Hadiah dari SA lagi dan hasrat hati ni ...

Hehehe... memang nak kena babat MD ni tau! 

Punyalah lama dah berzaman dapat hadiah daripada rakan blogger, baru ni nak tayang dalam blog. 

Terima kasih, SA atas hadiah ni *_*

SA, minta maaflah banyak-banyak. I ni busy tak tahu nak cakap apa. Entah apa yang dibusykan pun sebenarnya tak tahu ...

Ini hadiah dari SA buat kali kedua kerana menang pertandingan  ratu cantik peringkat tadika kerana jadi top three commentators untuk bulan Februari. Ya, ya, tak silap baca. Bulan Februari bukan Mac. I ni lambat pikap update.

Thanks again buat SA yang pemurah *_* Nanti first time buat giveaway, saya pejam mata bagi SA menang ye! Shhhh... jangan bagi tau kengkawan yang lain ek! Rahsia nih! Kita berdua aje yang tau ...

Ok, mari kawan-kawan listen to my merapu story! Jangan lupa buat exercise ringan - tarik nafas panjang-panjang and then lepas. Wey, lepas nafas bukan lepas yang lain!

Agak-agak you all, boleh tak I nak tempek resepi tak mudah dalam blog ni? Yalah, bukan apa. Tahu ajelah bila I mula menulis nanti... Resepi yang pendek pun boleh jadi panjang jadinya. 

Cuba bayangkan ye ... ni contohlah kononnya. Resepinya begini,

'Masukkan 3 cawan santan pekat ke dalam periuk'

Kalau I yang menulis resepinya mesti jadi begini,

...Masukkan 3 cawan santan pekat ke dalam periuk. I beli santan pekat jenama M&S yang boleh didapati di pasaraya saja. Harganya dalam RM2.20 saja. Kalau nak senang beli aje yang 1 liter punya blah, blah, blah ....

Memang sesiapa yang membaca entri resepi I ni kena bertabah selalulahkan bila I dah start sharing is caring ni. Bayangkan aje kalau I nak kongsi resepi pilov memang nangis-nangislah membacanya. Bahan aje dah kena scroll berpuluh kali, itu belum masuk cara-cara penyediaan lagi. 

I kan kalau menulis memang nak kena sedetails yang dapat. Mahu layu mata membacanya. I guess lepas selesai aje you all baca 'cerpen' resepi I terus kebaboom kepenatan dan hilang mood nak mencubanya!

So what say you?

Hehehe, lepas fikir masak-masak, lebih baiklah tak buat resepi sharing is caringkan. Selamat jiwa raga you all yang membacanya ~_^

Well, meh masuk hasrat hati yang lain pulak ...

Sebenarnyakan I teringin sangat nak dapat komen berbentuk soalan cam ni,

MD ni kalau sehari tak merapu boleh tak agaknya?

Dan sebelum ditanya, I jawablah siap-siap,

Tak boleh, Diknon, Kaknon semuanya!

Yang paling best lagi nak reveal (macam orang lain excited aje nak tau) I ni sebenarnya talam dua muka ada dua personaliti *_*

Kalau berpeluang bertanya dengan orang yang mengenali I sejak dahulu (of courselah tak dapatkan...keh3x) memang mereka akan kata,

MD ni sebenarnya very the pemalu person. Jarang nampak dia berbual. Very the sopan gitu. 

atau,

Dia tu siapa tak tahu.... memang sombong. Susah nak buka mulut berbual dengan orang! Asyik dengan geng-geng dia aje ...

Kalau tanya kat kawan-kawan sekolah,

Dia ni perempuan Melayu terakhir. Mana boleh datang dekat. Tak dilayannya orang cam kita nih....

Kalau ditanya pada kaum keluarga dan kawan-kawan rapat,

Dia ni siapa tak tahu...tak reti berhenti gelak. Manja ngengada kengkadang. Entah apa-apa nanti dia bergurau. Selalu tak masuk akal aje!

Wah, banyak rupanya komen negatif buat I yek! (Eh, apasal tetiba pulak sendiri jawab sendiri terasa ...)

Kawan-kawan alam nyata yang pernah mengenali I semasa zaman sekolah rendah, menengah, pra-u, uni dan semasa mula-mula bekerja memang pasti terkezut proboscis kalau ada kawan-kawan alam maya beritahu mereka,

MD ni very the happy go lucky person. Suka berceloteh, bergurau tak ingat dunia dalam blognya!

