Ber-Papa John kita hari ni ...

Salam sayang penuh kesyahduan kawan-kawan! (Eh, apa ke hal dia ni...)

Mula-mula, marilah dengar rintihan hatiku ini. Dah banyak kali orang tanya camna nak follow my blog. Alkisahnya, meh ah kak cerita jauh dari lubuk hati. Ah kak tak tahu camna nak buat sebenarnya. Sebab tulah takda butang follow, takda G+, follower bagai dan seangkatan dengannya. Tapikan ada 4 kawan-kawan yang berjaya meng-follow my blog (4 aje, sikitnya...) so kita rasa curiousity kills the cat betul tau, camna mereka berempat ni berjaya meng-follow (dengan soalan cepu emas untuk AN -camna cikgu dapat jadi follower MD yek? )

Pada yang bertanya soalan yang sama tu, nanti kita cari jalan penyelesaian. Selalu bila orang tanya soalan mudah gitu, I terus je masukkan dalam my bloglist and then I pulak yang meng-follow blog si pengomen tadi. Bagus tak ah kak ni? Baguskan... sebab tulah jiran sebelah rumah gegak-gempita buat entri untuk kita sampai habis dikoreknya bukan main banyak lubang lagi kat dinding car porch kita tau *__* 

Oklah, let's tinggalkan kisah tersebut dan meh lah kita berstory-mory, happy-merry hari ni (ni tanda-tanda meroyan dah sampai dah ni...)

Ingat tak pasal restoran yang I hint dalam entri semalam tu? Kalau rajin, boleh menggali di sini. Kalau tak rajin, tak payah ler buat apa-apa!

Ahah, hari ni marilah kita bercerita kisah restoran pizza ni. Tak payah susah-susah nak teka, tajukkan dah ada nama *__*

Last week kami ke Ikea nak mencari barang. Bila barang tak dapat, of courselah hati ah kak rasa sakit gila.  Perut pun dah berkeroncong. Tak mahu den makan meatball Ikea lagi. So kita carilah kalau-kalau ada tak Papa John's di kawasan berdekatan.

Hubbydearie beri kata dua - nak makan di Mama Al-Rawsha lagi atau nak try pizza di Papa John's. Of courselah Papa John's yang menang sebab pertama, kami dah lapar sangat dan kedua, kami tak pernah makan lagi di sini walaupun pengalaman kali pertama mengorder makanan di cawangan Berjaya Times Square sungguh mengecewakan. ' Aku maafkan kamu, Papa John's...' kata hati MD ^_^

So, kami pun menuju ke Tropicana Mall untuk menikmati hidangan pizza di Papa John's....

Sila layan gambar dulu ...

Bila dah lapar, macam-macam ekspresi muka si Abang ni tau!

Adik Cute macam biasalah, susun pinggan dan seangkatan dengannya

Katanya sedap tapi sentiasa kosong je restoran ni, suspicious ah kak rasa tau!

Oleh kerana ini first time kami makan di sini, I pun orderlah dua jenis pizza, side dish for Abang yang cerewet dan semua sepakat nak Mountain Dew aje...



Hawaiian BBQ Beef

Hawaiian Papa

ChicPoppers & Wedges
Masa kami sampai ni pun restoran ni lengang saja, cuma kami berempat yang buat bising di dalam tu (my superheroes lah...) Sampaikan Hubbydearie berpuluh kali tanya kat I sebelum masuk sama ada restoran ni buka ke tidak. 

Dari segi keenakan pizza tu, memanglah tak dinafikan. ChicPoppers untuk Abang tu pun alahai sikitnya berbanding harganya RM11.50. Kalau Mommy atau Daddy yang makan, sekali harung je kami telan *__*

Harga keseluruhan selepas di campur service charge 10% dan govt tax 6%  berjumlah RM103.80 Kalaulah kali pertama datang dengan servis yang begitu buruk rupa parasnya dan kena bayar banyak ni, mahu I meraung jugalah ....

