Kisah ah kak lagi ...

Salam sayang kawan-kawan!

Hari ni I ada rasa pelik sikit. Yalahkan, mana tak pelik. Kasut yang kutunggu, tetiba beg tangan yang sampai. Pelik tak? Pelik kan, kan, kan ...

Ramadhan Hari Raya dah nak dekat, seharusnya kita kena lebih banyak menjeling-jeling dalam kedai. Bukan apa, bagus kalau buat budget siap-siap dan beli awal demi mengelakkan pembaziran. Jangan tunggu saat-saat terakhir baru nak pergi shopping-mopping. Memanglah membazir aje selalu. Hah, dengar pesanan dari penaja ni tau! Pesanan penting ni elok disumbat dalam telinga kanan dan sumbat kapas pulak kat telinga kiri supaya pesanan tak boleh keluar, ok.

Bercakap pasal berjimat-cermat ni, well... ah kak ni bukanlah orang yang tepat untuk memberikan pandangan tapi dah terlanjur membaca tu, dengarlah kata-kata ah kak nih!

Sebelum tu nak cerita sikit pasal kisah hari Sabtu. I know, I know dah basi tapi bacalah dulu ye ... 

Hari Sabtu lepas entah kenapa memang I sibuk sungguh. Pepagi pergi hantar Bubbly Abang pergi Art Class di sekolahnya. Abang ni walaupun Art Class tu ada 2 sesi, dia nak sesi yang terawal. Masalahnya, bangun pagi Sabtu memang kalau tak berkejut, tak terbukalah mata masing-masing (Kadang-kadang ah kak pun sama juga, penat weyh, kenalah bangun tidur semula dan bangun agak-agak sempat nak masak makan tengahari)

Lepas  tu me and the breakfast gangster pergi cari sarapan di luar. Kita terjah lagi kedai kakak ipar Dato Citi Nurhalijah ni berhampiran Giant Taman Connaught tu. Usai santapan diraja, tengok jam dah nak dekat pukul 10 pagi. Kelas Abang habis pukul 10.30 pagi. Tak dan (see ANIM, kita pun tahu nak guna perkataan ni...) nak pergi Pasar Tani nak 'shopping'. So kita masuk Giant aje. Tengok-tengok promosi apa ada ... 

Yalah tu, tengok-tengok aje. I ni bukan main beriya suruh masing-masing cepat kalau nak beli barang (my eldest sister and niece ikut sama) kerana nak kejarkan masa padahal diri sendiri bukan main lagi mencampak, baling sambil menjerit mengawal Adik Cute yang buat Giant tu macam Giant My Second Home tau!

Selesai membayar tetiba ada satu pekerja Myanmar ni stop langkah kita tau. Ingatkan dia nak tengok resit pembayaran sebab hari tu takda beg plastik, rupanya nak suruh cucuk belon ambil hadiah misteri. Ah kak kalau bab freebies ni memang suka walaupun hadiahnya tak semegah mana pun.

Bab cucuk belon I seriau sikit so kita serahkan tugas kepada Hubbydearie sebab Adik dah sampai kat tempat mainan percuma tu, ya!

Ok, dapatlah 'head protector' dan dua bekas plastik comel. Tak dapat den nak tempek gambar sebab menyampah tengok freebies tu especially 'head protector' ntah apa-apa..

Sampai kat kereta, walla weyh... penuh mak hai bonet kereta suami ah kak.... dia orang ni membeli tak ingat dunia ke? Mana nak sumbat 'hasil tangkapan' kat Pasar Tani nanti? Dasat tau... (Eh, barang siapa yang banyak sebenarnya? Me or my sis? Cuba teka, nanti ah kak bagi hadiah misteri...)

Dok kerah orang suruh cepat akhirnya kita sampai kat sekolah Abang dah pukul 10.45 pagi. Bila I ambil Abang di Kelas Lukisannya, dia dah duduk kat depan kelas tersipu-sipu sebab tak cukup tempat duduk untuk budak-budak yang masuk sesi kedua tu. So Abang dah malu-malu kucing kena duduk depan kelas, sebelah meja cikgu lukisan. Dia kata ... dia dah jadi 'King of Arts'. Apa-apalah Abang ...

