perubahan sana sini situ of courselah takkan selamanya nak hidup di zaman batu.

      Akak ni pun dah tak larat mendengar kisah MH370 ni lagi. Tunggulah sampai keluar berita sahih apa yang terjadi sebenarnya.

      Delete
  18. setakat ni belu berhadapan dgn doc yang treat simple2 mcm tu kat gov. SIL sy pun doc kat gov and dia treat patients dia sama mcm doc lain kat specialist. private ke specialist ke kena treat well sbb kita byr mahal as compaed to gov.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As a doctor, memang tanggungjawab mereka untuk merawat pesakit. Tak bolehlah main sambil lewa. Saya belum pernah kena dengan doktor kerajaan yang sambil lewa aje tapi standardlah kalau dah ke hospital kerajaan masa menunggu tu macam selamanya aje rasanya.

      Delete
  19. doakan terus yng terbaik untuk MH 370 yer MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ditemui secepat mungkin. Penat dah membaca cerita yang bukan-bukan. Menuding jari sana sini, rimas sungguh rasanya.

      Delete
  20. alhamdulillah.dah ada air kan
    kita teruskan berdoa smga ada kejaiban
    pasei hanis suraya tu..emmm.. no komen la.ada je kan
    agak agak ada org beli tak produk yg dia jadi duta tu?peminat ni kalau dh marah semuanya nk diboikot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega betul bila air dah kembali seperti biasa. Jerebu dah takda. Insya Allah, kemarau pun akan berlalu pergi. Part minah perampas tu, entahlah tak tahu nak kata. Mereka ni sekarang memang cari jalan short cut aje. Tipulah kalau kata cinta setengah mati punya pasal !

      Delete

Post a Comment