Apa-apa pun lepas keluar dari Papa John's, kami empat beranak tersenyum riang dengan perut yang kekenyangan. Superheroes pun dah kembali bertenaga untuk melenjan di dalam Tropicana Mall tu...

Paling best sekali of courselah ini ya ...

Voucher percuma mahupun diskaun siapa tak suka *_*
 
 

Comments

  1. Salam singgah pagi. Lama dh x kesini lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah cuti sekolah ya, Angah. Bolehlah blogwalking selalu :)

      Delete
    2. Ummi kim salam, dier kena berehat pjg sikit (dr yg advice). x leh nk stress2 sgt. Dan skang tgh super duper busy wit her work. Adiah dh smpai kat umah my aunty. Ummi say TQ, nanti2 bile dier wat comeback adalah n3 khas tuk aunty tu kih3...

      Delete
    3. Wa'alaikum salam,

      Macam serius je Ummi ni sampai kena berehat panjang. Cakap Ummi kalau gosip berjemaah dalam blog tak stress punya cuma urat kat mulut tu naik kejang ler dok gelak, pastu tangan pun tetiba kejang asyik nak update entri, approve komen bagai :)

      Takpa, takpa...cakap kat Ummi tak payah susah payah nak buat entri bagai. Aunty bagi pun punyalah makan masa patutnya awal Mei dah pos. Harap Ummi suka tapi ralat pulak tak sempat nak rembat apa-apa untuk Angah dan Adik. Next time ya, sayang :)

      Delete
  2. x penah mkn dkt sini..ermm nnt nk try jgk la =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugalah kulit pizzanya, lembut aje. Boleh cuba kalau tak pernah :)

      Delete
  3. akak ni mcm lieya la kak! lieya pun tak reti bab2 godek blog nie....lieya aci ngelat sikit...lieya upah org buat layout blog pastu suh die setup kan sekali iklan nuffnang, column2 tuk follower semua tu hahaahahah...dasar buta it lieya ni kak hheheheheeheh....

    tapi tu laa...harga die quite pricy gak ye kak...tapi kalo rasenye sedap kire ok la kot...bukan selalu pun masuk kan..sesekali...at least kite dah rase kan kak....

    kak, saje dera perasaan lieya....teliur tgk satu2 menu tu tau.....lieya tak penah try sini....nampak menarik jek..selalu jek nampak papa john niey....lepas ni leh laa try...terguda ngan entry akak punye pasal la nie heheheeheheh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nak minta tolong pada HD tapi makan tahun rasanya kalau HD nak bagi pertolongan percuma kat isteri mithalinya ni. Nak godek sendiri tu, memang a big NO, NO ler. Lain pulak jadinya nanti :) Tapi tak ngaku tu buta IT. Itulah masalahnya dengan akak ni, Lieya ....

      Quite sedaplah Papa John's ni. Bukan nak dera apa, tapi kalau nak lebih baik cepat-cepat pergi. Kah3x...

      Delete
  4. Papa john ada delivery ke? Bawah tempurung betul aku ni.... Tapi harga makanan tu utk 4 org, errkkk sungguh mahal. Chicken popper tu mmg 3 ketul je ke? Atau abg dah makan dulu?


    *rajin bakal menantu Pn Kutu menyusun pinggan. Hekhek,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada delivery tapi macam biasalah untuk kawasan tertentu je. ChicPoppers tu kalau tak silap ada 1-2 ketul dah kena rembat masuk pinggan Adik, begitu juga dengan wedgesnya tapi kalau ada semua pun rasa macam tak cukup kenyang jek!

      Ish, bukan sebab dia bakal menantu PK, tengoklah dulu Mommynya siapa ....

      Delete
  5. adik yg nak follow blog akak viva yg x de follower buton ni..
    boleh copy html blog ni..dan paste kat dashboard follow blog. akak ni Diva, kena trill sikit nak tau kisah idup dia..


    br nk tnya berapa charge gst skrng ni.. rasa dah x mampu dah ambe nk mkn kat fast food..
    em, bila kita nak bincang pasal nak buka restoren kita tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiks3x...rasa cam nak guling-guling atas carpet kat pejabat ni jek! Terima kasih PB kerana sudi membantu. Kalau nak tanya soalan bodoh mengikut dictionary HD ni, mahu tahun 2018 baru dapat jawapan tau!

