Khas buat Geng Meroyan MD

Salam sayang semua!

Entri kali ini didedikasikan buat geng meroyan MD yang berada di dapur rumah MD sibuk makan makan sampai kosong tin biskut Munchy's dikerjakan sambil bergossip sehingga tak ingat nak balik rumah yang berada di sidebar sebelah kanan. Silalah jenguk-jenguk kalau terasa nak tahu ya *___*

Buat you all semua, dengarkanlah lagu ciptaan dan dendangan ucapan apresiasi (you all boleh guna perkataan ni, ahah...tak boleh kan...) dari MD buat kalian semua. Semestinya panjang bermaharajalela tok gajah, tok ketua semuapun bersangkut paut maka seperti selalu pandai-pandailah tarik nafas dalam-dalam dan baca :-

Sejak bergelar blogger kuat membebel dah nak hampir setahun usianya, MD sangat berterima kasih pada you all semua yang sudi singgah rumah, berkomen romen kat sini serta berjiwa kental menghabiskan cerpen hasil karya MD ni. MD tahulah MD bukannya sesiapa pun yang menyebabkan you all sanggup bertenggek bergosip secara berjemaah dengan MD di sini. Masa berharga you all yang terbuang di sini dan sokongan padu terhadap perjuangan MD menulis panjang lebar, amatlah menceriakan hati MD. Kerana you all jugalah, MD bersemangat nak menulis tanpa henti, berkongsi apa sahaja yang boleh dikongsikan bersama tidak termasuk Hubbydearie dan superheroes ya.

Minta maaf ya sebab kadang-kala entri MD memang tak masuk akal dan beretika pun, tapi you all semua tetap membaca hingga ke titik noktah yang terakhir (Eh, lupa pulak ada titik noktah ke dalam setiap entri MD ek?)

1. Buat OKje @ MamaZir@Mak Jilapah@jiran pertama sebelah kanan@geng bas sekolah, sekapal, sekampung dan segala gangsterlah segala gurau-senda hanyalah rekaan semata-mata makanya janganlah ambil hati sampai tak mahu beri salam bila datang rumah ya. Walaupun terpaksa bertafakur sejenak untuk memikirkan komen yang bernas untuk setiap entri, kedatanganmu sungguhlah menggembirakan hatiku. I know ler you memang tak heran kalau I tak bertandang ke rumah you but I happy gila sebab you still datang merentungkan peralatan memasak kat rumah I ni!

2. Buat Cikgu kecil molek walaupun dah beranak dua@Aisy Nasiha@ jiran pertama sebelah kiri, terima kasih juga kerana selalu menjengah ke rumah walaupun sibuk menanda buku murid-murid sampai nak juling mata jadi alasan nak lompat kijang atas katil ler tu. Sungguh ni MD terharu sangat rasanya kerana ada seorang cikgu sekolah dalam geng meroyan MD. Terima kasih juga kerana tidak pernah menegur tatabahasa, nahu mahupun segala jenis perkataan baru yang MD gunakan di sini. I know you still understand what I am talking-talking, yes, no, alright?

3. Buat bakal besan yang makin lama makin jauh nampaknya jodoh anak-anak kita@Puan Kutu@ jiran depan rumah yang I lebih rela call you PK, you know ... yang jauh nun di utagha sana, terima kasihlah sudi datang sini skodeng Adik Cute selalu (I know, I know memang you suka skodeng bakal menantu...) walaupun katanya Cik Pia makin hari makin terserlah kerajinannya, dengan ucapan - bekas abu rokok suamimu dah berganti ke belum? Kalau belum silalah beritahu....  Rajin-rajinlah dari jauh  tolong menambahkan berat badan kami di KL ni ya dengan resepi cepat dan mudah sampai tengah malam pun leh memasak di dapur tu... Sampai my house you know, I can smell-smell the delicious bau masakan you tapi tunggu-tunggu tak pernah pulak sampai ke sini. I sad you see.... Thank you, ek for being a lovely future besan!

4. Buat ibu mithali, Ummi Along-Angah-Adik Suffiya@ Kesuma Angsana@ neighbour belakang, I better stick to KA lagi cepat nak type .... Terimakasih KA kerana dengan bantuan KA, nampak gaya dapatlah Abang menyempurnakan hasrat untuk memiliki Ducati Veyron lebih awal... Walaupun tak pernah berjumpa, bertentang mata lidah kelu untuk berkata, nampak sangat KA dan MD ni banyak persamaannya. I lap you, bebeh...Eh, boleh ke KA I nak kata gitu kat you? Huahahaha....

