Makan saja kerjanya ...


Salam sayang semua!

Ke mana perginya my family and I hujung minggu baru ni? 



Itu nantilah kita story mory happy family ...

Ini nak bercerita kisah makan saja. Insya Allah, kali ni tajuk dan content akan seiring, AN *__*

Sebelum tu nak tayang sikit makanan kegemaran hati I ni. Kalau seminggu tak pekena, memang tak indah dunia lunch time I tau... Memperkenalkan spaghetti seafood olio dari Pizza Milano....



Sebelum pulang dari kerja hari Jumaat lepas, dah berjanji dengan Hubbydearie nak ke MidValley. Nak cari apa tak pasti. Yang penting lepas kerja kami nak ke MidValley...

Selalu pun begini. Cari lokasi dulu pastu baru fikir nak buat apa di sana. Sampai di MidValley, perut pun mula berkeroncong.  Jalan sana, jalan sini akhirnya kita stop depan Kenny Roger Roasters. Bila Hubbydearie angguk setuju, apalagi kami tiga beranak ni excited terus cari tempat duduk.

Orderlah apa yang patut...



Memang kenyanglah kalau dah sampai di KRR ni. Duit pun kempis je tengok dalam wallet lepas membayarnya. Lepas tu barulah teringat yang kami nak tukar duit di Money Changer di sini. Selesai urusan, kami gerak balik rumah. Nak kejar solat Maghrib. Lagipun si Adik bukan boleh bertahan lama-lama. Ada je kehendaknya. Kalau  tak diikutkan mula merengek nak mengglamorkan makpaknya nanti!

Hari Sabtu pagi-pagi lagi dah main oh-som dengan Hubbydearie, mana nak dibawa superheroes berdua ni. Check hotel availability sampailah Jumaat malam, takda juga jalan mudahnya. So, apa-apa plan yang nak kena bermalam tu, minta maaf jelah memang tak dapat.

Pagi kami dah bersiap. Kononnya nak bersarapan di restoran kegemaran lepas tu teruslah memandu ke mana sahaja hajat di hati. Beg persalinan superheroes dah siap sumbat dalam bonet kereta. Sampai di depan restoran, kedainya tutup pulak. Tetiba Hubbydearie dapat panggilan, ada kerja sikit.

Nak senang, ditinggalkannya kami tiga beranak di McD. Bersarapan McDlah kita pagi ni. Oh, tidak.... tapi anak-anak suka aje! Pukul 8.30 pagi ya dah menapak di McD.


Besar alahai chicken roll McD ni..sekali suap dah  tak nampak mana pergi!

Kerja yang katanya sekejap tu rupanya sampai satu jam setengah. Naik letih I menunggu di McD dengan anak-anak. Buka aje shopping mall, kita pun lenjanlah kat tempat mainan.

Si Abang ni, I bagi duit RM50 suruh tukar token sebanyak RM15 dan ambil bakinya  tetiba dia menuju ke arah Mommy dengan riang gembira sambil tunjuk sekotak pensil warna dan sebungkus plastik berisi token. Bila tanya mana bakinya, dah takda. RM50 punya token dibelinya, dapatlah sekotak pensil warna percuma. Mendidih juga hati Mommy. Nasib baik token boleh simpan. Sampai tercabut tali beg dek kerana keberatan token ni.

Of course Adiklah paling gembira. Main masukkan je token ikut sedap hatinya ...




Nah, lagi kita letak semua  gambar-gambar mereka di sini entah bila punya cerita. Mereka berduakan suka sangat tempat ni dah macam Aeon My Second Home jek...





Bila Hubbydearie tiba, main angkut je Adik bawa masuk kereta. Dah melenjan lama pun masih tak cukup lagi. Sempatlah Mommy dan Abang buat grocery shopping *__*

Ingat nak gerak ke Melaka aje, jalan-jalan dan pekena ikan bakar. Baru nak tersenyum muka, my brother called minta Hubbydearie tolong ambil di KLIA2 petang nanti. Aduhai ....

Ahad pagi, kita ke KLCC bersarapan. Gambar tak ambil sebab Adik sibuk buat aksi mengada-ngada, terjerit terpekik nampak mainan yang ada. Oh, mana Mommy nak bagi naik. Kalau kat Tesco, baru RM0.50. Kalau di Aeon baru RM1,RM2 je. Ini sekali naik RM4. Oh, mahal tu...! Bukannya Adik reti naik satu sahaja. Kalau ada empat kereta mainan, empat-empat Adik nak naik. Naik pun bukan sekali. Paling tidak, nak kena bayar 2 kali setiap satu!



Selepas selesai breakfast, kami cari hadiah harijadi buat isteri mithali ni.... Huhuhu...itu yang paling best sekali. Sayang you, Dear sepenuh jiwa raga I nih tau!