Kawan-kawan alam maya memanglah selalu nampak MD yang riang gembira dan suka berceloteh sesaja tetapi sebenarnya di alam nyata, I ni ada sedikit pemalu orangnya.

Kalau berjumpa, bila orang senyum kita pun senyumlah. Kadang-kadang kita senyum, orang tak senyum memang kita tak senyum-senyum langsung lepas tu *_*

Sebenarnya di pejabat ni pun bukan dengan semua orang I ni 'friendly'. Tengok keadaan juga. Kalau tidak, senyap aje dengan muka 'sombong'. Kalau dengan kawan-kawan yang dah biasa bergurau-senda, memang tak kering gusilah kita bergelak ~_^

Yang sebenarnya I ni bukan sombong cuma pemalu. Alahai, nampak macam cliche sangatkan. But it's true ... I memang ada rasa sikit malulah bila pertama kali bertemu. Lagipun I memang suka tengok gelagat orang. Kalau I rasa tak boleh nak in sangat, memang I tak berapa nak bermesra, bantai gelak ketawa gitu. Dahsyatkan MD nih...

Tapikan janganlah dituduh I tak suka berkawan. Kalau I tak suka, tak mungkin I berblogging sekarang dan tak mungkin I suka blogwalking juga. Salah satu sebab I selalu 'ke udara' di blog ni sebab nak mencari lebih ramai kenalan, bukan musuh. I pun bukannya nak berlagak baik juga. Memang dah berzaman sikap begini samalah seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Oppsss, I tak main ler bercintan-cintun sekarang ni apalagi dengan kawan sejenis! Kih3x. 














Comments

  1. ada cita2 nak jadi surirumah sepenuh masa ke MD ,.. hehehe, rajin & baik betul SA ni yer. done nuffnangx2 kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cita-cita tu memang ada, KA cuma keadaan masih belum mengizinkan. Kalau jadi surirumahtangga sepenuh masa, mungkin juga lebih cepat kena BP dan rangkaian penyakit yang lain-lain :)

      Delete
  2. wah dah dua kali dpt..nmpk sgt MD kuat meroyan komenkt blog SA

    ohh pemalu rupanya..pemalu takpe tapi jgn sombong,,tp klu kita kurang mesra n suka wat hal sendiri mmg selalu dicop sombong..:)

    dah siapa pulak gosip MD bercnta dengan rakan sejenis ni?huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila tak hebat meroyan.... cuba tengok kat blog PK, ada tak nama MD gak? Hahaha...memang saya nikan gila meroyan gitu :) Siap main slow down bagai jangan sampai nama asyik dok top ten. Malu eh...

      Sombong idak ler tapi bila banyak sangat mutiara dalam mulut memang susah sikitlah nak mulakan suai kenal. Kalau kita datang meminang nanti pun kita senyap aje...awak ler tetapkan apa-apa yg awak nak, kita angguk geleng aje...hehehe....

      Delete
  3. betul MD..melaui blog kita boleh menambah kawan
    acik memang rasa nak tutup..sebab rasa macam dah tak sesuai..yang semua semua muda2 acik dah expired nak pencen dah,,tapi saying pulak..sebab suka baca blog golongan muda2 ni..bila cerita tentang anak2 acik suka baca..teringat/terkenang masa besarkan dan layan kerenah anak2 masa anak2 klecik dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, janganlah tutup blog Acik. Sayanglah...lagipun bila dah kenal mesra macam ni walaupun setakat alam maya aje, kita rasa macam dah lama kenal kan... Lupakan perbezaan usia. Bukan ada apa pun...

      Delete
  4. Dah 2 kali dah dapat hadiah dpd SA yeh.....dpd OKje? entah bila .....hehe....bakhil sungguh gayanya!
    Wey, ni dah cukup bertabah dah ni baca entry awak dari mula sampai habis...kekadang esok pulak nak komen sebab tak de idea ke nak mahamkan cerita tak taulah yg mana hehe..... acah aje .....
    Serious okje OK jer...no issue le kalau kena baca cerpen dengan syarat cerpen nya ada ngumpat ngumpat sikitlah hehe baru kick hoho.....

