Khamis yang kelam

Salam sayang kawan-kawan! 

Selamat Hari Khamis yang kelam ...

Apa? Rindu kat I? Iya ke ni....

Sebenarnya I entah mengapa sibuk pulak di pejabat ni. Semua pun main guna 'urgent' aje kerjanya. I ni cuma guna dua belah tangan untuk bekerja, makanya tak terkejar itu ini kemahuan boss bertiga ni. Semput sekejap ...

Sejak semalam petang keluar aje dari pejabat tengok cuaca di luar alahai sedihnya. Sakit sepasang mata yang ayu ni! Pedih rasanya bila tengok semuanya seakan-akan kekuningan. KLCC and the gang pun I tak boleh nampak from my office. Selalunya tersergam megah aje I tengok.

Pagi ni buka aje pintu rumah, naik sesak nafas rasanya. Kepala pun dah nak rasa pening-pening lalat. Mata tak payah ceritalah, memang terasa pedih sepanjang memandu ke pejabat.

I lambat keluar rumah hari ni. Ingatkan mestilah merah punch card for the first time. Rupanya alhamdulillah, selamat sampai sebelum 8.30 pagi. Jalanraya pun takdalah sesak mana. Abang polis dah standby menunggu kat 'hot spot' kan, makanya perjalanan yang ambil masa 20 minit jadi 30 minit @_@ Thanks ya, Abang polis kerana menceriakan pagi yang kelam ini!

Sejak air ada ni, mata I dok tak menahan pulak mengantuknya. Si Adik belum tidur lagi Mommynya dah terbongkang. Sampai kena kejutlah dengan Hubbydearie suruh bangun dan siapkan apa yang patut, baru tidur... 

Sampai hati betul Hubbydearie ni. Baru la ni I cepat ngantuk, dah kena sound. Padahal selama masa berkahwin ni I yang selalu tidur lewat. I juga yang menguruskan hal-hal luar dalam ehwal rumahtangga. Memang tau mereka ni, kalau kita wanita ni nak 'berehat sebentar' ada aje komplennya. Kalau mereka pulak, penat aje memanjang, rehat aje memanjang kalau di rumah...

Hari Wanita Sabtu lepas tu, I memang tak menyambutlah. I tak layak. Kalau I bertegas nak menyambut Hari Wanita, cutikan diri dari segala urusan yang bersangkut paut dengan wanita, memang bergelimpanganlah isi rumah. Memang merangkak anak-anak dan suami kehausan dan kebuluran. Eh, superheroes kat rumah tu plain water pun berhantar ya. Mereka order aje. Nanti muncullah maid tak bergaji ni tanpa uniform bawa apa yang patut. 

Kalau nak mandi pun sama aje kekdahnya. Kalau tak diletakkan towel masing-masing di tempatnya, memang kejap lagi terjerit terpekiklah main signal SOS. Oh, memang manja supeheroes I semuanya, tak kira yang besar apatahlagi yang kecil.

Hari ni pun I terpaksa menyibukkan diri di pejabat kerana boss I yang 'arahkan'. Hahaha..

Ada lawatan orang penting dari Jepun makanya boss kata jangan buka FB, jangan melayari internet cuma baca berita dan buka website pejabat aje. Pendekata, my boss suruh staff  bekerja dengan penuh kepura-puraan. Kelas tak gitu?

So, I dah buat keputusan. Walaupun I sibuk petang ni tapi manalah tahu kot-kot masa lawatan tu tak tahu mana I nak buat dulu. So I nak ambil suratkhabar untuk dibaca. Tapi I booked nak baca bahagian advertisement dalam newspaper ajelah ~_^ 

Kelas tak  I tafsirkan statement my boss suruh 'sibuk bekerja dengan penuh kepura-puraan'? 

Memanglah kelas. Kelas ala-ala stupid gitu @_@

 



 




Comments

  1. assalam MD..acik pun lama dah tak dapat keisni..Alhamdulillah hari ni..kesibukan yang bukan lakonan dah berkurangan..hi hi..
    hujung tahun dan awal tahun memang selalu macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Acik. Ah ah, perasan kalau kengkawan yang biasa datang tetiba hilang. Tapi yalah, kita pun ada tanggungjawab masing-masing di luar sana. Kenalah buat apa yang perlu dulu, barulah boleh melawat kengkawan alam maya nih. Saya pun entah mengapalah sibuk pulak minggu ni. Yang tak menahan boss pun suruh 'pura-pura sibuk bekerja' pada staff yang lain. Yalah, memang ada pun kat sini yang boleh tengok drama korea lagi waktu bekerja :)

      Delete
  2. Betullah Dey...... kat sini pun berjerebu..... pagi pagi masa menghantar anak dara dua orang tu pun dah nampak kejerebuannya....tapi syukur pili tidak dicatu sehingga sekarang ni!
    Oooo bizi yeh..... patut pun senyap je jiran sebelah tk dengar kentang kentung hehe..... Pahala besar tu kalau ikhlas layan suami ngan anak anak. Bukan senang weyh.....
    Kelas nyahhhh dapat boss cenggitu hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahanlah OKje jerebu ni. Sakit mata dan siksa rasanya nak menghirup udara 'segar' ni. Tapi nak buat mana, kalau dah ada masalah cam ni bukan boleh main shoo, shoo suruh pergi jauh. Harap takdalah sampai sakit-sakit anak-anak di rumah tu.

