Salam sayang semua !
Apahal I pulak yang terover excited dengan cuti sekolah ni? Bukannya nak ke mana-mana pun. Duduk rumah aje, bercucuk tanam *_^ Hah, percayalah tu sebijik-sebijik apa yang I cakap. I ni kan suka meroyan dalam blog. FYI, I memang tak reti part-part bercucuk tanam ni ye. Kalau dibuat juga, memang tak tahulah apa nasib segala tanaman tersebut.
Sebenarnya hari ni ada sedikit perasaan malas melanda. Maklumlah cuti sekolahkan. Nak keluar rumah pun bukan main lemah-lembut, sopan-santun nak kasi merah punch card, kan. Nasib baik juga jalanraya tak begitu sesak.
Yang membuatkan I malas hari ni kerana dah bercuti tiga hari. Oh, ya... Jumaat lepas I bercuti kerana pejabat di'public holiday'kan sempena cuti umum di sana *_* Pun I tak ke mana-mana. Bila MD dah duduk di rumah bertapa, memang meriahlah dapur. Dah ala-ala dapur restoran gitu. Asyik masak aje. Sayangnya bukti tak ada kerana I malas nak pegang handphone baru I...
Kerja makan ajelah kami empat beranak sampaikan dah naik ngeri nak naik atas penimbang. Takut laju aje jarumnya bergerak, tak reti nak berhenti di mana ~_^ Ini penangan kawan-kawan alam maya yang suka tayang menu dalam blog merekalah ni. I memanglah tak salah sesaja ...
Macamana dengan keputusan SPM anak masing-masing? Dah 4 hari berlalu, mesti perasaan excited pun dah berkurangan. Ni for sure makbapak tengah sibuk beri kaunseling percuma kat anak-anak tentang langkah selanjutnya yang perlu diambilkan, ya tak?
Pengalaman I juga dulu. Nak cerita di sini. Manalah tahu boleh dijadikan ikhtibar kat adik-adik lepasan SPM mahupun makpak yang over excited tengok keputusan cemerlang anak-anak.
I ni kan memang gila-gila minat subjek Maths, I rasa suka sangat nak ambil accountancy. Antara sebab I suka subjek Maths - 1. Masa Standard 4, cikgu Maths sayang sangat kat I sampai dipanggilnya I ni 'anakku' setiap kali bertanya soalan 2. Masa di Form 2, cikgu Maths I merupakan seorang guru wanita yang sungguh anggun, sopan, sentiasa tersenyum dan ke sekolah menaiki kereta impian I ketika itu, maka I sukalah sangat subjek Maths ni ye.
Dan lagi, sejak dari Darjah 3, I satu-satunya murid yang akan bawa buku aktiviti Maths yang my abah beli ke sekolah dan minta tolong (dengan mata bulat, bulu mata melentik-lentik) dekat cikgu Maths di sekolah tandakan buku yang I buat latih tubi di rumah tu ya. Biasanya bukan satu aje, mahu sekali hantar 4,5 buku aktiviti. Manalah cikgu tak sayang kat kita .... @_@
Dan lagi, sejak dari Darjah 3, I satu-satunya murid yang akan bawa buku aktiviti Maths yang my abah beli ke sekolah dan minta tolong (dengan mata bulat, bulu mata melentik-lentik) dekat cikgu Maths di sekolah tandakan buku yang I buat latih tubi di rumah tu ya. Biasanya bukan satu aje, mahu sekali hantar 4,5 buku aktiviti. Manalah cikgu tak sayang kat kita .... @_@
Niat I nak jadi chartered accountant kononnya. Nak belajar obersi walaupun makpak tak beri lampu hijau. Tetiba lepas dapat result SPM, makpak, siblings dan cikgu-cikgi kata, "Nape tak mahu jadi doktor???"
Akibat tekanan yang kuat juga dan takda sesiapa yang menyokong cita-cita I yang suci murni itu, maka I pun mengalah. Lagipun tak mahu kasi kecil hati makpak juga. Anak solehah katanya ...
