Spaghetti Hailam Kering-kontang

Salam sayang kawan-kawan!

I ni bila Hubbydearie takda, memang rasa malas nak memasak. Maklumlah yang selalu merasa masakan isteri mithali semestinya HD. Anak-anak ikut suka apa mahunya. Tapi kesian pulak pada superheroes kalau Mommy tak masak. Bila dah balik rumah memang jangan haraplah I nak keluar lagi. Malas nak memandu. HD pun takda nak jadi supir terhormat.

Cadangnya nak buat mi hailam. Kebetulan terbaca dalam blog. Terus teruja nak membuatnya. Mi hailam ni my favorite juga masa zaman muda belia remaja tapi tak pernahlah nak buat sendiri. 

Since HD kena ke Penang on Friday evening, I ni pun panjanglah langkah. Lepas balik kerja, terus pergi membeli barang yang perlu. Entahlah heran pun ya juga hati ni. Beli barang dapur paling tidak dua kali sebulan. Bila membeli rasanya complete satu rumah, cukup makan untuk sebulan. Tapi bila nak memasak sesuatu tu, memanjang aje tak cukup barang, nak kena pergi beli. Ini lebih ikutkan hati dan perasaan rasanya, bukannya bahan yang tak ada. Padahal, hampir 5 hari seminggu I singgah merayap kat shopping mall sementara nak kejar parking di sekolah Abang.

Sampai aje di rumah, campak tudung dalam bakul pakaian teruslah singsing lengan baju nak memasak mi hailam katanya. Bila keluarkan barang barulah terperasan! Dalam banyak bahan yang dibeli, mi yang takda. Punyalah terlupa nak ambil bahan utama. 

Nak buat camna ni... I kalau dah concentrate nak masak sesuatu, menu lain memang tak singgahlah dalam kepala. Buka segala lemari, mencari spaghetti. Nasib baik ada. Almaklumlah semalam baru beli sebab teruja tengok container menyimpan spaghetti ni *___* 



Jomlah kita rebus siap-siap spaghettinya sambil tu bolehlah masukkan pakaian dalam mesin basuh dan kemas rumah mana patut. Adik tak balik lagi dok kat rumah 'keluarga angkat' a.k.a. my sister's house. 

Lagilah ligat I buat kerja rumah bila dia takda. Dari satu bilik ke satu bilik, dari ruang tamu ke dapur. Mengutip ajelah apa yang perlu ^__^ Bila spaghetti dah siap, kita pun mulalah buat rencah mi hailam kononnya. Bukan susah mana pun. Bahagian sayur semua dah potong dari senarai. Tak guna bubuh pun. Nanti disusun tepi pinggan aje.

Dalam pada nak menunggu mi hailamnya siap, azan Maghrib dah berkumandang. Kenalah solat dulu. Kecikkan api kuali. Takpa, lepas solat nanti boleh tutup api, hidang dan makan ....

Usai solat Maghrib, tengok dalam kuali mi dah kering kuahnya...Duh, jomlah cepat angkat. Dah siap bubuh dalam pinggan masing-masing barulah teringat sesuatu...

La, ibunya enggak bubuh tepung jagung ya....

Alah, kira lupakan ajelah step tu. Lagipun mi dah kering, dah jadi mi goreng dah ni ...

Inilah rupa 'spaghetti hailam kering-kontang versi MD' .



Terlalu banyak menderhaka, memang tak ikut resepi maka takdalah nak senaraikan bahan-bahan dan cara memasak ya. Buat malu aje....

By the way, mi goreng togel kat rumah ni pun begini juga rupa bentuknya. Memang togel habislah satu sayur pun tarak. Tak cukup budget!






Comments

  1. a’aa dh mcm mee goreng.jnji boleh mkan MD
    ala jeles tau tgk md blh basuh baju.huhu
    kita ni dah brapa hti tak mmbasuh baju, tak mop rumah.huhuhu
    hri ni dh hri ke5 xda air.huahua.rasa nk pindah blk dok kg aje la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jealous Ciksu. Minggu depan adalah air tu...hehehe...
      Kesian Ciksu takda air di rumah. Susahkan bila air takda ni. Macam-macam kerja yang tertunggak, tak boleh buat. Saya kalau tengok pinggan mangkuk bertingkek-tingkek kat sinki pun dah rasa nak semput aje!

