Kisah si tab malang dan bila Adik Cute memandu ...

Salam sayang semua!

Ini kisah hujung minggu yang lalu. Seperti yang dikata, si Abang merengek nak ke Zoo Negara on Saturday. But then superhero kecil termasuk Daddynya sedap alahai tidur lena sampai tak mahu sarapan pagi! 

Plan terpaksalah dibatalkan. Siapa yang nak berjemur dalam zoo di tengahari. Umat manusia pun dah tentu ramai. Oh, tak kuasa mak datin nak berpeluh-peluh! (Harap jangan muntah dengan statement berbaur pujian ni ya)

Nak tak nak, kami keluar rumah juga dah namanya Sa-tur-day, kan. Haruslah nak bawa superheroes berjalan-jalan. Sebenarnya I ada satu ad hoc plan lagi. Bila nak booking hotel je, Hubbydearie suruh 'hold on' sampailah ke Jumaat malam. Nyampah sungguh ler ...

So kita pergilah mencari tab si Adik Cute. Oh, bukan yang berjenama ler! Nangis nanti MommyDaddy. Tab yang sedia ada sudah ditamatkan riwayat oleh Adik Cute sendiri. Lepas kena 'mandi dengan air' tab tu, Adik buat hal lain pulak. Akhirnya tak berdaya tab tu nak bertahan dengan dugaan yang Adik beri. Dah selamat kena lanting Samsung tab Mommy tu ...

Tanya juga kat si Bubbly Abang, nak satu tab ke tidak. Berkali-kali tanya, jawapannya satu saja - tak mahu. Lagipun Abang tak suka main tab. Lebih afdal main komputer di rumah sebab ada Roblox kesayangannya. Dalam tab tak leh main Roblox, entahlah tak tahu kenapa ...

So, kita settledkan tab Adik dulu. Lepas  tu dalam pada sibuk melayan Adik, boleh pulak Daddydearie terberkenan dengan spek mata hitam yang terpamer dengan bangganya di sebuah kedai cermin mata. Wah, kalau Hubbydearie yang berkenan, tak dan-dan nak buat keputusan tau!

Sementara  tunggu Hubbydearie, I bawa superheroes 'sewa kereta' kejap ...



Adik ni bukan boleh nampak kereta, semuanya nak cuba, nak main. Tak pernahlah Adik  tak ajak berhenti bertafakur seketika kalau nampak mainan cam ni. Letih betul tau...

Bukan pandai pun si Adik ni bawa kereta tu. Nasib baik ada remote control. Abanglah yang tukang control kereta. Adik pegang stereng je, yang penting gaya bawa kereta tu ada...

Abang pula  memang dah give up tak mahu main sebab semua permainan dah tak sesuai dengan ketinggian dan kelebaran badannya. Kesian kat Abang....



 Lepas balik dari sini ingatnya naklah pergi makan daging gulai kawah, ayam kampung dan ketam masak lemak cili padi (mak hai, nafsu melampau tau..) nun jauh di velodrom sana. Dah lama tak merasa sambal belacan marbeles gila tu. Dek kerana Hubbydearie tak teringin nak makan nasi, maka lagi sekali rancangan dibatalkan. Lebih baik kita buang masa di Aeon sajalah. Lagi best gamaknya ...

Eh, baru perasan! My superheroes ni kalau berjalan je mesti rembat baju yang sama, tak pun warna sama. Memang budak-budak sekarang pandai ukur baju di badan sendiri tau. Tak main dah makpak uruskan bab-bab pemilihan pakaian untuk bersantai ni!