Masuklah matrikulasi selama 2 tahun dan peluang nak ke luar negara ditegah makpak. Setahun di Seri Puteri, lagi setahun di Kuala Pilah. Yang menjadi masalahnya yang semua orang tak ambil peduli, bukan kerana I tak mahu jadi Puan Doktor. I ni takut dara darah. Masuk hospital aje pitam. Bau ubat aje, pening-pening lalat.
Puas dok hint kat makpak tapi yalah, makpak zaman dulu manalah berfikiran macam makpak zaman sekarang ni. Lagipun makpak I orang biasa, yang takdalah tinggi mana pun pelajaran mereka masa mereka muda-muda dulu. So, tak boleh nak salahkan mereka juga.
Puas dok hint kat makpak tapi yalah, makpak zaman dulu manalah berfikiran macam makpak zaman sekarang ni. Lagipun makpak I orang biasa, yang takdalah tinggi mana pun pelajaran mereka masa mereka muda-muda dulu. So, tak boleh nak salahkan mereka juga.
I ni sendiri tak pergi tadika tapi boleh baca suratkhabar masa umur 5 tahun. Sejak masuk Darjah 1 sampai tamat belajar, tak pernah pergi tuisyen pun dan biasanya memang belajar sendiri. Masa Darjah 5 dah tolong abang ipar tanda kertas soalan Matematik anak-anak muridnya. Eh, eh...melalut sampai pecah tembelang hah!
Akhirnya bila dah rasa diri ni dah boleh buat keputusan sendiri (kononnya...) kuatkan juga semangat kata tak tahan dah ni, tak leh nak jadi doktor. Maka dapat pelepasan akhirnya tapi dah rugi banyak ye. Dan .... I tak juga ambil kursus accountancy lepas tu ~_^
See, betapa sia-sianya mengulangkaji pelajaran dengan jayanya, keputusan exam yang bagus akibat tak bertegas dengan kemahuan sendiri ... *sedih ni, sedih...*
Kalau ikutkan sejarah keputusan peperiksaan yang besar-besar, I ni dah sepatutnya jadi surgeon. Dok goyang kaki kat Prince Court bagi kaunseling pastu collect ribu-riban tiap bulan. Kalau ikutkan keputusan juga, mahu dah jadi CEO company sekarang ni...tapi itulah, takdir menentukan segala. Kalau bukan takdir diri, memang begitulah jadinya.
So, adakah dengan curahan perasaan ni I rasa menyesal?
Tidak, tidak juga. I masih berpandangan positif. Walaupun still makan gaji dan tak jadi surgeon mahupun akauntan bertauliah, I masih happy dengan kehidupan ni. Kalau I tak pilih jalan ini, I tak akan jumpa Hubbydearie. I takkan ada Bubbly Abang dan Adik Cute. I takkan rasa happy cam ni juga. Jadi walaupun sedih pada mulanya, I tetap redha dengan segala takdir. What more do I need when I have three important superheroes in my life right now @_@
P.S. Aduhai.... nampak sangat terang dan nyata tajuk takda kaitan pun dengan content...
P.S. Aduhai.... nampak sangat terang dan nyata tajuk takda kaitan pun dengan content...
keputusan SPM anak2 buah ada yang merudum ada yang cemerlang..ada yang kena repeat...cuti sekolah xde plan bilamana mama nak cuti tp boss belum cakap apa lagi....letih...
ReplyDeleteBanyak anak buah SA yang ambil SPM last year ye... adatlah tu SA. Ada baik, ada tak berapa baik. Yang penting lepas ni kenalah kerja keras untuk menjamin masa depan yang lebih baik :)
DeleteSaya pun tak cuti ke mana. Baru nak masuk April, jumlah cuti dah semput aje tengok ...
keputuan cemerlan bukan menjamin hidup dngan kerja bagus..byk yg keputusan tak bagus tp berjaya dlm hidup..hidup ni kadang2 bergantung ada nasib..so kena redha dengan takdir..klu redha n brsyukur dengan apa yg kita ada Insyaallah hisup mesti happy..