Lepas tu Hubbydearie ada hal. So, I keluar dengan my sister selepas Zohor. Kita ke Popular Bookstore untuk beli buku for Abang. Tak boleh jadi Abang ni, asyik dok depan pc je. Minggu ni kena buat kerja sekolah dan baca buku. Bila sampai, jenuh nak mengelakkan Adik dari nampak segala macam mainan yang ada. Pun, tak berjaya. Adik dah tahu selok-belok Tesco ni. My sisterlah yang kena pow RM15 beli mainan ni ....


Tak cukup dengan itu, dipownya lagi my sister untuk melenjan mainan yang ada. I pulak sibuk mencari buku di Popular Bookstore.  Bila dah letih dan perut berkeroncong kembali, kita singgah di JM Beriani pulak ....


Dah banyak kali makan di sini tapi kali ni I rasa servisnya lembap sungguh. Punyalah ramai pelanggan melopong. I ingatkan menunggu makanan yang belum sampai rupa-rupanya masing-masing menunggu nak order makanan.

Selesai makan, kita pulang ke rumah. Dalam kereta je si Abang dah komplen....


Dah habis baca semua buku cerita, Mommy! Boringnya macam ni!

Aduh, takkan Mommy nak beli 10 lagi buku cerita! Nanti-nantilah kita melawat kedai buku lagi. Kalau cepat sangat baca, jangan bimbang. Mommy akan beli 10 buku serentak! Lepas tu definitely Mommy akan bagi latihan jawab soalan berkaitan buku yang dibaca, nak tengok betul ke Abang baca sampai habis.

Sampai rumah, si Adik menjerit sama nak baca buku. Bukan setakat dibaca terbalik aje, dikoyakkan sekali buku cerita Abang yang baru beli. 

Mommy buat apa?

Mommy jerit aje macam biasa ...

Ingat tak hadiah untuk kawan-kawan yang baru selamat diposlaju baru-baru ni? I ni tak kuat semangat. Kerja letak dan keluarkan aje barang yang ada. Tak pasti nak bagi apa... Yang pasti, ni sepatutnya diberi kepada seorang rakan blogger tapi dua kali I beli, dua kali I melahapnya... Selamat sudah *__*









 




Comments

  1. Wah padat sungguh hujung minggu MD sekeluarga..
    Lama akak tak mkn KRR.. emm dapnya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap...sehingga menjilat jari :) Rasanya hujung minggu yang baru ni memang asyik keluar masuk fast food jek...dah nak bermalam di hotel tak dapat :(

      Delete
  2. padat dan sendat dgn xtvt hujung minggu.
    mak aii MD banyaknya token yg dibeli abang..
    mau senget bahu menjenjengnya..next time mommy kena tukar sndiri la.. suka la bdk yg jaga tu.. asal abg dtg je trus tukarkan token sbnyk tu.. agak2 la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesannya beli RM15 saja tapi budakkan....nak marah sangat pun tak guna. Bila diberitahu boleh guna bila-bila je, oklah. Mahu saya berumahtangga di sana nak menghabiskan RM50 punya token. Biasanya pun RM10-RM20 aje sekali main.

      Delete
  3. kak, samalah anak saya suka sgt main kat klcc depan garret tu. dah la sekali kena rm3. bagi je lah main. lepastu pi tesco rupanya 50sen je mainan cemtu. so kami amik banyak2 50sen dlm keta kasi dia main dekat 10 round hahahah puas ati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat Giant percuma je :) Tak mahulah bayar lebih padahal kat Tesco RM0.50 je kan. Kalau kat Aeon pun takdalah mencekik darah gitu sekali.

      Delete
  4. wah mmg merata berjalan sakan yer weekend tuh..
    seronok... sambil shopping plus makan skali...
    sekali tukar RM50, perghh byk gila... lain kali kena teman.. klu bagi RM100 naya wooo.... cashier pun selamba jer kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kerja makan je. Lyn. Mood memasak merundum. Nak kena upkan ni sebelum Ramadhan, kena masak for berbukakan...

      Nasib baik RM50. Sampai akak gi tanya kat kaunterlah boleh ke kupon tu guna pakai hari lain. Kalau tidak, nak je akak tukar duit balik. Pengsan nak habiskan token RM50 dalam sehari. Mahu tertidur omaknya kepenatan menunggu!

      Delete
  5. saya tak pernah try lagi chicken roll McD tu...in fact, tak pernah cuba pun b/fast kat McD! hahahaha

    sekali naik RM4?? Pengsan! Hahahaha..Better naik kat tesco aja nakkkkk...:P Kalau kat Giant tempat saya, free aja naik...hahahaha..

