Berjaya Times Square bersama Adik

Salam penuh kasih-sayang semua!

Ingat tak minggu lepas yang  I main cuti-cuti setengah hari ikut suka hati aje tu? So, hari-hari bercuti tu I bawalah Adik Cute jalan-jalan makan angin (sila jangan percaya) Ok, pembetulan! Jalan-jalan makan angin kalau dengan Mommy tu maksudnya keluar masuk shopping mall jelah. Paling ohsem dah tentu dapat main kereta mainan 18kali ^_^ 

Okeylah kan daripada kena duduk rumah je dengan Mommy!

Asyik ke Aeon rasa macam sangat membosankan pulak maka kita jalan jauh sikit ke Berjaya Times Square. Takda apa pun nak dicari di sana. Saja suka-suka melepak buang masa dengan anak.

Si Adik ni bila nampak tangga berpiano ni mulalah tak mahu gerak ke tempat lain. Lagi bila dapat main lompat katak kat kawasan ni, lagilah Mommy kena bersabar menunggu buah durian yang tak gugur.

I gertak nak tinggalkan dia pun, Adik buat muka tak tahu ajelah. Mungkin dalam hatinya berkata - Kalau Mommy nak blah, blah ler... Adik tak habis lagi lompat kat semua kotak purple ni, Mommy. It takes time ....







Bila Adik dah jemu, barulah Mommy boleh bawa meronda kawasan. Keluar masuk kedai ikut suka hati Mommy pulak *__* Tapi Adik ni bukan boleh percaya. Kalau nampak apa yang berkenan di hati, Mommy pun kalah dengan dugaan. Langsung tiada istilah ' No' dalam hati Adik ni tau!



Bila dah penat, kita pun carilah tempat makan. Ternampak restoran pizza ni, tak pernah mencuba so, kita terus cari tempat duduk. Di restoran ni, berlakulah adegan yang  tidak diingini. Orang tak ramai mana tapi nak ambil order pun kena lambai-lambai tangan. Padahal dua, tiga waiters ada dok bersidai kat kaunter. 

Lepas ambil order, tunggu punya  tunggu tak juga pesanan sampai. Bukan setakat makanan, air minuman pun tak dihantar. Last bila I tengok I pelanggan terakhir yang tinggal manakala the rest semuanya pelanggan yang baru masuk, I pun melambai-lambai tangan sekali lagi.

Barulah air dihantar. Rasa nak jerit je sebab si Adik pun dah tak tahan kehausan (Mommy pun lupa nak bawa bekal airnya...my silap tu...) Sebaik air dihantar, si waiter beritahu yang ada masalah dengan sistem pesanan, MAKAnya pesanan I tadi telah HILANG. 

Memanglah I terasa bengang. Kalau dah  tahu hilang, kenapa  tak cepat-cepat datang minta maaf dan ambil order semula. Ini dibiarkan kami menunggu tak keruan gitu. I pun terus beritahu nak cancel order dan keluar...

Si waiter tanya gak air yang dah dipesan tu macamana nak buat. I suruh dia cancel jelah since takda dalam sistem pesanan mereka, kan ...

Kita gerak cari restoran yang lain pulak. Ingat nak ke Kenny Rogers tapi ternampak Nando's pulak. Oklah, masuk je sini dek kerana perut dah berkeroncong. Tengoklah apa si Adik ni buat dalam suasana macam nak hampir senja di Nando's ni ...




Inilah my order for kami. Kalau nampak iced lemon tea, memang tak boleh tak order. Si Adik dok mengerjakan nasi aje. Makan dua, tiga suap, teruslah sambung main. Superhero yang satu ni bukan boleh berlama-lama di sesuatu tempat. 