5. Buat orang Peghak yang baru MD kenali,Cho@ChoZila@jiran kedua belah kanan, serius ni Cho, I rasa cam nak nangis meronta-ronta atas jalanraya bila you keep coming to my blog dan membalas kunjungan dengan komen berjemaah juga. I know you semput nak finish your reading, but jauh di lubuk emas permata, harta karun hati  I ni memang I appreciate gila kehadiran you di sini. Thanks yea, Cho. Lepas dapat hadiah nanti janganlah serik datang lagi... opppsss... tersasul pulak!

6. Buat si cantik manis, kecil molek yang berat 50kg pun tak sampai, Lyn Yusoff@Lyn@ rumah maknya merupakan neighbour kedua sebelah kiri, memang tak boleh dinafikan banyak rupanya jasanya Lyn ni memperkenalkan MD kepada bloggers lain yang ohsem gila, sama sengal macam MD juga kadang-kadang .... Terima kasih sekali lagi ya, Lyn dengan ucapan Hari Raya Aidil Fitri/Aidil Adha/Krismas/Tahun Baru - bilalah agaknya nak jemput ah kak makan nasi minyak berjemaah ni sambil tengok pengantin tersenyum riang di atas pelamin sponsored by NN? Akak rindu sangat zaman kompang akak yang makin lama makin sayup kedengarannya sekarang...

7. Buat my always sunshine@Lydsunshine@Lyd@neighbour di timur-laut kejiranan, thank you sebab selalu gak mengeringkan gusi I dek kerana 'sengalmu dah sama denganku'. I joke-joke aje selalu so you janganlah small-small heart, tak baik gitu sebab kitakan baru berjiran. Nanti kalau I move out dari kejiranan, you juga yang menyesal tak sudah.... Thanks yeah Mama Luth yang bersuamikan Pak Arab nih...Psstt... Mat Azghul tu memang hensem kena simpan dalam chest freezer kat rumah kalau you jenjalan dia tak ikut tau...neigbour kita ni semua tak boleh caya... I ok...you can trust me, I no like-like your Mat Azghul sebab my partner pun dah sama lebih kurang darah ngan Mat Azghul. Opocottsss...apa hal pulak citer pasal laki orang nih! Adoi, mengucap panjang rasanya!

8. Buat my future editor@Petak Bunga@PB@ neigbour sebelah tenggara, masa mula-mula you pindah ke kejiranan ni, I dah rasa dah you ni memang sekepala dengan I...Lega I dapat neighbour yang prihatin macam suami you...Nanti-nanti bila buku terbitan kita hangat di pasaran, apa kata kita buka restoran 24-7, tak payah you tercari-cari ke mana perginya suami kesayangan you itu... Luth pun bolehlah join-join sekaki dengan Adik Cute main teng teng kat depan rumah. Nak tak? Hah, I know, I know...kalau you senyum sengih-sengih gitu, memang you sukalah tu... Thanks ya sebab ambil berat pasal masa depan I sampai you suruh I kerja lebih masa jadi penulis buku cerita kanak-kanak. I love it, you know....

9. Buat Ciksu yang comel ni@QasehnyaRania@jiran sebelah barat daya, terima  kasih kerana sudi ke rumah MD bila berkesempatan. CikSu ni neighbour baru MD. Walaupun belum kenal mesra lagi, MD gembiralah nak welcome-welcome CikSu dalam kelab meroyan yang bakal MD tubuhkan untuk kejiranan kita ni.

10. Buat Sofia yang satu negeri tapi asal orang Muo ni (entah nape nyampahlah kalau nak sebut Muo ni, BP lagi good, better, best)@Isteri kepada Suami@Triplesmiley@ neigbour MD sebelah barat laut, ah kak memang suka perangai gila-gila Sofia dengan adik beradik tau. Teringat zaman ah kak muda belia remaja comel cantik lawa dulu...keh3x. Apa-apa pun, jangan tension-tension selalu. Friday tetap akan datang setiap minggu so bila bertemu family sampaikan salam sayang akak kat orang-orang di Muo yea... Makan mi bandung, lontong dan minum kopi 434 (ke 343) jangan lupalah delivery service ke rumah ah kak juga.

