Superwoman yang sebenar ...

Entah mengapa ya, lately ni memang I rasa letih memanjang. Cepat betul penatnya. Walhal kerja-kerja yang dibuat semuanya rutin yang bertahun dilakukan. Hah, adalah tu yang terdetik dalam hati nak menyampuk kata faktor usia...

Sebenarnya I memang tabik spring dan kagum sangat dengan ibu-ibu bekerjaya dan perlu menguruskan keluarga tanpa bantuan bibik sambil membantu menjana pendapatan sampingan untuk keluarga tersayang. I memang takda klu macamanalah mereka ini kuat bertenaga. Kotnya makan biskut Harimau hari-hari nak bagi energy lebih, takkanlah sampai gitukan. I pun sesekali bantai gak sebungkus biskut Tiger tu tapi tetap takda tenaga lebih *_*


Seperti yang sedia maklum, walaupun I ada masa untuk Candy Crush (la ni baru nak masuk level quest sehari sekali main, tension ahkak menghitung jam nak main semula...) I tetap juga merasakan yang 24 jam sehari itu memang sangat tidak mencukupi buat insan bernama MD ni. Sentiasa aje terkejar-kejar ke sana ke sini setiap masa. Entah apa yang dikejarkan pun tak pasti. Terlalu subjektif. Yang pasti memang masa itu amat mencemburui perempuan Melayu terakhir yang satu ini. 



Dari saat terjun katil di pagi hari sehinggalah ke saat dapat terjun tiruk dan kuak lentang dengan lelahnya di atas katil semula pada tengah malam, memang sentiasa terpaksa mengejar masa yang begitu berharga (Eh, macam iklan dalam TV yang dok kata 'kerana diriku begitu berharga'  pulak feelingnya sekarang...) 



Betul bak kata pepatah orang Rusia - Time is gold. Gold is time. (tapi orang Rusia pun tak faham apa maksud pepatah ni sebenarnya)

Bila I tinjau-tinjau balik kenangan lalu, sebenarnya I ni memang sentiasa menyibukkan diri sejak dulu lagi. Cuma rutinnya berbeza. Sekarang kebanyakan rutin demi keluarga. Kalau dulu demi diri sendiri aje. 



Masa belajar di universiti dulu selain daripada sibuk belajar dan bercinta, I pernah mengajar tuition. Wah, kaya ahkak tau zaman tu. Murid-murid ramai sebabnya I menolong my sister yang kebetulan cikgu sekolah. Cuba teka, I ajar subjek apa? Siapa teka betul, tak dapat apa-apa *_*

Of courselah... of courselah... I ajar subjek Matematik dan Sains, ya! Jangan main-main. I ni cikgu 'tusyen' tau zaman budak uni dulu-dulu.

Eh, sebenarnya ni nak cerita pasal my sister seorang nilah. Panjangnya intro, bukan main. Macamlah tak biasa dengan I punya ciknam style kan ... 

My sister ni cikgu sekolah. Itu profesion full time. Profesion part time pulak beliau ni ada bisnes makan. Besar cam restoran tu takdalah tapi ada dua kedai. My sister ni orang kata memang ringkas dan tangkas orangnya. Kalau beliau buat kerja, memang in a split second dah siap.

Masa I mengajar tuition dulu, kami buat di rumahnya. So tuition start pukul 8 malam dan I pulak selalu sampai rumahnya dah nak dekat-dekat Maghrib. Selalunya my sister akan prepare dinner untuk adik kesayangan ni juga dan of course untuk anak-anak dan suaminya. Dalam tak sampai sejam tu, macam-macam lauk my sister akan masak. Bukan setakat baling sayur goreng aje tau. Kadang-kala dapat makan kari ikan/ayam/daging, sup ayam pendekata yang tak terfikir dek akal I yang tak pernah ke dapur dulu macamana senangnya nak prepare menu ni. Of course, bukan satu, dua jenis aje... Penuh meja makan ya!

So dulu-dulu kami adik beradik selalu aje teased my sister ni. Kononnya untung bertuah badannya dapat suami kaya tapi selalu aje ditepis dek my sister yang katanya si suami lagi beruntung dapat isteri pantas bak kilat dan pandai masak lagi ~_^

Selain daripada menjadi guru, my sister menguruskan anak-anaknya seramai empat orang dan segala urusan rumah dari dapur sampailah ke mentol rumah meletup, batang paip tercabut, mesin basuh rosak dan seangkatan dengannya kerana prinsip my brother in law adalah tugas suami cari duit bagi senang anak-anak dan isteri. So lain-lain, adalah tugas isteri dan ibu. Aduh! 

Kadang-kala bila tengok rutin harian my sister ni memang buat I tergamam. Rasa macam tak logik pun ada. Awal pagi, beliau dah keluar rumah hantar barang ke kedai, lepas tu hantar anak-anak ke sekolah yang berlainan arah dan akhir sekali barulah pergi mengajar.