      Eh, mana ada diva divu...kita insan marhaen jek.... alah...setakat mak sedara retis ternama jek...bukan sapa-sapa pun... Hahaha.... *riak, riak ler *

      Pasal restoran kita tu ek...hmmm...hmmm....first nak cari tempat kat area rumah you tu ke? Kalau tidak nanti susahlah en laki PB nak merantau gi minum 24-7, betul tak? Wey, dah jumpa lokasi nanti call kita...baru kita bincang. Yang penting kita ada jual air sunset paradise ke apa ke benda tu....

      Delete
  6. Dulu kat Aeon depan ni adanya Papa John tapi biasalah AEON BMC kan terkenal dgn bungkusnya.... hehe. Pernah jugak sekali merasa pizza dia... Namanya pun Pizza bagi OKje sama ajelah kot tak boleh lawan jugak Domino Ikan bilis.....dari hari tu tak dapat lagi ni!....

    Kalau Papa Zir tu MD mmg idaklah dia kalau perut dah lapar gi terjun mall lain semata mata nak cari Papa John....dia lagi rela makan apa yg ada kat situ... Si Mama Zir ikut ajelah kehendaknya ...maklum ajelah miskin papa kedana ..... ngikut ajelah hehe....

    Bila tengok muka abang tu ada jugak ternampak iras iras muka Buvi Jon

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's whylah, that's whylah...I takmo gi sana.... tak best kan Aeon BMC tu...kalau MV tu lain ler...beso boleh main lari-lari cam dalam filem hindustan tau!

      Oh, yang ni saya memang setuju sangat-sangat. Pizza bilis Domino's tu memang sangat menyelerakan apatah lagi kalau kita tengah puasa, lagi tempting sampai meleleh air liur kempunan kalau tak dapat tau!

      Alah, kat ada duit sewa rumah...kan ada purse kunen abang misai...cari ler jalan nak penuhkan dua-dua purse tu...Cuba cakap kaya selalu, manalah tau betul-betul Tuhan bagi kaya, jadi jutawan Power Root ke...hah, jangan tak ingat neighbour pulak nanti *__*

      Alah, OKje ni....Abang tu sebiji ikut acuan saya ler ...

      Delete
    2. Wah...ini sudah bagus.....menantu dengan mak mertua ada iras! haha.... Ini macam boleh NGAM maaaa...hehe

      Delete
    3. Jauh bezalah OKje... saya Melayu tulin gitu mana nak sama ngan Uzbek :) Tapi kalau nak tahu Abang ni memang sebiji ikut saya....cuma kalau dari belakang memang sebiji mcm Daddynya gaya. Tang mulut tu mmglah ikut Daddy...tang hidung hah itu ikut gene Mommy. Hahaha ....

      Delete
    4. Tak mau jugak sama muka ngan mami? Hehe.....oklah...oklah....kang kalau ckp sama jugak ada yg kena hempuk ni.....hehe...Sat nak tengok hidup abang hehe...

      Delete
    5. Eh, jangan belek anak orang. Itu dah pre-book. Wakakah!

      Takdalah sampai nak hempuk bagai, namanya pun neighbour tercinta. Nanti tak datang bergosip pagi-pagi buta, susah hati pulak. Sunyi suasana. Setakat lempang jelah, ok kan...

      Delete
  7. tak pernah makan lagi kat papa john sbnrnya... tpi teringin juga nak cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahanlah sedapnya, sesuai dengan harga :)

      Delete
  8. jarang la nak mkn kat papa..
    blh tahan.. boleh lawan pizza domino ikan bilis x? hihi

    *mommy, selalunya saya bertolak dri kl lps asar.dlm jam 5 camtu.ikut LATAR ekspressway.dalam jam 6 camtu sampai la..