Dan, ini pesanan penaja untuk entri kali ini. Sila jangan segan, jangan malu untuk menghubungi MD (sila sertakan nama dan alamat, no. he-ho pun boleh kalau nak sambung bergosip lepas balik rumah masing-masing) di alamat email berikut :

hppyrynne2906@gmail.com

 ....supaya mudah MD buat penghantaran 'appreciation award' untuk semua yang tersenarai di sini. 

Wassallam. 

Phewww... berpeluh! Sampai tak perasan terpublish entry yang tak siap lagi. Nasiblah siapa yang dah baca sekerat jalan ... 

P.S. Ini entri untuk top komentator mengikut susunan kemeroyanan mereka pada April 30, ya ^___^




Comments

  1. Jap jap eh....Assalamualaikum...... orang dah komplenkan....huhu
    Beb....wa pun mintak maap jugak tau...almaklum ajelah suka sangat merentungkan apa yang ada kat dapur you tu.... pas tu sesuka hati pulak bagi nickname kat orang...entah orang tu suka ke idak....sesungguhnya mak gurau gurau aje, tak lebih dari itu ...kalau tak suka mak akan gugurkan nama tu serta merta kita cari nama baru ....ada mahu?
    Eh...nak kena bagi address ke....takutlah.... kang tetiba terjah rumah mak kang...terkenalah mak ...faham aje le duk rumah dah macam makcik tanam ubi je hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dah ucapan maaf hari raya aje kekdahnya :)

      Takpa OKje, saya ni pemaaf orangnya walaupun dikutuk bagai sebab dosa saya tak tanggung. Huahahaha.... Saya okje kalau nak bagi nickname bagai asalkan ada semangat keinggerisan di situ :)

      Ish, cam tak biasa pulak hidup berjiran. Masuk ikut dapur ajelah macam selalu tapi malam tak mahu tau....kena ikut pintu depan. Manalah tahu ada adegan 18SX pulak... susah nanti!

      Bagi address kalau nak award. Kalau taknak, tak payah bagi *marah sambil tutup pintu rumah suruh balik masak utk suami tercinta*

      Delete
    2. Amboi Okje.. orang mintak alamat je dia mula takut kena terjah.. haha.. mesti risau tak sempat pakai mekap ya?

      Delete
    3. Biasalah OKje tu tapi kalau kita nak diskodeng ajek :)

      Delete
  2. MD, salah satu sebab KA suka bertandang ke sini , (selain dari tlg kawan2 jadi OKB) adalah kerana cerita2 MD terlalu banyak persamaannya dgn cerita KA.. dari part skool2 time hinggallah dh jadi mak2 ni, terlalu banyak! Persamaan inilah yng buatkan KA rasa macam dekat sgt dengan MD.. tk boleh miss nak baca cerita terbaru & i lap u too... even x pernah bertentang mata hehehe... ala.. nak bg award benda pulak ni.. tak yah susah2 ler tpi org nak bagi, kita amik jelah yer hehehe... nanti KA email yer.. ptg ni nak off day n cuti2 sampai senin.. In Shaa Allah, harap tak lupalah nak email nnti ... N tq juga MD sebab x jemu2 baca blog mak2 KA yng nan hado tu ! Serasa sgt2 dihargai.. Cam nak nangis je tulis ni , & tq in advance MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh, meh tenyeh mulut jom! Ish, ish, ish... mak-mak budak kalau buat aksi gediks memang semua orang menjuih bibir menengoknya :)

      Yalah KA saya pun rasa cam tu. Macam sama aje walaupun bukan kembar lain makpak kan...

      Takpa, takpa...bagi ajelah details....award ni bukan senang nak bagi. Yang sebenarnya belum cari lagi pun.....kalau KA ni kena cari yang kehijau-hijauan ni... Hmmm apalah nak dibagi nih...

      Wah, nak pergi coti-coti Malaya ke? Ish, jeleslah ni...mesti tabung NN dia dah penuh sarat barat nih....

      Janganlah nangis dulu KA. Dah dapat award nanti barulah bagi ucapan penghargaan sambil gediks nangis atas pentas, ucap terima kasih bagai kat anak-anak dan suami sambil kelecops2 ngan MD....award pun tak buat lagi nih :)

      Delete
    2. la.. lupa nak email... jap2 .. skang buat yerk !

      Delete
    3. Ok, dah dpt KA :) Thanks.