Comments

  1. saya pun suka kalau anak2 lakukan aktiviti yg guna semua anggota badan berbanding dengan tab dan komputer kan MD. cam kita dulu2.. ligat otak ni berfikir dan main apa..
    selamat bercuti bawa anak2 ya...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Superheroes ni sebenarnya lebih suka lepak di rumah bermain gadget. Si Adik tu nak jugalah kadang-kadang keluar bermain. Si Abang pulak lagi selesa dok kat kerusi empuk depan komputer :(

      Delete
  2. gelak sekejap ... bukan main bergaya si adik main rupanya si abang yang control ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pandai Adik nak drive. Kena tukar kereta yang ada remote. Suruh tekan pedal minyak pun tak reti :)

      Delete
  3. Ohhhh nasib baik OKje tak perasan...kalau tidak dah lama tegur hehe....
    Samalah ngan Papa Zir tak pun Mama Zir tak pun TLBD...baju itu sokmo...tak belang merah belang coklat hehe...

    Sian jugak abang ek ...mesti dia boring tak dapat main...
    Dah dapat ke tidak tab adik tu....cari kat mana? Mines ke?
    Awak ni tau saja tempat makan yeh MD...sampai ke Velderome pun tau kedai best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu pun OKje baju yang sama. Yang Mommy pun satu, kalau nak beli warna merah, semua pun merah. Kalau oren semua pun oren... itu yang anak macam tak tukar baju jugak !

      Dari kecik Abang cam tu. Selalu terlebih panjang, terlebih lebar. Abang tak merasa sangat naik kereta mainan cam ni sebab tak muat.

      Dah beli dah hari tu juga. Memang pergi semata nak beli. Murah je... beli kat Endah Parade. Velodrome tu famous kan ayam kampung Haji Hasan ke apa namanya... Saya tak tahu nama, saya tahu makan ayam kampung yang sedap tu jek!

      Delete
    2. Oo betul tekaan saya. Masa mula3 pindah selangor dulu, hampir setiap bulan kami gi makan kat sana. Suami cukup suka ayam kampung.

      Delete
    3. Kalau tak silap saya ada satu cawangan di Rnr Awan Besar tu. Saya kalau ke sana sukakan gulai daging kawah dengan ketam :)

      Delete
  4. biasalah budak2 kak, pantang nampak sure dia nak main...
    kt umah mane ada benda tu.. so bila keluar mcm2 lah dia paw. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah beli satu motorbike besar berkuasa tinggi gitu (hehehe) untuk Adik. Habis berkecai, bersepai dikerjakannya. Oh, takdalah Mommy nak membazir duit lagi beli benda sama. Ni pantang nampak basikal nak main, padahal bukan tau pun bawa basikal camna...

      Delete
  5. Untungnya adik cute… lepas bereksperimen dgn tab hingga nazak, sekarang mommy dah ganti baru…. Agaknya, ada lagi tak eksperimen yg adik nak buat kat tab baru tu? hihihi

    Amboi adik cute, tak agak2 merempit dalam mall… Walau abang yg tukang control, gaya dah kena sgt dah… nampak profesional sgt2….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahulah saya bagi superhero kecik ni tab mahal lagi. Macamana tab tu menderita kena jirus air, kena dera dengan si adik, macam tu jugalah derita hati Mommy ni tengok duit berterbangan gitu :(

      Mommy bagi merempit dalam mall je. Kat luar kawasan tak boleh. Mahu Mommy pulak tolong merempit sambil terpekik terjerit sama nanti :)

      Delete
  6. untungnya adik dpt tab baru.jga elok elok tau. jgn buatnya sampai nazak lagi. hikhik.

    bagus sungguh abg ye tak terjebak nak guna tab..

    ke main abg yang kena mengkontrol keta adik ye.. adik je la yg memandunya.. hihi

    menu, kemain mommy.kat mana tu tempatnya.cer habaq mai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah si Adik ni. Ganas sikit, ntah ikut siapa agaknya :) Nasib baik Abang tak minta satu. Katanya nak tengok dulu Adiknya tab baru ok ke tidak. Lepas tu baru fikir nak beli ke tidak...gitu, gayanya :)

      Oh, tempat makan tu kat Velodrome Cheras. Restoran Ayam Kampung Haji Hasan kot namanya. Saya ni masuk restoran yang dah biasa memang tak tengok nama kadang-kadang :)

      Delete
  7. So, apa kisah beli tab tu? Dah beli ke belum? Mana, tengok.... Heheh.. Bz body.