    *yg saya pi bru2 ni.mmg ngam2 sampai jam 6.hari jumaat.mmg dh penuh.mmg rezeki saya la dpt mja dpn skali tu. hihi..

    *cuba la singgah.. lain org lain citarasanya..
    bg kami ikan2 nya mmg fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun first time saya ke sana Ciksu. Kali pertama sempat order je lepas tu ordernya hilang, kami pun blah gitu je sebab geram. Tapi sebab nak gak cuba, pergilah ke cawangan yang lain pulak. Nak tengok macamana servis, sama ke tidak. Pizzanya quite oklah, not bad.

      Delete
  9. Akhirnya dpt juga makan pizza ye MD. Dah kat pizza hut dia buat acuh tak acuh siapa nak pergi lagi ye tak? Pergi sekeluarga baru bertuah makan sedap dan selesa lagi bila tak ramai org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, yang cerita semalam tu kat Papa John's Berjaya Times Square bukan Pizza Hut. Tapi dek kerana teringin gak nak merasa, saya pi juga cawangan Papa John's kat Tropicana Mall pulak :)

      Delete
  10. Tiap kali nak pergo papa john's ni.. sure ada tarikan tempat lain suruh singgah.. jadinya mmg tak pernah try lagi...
    pizza hut & papa john's mane sedap??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa dari segi taste tu memang Papa John's lagi sedaplah. Kulit pizzanya tu lembut jek. Tapi lain padang, lain belalang. Lain orang, lain pulak pandangan :)

      Delete
  11. suke kite tgk pipi si comel tuh!!! geram geram sgt tau!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ramai dah nak mencubitnya...luak pulak pipi anak saya nanti :)

      Delete
  12. Pizza yg paling best saya mkn..ialah pizza yg wife saya buat....ekekeke

    Kami kalau dah ke ikea...bila nak mkn mmg terus terjah the curve je la...jln kaki melintas bridge aja...mls nak keluar gi tropicana tu...nak nak weekend..mmg susah cari parking....btw,saya tak pernah masuk tropicana pun..haha...

    Service tax + govt tax yg buat mahal bila mkn kat tmpat mcm ni...hope bila GST implement next year,betul2 la tinggal 6% charge....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi DZ, pujian melambung untuk isteri sesaja. Bagus, bagus, bagus! Boleh dicalonkan jadi suami mithali 2018 nanti :)

      Saya jangankan nak nyeberang jambatan, nak jalan kaki ke Curve tu pun malas. Spesies malas excercise ler ni! Kami dah keluar dari Ikea, kalau tidak harus gak bapaknya suruh makan kat The Curve.

      Walayweh, cerita macam rajin keluar masuk Tropicana! Rupanya tak pernah lagi...seriuslah saya ni membacanya!

      Delete
  13. Kalau balik rumah kat cheras..selalu gak lalu tapi tak pernah plak teringin nak singgah mengoder.. heheh..tapi nampak cam sedap jerk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Taman Connaught ada satukan... Rasanya better than Pizza Hut, PHD mahupun hand tossed Domino's tu.

      Delete
  14. Kat Alor Setar ni bukan saja Papa John, Mama John, sis and bro John semuanya belum sampai...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.....gelak tak tutup mulut perempuan melayu terakhir membacanya tau!

      Pizza Johan pun takda gak ke kat Alor Setar?

      Delete
  15. wah..mahal nya..untuk selera besar macam kami sekeluarga banyak tu tak cukup la..hahah..mahal pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, Diana anak dua kecil tu takkan seleranya besar? Kalau kami 4 beranak ni (sama je kita ni....) memanglah sentiasa berselera besar (makpaknya ler tu...) tapi masa makan di sini, cukup kenyanglah !

      Delete
  16. Humang aihhh.. Mahal tuh RM103.. Tak pernah lagi try sini, sedap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap memang sedap. Yang buat hati saya sakit masa gi Papa John's kat Berjaya Times Square tu servicelah sangat menghuru-harakan jiwa raga. Itu je yang nak komplen !

