Aku Tahu Aku Sudah Jatuh Cinta *__*

Salam sayang kawan-kawan!

Semalam tengahari I bercuti lagi. Maklumlah minggu nikan ada kerja part time. Bukan main excited lagi nak balik rumah walaupun hati ni sedih tengok baki cuti yang ada. That's whylah semalam takda entri.  A bit busy in the morning lepas je lunch time teruslah keluar berjalan dengan superheroes balik rumah. 

Sila jangan terpedaya dengan tajuk di atas. Sebenarnya itu segmen si Petak Bunga ni. I dari awal memang nak join sekaki bercerita kisah lampau tapi disebabkan naluri perempuan Melayu terakhir yang ada tinggal sikit ni, terasa malu pulak nak buka table cerita (Eleh, macamlah tak pernah cerita. Ngengada tau! Lepuk kang!)

Demi nak memberi sokongan, I sahut jugalah cabaran si my future editor ni. Mesti you lap me more after this, betul tak PB? I know, I know, dari jauh I dah nampak you tersenyum-senyum malu nak ngaku macam first time you nampak laki you tu, kan .....

It's okay. I faham feeling-feeling cam tu .... keh3x.

              Gambar dari Uncle G for google

I ni mula mengenali erti cinta (chewah, ayat pembuka kata ...) sejak di bangku sekolah lagi. Senang cerita masa umur 14 tahun. Tak kisahlah cinta monyet ke, cinta rabbit ke, cinta kangaroo ke, semua pun I pernah mengalami. Of course, of course, perempuan Melayu terakhir tak bersikap senang jatuh cinta. Ni semuanya cinta tak sejati, yang paling sejati of courselah milik ehmm, ehmm, ehmm,ehmm ... Alahai... .malu pulak nak teruskan ~__^ *merah padam muka I ni tau*

Maka, senarai di bawah ini adalah berdasarkan kisah benar, hasil dari longgokan memori yang tetiba datang pagi ni...

1. Bila tahu si dia masuk ke kawasan sekolah, hati terus berdebar-debar. Tak boleh concentrate nak buat latihan Matematik. Tak lengkap hari bahagia kalau tak pergi tengok dari jauh. Oh, I ni perempuan Melayu terakhir! Manalah boleh pergi berlari ke arah yang tersayang. Lagipun kita dari sekolah all girls, kan. Tengok dari jauh je lah si dia ajar budak-budak band sekolah. Nanti bila balik rumah, dapat panggilan mesra dari si dia, kita tell-tell lah tentang skodeng si dia dari jauh tu ....

2. Setiap hari, si dia akan menelefon pada masa yang sama (10 pagi) Maka, bila dah dekat 10 pagi, I akan jadi gelabah lantas teruslah sibuk menyapu/mengemas ruang tamu berhampiran telefon di rumah. Ada kalanya telefon tak berhabuk pun I rajin lap bila tiba time begini. Bukan apa, takut pulak nanti bapakku yang angkat. Mahu menangis kena marah dek percintaan terlarang nih... (Kang kalau bapak suruh kahwin umur 14 tahun camna? Tak pasal-pasal kena lari dari rumah pulak kang...)

3. Dulu-dulu masa zaman I bercinta, masih aktif lagilah surat-menyurat ni. So, posmen datang ke kampung setiap 2 hari sekali. Abang posmen akan lalu depan rumah sampai hujung kampung, patah balik barulah masuk ke perkarangan my rumah. So, bila hari-hari Abang posmen datang hantar surat, haruslah I menyapu depan rumah time abang posmen nak sampai. Takutlahkan kalau bapaknya nampak surat, dirobek terus dibaca. Makanya kenalah pandai-pandai simpan rahsia *__*

4. Kalau sehari takda panggilan telefon dari si dia, memang tunggang-langgang hidup ni rasa tak gembira. Semua kerja tak menjadi walaupun mandi basah macam biasa, makan sedap aje bila mak masak. Rasa rindu membuak-buak bila tak dapat mendengar suara mahupun melihat rupanya (Eh, boyfriend I ni sekolah kat sebelah sekolah kita je, dipisahkan oleh Tasik Y. Anim mesti tahu maklumlah sekolah tinggi dia kan ...)