    RUpanya drive keta ni, ingatkan drive keta betul2 tadi. MD, untungla bila tanya abang dia taknak tab jugak. Jimat skit duit MD dan DD dia. Kekek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beli dah Lyd. Murah jek....Casing ngan tab cuma RM175. Oklah buat si Adik Cute yang suka mendera barang nih.... Kalau jatuh pun takdalah hati I lara sangat....

      Sebenarnya Mommy yang ngengada ni nak juga belikan sorang satu supaya tak riuh sekampung di rumah nanti tapi Abang insist tak nak beli. Tak tahulah kalau dalam hatinya nak tab yang ohsem = mahal.

      Adik nak drive kereta betul? Mahu terjerit terpekik Mommy sambil usap dada, satu taman boleh dengar suara vampire wanita Melayu terakhir ni tau!

      Delete
  8. Beli jenama apa tabnya? Saya hari tu temankan kawan beli tab jenama Malaysia. Murah je tau. Tapi kalau utk anak2 kecil mmg ok rasanya. Saya dah brainwash papa n, kalau ipad Naim dah takleh guna, kami nak beli yang tu je. Jimat dan asalkan boleh Naim main game dan tgk u tube.. yang mahal maknya menangis bila dah rosak. Tapi ipad tahan betul, dah retak skrinnya setahun masih ok berfungsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenama Malaysialah tu. Namanya 'Speed' . Sesuailah buat Adik yang baru 2+ tu, ganas pun ganas. Kalau bertarai Mommy pun tak kisah sangat. Tapi Adik ni pandai pulak...dia boleh ajak tukar tab tu dengan smartphone saya.... Mahu Mommy tak risau ...

      Samsung tab saya tu pun dah berapa kali kena baling, kena jirus akhirnya pergi jua tak tahan diduga rintangan bagai oleh si Adik ni.... Saya dah cakap ngan HD nak beli baru tapi selagi Adiknya tab tak settle, memang tak boleh beli. Sekarang ni takut pulak nak beli. Buatnya Adik demand nak yang mahal yang murah tu bagi saya, mahu saya meraung lagi.....

      Delete
    2. Haha.. pandai depa lagi ya.. tahu mana yang best. Guna smart tu ok tak? Mmg standby kalau btl tak ok yg lama tu nk bli smart ni

      Delete
    3. Bateri tahan kurang lebih 2 jam je. Dalam rumah ni, saya sorang je tukang charge bateri almost for everything. Mereka pakai je, main jerit (termasuk HD) minta tolong charge..yalah bibik kat rumah kan...

      Setakat ni tengok oklah si Adik main. 7inch aje. Harap dapat bertahan lama. Last time dalam sebulan I burnt RM1000 sebab si Abang hancurkan 2 tab, masa tu dia baru 5 tahun.

      Delete
  9. amboi.. suka bebeno budak2 tu yea.. hee.. hepi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal dapat mainan, happy je memanjang. Makpaknya yang tak berapa nak happy muka, asyik kena keluar duit :)

      Delete
  10. nama puhn budak2 mmg cepatlah tab ditangan melingkup..main taram je tekan pastu dok hadap benda tu 24jam kan..bagus plak ye abg dh tAnya berkali pun takmo..pandai jimat duit mummy.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang tak interested pulak kat tab. Ingatkan nak juga beli seorang satu (see, Mommy yang mengada lebih, merosakkan masa depan anak-anak ...) La ni Adik tak mahu pun tab tu PK...Dia tahu kot benda murah. Dok nak kerjakan handphone saya mahupun Daddynya. Nak bagi kat Abang katanya tak nak tab merah+casing merah, nak warna putih je.... Aduh!

      Delete

Post a Comment