Ni cerita pagi tadi masa keluar rumah nak ke Pasar Tani ya tapi kita sampai di Pasar Tani pukul 11 pagi. Apa kes? On the way nak pergi tetiba Hubbydearie dapat call ada hal. I kenalah take over the stereng, hantar Hubbydearie lepas tu baru ke Pasar Tani.

Sampai sana of courselah peniaga pun dah nak tutup kedai. Nasib baik ada lagi ikan-ikan yang boleh dibeli. I ni nak ke sini sebab nak beli ikan aje ye...Yes, it's  true..ikan aje takda benda lain. Percayalah sesekali kata-kata hikmah I nih...

Ni rupa ikannya... ada tiga jenis -gelama, tenggiri dan ikan merah (ke jenahak? sendiri beli sendiri tak tahu ikan apa... kelas ah kak kan...)

Hari ni gambar cik ikan ajelah yea...

Harganya RM65.10. Ah kak dapat diskaun tau - RM1.10. Best kan....

Ini untuk projek masak selama seminggulah sampai Jumaat ni. Lepas tu kita kena rotate itu ikan dengan ayam dan daging pulak dah ...

Dek kerana suami di perantauan tiada, ah kak pun buat plan dengan kumpulan untuk ke Aeon pulak! Yeah, semua happy kecuali Abanglah sebabnya dia dah penat dan shopping mall ni dah tak happening untuk budak seusianya, ya... No way Abang, kuasa veto di tangan Mommy sebab Daddy takda. Lagipun kan Mommy yang drive... ikut suka Mommylah mana nak pergi!

Nak cari apa kat Aeon ni cik ah kak? 

Takda apa....

Nak cari stok aiskrim aje. Sebab semalamnya masa balik kerja nampak ada promosi. Takut ah kak kalau terlepas promosi. Boleh gigil ah kak nanti tau ...

Aiskrim kat area supermarket tau tapi entah kenapa kita orang berlegar-legar di bahagian departmental store dan tetiba tanpa sedar sudah berada di dalam Daiso pulak. Ah kak rasa macam hilang ingatan aje... Ingat tak beli apa-apa tapi tengok kat tangan ada beg plastik lagi ... Mana datang nih? Serious ah kak lupa bila masa membeli, bila masa membayarnya ...

Kita cuma dihalau keluar dari Aeon bila Adik buat hal, nak main duduk-duduk atas lantai mogok tak dapat pergi kat tempat mainan. So, kita kerahkan semua masuk kereta. Barulah teringat aiskrim tak beli lagi nih...So, lets go, lets go...turun ke supermarket jap beli aiskrim aje....

Sebaik aje sampai rumah lepas angkat barang bagai, baru aje nak buka tudung, Hubbydearie pun called...

Fetch me now!

Aduyai.... nyesal tak suruh dia bawa kereta tadi ...

Lepas ambil Hubbydearie, he hantar me balik rumah pastu he keluar lagi! Dek kerana penat, I tak komplenlah... sebab I ada plan lain petang tu....

Ingatnya nak keluar lagi  tapikan... I dan Adik tertidur dengan lenanya .... 

Habis cerita...

P.S. Ah kak kalau tulis panjang ke pendek ke, jangan ditegur tau. Nanti meroyan lagi! Hehehe... intro nak cerita lain, tetiba cerita lain pulak yang ditaip. Duh!







Comments

  1. singgah2....setiap wanita mmg xlepas dr shopping..i like it...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau shopping berhemah tu takpa, ni jarang sungguh mengamalkan prinsip lepas tu tension meroyan komplen :)

      Delete
  2. brg ah kak la yg penuh bonet...hheee...

    sy tak terlarat lah nak layan sopping macam tu...penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bab shopping LARAT aje :) Tak kiralah kaki ni dah kejang tapi kalau pergi sendirian, lagi haven aje rasanya ...

      Delete
  3. Rasanya brng md kot bnyk. Kalau hadiah head protector tu terima kasihlah md...kalau hadiah beg atau kasut yng menyusun hr tu..kalau kena saiz bolehlah..nanti kita email ek..