Selesai makan, kita pun pulang ke rumah. Perut dah kenyang haruslah nak menidurkan diri pulak lepas tu *__*

Comments

  1. adik ajak mummynya main teng teng tuh ... haruslah ditinggalkan seawal mungkin restoran itu ... saya pernah kena mcm tu masa bulan puasa . org yg last dpt dulu , kita yg order awal tak dpt lagi . kul 8 baru sampai hidangan ... sabar jer la ... dah la tu , lain kita order , lain yg di hantar ... sos chicken chopnya masin lak tu ... grrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka dok jeling, kita pun jeling gak tapi tak tahulah order dah hilang. Dok tunggu sampai setengah jam, mahu tak bernanah hati dan perasaan. Nasib baik mulut tak celupar hari tu ....

      Delete
  2. Suka gi Times square tu sebab Tshit remaja kat situ murah murah. Walaupun saiz OKje mmg tak ada tp sekurang kurangnya tolong suka bagi pihak anak hehe

    Mmg nak kena belasah jugak waiters yg ada tu.... OKje pulak yg geram ...Yelah dah tau order hilang bagilah taukan.....ini dibiarkan kita menunggu mcm tu! Tak patut betul! Patut mintak free air tu MD...

    Lama dah tak makan Nandos.... kat area rumah OKje ni ada Nandos...kalau teringin sangat harus pergi jugak ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni macam orang jakun jek... yalah first time masuk restoran ni. Kata orang pizza kat sini sedap so nak cubalahkan terlanjur dah nampak logo kedai. Kehausan kami dua beranak. Pelik gak biasanya bila masuk restoran, mereka hantar air dulu. Yalah, air semua tak yah bancuh bagaikan... ni sampai ke titisan terakhir pun tak nampak bayang air....masa hantar air baru kata order dah lesap, mahulah tak ngamok meroyan kat situ tapi I still maintain perempuan melayu terakhir. Kita cakap kita nak blah dari situ dan tak mahu minum air yang dihidangkan!

      Nando's ni bukan my favorite OKje tapi perut dah berbunyi dan KRR pun tak nampak bayang kat belah mana, so dok makan jelah...

      Delete
    2. Menyinggah sini jap.... Tak rembat baju ke kat TS tu? Banyak yg cantik tu...

      Delete
    3. Tak pulak OKje...terembat benda lain :)

      Delete
  3. geram tgk ur son! haha comel! :-)

    Salam kenal, jemput singgah ke blog saya :-)
    http://amfarra.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, thank you. Boleh geram tapi tak leh cubit. Hahaha ....

      Insya Allah nanti saya jengah ke sana!

      Delete
  4. Baru padan muka dgn waiter Pizza Hut itu. Kena hantar pergi motivasi kalau pekerja macam ini. Pihak management dia dak sedar tu MD. Kalau tahu mahu kena warning letter.

    Adik juga yg syok main lompat-lompat sampai jenuh mummy kena tunggu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppsss...bukan Pizza Hut, kak! Nanti kita sambung esok :) Saya malas nak berdrama kat situ tapi masa mereka hantar air, saya cakap saya tak mahu dah.. walaupun mereka kata order dah retrieve balik ke apa, saya tetap nak blah gak!

      Delete
  5. assalam mommy :D
    lama cheq tak ke mari.. thanks tau sudi singgah blog cheq yang dibiarkan tanpa ntry tu, hihi

    * MD pos guna pos laju erkk?
    kalau pos laju ada la dapat surat cinta tapi belom lagi ke PPL, Jln tun sambathan..

    *kalau guna pos biasa tak da la pula dlm peti surat tu.. cma ada satu je sampul hari tu.. itupon dari missredcheesecake..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Itulah cuti sekolah, Ciksu pun bercuti sama ye ...

      Saya guna poslaju. Risau gak sebab Ciksu takda pun hint barang dah sampai ke belum. Kalau tak sampai, saya pulak yang nangis-nangis kat sini :)

      Delete
    2. in shaa Allah, confirm yg surat cinta tu brg MD yg punya.hikhik.
      nti saya dh pi ambik, sy inform k..