ReplyDeleteyeahh cuti sekolah..sy ni keja deret tkde cuti mentang2 la sy dh cuti dulu sebelum cuti sekolah..kesian aiman mati kutu cuti seminggu dok rumah.hehe
Betul tu, PK. Bukannya kalau tak lulus periksa terus gelap masa depan. Sepupu saya dapat pangkat tiga aje masa SPM tapi tengoklah sekarang ni, rumah banglo ada, kereta besar ada, duit pun berkepuk2 dalam bank. Tapi bukanlah kita nak kata tak payah berusaha langsung, tak perlu dapat keputusan baik dalam periksa. Kenalah berusaha belajar, ya tak? Cumanya kalau dah berusaha tapi tak berjaya juga, kenalah redha dengan takdir. Ada hikmahnya tu ...
DeleteMemang apa yang MD pilih itu lah jalan hidup yang Allah dah tentukan sebenarnya. Ada kaitan dengan gerak hati jugak. Sebab itulah boleh jumpa dgn HD tu. Kalau saya plak, saya minat art. Tapi mcm takde sape encourage saya utk buat apa yg saya suka. Amik IT pun sbb abg suruh. Pastu bukan minatpun. Dah la tak pandai mana pun bidang IT ni. Chis je rase. Skrg saya sangat mengidam nak sambung belajar bidang art, tak kira la art apa2 pun. Art and Design ke. Tapi tak tau nak terpa hala ke mana. Hehe.
ReplyDeleteSebenarnya kalau fikir baik-baik, memang dah tersurat takdir saya begitu. Mungkin kalau pun jadi surgeon, saya tak akan berjaya dalam hidup gak. Mungkin kalau jadi accountant, saya tak senang hati juga. Kita nampak luaran aje yang indah-indah. Lain-lain tak nampak. Saya pun sebenarnya takda menyesal pun. Banyak yang saya dapat sehingga kini walaupun impian saya berkecai pada mulanya :)
Deletesetiap benda atau perkara yg terjadi ada hikmahnya..nas x minat matematik..dari kecik lagi..kalu time matematik je,,mst rasa mengantuk..hehe..pelik kan..owg slalu cakap time sejarah yg mengantuk..yg nas pulak terbalik kot..hahahaha..lepas nas abes spm,,ibu nas soh pursue diploma in early childhood education..sbnarnyer xda la minat sgt cos nie..tapi disebabkan cos nie xda byk mengira,,tu pasal la nas setuju aje..x sangka time blaja tu minat semakin banyak dan mencurah ke ladang gandum..sampai la lepas grad,,nas jadi cikgu tadika..laa nie plak,,sambil mengajar nas jadi agent takaful..nak jadi agent pown kne byk mengira jugak kan..tapi xda la yg teruk sgt..hehe...
ReplyDeletep/s: jgn lupa follow nas taw.. http://morn26.wordpress.com
Orang selalu katakan Nas, ibubapa suka aje menyuruh anak-anak buat apa yang mereka tak mampu buat pada usia yang sama. Tapi pada sayalah sebenarnya, mereka mahu kita berjaya. Mereka fikir kalau jadi doktor, engineer (kerja yang glamor2 aje pangkatnya) mungkin anak-anak akan hidup senang di kemudian hari. Tapi itu luaran saja. Apa yang tersirat tak semua orang tahu. Bila saya fikir-fikir balik, saya rasa ada bagusnya saya tak jadi surgeon mahupun chartered accountant seperti yang saya mahukan. Hidup sekarang ni pun takdalah buruk sangat gambarannya :)
Deletebetullah, cerita kita mcm lebih kurang sama sgt.. apapun jalan yng KA Pilih sekarang ni KA rasa sgt2 bersyukur & yahin sgt, Allah dah tentukan ini yg terbaik for KA , alhamdulillah !
ReplyDeleteSampai bila nak meratapi nasib, ya tak KA? Kalau kita dapat apa yang kita nak pada mulanya, mungkin ada perkara lain yang kita terlepas. Yang penting, tak perlu menyesal sangat dan redha aje pada qada' dan qadar.
Deletedah tertulis masa depan kita walaupun kadang2 terdetik ayat 'kalau aku sambung belajar dulu...'