    Kita kena pandai sesuai diri md, kalau ckp dgn org tua yg dah semput kita kena jd tua..eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah namanya hadiah misteri kalau tekaan betul, memang misteri selamanyalah PB *_* Tapi takpa, nanti email kat saya saiz kaki, manalah tahu serupa tapi tak sama, boleh gak saya lantingkan sesekali kan....

      Saya rasa tak syak lagi saya lagi tua dari PB tapi tak syak juga, saya tak nak berlagak tua lebih-lebih...keh3x.

      Eh, PB lupa lak nak tanya? Hari ni dah makan ubat semput? Tak semput lagi kan bila baca entri saya yang panjang sejengkal mata kail ni ajek!

      Delete
  4. hahaha seronok baca citer MD ni... KA baca sambil membayang2kan keadaan tau ... hehehe doen nuffnang dah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. La KA, jangan dibayangkan pengsan nanti :) Saya pun suka membayangkan... for example kalau KA kata Kate naik kuda dengan William, saya dah bayangkan siap-siap saya yang naik kuda dengan William tu...heh keh3x...

      Delete
  5. tidur tu mesti dalam keadaan puasa ya amat sebab dapat membeli macam2..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas sampai suami balik pun tak sedar...keh3x. Ni tengah fikir di manakah tempat sesuai nak campak hasil 'tangkapan' pulak...

      Delete
  6. bestnya beli ikan dpt diskaun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best :) Mula-mula diskaun 10 sen aje. Pastu tetiba tukang jual kata diskaun lagi singgit. Alahai...nikmatnya gitu :D

      Delete
  7. byknya shopping di merata tempat..
    konon tak sedar beli bila kan.. hahahha

    ReplyDelete
  8. sorry lambat reply... bule je hantar details kat email...

    msredcheesecake@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, noted! Tang hadiah ni memang cepatlah saya hantar jawapan Msred :)

      Delete
  9. Cer cite sikit Ms sweet little Potomayo ni duk mana? Boleh pulak bekfes kat kedai kakak ct nurhalijah bagai ni....mak yg duk cheras pun tak pernah sampai restoren dia tu.....Sedap ke weyh?
    ...
    oklah tu tunggu lain sampai benda lain....dapat 2 benda apa...pas ni tunggu kasut pulak...
    Tak yah nak teka....mmg dah tau...barang awak le yg banyaknya....takkan org lain nak beli barang lebih banyak dpd tuan empunya keta.....mau ada yg kena hempuk nanti hehe...

    Nasib baik ada lagi ikan kat Pasar Tani tu walaupun sampai dah tengahari berdengung hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah...kita kan sepelaung aje dari rumah OKje. Katanya neighbour, selalu datang ikut pintu dapur memasing. Takkanlah tak ingat... Kita kat Cheras juga OKje... tapi still KL bukan Selangor.

      Bolehlah makanan kat restoran SangDewi ni. Masakan orang Pahangkan... Katanya sambal hitam paling menawan tapi sampai la ni kita tak cuba lagi.

      Hehehe...itulah yang kita kata. Kalau dah jadi trademark, memang semua orang suka meneka benda yang salah :) Sian dia tak dapat hadiah misteri. Ingat nak bagi buku tiga lima tadi cap Hello Kitty ....

      Ada ke pergi pasar tani kul 11 pagi. Orang dah nak tutup kedai kul 12 kan...nasib baik jumpa ikan pilihan keluarga, dapat diskaun lagi tu...hahaha...

      Delete
    2. Awak duk Alam Damai ke Potama? Hehe.....kalau cenggitu boleh le kita dating kat Giant Batu 9 tu yek....kat situ jer yg mak tau jalannya pun ....hehe...
      Nanti nak try ler makan kat Sang Dewi...kalau ada rezeki dapatlah kita jumpa yek hehe

      Delete
    3. Jauhlah Alam Damai tu, OKje. Kalau dok sana, memang OKje orang pertama terpilih untuk sesi bertemu 'Bintang Mencari Bintang' nih...keh3x.