      Delete
  3. hah[tanda seru 6 kali]. cemana bleh terpilih[tande soal 4 kali]. kebanggaan melanda. test jap komen ni kena approval ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni napa ni? Kebod bermasalah lagi ke sampai semua simbol tak keluar di bintang?

      Lyd, anda terpilih kerana termasuk dalam senarai kuat meroyan sehingga Apr 30. Tahniah kerana menduduki tangga ke-7 (Ish tak power lagi tu....hehehe)

      Delete
  4. Dalam senarai ada blog yang belum pernah kenal...wah,, mereka memang hebat-hebat belaka kan...eh, mummydearie pun masih belum hantar alamat kat ema kan...nanti send di ema7044@yahoo.com tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opsss...yalah Ema. Bila balik rumah aje terlupa. Nanti saya hantar, jangan cancel itu penghantaran dulu ya :)

      Delete
  5. Assalamualaikum..

    Hahaha!!! akk!!! memang boleh tahan arr entry nih ek..sila joined contest penulisan cerpen eah kak..hahaha

    :P heeeee adik-beradik pun nak jeles :P kakkkk..kite nih berayah kan sultan johor yg sama...jd xperlu nak jeles ok...hehe

    hahaha bolehhhhh..jom buat group gosippp hehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Kalau akak join agak-agak dapat hadiah utama tak? Tengoklah camna Sofia. Akak nak yang bagi hadiah BMW 7 series atau rumah banglo 3 tingkat aje....

      Huhuhu...terimakasih dah balas email tapi kita ni kalau kat rumah time limited sikit walaupun ada wifi katanya ....

      Nantilah kita bergosip bagai ek ....

      Delete
  6. geng meroyan @ lovely future besan dtg ni MD..haha

    besan nk bg award gila tak nak..seberapa pantas sy email.mg jenis tak menyabor.huhu..TQ juga buat MD yang selalu meroyan dtg komen kt blog tintong kite..jasamu kukenang..nk dipos masakannya jauh berbatu..amk bau sudahlah ye furute besan..:)

    tp dah kenapa plak jodoh anak kita makin jauh?MD sudah ada pilihan menantu yg baru ke?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pantas email masuk :) Nanti sat kita kena mencari barang dulu. Hahaha...barang pun tak cari lagi ni hah.... Banyak-banyak bersabar ya, PK.

      Oh, sebab kata PK ,dua-dua bersemangat 'kental' camna nak dijodohkan? Nanti gaduh, dua-dua mak mentua datang menyibuk. Sorang gangster, sorang kuat meroyan...susah ooi hidup anak-anak kalau kita asyik interfere aje :)

      Delete
    2. Amboi PK..jenis tak menyabor nk bg email alamat ya.. saya ng email balas supaya jgn buat entry ada ke patut semalam mek PK ni baru baca. Itu pun sebab dia nak bg email pada MD lah tu... kana kan?

      Delete
    3. Hahaha...maafkanlah dia, AN! PK kan ada Cik Pia yang ligat selain diri sendiri yang ligat kat dapur. So, tak perasanlah tu :)

      Delete
  7. nasib baiklah saya baca yg versi lengkap ... heheheee . penghargaan yg merapatkan lagi hubungan di maya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...kalau datang sini satu aje nasihat bernasnya QV - mesti tarik nafas dalam-dalam. Kalau tak, memanglah semput :)

      Delete
  8. Tahniah untuk mereka2 yang memeriahkan lagi kejiranan MD..
    Semoga bertambah erat jalinan silahturrahim....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka memang ohsem. Saling meroyan tak berhenti bersama-sama saya. Hahaha....

      Delete
  9. semoga jalinan persahabatan terus kekal w.pn sekadar dialam maya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Seronok bila dah mula berkenal mesra begini...

      Delete
  10. Replies
    1. Maklumlah... ucapan penghargaan buat kali pertama. Ala-ala celebrity dapat award pelakon terbaik dah ni :)

      Delete
  11. Assalamualaikum....md..

    Kita mai nih....
    Dah kama nooo tak menyinggah n mengomen merepek kat sini mengekek dimeja sambil mentelaah entry md ni tau .
    Dah seminggu mc berblog lemau lak rasa . Hehe...tahniah untuk jiran2 md tu tau...yv menang award tu yek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam....

      Alololo....windunya kat awak ni, Lizz. Lama betul tak dengar khabar berita. Nak datang rumah asyik mesej -bandwith exceed limit blah,blah,blah... sedih rasanya...nangis-nangis bila balik rumah kita semula...