      Pahala tu tak nampak sebab tu kengkadang mulutnya celupar aje nak komplen... hehehe...

      Itulah pasal, bestkan dapat boss cam ni. Siap pesan suruh 'pura-pura sibuk bekerja' lagi. Nasib baik kita memang sibuk pun minggu ni so tak payahlah bekerja dengan penuh kepura-puraan lagi :)

      Delete
  3. Assalam,
    bunda singgah tengahari...kat lua panas berjerebu kat dalam pun panas...
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bunda,

      Memang luar dalam pun panas sekarang ni. Tekak pun cepat aje terasa kering. Dahaga aje kerjanya.

      Delete
  4. Hypocrite ni kat mana-mana pejabat pun ada MD. Sama aje dgn tempat kakak ni. Bila ada visitor apa lagi kalau VVIP memang semua kalau boleh nak perfect walau hakikat biasa tak macam itu. Sampai kalau boleh handrail tangga pun nak kilat agaknya...

    Kes jerebu/panas/catu air/artis glamour/Datuk Lee CW semua tenggelam dek issue MH370. Ramai yg berduka berganda-ganda sekarang ni MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Office saya ni sebenarnya kerja dah kurang sikit makanya ramai yang tak sibuk. Tapi saya ni dah lama di sini. Walaupun kerja tak banyak, saya dah 'bijak' nak membahagikan kerja mana nak dibuat dulu, mana nak dibuat kemudian. Tapi takdalah sampai nak kena berpura-pura sibuk bekerja. Memanglah ada staff yang boleh menonton drama online, berfacebook bagai. Depan boss lagi mereka buat. Itu agaknya yang buat boss risau dan terus keluarkan arahan kelakar suruh berpura-pura sibuk. Saya rasa nak gelak. Saya kata kat ofismate kalau camtu saya nak buat semua kerja masa pelawat datang nanti. Memang sibuklah macam tu kan habis semua kerja dikumpul buat serentak :)

      Jerebu ni makin teruk rasanya. Tak tahan saya menarik nafas rasa macam nak tersumbat aje hidung ni. Mata pun pedih. Teringin nak duduk rumah tapi berapa lama pulak nak terperuk cam tu dek kerana jerebu.

      Delete
  5. pagi ni jerebu makin teruk. di shah alam tak nampak bangunan..
    patutlah dah lama tak dtg menjengah... busy kan masing2.. ada masa pandang2 jugak blog kawan2.. tu pun tak leh lama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busy tetiba this week, Lyn. Rindu nak mengunjungi blog kengkawan tapi itulah kena mana yang sempat. Tapi knowing me, memangnya kalau sekali singgah, sekali baca, sekali komen berguni-guni. Kena tahan sabarlah bila nak mengapprove komen ya :)

      Pagi ni rasa macam jerebu teruk aje tapi bila check IPU baru 147 pulak. Kalau sampai 200 bacaannya macamanalah gayanya...

      Delete
  6. salam MD..rindula ..kalo tak..tak mai sini hehari tau...kadang datang baca lepas mai sekali lagi baru komen..nak kena faham dulu..baru best komen yer dak....saya ni pun membizi tapi sib baik ader phone kesayangan nih...dapat membantu..sikit..skarang ni memang jerebu teruk..berasap lelama pedih hidung bila benapas...
    amboi siap kena berlakon tu kihkih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alalalah... saya ada di sini cuma tak sempat nak mengpublish entri aje.. terpaksalah keluarkan entri yang mengejut cam ni. Thanks lah Lizz ada juga kengkawan yang rindu kat saya ni :)

      Selalu gak nampak Lizz berkunjung tetapi takda komen dan dah terbiasa dah dengan cara Lizz yang selalu datang balik tu... Kita hargai sangat-sangat kedatangan awak ke sini sebabnya kita tahu awak sibuk dan entri kita pun bukannya ada yang pendek nak diulangkaji 2,3 kali...