      Cubalah gi restoran tu tapi Ahad tutup ek. Pada saya kalau dah lapar tu, ok ajelah ... Tekak tanggungjawab masing-masing makanya kalau tak sedap, jangan babat Potama (potama pulak dah...) tau *___*

      Delete
  10. Lupa lak nak komen pasal shopping tak hengat dunia tu.....hehe nanti kita shopping sekalilah kalau cenggitu...boleh tetiba tolong bayarkan haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...jangan ajak Okje saja, saya pun nak ikut juga. Kalau MD belanja tu ke Taman Astakona pun sanggup ikut.. usah taman connought.. haha..

      Delete
    2. Boleh saja... tapi kalau tengah shopping tu OKje janganlah bagi pendapat. Terbantut nanti aktiviti shopping kita dah semuanya tak boleh beli...

      Nanti masa nak bayar barang kita pergi kaunter express, OKje pergi kaunter ibu mengandung dan orang tua yea....

      Delete
    3. AN, nak ikut sekali? Tak bolehlah...budak-budak tak leh ikut orang tua gi shopping. Leceh bawa budak-budak ni. Lagipun kita nak pergi masa waktu sekolah, almaklumlah OKje kan Home Minister. MD pulak just sms aje kalau nak cuti gi shopping :)

      Delete
    4. Taman Astakona ni kat mana pulak dah.....Korang gilah shopping berdua okje tolong bawak bag plastik jer mcm bibik hehe....maklum ler al fulus nipis hehe...
      Pergh.....mentang mentang mak dah kilauan dia suh bayar kat kaunter orang tua...babab baru tau!

      Delete
    5. Nanti masa dapat duit sewa rumah 2 bulan sekali tu, calling-callinglah he-ho, barulah on shopping dating kita... cukuplah jadi bibik kat rumah OKje....kat luar jadilah mem antara dua darjat pulak :)

      Eh, kita pun dah sipi-sipi nak masuk kilauan emas gak kan...bukan mengata tapi fakta ni OKje *senyum simpul kelip-kelip bulu mata*

      Delete
    6. Boleh aje...email kat kita no he-ho OKje pastu nanti kita mesej :) Nah email add : hppyrynne2906@gmail.com

      Delete
  11. Dia saja nak buat trick tu Okje, saja nak tarik perhatian pembaca teka barang siapa yang banyak. Alahai susahnya soalan ni nak dijawab.. haha. Kemain soalan tahap tinggi ni..

    Hebat tul bershopping sakan tu. Kaki dah biasa pakai tumit tinggi tu tak letih ya.. kagumnya saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan macam ni PhD student pun tak boleh nak jawab dengan cemerlangnya, AN. So, saya taklah salahkan AN kalau tak boleh menjawab langsung.

      Masa shopping mana pakai high heels, selipar Jepun aje :)

      Delete
    2. Tulah tu.....sikit pun tak terumpan hehe....

      Delete
  12. 1. kalau tengok rupa ikan, itu jenahak. kalau ikan merah, mestilah warna merah,.heeee...siap bersiang, berbelah. patutlah tak hancur:-))
    2. masa dok johor, rasanya tak pernah dengar depa sbut dan, dan dan, tak dan dan tu..camna lak MD boleh guna dengan jayanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalahkan...kalau ikan merah mestilah warna merah. Apalah MD ni teruk sangat vocab nama ikan-ikan nih....Ikan favorite pun tak tahu membezakannya... Ni rahsia ANIM...saya tak pandai siang ikan/ayam. Kalau beli memang kena siapkan semua. Kalau tidak, memang saya tak masak. Nak tunggu HD buat, hari ni request tahun depan baru bersiang ikan/ayam semuanya!

      Eh, rasa biasalah dengar dan, tak dan, dan dan nih...Masa kat kampung dulu rajin gak guna...Eh, ke saya yang lupa dah jadi 'orang KL' baru guna perkataan ni semua?

      Delete
  13. Dahsyat tu.... seharian menyopping...tapi tak kisah la kan yang penting hati senang....

    Makchaq la ni dah malas pi shopping....semua main pesan ja kat anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesan-pesan ni feeling tak samalah makchaq. Mungkin lepas 5-6 tahun lagi barulah boleh main order aje :)

      Mana ada seharian makchaq. Setengah hari aje tu...hehehe...