ReplyDeleteSekarang ni kalau saya berfikiran begitu (Kalaulah aku jadi doktor, kalaulah aku jadi accountant blah, blah,blah...) yang negative sides aje saya fikir...hahaha... Dulu-dulu memang fikir yang positif aje...rasa hidup mesti senang dan tenteram kalau jadi doktor mahupun accountant. Sekarang ni kalau takdir boleh diubah, tak nak kot saya jadi doktor/accountant lagi :)
DeleteKehidupan sebagai consultant di private hospital, tidak seindah yang di sangka...believe me :)
ReplyDeleteSaya, pada peringkat sekarang...lebih pentingkan quality time with family...tak kaya raya jutawan pun takpa...asalkan cukup sekadarnya..tak susah, tak terlalu senang...:)
Biasalah DZ. Kita nampak yang luarannya aje. Rasa macam best aje kalau dapat jadi consultant ke, accountant ke....Tapi la ni saya tak rasa kalau masa boleh dianjak, saya nak jadi doktor mahupun accountant :) Kalaulah masa muda dulu kita boleh tahu apa akan berlaku pada masa hadapan, memang saya nak jadi WAHM aje :)
DeleteWeyh...okje pun syok jugak cuti sekolah ni ....tak payah nak jadi supir, tak payah nak kecoh kecoh buat sarapan pepagi...pendik kata relax dari biasalah...hehe....
ReplyDeleteBila awak cakap awak boleh baca paper walaupun kecik lagi, teringat kat sorang sedara okje ni, masa Okje kecik kecik... semua org kagum dgn dia sebab dia ni boleh baca paper umur 5 tahun sedangkan OKje yg sebaya pun tak kenal lagi huruf ABC masa tu.....hehe....mmg genius gamaknya awak ni MD.... tapi tulahkan tak de sapa yg boleh menolak takdir Allah....
Alah tak jadi surgeon pun sekarang ni dah jadi boss, sama jer gaji pun beso, OK jugak.....belah belah kertas jer....OK apa....tak keluar darah haha....
Untung supir dapat cuti seminggu tempias cuti sekolah yek! Saya memang tak dihantar ke tadika pun OKje sebab arwah abah kata nak watpa gi tadika kemas kalau saya dah pandai baca. Pergi tadika sebab nak kenal huruf. Ni saya setiap hari tunggu abah balik kerja bawa suratkhabar sebab nak baca. Entahlah gene siapa yang saya dapat. Tapi tulah, tak payah nak sesal-sesal tak sudah. Redha dan syukur dengan rezeki Allah beri. Ada keluarga, ada kerja, hidup pun gembira sudahlah :)
DeleteEh, sesekali kena paper keluar darah tau .... *_^
Md sama la macam hero bongsu acik ni.kalau maths tu A+ saja...apa yang suka sangat mengira tak tau la..tapi bukan nak jadi akauntan pun dia.doktor pun tak mau..sampai dulu dapat tawaran sekolah sains pun tolak.acik tunggu je dia dah buat pilihan..tunggu je tawaran kan MD.kalau tawaran tidak menepati pilihan.dia x nak katanya..sabo je acik.yang nak belajar dia
ReplyDeleteBestlah Acik Maths ni. Tak payah nak menghafal. Tak payah nak membaca. Mengira aje. Kira-kira ni kalau tau caranya memang senang. Tapi la ni dah lama saya tak mengira. Semua pakai kalkulator aje :) 1+1 pun dah lupa ^_^
DeleteBiarlah Acik ikut aje apa yang hero Acik nak. Cakap kat dia, dia yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas masa depan dia sebab kita makpak tak campur tangan pun paksa ambil kursus ini, kursus itu, suruh jadi ini atau itu. Jangan nanti menyesal sudah. Yang penting, apa yang dipilih tak menyusahkan dirinya di kemudian hari dan masih berpegang pada jalan yang benar :)
Hihi best bc entry ni hihi.mmg betul tu.kdf2 kita x sangka kita jd mcm kita skrg ni hihi.semuanya dsh ditentukan allah.kadang2 kita rasa menyesal...tp kemudian Allah akan bg ilham n pencerahan utk setiap persoalan kita.and kita bersyukur n happy!