Habis mengajar, ambil anak balik sekolah, hantar anak lain ke sekolah sesi petang, hantar anak pergi tuition dan menguruskan rumahtangga. My sister ni pernah ada beberapa orang gaji dan sekarang ni beliau dah jadi bibik sepenuh masa juga kerana bosan katanya ada pembantu rumah kalau semua pun beliau boleh buat dan kena buat sendiri untuk puas hati.

Tugasnya tak berhenti di situ. Nak kena tolong suami beli barang-barang keperluan untuk berniaga juga. Bila malam kena tengok-tengokkan pelajaran anak-anak, kena buat kuih-muih (ya...kuih muih.. lebih daripada satu) dan juga preparation mengajar, buku anak-anak murid juga nak kena belekkan. Urusan rumahtangga memang tak dinafikan tak habis-habis sampai tutup mata. 

Tidur pun paling lama 3, 4 jam sehari. Memang kalau tengokkan rasa kesian pun ada tapi bila membayangkan 'untung' yang masuk poket, wah... excited gak tengok lifestylenya yang takda life langsung nih!

Dalam masa yang sama sempat juga tolong jagakan emak sekali-sekala. Kalau tidak pun pergi menjenguk our mother di rumah my eldest sister. Bila beliau datang berkunjung, kadang-kala tengah kita dok berborak mengumpat bagai, my sis ni boleh tertidur. Kepenatan sangatlah agaknya tu. Kesian melihatnya ... tapi kakakku kan kaya...hahaha... *dasar buaya tak kenang jasa*

I selalulah berfikir kalaulah I jadi macam my sister ni, mampukah I menangani segalanya? Baru jadi ibu bekerjaya dan tak buat apa-apa pun di rumah untuk menjana pendapatan, dah rasa penat sangat. Rasa macam tak cukup tidur aje walaupun tidur I lagi lama dari my sister ni. So, macamana ada hati nak jadi WAHM? Cubalah kawan-kawan tolong leraikan permasalahan yang susah bangat ni... 

Hai aduhai alahai...nape tetiba semangat meruap-ruap nak jadi surirumahtangga nih.... 

Bangun wey! Bangun! Bangunlah cepat dari lena yang panjang sangat tu ... 

P.S. Gambar semua digoogle ya...






Comments

  1. kagum btul la sy dengan ur sister..kita yg kerjaya biasa ni pun semedang rasa takde masa..makan pun kelam kabut tak mana nak tepisanak yg dok kaco nk masuk dlm pinggan lg..tp takdelah teruk sgt smp takda masa main fb,bukak blog lagi..tak bley imagine ur sis nk uruskan semua sendiri..

    bagus betul suami kaya beliau tu ye..semuanya letak atas kepala isteri.nasiblh kaya.haha

    tintintong jadinya klu tak kuat..rasanya ur sis dah biasa hidup jadi superomen..duit berkepuk bkn dtg sendiri..usaha n semangat kena ada smp hidup pun takde life.asalakn beliau bahagia apa yg dilakukan itu dah bagus..

    hidup ni bukan lama,so kena grab semua peluang yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, saya sendiri pun kagum dan kadang-kala rasa kesian pun ada. Yalah rasa cam takda life langsung walaupun duit banyak. My sis ni simple aje orangnya dan memang bukan spesies boros :)

      Dah namanya suami nak dibuat macamana... kenalah akur aje walaupun rasa geram, ya tak?

      Saya sendiri kalau tak cukup tidur (cukup tidur utk MD mesti tak kurang daripada 7 jam) memang mamai aje rasanya, mood pun kedaung jadinya. Marah pun cepat aje hinggap. My sis ni memang 99% urusan keluarga dan rumah beliau uruskan sendiri. Kedai tu pun kalau beliau takda, memang haru-biru ler jadinya .... Nasib baik anak-anak sekarang dah besar tapi sebagai ibu still lagi pergi melawat anak gilir-gilir tiap Ahad sekejap ke Kuantan, sekejap ke NS. Kalau saya memang tertidur tepi jalanlah gamaknya cam ni!

      Delete
  2. besar usaha besar la hasilnya..bukan senang nak senang..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susahkan... Memang multi tasking betul my sis yang satu ni. Adik beradik perempuan yang lain takda pulak penuh bertenaga macam beliau.