      Delete
  2. sedap juga mee goreng dari spagheti kan..janji anak-anak boleh makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kes terlebih rajin, Ema sampaikan spaghetti hailam dah jadi spaghetti goreng :) Tapi saya lagi suka spaghetti daripada mi. Semua mi pun saya bantai guna spaghetti :D

      Delete
  3. rasanya skrg md kerap masak..

    keep it..

    pst.. kita ada tokoh jd penulis novel cinta tak?
    md pulak..dulu tokoh buku kanak2 tapi mcm buku hary porter, kira sesuai utk semua lapisan..keep good work, ke md nk tulis buku resipi plk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, PB... kalau tak tempek resepi pun memang masak hari-hari tapi takdalah kopipes resepi orang. Sekarang ni aje rajin. Itulah saya suka low profile. Tengok, bila kita tempek resepi dikatanya kita 'baru rajin masak' padahal dah rajin sejak lepas kahwin gitu :)

      Gaya bikin orang suspen nak tahu cerita selanjutnya dah ada dah tu...tinggal nak menulis aje....Sesuai ke profesion tu sekarang dengan anak kecil? Takut lagi lama pulak kang en asben gi minum-minum di luar dah isterinya tekun menulis novel aje :)

      Kita tak decide lagi nak jadi penulis pojok ke, cerpen ke, buku kanak-kanak ke atau resepi ...huahahaha...

      Delete
  4. Replies
    1. Dah siap, takkan nak buang pulak kan... anak-anak kata sedap aje so oklah kot :)

      Delete
  5. Apasal kena banyak baca entri sekali datang ni!!!! Aduyai hehe....
    Janganlah panggil mee hailam panggil jer spaghetti goreng hehe.....kan moleh hehe
    OKje pun sama MD....rasanya mmg tiap tiap minggu gi AEON tu....ada aje yg nak membelinya, kadang kadang lupa beli cili, minggu depan lupa beli garam, mmg pantang betul nampak AEON tu haha...Hari ni kita pun masak spaghetti tapi bukan goreng kontang le hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huahahaha.... statement macamlah wajib baca semua... pilih mana sukalah OKje, kalau tak suka boleh aje tekan sebesar-besar 'X' tapi janganlah pulak sampai serik nak bertandang ikut pintu dapur rumah kita pulak. Sedih potamayo nanti tau :(

      Ha'ah, OKje, saya pun tak tahulah apa sebenarnya yang saya nak cari. Saja membuang masa sebab malas nak balik rumah sebelum ambil Abang kat sekolah. Tapi kalau dah selalu singgah tu bukannya makin jemu, makin banyak pulak buat investment. Rasa macam dah jadi lembaga pengarah Aeon pulak dah sekarang nih ...

      Delete
  6. belasahjerlerkan jadi spageti hailam.. sebab spageti kot tu yang kering kontang...ala teringat mi hailam kampung akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi hailam sedapkan., Cho. Terliur pulak pagi-pagi ni. Ingatkan semalam nak buat a real mi hailamlah tak nak pakai spaghetti, angel's hair bagai kononnya...tetiba mata nampak macaroni. Naya si macaroni ni kalau saya buat macaroni hailam pulak :)

      Delete
  7. tak pernah try spaghetti hailam.. selalu mkn mee hailam jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...akak pun tak pernah lagi makan spaghetti hailam nih :) Hari tu spaghetti hailam bertukar kepada spaghetti goreng kerana kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan :D

      Delete
  8. Dah macam mee goreng basah...ok lh tu...tercipta lah satu resipi baru versi MD...
    Spaggeti goreng basah...ok apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirmed spaghetti gorenglah senang cerita, Bunda. Alamak, terliurlah bila dok sebut-sebut mi hailam ni. Nak buat dah malas pulak :)