      Delete
    3. Oklah Ciksu. Kalau dah ada surat cinta tu makna dah nak hampir sampailah, tinggal nak ambil jek. Harap Ciksu gembira dengan hadiah yang tak seberapa tu :)

      Delete
    4. Saya pun. Dah ada bungkusan di sekolah. Tapi saya tak gi ambil lagi. Rasanya tu barang MD hantar kot. Dah tak ada beli apa2 sejak nak cuti hari tu. Tungu ya. Nati saya lapangkan diri pegi ambil bungkusannya. Jeles wei tgk orang kanan kiri tunjuk barang...

      Delete
    5. Alah, AN...hadiah biasa-biasa sahaja. Janganlah excited sangat macam nak dapat rumah sebiji :) Tapi harapnya AN sukalah ya. Penat saya meredah kawasan Parlimen mencari barang tu....

      Delete
  6. eh ade lagi tangga piano tu erk.. lama dah rasanya since early last year.. tapi masa Lyn pg yg purple tu takde.. lyn pun suka naik turun tangga tuh.. syok.. hehehehe *mcm budak2 kan hahhaha*
    ishhh boleh plak dorang buat dunno erkk... klu kita tak panggil sampai ke sudah tunggu mcm buah tak gugur... elok jugak akak cancel order & cari tmpat lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagilah Lyn. Masa first time kami kejakunan tu pun lantai kotak-kotak purple dah ada. First time, akak pun lompat sikit-sikit gak. Kali ni taklah, nanti orang kata buang tebiat pulak mak budak nih!

      Malaslah akak nak tunggu. Dah setengah jam, air pun tak sampai. Nasiblah mereka. Akak terus cancelled walaupun air dah hidang atas meja and blah je....

      Delete
  7. semangat & comey nyer Adik... geram acik tgk...

    btw nak follow cni tp xde button follow... acaner yer?

    ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Butang follow tu takda sebab tuannya sengal tak reti nak wat camna... Nanti ek saya fikirkan nak watpa... Selalunya saya masukkan dalam bloglist lepas tu saya yang follow pengomen. Kah3x.

      Delete
  8. singgah sini dari blog okje
    camne nak follow sini?

    anyway, comel si adik tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi singgah... neigbour sorang tu memang suka mempopularkan jirannya yang pemalu dan 'pengecoh' ni ....

      Camna nak follow....tulah saya sebenarnya tak reti nak buat camna sebab tulah butang tu takda kat blog ni. Nanti ek saya fikir camna :)

      Delete
    2. Wah.. ramai tu peminat baru. Makin fofuler wak...

      Delete
    3. Hahaha...janganlah buat gelak. Buat malu saya je nih...Mana ada popular... Blog ni dah macam tempat jiran tetangga bergosip jek...Saya jarang gi bw kat kawasan baru... tak menyempat lagi nih!

      Delete
    4. Tak gelak pun. Mendoakan sebenarnya.. sambil mengusik. Ni baru setahun, kalau beberapa tahun pasti meletup2 lagi. Amin.

      Delete
    5. Amin. Amin. Amin....

      Pertengahan Julai rasanya baru nak masuk setahun. Akaun NN pun tak penuh. Hiks....

      Delete
  9. teruknya punya servis sanggup bagi customer tunggu dan panggil dari mereka mengaku kesilapan sendiri. ema pun pernah terkena sekali...bila tunggu punya lama, dan nampak orang kemudian sampai makanan dulu...suami terus tanya kenapa makanan tak sampai lagi...sekali dia cakap resiit order hilang... marahlah suami, terus tak jadi makan...bayar air jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya kalau dah tahu order hilang, kenalah datang kat customer minta maaf dan ambil order semula. Ini buat tak kisah je padahal mereka nampak I tengah duduk dengan anak dan takda apa-apa atas meja. At least, datanglah tanya....