    Ohhh gitu rupanya awak ni....lebih kurang jer kita ni MD....baru jumpa haruslah malu nak tunjuk taring, slow slow baru menyeringai hehe....Kata org masuk kandang zirafah makan pucuk, masuk ladang hippo berkubang...masuk geng yg suka kentang kenalah belajar belajar buat olivye.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, ni nak tanya juga nih...bila nak hantar hadiah ke rumah beta? Lama sungguh beta menunggu hadiah dari langit tu.... Janganlah bagi hadiah pengomen lalok/tegar, I is malu gitu.... Nampak no suka meroyan lebih-lebih.

      Yalah tu datang dua, tiga kali nak memahamkan cerpen. Eh, baca cerpen bukan kena fahamkan betul-betul apa. Janji baca laju-laju dan dapat tangkap isi tersirat. Keh3x.... Kita ni kalau tak menulis panjang-panjang rasa macam tak lepas tension dalam hati...huahahah....

      Eh, OKje pun pemalu jugak ek? Macam tak percaya pulak.... Nanti kalau kita keluar dating minggu suai kenal, kita belanja awak makan kentang aje yek.... awak mesti suka !!!

      Delete
    2. Boleh aje nak sumbat apa pun...kentang boleh.....pucuk boleh....hehe.....kalau orang belanja boleh je pape pun.....
      Pemalu jugaklah...mula mula... katanya pompuan... lepas tu dah kenal, baru jadi drakula hehe....

      Delete
    3. Ni nak kena standby duit lebih sikit ni..melalui jawapan dah tahu betapa rakusnya kawan kita yang seorang ni. Nanti bila jumpa dua-dua pun malu lepas tu penuh meja melantak tak ingat suami masing-masing. I segan pulak bila membayangkan 'pertemuan' kita tu nanti, you .......

      Delete
  5. MD yg suka berceloteh panjang di blog.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, betul! Lima markah diberi... hadiah tak tahulah bila nak bagi :)

      Delete
  6. Tu dia.. pengakuan eksklusif dari MD…

    Tapi bila ai baca kan, mcm sama pula kita… kalau orang tak tegur dulu, jangan harap saya nak tegur orang tu dulu… ai pun jenis pemalu yg amat tau…. mmg ramai juga yg labelkan ai sombong bila tak kenal… tapi bila dah kenal, mmg cakap non stop… hahahaha

    Tapi kalau kat blog ni, bila baca blog kawan yg sekepala, tanpa segan silu tinggalkan komen… berani pulak tegur menegur ni.. rasa mcm kokodei pulak, hidup dua alam… hihihi, jangan kasi penampar kokedai udah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, cara Nur sebut eksklusif tu buat saya rasa macam selebriti pulak. Kalah Hanez Suraya tau :)

      Part cakap non-stop tu memang ada dalam darah kot... Yalah mula-mula kenal nak tengok gak boleh ke orang ni terima sifat peramah aku nih...Kang kita bantai buat lawak bodoh, dia tak gelak pastu tak sengih...malu eh muka perempuan melayu terakhir... tak boleh, tak boleh...biarlah kita bersikap high class first time pastu barulah menyerlah sikap-sikap ganas yang lain :)

      Delete
  7. Bunda pun jenis yang pemalu..nampak macam tak mau campur orang,.. sebenarnya bunda juga jenis yang terlalu rasa rendah diri...takut macam orang tak nak geng ngn kite....bunda nak tengok dulu orang tu bolih masuk tak dengan kita...

    Tapi bile dah mesra...dah kenal..bunda bolih jer di buat kawan..betul lah tu ...tak kenal maka tak cinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah Bunda... sifat rendah diri tu memang ada cuma besar kecil aje. Saya pun kadang-kala ada rasa rendah diri juga. Mula-mula memang terasa musykil boleh ke kita ni berkawan dengan si polan, si polan tu tapi bila dah kenal rupanya si polan, si polan tu pun sama aje perangai buruknya :)

      Delete
  8. singgah sabtu
    thniah. itu tandanya md ni suka berkawan suka ziarah menziarah walaupon hanya di alam maya.

    sy pon kadng kdng org kata sombong gak. kalau dgn mmber yg dh biasa tu xda nya nak malu2 hihi

    bukan md lah kalau x berceloteh panjang berjela tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kurang mesra dengan senyuman memang itulah sangkaan orangkan, CikSu. Tak boleh juga nak salahkan orang dah perangai kita pun sama aje, tak reti nak hulurkan salam dulu :)

      Aha, betul, betul, betul.... Kalau tetiba saya tulis pendek-pendek memang ada masalah tersiratlah tu :)

      Delete
  9. Haha.. kelakar pula entry ni. Ni maknanya mood MD dah pulih. Betul tak? Alhamdulillah.. saya nak komen la.. MD, boleh tak jangan tulis tanpa gambar? Hahaha sanggup cari gamba tiap2 entry ?