5. Bila dapat mendengar suara si dia, tetiba aje suara sendiri berubah menjadi selemak merdu buluh perindu. Maklumlah, perempuan Melayu  terakhir tak boleh bercakap kasar dengan bakal tunang/suami (Manalah I tahu percintaan terputus tengah jalan, kalau tau tak kuasa nak berlakon bagai ni tau ....)

Ini percintaan time bersekolahlah ya.... 

Meh tengok saat-saat terasa jatuh cinta masa di usia 20-an pulak ...

1. Sebelum bertemu, puas menghafal 'skrip' bual bicara supaya tak terasa kekok bila berdua-duaan. Bila dah bertemu dan bertentang mata, lidah kelu untuk berkata dan jantung pun berdegup kencang. Seakan sedang duduk di atas pelamin aje kekdahnya diiringi kompang bagai. Hari-hari pun asyik angau membayangkan diri di atas pelamin dengan si dia tau ...

2. Kalau keluar makan, pastilah portion kita kecil sahaja. Makan pun penuh dengan kesopanan dah macam makan beradap pulak. Maklumlah, perempuan Melayu terakhir/bakal isteri/tunang tak bolehlah nampak lahap sangat. Nanti kalau si dia nak cancel perhubungan camna? Tak ke nanti kita juga yang melalak 3H2M sambil habis berkotak tisu yang kena beli sendiri?

3. Lepas berjumpa, mestilah disusuli dengan panggilan telefon. Kalau semalam tiada panggilan, mahunya tak boleh nak nyenyak tidur. Bila bercakap, bagai telefon tu kena glue di tangan. Langsung tak mahu lepas. Terasa masa berlalu begitu pantas bila si dia nak letak telefon. Sanggup lagi tu berangan sambil memegang telefon walaupun si dia dah lama memutuskan panggilan yang dibuat...

Banyak arghh PB, tak tersenarai rasanya. Kita pecut 100 m terus ke saat-saat dilanda percintaan sejati ajelah ya ...

1. Bila tengok muka HD (masa tu husband to be lah ya ...) terus dah terbayang rupa bakal anak-anak dan kehidupan selepas berumahtangga nanti. Oh, indahnya dunia!

2. Bila bercakap di telefon, memang tak pernah sekejap. Walaupun lepas 2 jam, terasa macam baru 2 minit berbual. Tak cukup dengan berjumpa dan bercakap di telefon, kita tambah lagi dengan menghantar email. Siap hantar lagu-lagu yang menusuk kalbu ala-ala kenalah dengan situasi percintaan kami masa tu ...

3. Bila HD di negaranya, bil panggilan telefon I naik melambung-lambung. I nekad, walau akan zero-zero balance dalam akaun di bank pun, I tetap akan mengulangi perbuatan yang sama (menghubunginya setiap hari) sehingga ke hari kami ditakdirkan bertemu kembali. 

4. Bila pergi shopping, selalu aje tershoppingkan untuk HD sekali. Lepas tu jenuh kena hantar guna DHL. (Mangkuk hayun betul ler ....) Duit doesn't mean anything ok! (Lepas kahwin nanti, kan HD pulak ambil alih tanggungjawab keluar duit, so no hal ler...kena pandang jauh ke depan gitu...)

5. Tak peduli orang lain. Yang penting dalam hati dan diri ni cuma ada muka HD je. Semua pun tentang HD sahaja...24-7 sehari, 7 hari seminggu, 12 bulan setahun dan blah, blah, blah ....

Opppss.... baru perasan! I ni dah  terkeluar tajuk ke PB

Huhuhu.... penat I taip tau!

Nota buku lima : PB, kena bagi I hadiah ni sebab berusaha mengejar dateline tau *__*





Comments

  1. MD... akak tak sempat nak bacani... bulan mei sangat sibuk blog sendiri tak terurus... dah sempat nanti akak akan baca,... baca sepintas lalu tadi rasa menarik sesangat... ...
    MD.... akak dah dapat hadiah dari MD.. kebetulan dapattu 3 hari lepas birthday akak.. terima kasih sesangat ... akak suka sesangat.... harini akak pakai tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padanlah lama tak nampak Cho bersidai kat dapur rumah saya. Hehehe ....