ReplyDeleteRasa marah dan kecewa pada mulanya mungkinlah. Maklumlah usia muda memang amarahnya pun boleh tahan :) Tapi bila dah meningkat usia, kita dah boleh nampak apa hikmahnya kita tak jadi begini atau begitu. Semuanya sudah ditetapkan. Tapi tak bermakna kita tak perlu berusaha langsung, ya tak cikgu :)
Deleteklu tak akak seorang doc lah yer.. takpelah...
ReplyDeleteapa yg berlaku pasti ada hikmahnya..
ermm lyn takde kemana2 cuti sekolah ni, maklum lah awak takde anak..
tapi klu cuti sekolah sekali dgn cuti kerja kan best..
Akak tak bercita-cita pun nak jadi doktor. Akak nak jadi akauntan sebenarnya. Ada ke masa isi form masuk uni, cikgu sekolah (cikgu kesayangan ni, cikgu maths lagi...) boleh kata watpa orang perempuan nak jadi akauntan. Susah kerja tu, Cepat gugur rambut. Keluarga pun nanti terabai. Wah, akak dengar masa tu terus patah hati. Bukan sebab termasuk jarum kata-katanya tapi sedih sebab cikgu yang akak suka leh cakap macam tu, tak support pilihan akak. Makpak pulak langsung takda idea akak nak jadi apa, ikut aje trend masa tu sebab ramai anak orang yang cerdik pandai memilih jadi doktor. Kalau akak ada keinginan jadi doktor, memang tak berhenti di situ...memang nak jadi surgeon takpun gynae ke... hahaha....
DeleteWell, itu namanya takdir kan... Tak kisahlah... yang penting akak happy gak sekarang ni :)
Kalaulah pejabat tutup masa cuti sekolah alahai bestnya ...
eh ada persamaan rupanya kita… saya pun minat maths dari kecik lagi hingga bercita cita nak jadi cikgu maths… tapi terpaksa tukar cita2 lepas jadi cikgu sementara.. baru rasa susahnya jadi cikgu…. hihihi
ReplyDeleteCuma saya sikit bernasib baik sbb takde orang suruh jadi doktor dan my mum pun mmg tak galakkan anak2 dia jadi doktor… my abang yg dah nyaris2 nak jadi doktor sempat di'divert' jadi engineer… hihihi… terpaksa my abah pasrah dgn pilihan my mum…
Pernah saya jumpa sorang lecturer utk jadi refree bila apply master, bukan main lagi dia tanya, Naper tak jadi doktor? Rugi dapat result cantik tapi tak jadi doktor… Saya cuma ckp yg saya minat gila2 kat maths… hahhaha
Ada juga my friend yg dah ikut kursus doktor, tapi setahun lepas tu join kami ambil kursus math… katanya jiwa dia tak boleh jadi doktor… Tapi betul la kan, apa yg kita buat kena ikut minat… jgn terikut ikut dgn kawan… yg tu saya selalu beri nasihat kat pelajar2 bila mereka minta pendapat nak keje/ambil course apa :)
Anak saudara saya pun ambil Maths juga di uni lepas tu ambil kursus perguruan. Dia minat Maths juga tapi rupanya minatnya tidaklah begitu mendalam macam saya. Saya dah kata, kena cari hala tuju sendiri jangan ikut orang lain :) Yalah kita dah merasakan tak mahulah orang lain pun kena juga.
DeleteSaya memang takda feeling pun nak jadi doktor. Entahlah mengapa padahal masa tu memang hampir semua rakan-rakan sebaya nak menjurus ke bidang tersebut. Kalau saya kuatkan sikit kata hati, mungkin dapat buat accountancy kat UK...hahaha...
Tapi takpalah Nur. Saya pun bukan menyesal. Kalau sekarang tanya saya nak ke jadi doktor mahupun akauntan, dua-dua pun saya tak mahu :)
tulah rancangan allah.
ReplyDeletememang kadang2 rasa kalau boleh ulang balik masa lampau banyak nak ubah ni. pilih mna yg best. haha.. tulah masa yng lampau tak boleh diubah. ni lah agaknya kadng2 parent nak suruh anak jd itu ini..ikut kehendak dia..sebab dia tak dapt dulu.