      Delete
  10. kemain adik lompat2 kat kotak perple tu… Naper mommy tak join sekali? Boleh la exercise sekali dgn adik cute tu…
    Mau tak meletop bila kena mcm tu…. Tu yg bagus MD ni, sempat lagi control jadi wanita melayu terakhir….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy nak join tapi malu. Kang kalau Mommy lompat lagi tinggi, lagi happy daripada Adik, apalak orang kata. Dah tak pasal-pasal tolong orang tambah dosa mengumpat kita. Hiks!

      I tinggalkan je air tu. Silalah minum sendiri, bukan order I kan...dah katanya my order dah hilang ditelan system mereka!

      Delete
  11. kalau jd budak2 pergi mana2 pun seronok aunty, janji Ummi & abah bawak jln2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? Ini kira pendapat Angah sebagai anaklah kan? So, kalau gitu Aunty bawa superheroes keluar masuk shopping mall lagi ler... Hahaha!

      Delete
  12. Menyirapnya aku baca pasal restoren tu. I cukup pantang kalo jenis pekerja sambil lewa macam tu. Tolong la take serius skit dgn customers. Haiih... Tapi kalo i yg berada di tempat tu pun, i mmg takkan marah derang. Cuma blah jgk la. Tak perlu nak mengamuk walaupun dalam hati je mengamuk. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaslah nak mengamuk, mengalahkan mak datin. Kita psiko lembut-lembut je biar terasa malu sendiri. Boleh buat orang tunggu 30 minit nak minum dan makan. Tapi you tengoklah mak datin ni... Eh, dia pergi lagi cawangan Papa John's yang lain semata nak merasa pizza marbeles katanya!

      Delete
  13. Haha.. ni macam kes saya nak pegi makan di kajang hari tu. Bengang rasanya. Nak meniaga tu buatla betul2.. kan? Mujur Adik tak mengamuk masa tu. Kita lapar ok lagi, budak2 bukannya tahu nak tahan.

    Bab asyik nak main kereta ni saya cukul faham. Setakat ni Naim macam tulah, mujur adiknya tak reti lagi nak main. Tapi memang tak buat keje lainla. Asyik nak main itu je..syokla adik ya..selalu dating dengan Mommy sorang2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik dok nak air, nak air. Dah dimakannya gula-gula tentulah haus. Mommy pulak ambil anak tak bawa keperluan lain. Botol air pun tertinggal. Itu yang geram. Selamba je siap tanya lagi KRR kat tingkat berapa...saja nak bagi panas telinga!

      Delete
  14. haha klako gelak jap...masuk shoping mall jerla kejanyer dik yer...naik keta menan 18 kali tu yang tak menahan...kalo sara pun seronok dapat naik keta manan bebanyak gitu..dah lama juga tak pi time squre nih....kalo pisana shoping baju mura2 hehe..
    eee geram tau boleh pulak hilang order buat dek jek tak nak bagitau awal....*tumbuk meja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. See, see....

      Saya memang perempuan Melayu terakhir. Saya tak tumbuk meja. Hahaha ...

      Mahu tak panas hati penat menunggu air pun tak sampai. Tapikan sebab teringin, kita pergi sekali lagi tapi cawangan lain pulak :)

      Delete
  15. suka adik main pijak2..jenuh la tunggu dia nak bosan main benda tu.nasiblah mommy jenis penyabar..hehe

    mmg sakit je hati klu perut tgh berkeroncong order lmbt smp..klu setakat lmbt takope juga,ni terus hilang..menyirap betul kite membacanya..haha

    akhirnya dpt juga mkn dengan aman di nandos..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik memang banyak pit stops nya kalau berjalan. Asal nampak toys berhenti, asal nampak kereta bayar tu berhenti...penatlah kadangkala nak melayan. Kalau tak dilayan, riuh sekampung. Mommy juga yang glamor nanti. Ikutkan ajelah, kalau degil sangat memang sempat gak tangan ni sampai kat mana-mana :)

      Kalau air datang dulu oklah lagi, ni dibiarkan kita menunggu macam apa, inform pun tidak. Nasiblah, saya terus angkat kaki.

      Delete

Post a Comment