      Ya ke dah sampai? Alhamdulillah. Lega mendengarnya. Sepurnama penuh saya memikirkan camna nak hantar guna poslaju sebab diri ini penuh dengan kebebalan bab-bab ni :)

      Alhamdulillah, Cho suka saya lagilah suka mendengarnya. Tak sia-sia saya dok main klik-klik 24-7. Huhuhu .... Ambillah gambar nak tengok comel tak Cho dengan pemberian saya tu :)

      Delete
  2. best juga baca kisah cinta zaman sekolah dulu...amboi sampai tak keruan bila tak dapat call dari si dia..itlah cinta monyet namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu memanglah Ema. Rasa dap dup dap dup aje kalau tak dengar suara. Rindu serindu-rindunya gitu :) Ni PB punya pasallah habis semua I curahkan ke dada opppsss... ke dalam blog tau!

      Delete
  3. Wah2.. anak siapa lah ni.. umo 14 tahun dah bercinta cintun.. haha.. mujur pandai matematik ya, kalau tak pasti mak dah kawinkan lepas spm tu.. apa cerita dengan bf lama tu? Ke dah tak tahu langsung pasal dia...

    apa pun yang bab HD ni, hebatla, dah dapat bayang anak wajah pan asia masa tengah bercinta lagi ya? Hihi.. alhamdulillah panjang jodoh korang.. itulah jodohkan.. tak kita tahu tapi Allah menentu segalanya.. kaya DHL masa tu..

    Cikgu PB entah macam mana, kalau saya yang tanda, murid tulis macam ni bahagian isi dan olahan dah ok. Bagus ni tapi.... saya komen dan kurangkan markah pasal kosa kata dan bahasa campur campur. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yang susuah kalau yang bacanya bergelar cikgu. Banyak betul ditilik, dibeliknya. <--tulis dalam bahasa yang penuh tanpa shortcut.

      Delete
    2. Hello PB, ada kesalahan ejaan tu! Habislah Cikgu AN potong 100% markah. Padan muka. Huhuhuhu ....

      Delete
    3. Alah, Cikgu ni....apasal kejam sangat? Bagi ajelah 99% kata dah ok. Kosa kata tu cikgu kita tak ajar dulu-dululah ke, kita yang dah lupa apa ke bendanya kosa kata tu? Hehehe ....

      Bahasa campur-campur sebab well you know, bila I mengarang apa yang dalam kepala dengan jari yang menaip ni tak seragam pulak dah :)

      Dah habis baca pun tak tahu juga anak siapa, AN? Melampau tau...Penat saya mengarang kisah cinta romi juli versi Uzbek nih.... Hahaha .... *feeling syiok sendiri*

      Delete
    4. Ai korang, mengumpat cikgu terang-terangan ya? Eh budak zaman sekarang ni. Ai, kita dulu takut nak eh pada cikgu pun..

      Haha.. tulis dengan ejaan penuh sebab nak tunjuk baik pada PB tu.. haha.. di blog tak kisahla ya.. asalkan pembaca faham kisahnya.. macam tak biasa apa ditulis oleh MD ni..

      Amboi, nak 99%, berapa peribahasa dia guna? Nehi....beta.. arjuna beta je boleh.

      Delete
    5. Cikgu nampak muda macam rakan sebaya je, itulah pasal. Kira beranilah kalau nak suruh sound cikgu balik. Keh3x.

      Eh, sejak bila pulak kalau tak guna peribahasa tak leh dapat markah penuh ni? Takpa, takpa, lain kali ada peluang saya akan gunakan lebih banyak peribahasa, pantun, sajak dan sebagainya :)

      Susah betul nak puaskan hati cikgu yang satu ni...hihihi....

      Delete
    6. oh.. komen tak boleh check dulu..mana tahu ada salah ejaan.
      potong separuh hadiah u.

      Delete
    7. Alah, silap sikit pun nak kena potong. Hari tu kata budget RM10 lepas potong berapa tinggal? RM5 ke? Pergi Daiso jelah, banyak barang RM5 cute mute kat situ...

      Delete
  4. Byk positif rupanya percintaan zaman remaja ni..
    paling utama anak gadis jadi sangat rajin. jadi mak ayah kalau anak nak bercinta sila buat2 tak tahu..perhati dari jauh..bila ingat mak ayah dia tak tahu, dia berusaha nak sorok dengan melakukan extra kerja rumah..
    huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PB, I malu tau. Semua orang tahu I anak dua tetiba letak tajuk cam ni, rasa macam 'gelojoh' alahai... hilang segala sifat kesopanan dan ketatasusilaan. Makpak tak dapat detect ler masa tu anak kesayangan mereka ni perasan 'jatuh cinta' masa zaman tu.... Dengan HD of courselah riuh sekampung di buatnya...