Kalaulah boleh dianjak balik masa tu, part kerja saya tak kisah. Saya nak jadi muda belia semula...hahaha.... ngengada aje bunyinya!
DeleteBetul tu ada gak makpak yang tak dapat apa diingini, suruh anak tunaikan impian. Saya taknak tetapkan apa-apa untuk anak saya. Mana mereka menjurus, saya akan sokong aje asalkan tak melampau batas agama dan kerjanya baik sahaja. 'Hidup senang' tu sangat subjektif definisinya. Pada sayalah ... :)
segala yg berlaku ketentuan Allah... terima saja susunan Dia tu...hhhee... saya plan dulu nak jadi dancer...hahaa...skang ni menari ngan penyapu mop je
ReplyDeleteYa ke ni Msred nak jadi dancer? Macam tak percaya pulak! Takpalah kalau kat rumah tu boleh aje kita menari sorang-sorang kan masa tengah berkemas :)
DeleteLega dapat cuti seminggu ni. Baru rasa lega jadi cikgu.. hihi. Kalau tak asyik rasa susah je kejenya.
ReplyDeleteAllah Maha Menentukan segalanya... macam MD kata, hikmahnya adalah dpt jumpa HD dan ada anak2 yang comel tu. Cantik aturan yang Allah dah buat.
Bestnya kalau kita orang pun leh cuti ikut cuti sekolah :) Aduhai, melampau permintaan (tapi dalam hati berdoa gak manalah tahu boleh dimakbulkan...)
DeleteItulah AN. Mulanya memanglah rasa nak marah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Tapi bila masa berlalu, ada hikmahnya saya tak jadi doktor mahupun akauntan. Jangan-jangan terusan membujang kot sebab kerja sangatlah hectic takda masa nak fikir personal matters nih :)
baca curahan rasa MDni sebenarnya akakpun nak tulis benda yang sama tapi tuler pandai nak menulis panjang2 cam gini... akakni memang nak menulis kena ada gambar.. tu terbantutler cita2 nak menulis kisah kehidupan selepas SPM..
ReplyDeletememang bukan nak menyalahkan takdir tapi mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk anak2 juga ibu bapa... SPM bukanlah segalanya .. tersilap memilih memang hancurlah juga masa depan.. memang dulu mak bapak kita kalau boleh nak anak2nyer ambik bidang yang profesional.. tak nak jadi macam diaorang.. tak terbuka fikirannyer yang ambik bidang biasa2 tapi kerjanyer jadi luar biasa.. macam diploma F&B, fashion design... mana mak pak nak bagi..
sebabtu sekarangni anak2 kalau kurang sikit pelajarannyer janganlah di kritik.. ada kelebihan dia yang tersembunyi.. moga kita mampu merungkaikannyer...
Betul tu, Cho. Masa tu makpak cuma nampak profesion yang glamor aje. Yang katanya senang hidup anak-anak nanti :) Dari segi luaran memanglah nampak senang aje tapi kalau ditimbang balik ada susah senangnya di kemudian hari. Sekarang ni makpak dah tak heran anak nak jadi doktor ke tidak. Banyak lagi kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Pendekata usaha mahu adalahkan ...
Deleteamboikan cuti skolah bercucuk tanam yek...menanam taugeh yek hehe...*gurau
ReplyDeletesamala kitew cuti sekolah Nood makan jek selalu..dah terbuntang perutnyer haha..
bagusnyer MD suka math ikagum tau orang pandai math kalo saya nampak tulisan pun dah berpini lalu ngantuk
Gempaktu result letup2 takpa lepasni adik abang mewarisi kepandaian mummy..
Hahaha...nak kasi taugeh tumbuh subur pun tak retilah, Lizz!
DeleteSelalunya tukang masak tak suka makan tapi entahlah apa dah jadi kat diri ni ...hehehe....asyik aje nak menyalahkan takdir, tak mahu salahkan diri sendiri... melampau sungguh :)
Result gempak pun saya masih di sini...makan gaji buta :D