      Delete
  17. MD, saya yg jenis ingatan agak mix ni cuba fikir macam mana saya terfollow blog MD. Tapi takleh nak mendalami ingatan jangka panjang. Tapi macam, macam ya, saya follow dengan cara saya add url blog MD ni di dashboard saya. ..eh jab.. saya buat entry la ya. Eh..mengada lak kat situ. Padahal pagi tadi suami dah warning jangan berblog, siapkan kertas soalan yang banyak lagi tu.
    Kalau dapat rekemen daripada MD, boleh cuba pizza ni. Kami tak penah lagi masuk sini. Jenis makan nasi ni, memang banyak telan nasi. Alahai, bila nak berdiet nasi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak suruh suami masak, lebih baik ikut arahannya suruh tanda kertas soalan. Hahaha....

      Bila masuk dashboard kan kita ada nampak follower. Saya tengok ada 4 dapat jadi followers saya termasuk AN. Tu yang saya pelik camna you all boleh jadi follower lepas tu saya pun sebenarnya nak follow sama tapi lebih baik saya masukkan dalam bloglist jelah senang.

      Sedap AN pada tekak saya kulit pizza ni. Saya pun kaki nasi. 2 hari tak jumpa mahu merangkak bawah meja, cari periuk nasi. Habis selamat tinggal diet nasi saya. 2 hari je bertahan tapi saya nak cuba sekali lagilah. Jom kita sama-sama diet nasi. Kalau ada geng ni baru rasa tercabar sikit :)

      Delete
  18. Lupa.. boleh je tambah sendiri follower di menu MD.. rumit juga nk tulis dlm komen. Nati saya usahakan entry ya..kot membantu blog akak diva ni. Makin fofular kalah pemenang ABP ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, alhamdulillah, terbuka hati seorang kawan nak membantu. Kalau rajin lehlah buat entri nanti saya ikut aje arahan. Saya tak pandai nak add, yang ada sekarang di sidebar tu semuanya saya google and try. Letih gak takut alahai kalau terhapus terus blog :)

      Mana ada popular. Neighbours kiri kanan depan belakang tepi sipi-sipi semuanya dah popular ....

      Delete
    2. dah siap entry pasal follow mefolow ni ya.. sila jenguk tau,, ada link ke blog popular ni.. haha.. harap membantu

      Delete
    3. Terima kasih, AN. Memang nampak terserlah ke'cikgu'annya :)

      Nanti saya datang jenguk dan belajar!

      Delete
  19. nyumnyum sdapnyer...telan ailio tau nengok...dah lama kita tak berpapajohn nih...kat kl jerla dapat merasa....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah Lizz, kalau tak dapat berPapaJohn buat je pizza kat rumah. Lizz kan tukang masak ternama gitu :)

      Delete
  20. Akk suka juga makan papa john ni... tapi sebab hasben tak suka jarangla pegi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa saya sedaplah pizza ya cuma servis tu kureng sikit.

      Delete
  21. wahhh sedapnyaa.. kat sabah takde ni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cam tu bila datang Semenanjung nanti bolehlah rasa pizza kat Papa John's ni :)

      Delete
  22. tak pernah ty pizza papa john...biasa pizza hut atau domino je... sekali sekala kira okeylah makan kat situ..kalau kerpa kopak habis wallet cari duit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hari-hari nak Papa John's mahu bankrap cam ni :)

      Delete
  23. ohh maknaya selama ni sy mg tak follow MD la ekk..sungguh tak pernah ambik tau walaupun sibuk sekali meroyan kat sini.hakhak..

    boleh tahan juga harga kt papa john ni,patutlah lengang saja takde org.kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jarang follow bloggers lain. Selalu datang bertandang je...bergantung pada bloglist saya... Kalau sesekali makan oklah tu, PK buat nak merasa. Kalau nak makan hari-hari, seminggu sekali memang takdalah...

      Delete

Post a Comment