      Alahai.... malunya I.... *tetiba je jadi gediks*

      Delete
    2. PB, u tolong la bagi MD menang. I vote for MD. Sbb tanda dia jatuh cinta tu memang melampau, tgk muka HD terus terbayang muka anak2 dia. Itu memang sangat epic hokey. *pegang sepanduk sambil jerit "Vote for MD! Vote for MD"!

      Delete
    3. Eh, melampau ke tu? Bila dah jatuh cinta memang angaukan. Asyik nampak pelamin jek...I advance sikit ler...I terus dah terbayang rupa anak-anak sambil membayangkan lebih2 pulak dah jadi isteri HD. Keh3x....termalu pulak...

      Hmmm.... 'terima kasih kerana mengundi saya' (dalam hati-cukup ke undi satu ni aku nak menang!)

      Delete
    4. okeylah..
      nanti i pos kat u.
      rasanya ada lg adrss nya kot..
      http://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/06/tiga-cinta-berbeza.html

      Delete
    5. Apa? You nak pos apa? Nak pos hadiah kat I ke? Alamak, I menang ke? *sambil tangan letak kat dahi yang terasa dedo mcm nak demam*

      Sat! Ni I nak kena buat ucapan apresiasi ke tidak ni? Kalau buatkan mahu bernanah telinga semua orang, muntah-muntah pulak nanti membacanya tak habis-habis...

      Delete
  5. indah kan bila dikenang saat itu.....nostalgia sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...zaman itu memang yang terindah dalam hidup. Tapi zaman beranak pinak lagi indahkan ...hehehe ...

      Delete
  6. Amboi 14 tahun pun dah mula bercinta ye MD. Tak sama budak bandar dgn budak kampung. Tapi biasanya cinta masa sekolah jarang yg kekal. Cinta bila dah bekerja biasa biasa yg menjadi macam MD dgn HD walau jauh tapi sebab dah berduit itu yg terus dpt berhubung..

    Dah keluar 2 hero pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, cinta monyet pun bertahan 10 tahun kak... Hahaha ....
      Kalaulah arwah abah ada lagi, memang kena pelangkung nih! Kecik-kecik dah pandai menipu sebab perasan cinta tu sampai ke jinjang pelaminlah kononnya :)

      Delete
  7. hahaha...
    amboooiiii kecik2 lagi dah pandai bercinta yer... nasib baik tak kantoi kan..
    tapi biasalah kan time2 sek gitu ada cinta monyet bagai.. sampai skrg pun ada lagi rasanya...
    teringin plak zaman cinta monyet ku dulu *senyum2 simpul*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...terlebih bercinta tu yang kahwin lambat ni, Lyn. Kalau diingat-ingatkan balik, bila tengah hangat bercinta ni memang teruk betul perangai. Semuanya nampak yang indah je. Yang tak indahnya tak tahu...

      Delete
  8. Hehe.... amboi bukan main tekan lagi kat word that's why atas tu hehe nak bagi orang alert sebab musabab tak de entri semalam hehe....
    Kira ok lagi tu umur 14 tahun.... Mak Jilap seawal 10 tahun dah gatai haha.....
    Tapi mmg tak tenteramkan kalau dapat jumpa orang yg dicintai time tu...kalau dapat kad raya mmg baca 100 x haha....
    Si dia tu cikgu ke? Eh jap jap....dahlah tak masuk band sekolah macamana pulak awak boleh kenal tu...sila terangkan kat mak.... kalau awak salah sorang pemain band, logik jugaklah....

    Weyh dah namanya bercinta orang BP ke orang Muo ke sama je kekdahnya hehe.... semua nak tunjuk sopan santun jer hehe...masa dating kalau boleh tak mo makan berger sebab nak mengelak bukak mulut besar hehe...
    Pergh bila call sampai kebaslah telinga ni haha......apa yg dicakapkan pun entah le.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, Mak Jilap lagi terrorist! 10 tahun dah bercinta? Hah, yang tu memang cinta ala-ala zebra gitu....tak kekal lama kan mak? Yes, I know, I know...sebab orang BP ni terrorist bab-bab madah berhelah ni :) Tapi mak cinta monyet kita lama bertahan tapi pastu kita hilang ingatan terus cepat tergoda...selamat jalan romeo sebab girlfriendnya lagilah romeo...kah3x tak pasal-pasal member tu pulak dilabelkan romeo. Yang benarnya, ah kak ni je yang gatal mengenyam. Kih3x.