      Delete
  14. kita yang membacanyer penat weh..
    tak penatker shopping dan terus shopping...
    tapi semuapun barang keperluankan...
    okler tu oarnag pompuankan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang tak penat kalau baca entri saya ni, Cho? Memang kena bertabahlah sentiasa....tabahkan hatimu yea...hehehe....

      Kalau shopping tak rasa penat pulak. Otak pun segar aje... tapi kalau crowded tu tak berapa sukalah...Kalau buat kerja pejabat ke, kerja rumah ke hah itu adalah juga rasa penat kadang-kala :)

      Delete
  15. hohoho..bnyk jugak MD beli ikan tu..and mak rasa ikan yg MD kata ikan merah tu is ikan jenahak.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan tu untuk empat orang makan ..eh, Adik Cute tak kiralah..makan banyak manakan...makpak aje yang selalu terlebih makan :)

      Yalah Mak, memang ikan jenahak rasanya.... main tunjuk aje sebabnya ikan merah ke, jenahak ke dua-dua pun saya suka.

      Delete
  16. Malu ke nak kata MD punya barang yg memenuhi bonet. Kakak agak dah sebab HD kan tak ikut mestilah sakan MD shopping:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...serius Kak...bukan saya punya yang memenuhi ruang kereta...

      Delete
  17. Assalamualaikum,

    Hahahaha...kak..tuh perkara biase..betul2 skg dh blh dh standby utk raya punye..nak2 kalo ade sale kan...sbb sofia kalo bln pose tuh bab2 nak keluar nih mmg super duper malas...jimat tenaga hahaha

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bulan puasa tu Sofia gi shopping rasa macam nak mandi air Coke aje nanti. So lebih baik kita buat sekarang selagi boleh makan dan minum di siang hari :)

      Delete
  18. kemain lagi dia menyoping tau...menyakan mentang2 la HD tak ikutkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah baru dapat shopping :) Kalau HD ada, semua pun kita kata 'tak nak!" Tapi sekarang ni Abang pun sama. Selalu aje remind Mommy suruh berbelanja dengan penuh berhemah. Takda duit nanti sapa susah? Mommy juga!

      Delete
  19. dh tahu jawapan md tadi. hihi
    tiga2 ikan tu saya jarang makan.ntah mcm x minat aje.. pelik sikit saya ni :)

    xda standby apa pon utk raya. hihi
    kalau ada pon rasa rasanya nk stand by buat biskut je kot.. in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenahak tu marbeles, Ciksu. Cubalah rasa apatah lagi kalau masak asam pedam. Memang cik abe balik pun tak bersambutlah jawabnya :)

      MD dah lama berazam tak buat kuih raya tapi tahun ni tak tahulah pulak manalah tahu tetiba mood baking membaking datang bulan puasa nanti :)

      Delete
  20. Xde shopping. Sbbnya nnt kuar kejap je husben dok komplen pnt. Baik mak je kuar bwk anak2 sng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubby kita memang serupa. Kalau shopping barang sendiri, itu ok. Anak bini semua kena tunggu, melanguk. Kalau barang anak bini, memang nak cepat aje... Tension kalau shopping dalam kekalutan nih!

      Delete
  21. sungguh satu hari penuh aktiviti . saya juga kaki jalan sbb suka window shopping . tapi klu ada nak buah , down terus . bebudak cepat penat dan terus lah merengek memanjang ! ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada budak-budak memang kena slow down.... Kalau tidak, satu apa pun tak dapat :)

      Delete
  22. nasib baik soalan tu dah dpt jawapannya..klu tak mau meroyan aku fikir semata nak dpt hadiah dari MD.muahaha..

    nama pun MD..sama je bab shopping dengan taip entry.nk cerita bab lain,tertaip bab lain..niat nak beli aiskrim dah terbeli byk barang lain..kan ke sama je tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah kena meroyan sikit kalau nak dapat hadiah misteri budget ciput :) Kalau hadiah TV ke, peti ais ke, memang kena meroyan berhari-hari tu :)

      Eh, taklah...taklah...mana ada... Kalau pergi shopping selalunya 'siuman' aje, mana ada meroyan macam taip entri :D

      Delete

Post a Comment