      Kalau awak rajin meroyan kat sini sebelum rumah tu 'terkoma' tentu awak pun masuk dalam senarai kan....

      Delete
  12. wwwe weeet nama kita adaler .. tahniah untuk kita... lompat tinggi2 lompat nasib tak jatuh tau... tak sia2 kita datang sini dan macam taujer tau akak memang semput nak membaca sampai habis.. akakni kalau nak komen memang kena baca sampai habis kalau tidak tak selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat tak kalau jatuh tu, Cho? Hahaha....

      Jangan lupa tinggalkan nama penuh dan alamat di email saya untuk penghantaran. Tapi lambat sikitlah proses di sebelah sini. I tak tau you know nak bagi apa coz first time buat benda alah nih :)

      Delete
    2. md boleh request hadiah ke?

      eh gurau..sb dpt no8 kita ikut md lah..ha

      Delete
    3. Amboi, PB... excited nampaknya. Nak apa? Cakap cepat. Boleh aje I hantar BMW 3 series, condo kat KLCC tapi versi kertas yang Cina buat sembahyang tu, boleh? Hah, cakaplah nak apa...cakap ajelah :)

      Delete
    4. Ala ala ala...sweet sangat. Yalah PB kenangmu dalam doaku :)

      Delete
  13. aikkk.. nama lyn ada rupanya.. patut lah tersedak.. hahaha
    nasi minyak?? nnti lah yer.. klu nak skrg pun boleh gak..
    kita mkn kat kedai.. tu pun nasi minyak gak.. hahahhaa

    ok nnti lyn email

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahu nasi minyak beli gitu :( Nak yang siap dengan pengantin dan kompang bagai and souvenir bawa balik rumah!

      Ha'ah nanti email ya, akak nak bagi baucar Daiso RM5. Hahaha :)

      Delete
  14. Saya dah baca masa entry blm siap hari tu sebenarnya. Taklah cepat drop komen r bg alamat sb tak nak nampak gelojoh.. haha.. kebetulan buka di sekolah walaupun dah diwarning yang cikgu2 jgn aktif di laman sosial masa bekerja..dasyatkan? Stress juga mula2 dengar. Terpaksalah saya buat2 alim sementara di sek..

    Terima kasih senaraikan nama saya juga ya.. tersipu baca entry luahan hati MD ni. Malulah nak hantar alamat..tak payahla susah2.. hihi.. mengada-ngadakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ANlah salah seorang daripadanya.... Gila excited menaip sampaikan terlupa entri dipublish. Tulah sambil menaip, sambil gi blog orang, sambil mengomen akhirnya malu sendiri. Saya tak tahulah sampai part mana AN dah baca tapi kalau yang tak bertapis ni, aduhai...malu pulak :)

      Eh, AN mestilah masuk dah katanya geng kuat meroyan tinggalkan komen No.2 di bawah OKje.... takkan tak masuk senarai penerima award....berat sebelah tu nanti jadinya saya nih ...hehehe....

      Delete
  15. wah2..wah2..
    kita bc 4kali tau..wah ada nama kita..
    wah happy nya..sorilah Md sekarang line tenet kita slow sikit..x brpa rajin nak g jalan blog member2.. tp blog md harus cuba by hard utk datang sini..insyallah..


    pst..4kali tu perenggan nama kita je..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ada seru-seru tulah suruh baca cepat dengan harapan akan hantar alamat ke email sesegera yang mungkin. Tapi bab penghantaran ambil masa sikitlah sebab kita dah lama tak mengepos, mengcourier barang nih :)

      Thankslah PB kerana sudi singgah sini walaupun semput setiap kali balik rumah. I lap u, hokeh!

      Delete
  16. maap md lambat ke mari..
    sibuk benor minggu lepas. sbb utamanya masalah air. hukhuk

    alhamdulillah dh settle..

    nti sy send k..

    hahahaha..barat daya pon boleh je..
    sikit lagi pindah jadi jiran sebelah kanan le pulak, boleh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, Ciksu. Dah terima dah alamatnya. Nanti kita kirimkan. Diharap tunggu dengan penuh kesabaran. MD dah lama tak jejak post office ni tengah pikiaq camna nak buat. Nak tanya segan. Tak tanya kang sesat jalan. Habis pulak ke mana perginya barang-barang tu nanti :)

      Delete

Post a Comment