      Oklah tak mau ingat kisah lama-lama. Ni menyahut cabaran PB ler ni. Tak pasal-pasal citer hal dalam kain. Eh, dalam kain apa pulak ni...masa tu tak reti berkain-kain nih!

      Delete
  9. 14??wah...awal nye..mesti banyak dengar lagu cinta nih..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ... semua pun hafal. Tanya jelah...Eh, masa tu lah sekarang ni takda masa nak dengar lagu cinta!

      Delete
  10. MD zaman acik 14 tahun tu tak reti apa lagi..masih main galah panjang lagi dengan budak2 lelaki..tak de nya nak berdebar bagai hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke Acik? Saya masa tu dah tak main galah panjang, dah beso :)

      Keh3x...

      Delete
  11. hebat MD kecik2 dah bercinta.mujur bukan mo 4taun.haha.tetiba rajin ngelap telefon rumah tu yg tak menahan..

    cinta dengan HD kejinjang plamin juga ye..jarak bukan pemisah..zaman dah canggih..janji fulus tebal..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baikkan...kalau baru pandai bercakap dah bercinta camna? Lagi parah... makpak kita garang PK tapi anaknya ni lepas gak bercinta monyet :)

      Lap telefon tu yalah salah satu taktik...Dah besar baru saya cerita balik kat family. Mak saya kata - tak sangka macam ni rupanya anak yang katanya baik tu! Kah3x...nak wat camna mak, dah jadi sejarah dah pun :)

      Delete
  12. 14 ? kalah lah saya . saya 16 ... TIGS / SDBL ? wah ! tabiklah . membaja cinta namanya tu ... saya tak terkeluar lak nak berkongsi cerita cinta ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan, TIGS dengan Hi School BP. All girls, all boys school. Memanglah gempak kan...itu pun terlepas dari pandangan makpak leh gi dating first time lagi kat Tasik Y. Keh3x....Sejarah betul ler....

      Delete
  13. Sama lah kita MD umo 14 tahun dah bercinta monyet...tapi memang betul jarang kekal...

    Cinta anak2 hingusan...tapi zaman Bunda dulu memang jauh berbeza...apa lagi dengan parents yang tak sporting...ketat pasal bab2 berkawan apa lagi bercintun cintan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Ada gak geng. Ingatkan saya seorang je yang gatai lebih masa dulu-dulu. Hahaha....

      Makpak saya garang, Bunda. Kalau tau memang kena pelangkung ler jawabnya. Tapi anaknya ni lagi pandai menyimpan rahsia. Itulah pasal macam-macam taktik terjadi demi nak menyembunyikan rahsia tu.

      Delete
  14. Salam MD...
    Akak dah lama jugak tak buka blog...tetiba jer bukak ada kisah percintaan yg menarik kalbu..fuhhhh seronok baca...
    Hahaha..terbayang pulak kisah cinta monyet masa sekolah dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tulah rasanya dah lama tak nampak MP menulis entri baru. Penangan si PB lah ni, saya sahut cabaran jek :) Mengimbau kenangan silam masa jatuh cintalah kita yek!

      Delete
  15. haha, nama I pun masuk juga dalam cerita cinta MD, best..best..
    adoii..boleh buat ikut zaman lak, tabiklah. saya ni dok mengarang, stop, dok karang, stop..tak taule masih sempat ke dak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PB kata akhir bulan 5, masuk bulan Jun. So tak tahu bila tamatnya :) Yalah teringat kat Anim yang katanya pernah gi hi-schoolkan...

      pssttt...tak pernah dating kat Tasik Y ke? Takpa, takpa....kita-kita je tahu...suami masing-masing tak tahu. Kah3x...

      Delete
  16. pnuh dgn.memori cintan ye MD..
    ikut zaman pulak tu.hihi.

    akhirnya menjadi milik HD..
    dpt anak.pon comel2.. kalau gegirl lagi comel ni.. alhamdulillah..
    smga cinta yg satu ni terus berkekalan hingga jannah.aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis terkeluar semua kisah cinta dek kerana kawan alam maya yang sorang ni. Demi PB, sanggup MD bongkar kisah cinta lama. Hahaha!

      Delete

Post a Comment