    Pemalu? Eh very pemalu? Boleh caya ke ni? Saya kutang percaya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak percaya? Sampai hati... Ni memang betul ni.... Saya memang pemalu. Kalau terjumpa saya, silalah tegur kalau tidak saya buat-buat tak tahu aje sebab malu nak menegur...hehehe....

      Mood dah oklah walaupun hati sedikit lara...nak buat camna hidup kena teruskan ya tak... tak kiralah kita suka atau tidak dengan apa yang berlaku ...

      Delete
  10. Assalamualaikum..

    Hahaha ala kak..org ni mmg senang menilai org..xpe jnji kite tau kite mcm mana kan...

    kak...blog akk best...nak2 kalo baca akk bergusti dgn ank2 akk yg comel2 tuh kan...mmg seronok baca

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sofia!

      Kadang-kadang rasa macam asyik cerita pasal anak-anak aje nanti orang kata apa...tapi itulah puncanya akak menulis blog ni. Nak kongsi cerita tentang anak-anak. Mereka kan makin membesar, manalah tahu satu hari nanti kita terlupa apa yang pernah berlaku semasa mereka membesar...ada juga blog nak buat rujukan :)

      Delete
  11. tang sendiri tanya sendiri jawabtu tak boleh tahan akak membacanyer.. der yerk gitu ... tapi memangpun akak selalu fikirkan kalauler cerita hidup akak di drama atau filemkan tentulah ramai orang yang tak suka akak dari suka... ha.. ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konon-konon soalan orang tanya, orang lain jawablah... saya tukang tuliskan soalan dan jawapan aje...Pastu boleh terasa...ni yang tak berapa nak faham.... hahaha....

      Saya kalau nak didramakan/difilemkan kisah hidup ni memang makan masa. 3 jam mana nak cukup. Memang masuk dalam GBR ler sebab filem/drama terpanjang yang pernah dibuat orang :)

      Cerita saya banyak menarik Cho... pada sayalah...pada orang saya tak tahu :D

      Delete
  12. hahaha... part tempek resepi panjang berjela tu tak tahan. okay apa md suka berceloteh meleret2 camni, tgk la, yg komen pun semua tahap2 boleh buat satu entry dah masing2. blog md ni dah macam centre of blogger buat entry secara berjemaah, tapi sebenarnya hanya komen je. kehkeh.

    kalo md ni pemalu, saya percaya. biasanya org2 pendiam ni mmg banyak idea. sbb tu dia mampu tulis panjang2 sbb dia pendam itu idea skali keluarn nahhh... amekaww...

    saya di alam nyata kawan2 kata saya pak lawak. padahal selalunya saya tak buat lawak, tapi org ketawa. huhu. nasib la badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, saya pemalu bukan pendiam :) Mulut saya ni mana reti katup sendiri. Mesti nak kena shooo baru terkatup dengan sendirinya...hahaha...

      Ha'ahlah...dia orang ni tak penat ke komen panjang-panjang? Tapikan saya ni sebenarnya sedang mengajak rakan-rakan, handai taulan alam maya untuk merajinkan diri menulis entri. Takpalah mereka takda idea dalam blog masing-masing, mereka bantai tulis idea mereka dalam blog saya pulak. Tapikan Lyd, saya rasa kita berdua ni memang spesies yang tak kering ideakan... I gelakkan you, you gelakkan I... memang padanlah muka kita nih.... Saya tak nampak pun muka Lyd ni kalau tengok terus nak gelak. Nampak macam serius aje orangnya. Kalau saya jumpa, memang confirm saya tak hai,hai, bye,bye dulu. Kang saya sengih, Lyd buat dunno where aje... nyesal saya kang meronta dalam hati rasa malu teguran tak berbalas. So pointnya satu aje - saya memang pemalu. Nampak tak? Nampak tak betapa kreatifnya saya nak sampai ke point yang penting tu? Hahaha....

      Delete

Post a Comment