      Delete
  3. ye Allah kak..lieya pun same rase mcm ape yg akak rase...lieya ni plak jenis bangun pagi kul 5..siap masak semua kul 6 kejut budak2 mandi...pastu antai pi sekolah pastu lieya terus ke opis....balik umah kang kemas umah sikit plak, lipat kain kalo ade...sbb tu kalo pukul 8.30 lepas isyak tu bateri lieya dah flat....mmg time tu menjajau cari bantal jek...tapi bile pikir2 balik mampu buat camtu, rase bangga plak....heheheeheheh

    kak, tua biar pd umurnye, yg penting jiwa muda...ecewah!! lieya ni amik suppliment jek laa nak bagi badan fresh....

    oo akak dulu ngajar tusyen yeak..same mcm hubby lieya la, zaman belajar u sempat buat home tusyen ...mmg masyuk gak le die mase tu...

    perghh kak, kagum tabik spring lieya ngan kakak akak tu...die mmg srikandi rumah tangga yg hebat....mcm2 kerja die buat...uihhh dah le cikgu skrang bukan mcm dulu..skrangn cikgu busy tauuu...bukan setakat mengajar jek keje nye,kene gak buat keje opis...fuhh mmg takbik la kak oi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak Lieya baru aje berangan nak jadikan rutin masak pagi sebelum kerja tu, terus tak leh bangun pagi :) Kalau ya pun set jam pukul 5.30 pagi, boleh main ngelat-ngelat nak tarik selimut lagi. Agak-agak Subuh nak habis waktu nanti baru lintang pukang bangun :) Mana nak sempat masak bagai...walaupun keluar rumah pukul 7.45 pagi. Ikutkan sangat kemalasan dalam diri tu!

      Dulu-dulu ajar tuisyen memang masyuk Lieya. Tak silap akak biasa monthly dapat around RM1000+++. Cukuplah tu untuk bermewah masa belajar kan... Tiap-tiap minggu beli baju, beli kasut baru :) Memang terserlahlah keborosan sejak muda belia lagi :D

      My sis ni memang kita adik-beradik pun kagum. Dahlah tak boros orangnya. Very the jimat person (ikut arwah abah) Tapi rajin gaklah kita orang ni mengapi-apikan my sis yang satu ni suruh spend duit laki dia...kah3x...penat kerja siang malam takkanlah nak simpan ajekan....hehehe....

      Delete
  4. ternganga kejap bila baca. Kalo part yg masak hidangan penuh meja dalma masa sejam tu dah cukup ternganga, tetiba ada lagi tukar mentok tukar kepala paip lagi. pepepeperghhh.. mmg hebat gila. Siap sempat jaga emak lagi. mmg dahsyat. Betul2 untung suami dia. Cumaa.... err.. saya kureng sikit suka dgn prinsip suami mcm tu. Huhu.. ampun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah Lyd, tak payah minta ampun. Kita orang pun tak suka suami standard gitu. Rajin jugalah jadi bahan kita orang adik-beradik. Of courselah my sis kena tahan telinga dah namanya suami sendirikan...

      Dia memang superb. Saya rasa my sisters my semuanya superb dalam hal-hal menguruskan anak-anak dan rumahtangga ni. Saya aje yang tak berapa superb :(

      Delete
  5. Tak pelah tak kaya pun dpd penat banget tu kelihatannya your sis .....dpd cite awak tulah MD.....hehe...dasar pemalas okje ni agaknya...
    My opinion MD....tak salah mengejar harta .....depand pada diri sendiri kalau larat dan mampu....apa salahnya....tak de sapa menghalang! Tapi bersederhanalah dlm segala hal.... kita pun kena ada ruang untuk berehat.....letih weyh keje 24 jam....yg banyak rehat ni pun asyik nak rehat jer hehe....mmg duk tahap gitulah hang okje oi .sampai bila bila...haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Okje. Dia memang sangat penat saya rasa. Kalau tidak mana dapat aje my sis ni tidur. Pernah sekali my sis take a nap masa tengah membakar kuih. Punyalahkan....

      So, kita-kita yang tak mahu jadi jutawan ni, lebih baik kita enjoy life selagi terdaya. Ada duit sikit pun jadilah asal hidup pun happy :)

      Delete
  6. kan? saya pun cepat letih padahal kerja tak sebanyak mana pun. rasanya, kita letih sebab berleter terlebih kot? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga. Bila berleter banyak, otak penat pastu badan pun letihlah kan...

      Part berhenti berleter tu mungkin agak sukar untuk dilaksanakan dalam hidup sebagai mak nih :)

      Delete
  7. respect lah dgn ur sis kak.. semuanya dia buat sendiri. mmg independent. Tapi zaman skrg still ada lagi perempuan mcm ni.. nak tunggu laki buat mmg tak lah kan. Dr terbiar baik lah buat sendiri. Puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa ada orang gaji, my sis tetap masak, tetap uruskan rumah. Entahlah apa motifnya my sis ni ambil orang gaji pun tak tahu ...

      Delete
  8. komen ringkas saya, MD (iyalah tu..)