      Dah selamat dah lakonan mantap semalam. Kalau ada award, memang sayalah yang menang ^_^

      Delete
  7. hihihi..perli mendalam sungguh bos MD tu ye..apalah salahnya tgk2 fb sikit2..kdg2 dari situ kita dpt info. bukan update yg bukan2 pun kan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ok aje sebenarnya tapi of courselah, kerja dulu lain-lain hal kemudian. Tapi ada gak di pejabat ni yang buat terbalik. Itulah maybe dia pun takut dengan bossesnya sendiri dari Jepun :)

      Delete
  8. tempat sy cuaca masih under control.tak nmpk pun jerubu teruk..tgok ipu kat tv byk tempat tak sihat bacaannya..lepas satu,satu ujian cuaca melanda malaysia..ramalan kata cuaca akan ok penghujung mac,harapnya begitulah

    semua pun kena mantop la lakonannya dh boss pesan macam gitu,yg takde kerja pura2 byk kerja..yg byk kerja pura2 lagi byk kerja.n pemenangnya jatuh kepada MD..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of courselah Saya yang menang award. Berapa kali dah jadi pelakon semenjak dua menjak ni kan.... habis semua pun lakonan semata termasuklah depan MIL :)

      Tengok keadaan sekarang nampak macam ok. Takda jerebu teruk lagi. Saya ni kalau pasang niat nak cuci kereta, mesti hujan turun. Kalau seminggu saya tak basuh kereta, seminggu hujan tak turun. Kebetulan tu agaknya :)

      Delete
  9. kesian kt budak2 je jerebu2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik keadaan dah elok. Alhamdulillah. Lega melihat indahnya langit biru :)

      Delete
  10. Siapa kata kita ibu-ibu yang tak layak sambut Hari Wanita? Ish.. layak tau. Macam bibik dah kerja krmas masak dan lain2 tu.. hihi.. tapi kalau nak cuti sehari tu mmg takleh dapat la.. jangan harap, kecuali masa sakit tak leh bergerak. Hihi.

    samalah kalau saya ke sekolah, dari Bandar Saujana Putra ni selalu masa jalan sesak tu mmg tahu sebab ada polis di persiaran kewajipan. Heran betul. Apa hal jaga kalau jadinya lebih sesak.. tak faham betullah.

    Haha.. kelakar juga bos MD ni. Eh ke pandai orangnya? Ikut niat dialah tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah kes mengalahkan bibik. Saya rasa kalau saya ada bibiklah tentu bibik jadi mem saya yang jadi bibik. Tak tahulah mengapa kerja rumah ni macam takda ending langsung. Lepas satu, satu kerja kena buat. Tak kiralah cekap macamana sekali pun ...

      Bos saya sebenarnya ok aje orangnya. Tak banyak songeh. Tapi saya ada 3 boss kan...yang paling atas tu yang bersongeh-songeh. Nyampah saya !

      Delete
  11. nasiblah harini jerebu dah semakin menghilang... mesti klcc and the gang dah menampakkan mukanyer...(mukaker)
    akakpun takder maknya hari wanita nak disambut.... tak taupun ... taupun pasal dengar radio.. oo ok... tapi manalah suami nak buat semuatu.. buat kita lemasjer... semuapun tak siap nanti...lastnyer esok kena buat balik...kerja lagi bertambah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak fikir ' KLCC and the gang' menampakkan apa ek? Menampakkan figurenya kot ...hahaha....

      Alhamdulillah takda jerebu dah. Lega sikit. Hujan rahmat semalam. Kereta saya pun bersih aje kena air hujan. Jimat kos.

      Kita kena mansuhkan semua hari yang berkaitan wanita sebabnya bukan kita dapat diraikan pun. Kalau ya pun boleh celebrate, sehari selepas celebration memang menimbunlah workload, kan ...

      Delete
  12. salute kat MD sibuk2 pun masih sempat singgah di rumah KA yg sunyi sepi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pssstttt.... curi tulang :)

      Pening kepala memikirkan kerja banyak so kenalah rihatkan minda sekejap :D

      Delete
  13. wah disuruh berpura pura ye
    sini hujan.alhamdulillah la, dh kurng pns n jerebunya
    alahai superheroes kasihanilah MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar tak suruh staff berpura-pura sibuk? Rasanya dia pun takut gak dengan big boss sendiri :) Itu consider nak menyelamatkan diri jugalah.

      Lega tengok hujan turun dengan lebatnya sejak beberapa hari ni. Harapnya hilang jerebu, pergilah kemarau juga.

      Delete
  14. hahah,, lawak je boss u nih. Sama jugak mcm kt ofis i. bila ada menteri atau board nak dtg, siap announce guna microfon satu bangunan dgr, supaya sentiasa berpakaian kemas sewaktu kehadiran mereka dan dilarang berlegar2 di kawasan lobi. Sape je nak gi lepak kat lobi kot ye pun. Takyah tunggu menteri dtg, sape lepak situ mcm le pegawai integeriti tak tangkap. heheh.

    So, berjaya tak tektik penyamaran u baca sukabo bhgn ads ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang sibuk tapi well, cekapkan ...huahaha... ambil ajelah mana kerja yang tak siap pastu buatlah seminit dua semasa pelawat ada. Berkerut-kerut lagi dahi ni memikirkan camna nak buat kerja...huahahaha.... Dia orang melangkah keluar aje kita terus masuk blog semula :)

      Delete

Post a Comment