      Delete
  9. Nampak menarik. Budak-budak kat rumah ni mmg kena makan sayur walaupun sikit. Dua orang akan reject sayur. Semuanya nak kosong. Nasi goreng dgn telur je. Mee goreng pn nak dgn telur jugak. Husben nnt bising... dah xde sayur je? Adehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah saya, dua-dua dah reject sayur tapi yang paling teruk si Abanglah. Semua direjectnya mentah-mentah. Kalau HD ada rumah, memang kena masak satu lauk untuk Abang berbeza dengan kami tiga beranak. Mana tak Daddynya marah....

      Delete
  10. mcm mee goreng biasa dah ni md. saya pun kalo maska mee, saya tak suka letak sayur. sbb sayur ni mmg buatkan mee tu jadi berair. kalo letak togey dlm bihun paling potong skali.

    so, cemana, adik beradik tu makan ke tak spageti hailam tu. mesti la makan ye tak mummynye yg masak. md, mcm sama plak cara kita elaborate nk masak spageti ni. resepi tanak share sbb buat malu je. hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik beradik tu sukalah sebab sedap katanya (huhuhu...nak juga memuja muji masakan sendiri) lagipun takda anasir-anasir asing seperti sayur, telur, cheese dan sebagainya di dalam menu yang terhidang.

      Delete
  11. Assalamualaikum..

    Huaaaa kak...nampak sedap..serious!! sofia membayangkan makan jjangmyun hehehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Wah, Sofia... apa ke bendanya pulak tu? Kira mi gaklah kan versi Korea...nanti akak derhaka resepi mi orang pastu akak bubuhlah nama Korea pulak ek!

      Delete
  12. hehehe nampak sedap dah tu MD, tapi kalau kat rumah KA ni sayur hijau tu mesti kalau tidak panjang ler kena dgr bebel ADik & en hubby hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau HD takda, menu anak-anak memang takda sayur KA. Abang tu picky eater. Cerewet sungguh. Bawang yang kita racik halus pun diletak tepi pinggan pastu muka pun mencebik sesajalah kata Mommy tak sayang dia, tak peduli makanannya...

      Delete
  13. mmg betl kontang ni MD,dh rupa mee goreng dah..byk gila stok spageti..klu sy beli byk2 cmni mula meroyan hari2 nk msk spageti..sbb tu sy bukan macam MD shopping grocery utk sebulan..katanya manusia tahap kerajinan tinggi..pantang nmpk ada benda dlm rumah semuanya nak dimasak,pastu membazir takde org mkn..yg tukang msk ni pun biasanya makan tidaklah bersungguh pun..:)

    spageti hailamnya nmpk sedap..adik dengan abg kompem makan byk.budak2 biasanya mmg suka mee togel cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya dah ada spaghetti, memang hari-hari pun nak masak. Senang, tak payah masak nasi dan pelbagai lauk-pauk. Tapi superheroes kalau dah makan mi hari ni, esok makan nasi and so on lah... Ikutkan hati saya memanglah nak spaghetti hailam, spaghetti goreng basah, spaghetti marinara dan blah,blah,blah aje :)

      Delete
  14. Bahagianya MD..leh singgah di shopping mall 5 hari seminggu. Jawatan apa ni? Ai.. mula la terasa nak tahu.....

    tulah, banyak perhati barang sana sinilah tu sampai lupa beli mee? Ni akar pu berguna bak kata oranh. Nampak sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawatan tukang sapu/tukang ampu/tea-lady/proof reader...hahaha....

      Saya patut masuk marketing teamlah...barulah sesuai dengan jalan-jalan ukur jalan ni....

      Bagus tak? Nak buat mi hailam tapi mi yang penting tu terlupa nak beli. Banyak sangat pit stop kat situ, sampai lupa. Semalam saya buat lagi guna spaghetti tapi kali ni betul spaghetti hailam bukan spaghetti goreng. Malas dah nak ambil gambar, cam excited tak kena tempat pulak :)

      Delete

Post a Comment