    1- jangan bercita-cita jadi oranglain. setiap dai kita berbeza, MD
    2- dek kerana saya ni juga cikgu, mungkin boleh bagi pendapat dari sudut kerjaya kami yang sentiasa bergerak, sentiasa berdepan masalah tak jangka. susah nak jumpa cikgu duduk masa mengajar..tu sebab sis MD boleh buat semua kerja dalam satu masa
    3- dia dah terbiasa jaga 40 murid dalam satu kelas..setakat nak jaga 4,5 anak tak de masalah..haha, betul tak? enteng aja..kalau cikgu sekolah rendah cam saya..budak terkencing, budak termuntah, budak sakit, budak bergaduh, budak benjol kepala jatuh longkang..
    4) tabik kat cikgu MD..oo..pernah jadi cikgu tuisyen ya..
    haha...sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kalau macam tu saya pun nak jadi cikgulah. Ini baru jaga dua anak dah meriah suasana rumah apatah lagi kalau setengah dozen. Kadang-kadang saya rasa pelik bila tengok ada orang yang boleh buat macam2 kerja dalam sehari tapi saya ni yang buat macam2 kerja tapi tak sebanyak mana berbanding dengan orang lain rasa dah semput sangat jadinya ...

      Memang pendek komen ANIM kali ni :) Apa-apa pun terima kasih. Saya suka aje kalau orang mengomen!

      Delete
  9. Aduhai membaca N3 MD ni macam cermin diri KA ler pulak, even idaklah sampai mcm super woman yang perlu buat segala bagai keja tu tapi lebih kurang lah... penat x yah nk cakap lah.kdg2 bila tlg adik buat homework lepas isyak, mata dh pejam, mulut KA je yang duk berbunyi2 mengajar hehehe.. apapun redha ajelah & tabik spring sungguh pada kakak MD tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang tak menjana pendapatan di rumah ni pun dah rasa penatnya, inikan pulak kakak saya. Memang boleh bayangkan betapa letihnya kehidupan macam ni. Tapi yalah my sis pilih cara begini mungkin beliau tahu kekuatan diri sendiri. Yang melihat ni aje kadang-kala rasa kesian juga!

      Delete
  10. Kagum sgt dgnyour sister sgt ber energy,tangkas n bdisiplin.bagusnya dia!rasa x mampu sy nak jd camtu hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adiknya pun terasa kagum juga, TJ. Bukan senang nak jadi serajin umat macam my sis ni. Apalagi kalau disuruh kurangkan tidur :)

      Delete
  11. wah cayalah dgn kakak MD tu
    mmm, tapi mcm kesian pon iye jugak.ye la samapi mcm tu skali diberi peranan oleh en suami.

    smga kakak MD terus tabah. superwoman katakan. rajin berusaha byk hasilnya kan..

    tapi kesihatan kena jaga jugak.. itu yg penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak jadi superwoman ni, CikSu. Mahu kena banyak berkorban harta benda, jiwa raga :) Tak sanggup akak rasanya. Tengokkan keadaannya pun kesian tapi yalah itu yang terpaksa dipilihnya ...

      Delete
  12. Permasalah kita minggu lepas samalah MD.saya pun fikir paling banyak pasal ni. Kepenatan menguruskan rumah dan kerja buat saya rasa kat mana kurangnya. Kurang makan ke? Shaklee yg dibeli tu tak cukup lagi ke? Kena lebih tidur ke? Ke pergi minta pwngetua kurangkan kerja yg tak sebanyak orang lain ke? Macam2 la..

    kagum saya dengan kakak MD tu. Alahai, rasa kerdil jw diri ni kalau nak mengeluh letih sedangkan buat kerja takla banyak mana pun. Kuat semangat akak tu ya.. pasti anak2 pun rajin dan kuat semangat macam beliau juga.. saya pun kena contohi kakak MD ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah saya tak tahu sebenarnya apa yang saya sibukkan. Rasa macam sibuk tapi ada masa juga nak main game, tengok cerita Korea. Tapi rasa macam pendeknya masa. Malam tak cukup tidur pastu komplen penat. Sebenarnya mata tak boleh nak lena dok fikir macam-macam hal...

      Saya sendiri dari dahulu kagum tengok sikap my sis yang satu ni. Dalam family pun memang beliau ajelah yang paling tangkas dan pantas kiranya... semua boleh buat dalam satu hari. Yang kita ni baru urusan kerja, urusan rumahtangga yang biasa-biasa aje, urusan anak-anak dah terkangkang kiap dikerjakannya :)

      Delete
  13. Your sis x tulis blog ke? Saya masih tercari-cari formula yang baik untuk keluarga yang ingin lepas dari bibik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, my sis memang takda blog! Sibuk dengan dunia nyata dan lagi, beliau memang tak pernah duduk depan komputer kecuali hal-hal sekolah aje.

      Delete

Post a Comment