    B/fast kat mana kat KLCC tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wife DZ pakar masak. Breakfast kat rumah lagi afdal :) Saya pun first time makan chicken roll. Ingatkan besarlah, boleh kenyang. Rupanya alahai, comel sangat. Nak share dengan anak pun rasa sayang :)

      Betul, betul... kat Giant pun percuma jek. Saya suruh anak saya conquer sorang-sorang mainan tu sebab free :D

      Restoran kat KLCC tu kecil je, berhampiran dengan RHB dan CIMB bank tu.... Kalau kat luar makan nasi lemak sekeluarga dengan teh tarik baru dalam RM20 jek, DZ tapi dah namanya KLCC, kenalah dekat RM50. Rasanya - boleh telan ajelah...

      Eh, dah tahu pun still nak makan kat situ 18kali! Pelik kan ...

      Delete
  6. Rm50 token..haha..puasnya dia. Pandai abang. Abang abdul biasa rm10 je. Payah juga handle generasi Z ni MD. Dah besar panjang pun suka masuk tempat2 macam tu. jangan kata abang dan adik saja.

    Mesti sedap sgt cheese almond tu sampai beli nak beri kat someone tapi akhirnya tuan badan tak tahan nak makan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya saya spend RM15-RM20 je sekali masuk. Ini sebab takda duit kecil, nak pergi kaunter pun malas, saya suruhlah Abang. Dia kata dengar cam Mommy kata fifty ringgit. Ah, sudah... berat tul token tu dalam handbag saya!

      Saya ni kalau makanan saya beli ikut tekak saya walaupun nak bagi orang. Cheese almond ni memang sedap itu yang 2 kali beli, 2 kali saya bantai makan sensorang dalam kereta. Punyalahkan....

      Delete
  7. haha... memang entry makan saja. Terliur tengok makanan sedap-sedap kat sini. Papa, jomla kita keluar, tak nak masaklah malam ni, hihi.. sebab baca entry MD ni.. hish, macam mana badan tak makin naik, asyik nak makan aje keje saya ni. lepas tu mulalah salahkan faktor penuaan.

    Haha, seronokla adik yang jual token tu hari tu ya, dapat customer comel borong token banyak tu.. best la dia, sampai bagi hadiah...

    Cepatnya abang habis baca? memang jenis baca cepat ni, bosanla kalau baca satu buku je kan. ke dia saja baca cepat cepat sebab nak main pc tu? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...katanya, janjinya bukan ke kita nak diet nasi, AN? HD pun tanya ingatkan saya nak berdiet tak mahu sentuh nasi tapi nampak cam ligat je bila bab makan. Huhuhu ...

      Abang nak buku cerita tulisan besar dan ada banyak gambar. So belikan ikut pilihan hati. Saya nak beli novel je biar lambat sikit dia habis. Ni belum sampai rumah dah habis baca. Tak pasal-pasal kena pergi lagi cari buku. Takpa, kad Popular dah buat untuk dia :)

      Delete
  8. Semput mak memalam ni layan entri 3 hari 2 malam punya cerita ngeeeee....
    Weyh....jangan berangan le nak duk hotel kalau baru nak booking dicuti cuti sekolah mcm ni. Mmg penuh punya!

    Abang ngan adik jugak yg puas melenjan token sampai fengsan hehe ...bukan senang mommy nak hilang ingatan bagi RM50....haha...

    Alah...mcm tak biasa bagi kotak biskut....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal OKje. Bila berangan je last minute. Berangan je last minute. Rasa cam nak gi Lumut pulak tak pun nak ke Ipoh, tak tahan dengar cerita penangan nasi ganja ni. Teringin gak nak naik keretapi bawa budak-budak (sebab maknya tak pernah naik keretapi tau...) Cuti dah nak habis. Kena fikir lepas cutilah kalau tak mahu orang ramai. HD tetiba ajak gi Cameron Highland pulak ....

      At least dapat juga jiran merasa tengok kotak biskutkan....biskutnya takda takpalah, ya tak?

      Delete
  9. memang setiap kali keluar,pergi2,3 tempat ye??heheh..kalau saya balik rumah mesti dah semput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang gitulah kekdahnya. Keluar awal pagi lepas breakfast pastu berlarutan ler sampai petang. Kalau takda mood, barulah dok senyap-senyap kat rumah :)

      Delete
  10. sungguh citer satu hari nih . apasal lah pi buka blog ni time blm mkn . trus lapar tau md ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang keluar gambar makanan. Hahaha.... Kesian Vee, terus lapar ya. Macam tulah saya rasa bila kawan-kawan hidang makanan kat rumah masing-masing. Terliur tau :)

      Delete
  11. mommy, saya nk gtau pon x reti.tpi kalau dri jalan tun razak, masuk ikut bulatan kg pandan tu, kemdian mnghala ke pasar pudu. kt traffic light 1st ambik kanan.. terus je lps traffic light kedua ambik kiri.. (slow2 je masa ni) kalau dri kenangan pon boleh juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Dulu-dulu rajin gak saya ikut kakak pergi Pasar Pudu. Ni cerita lama ler sebelum kahwin. Sekarang ni jarang jejak sini. Ada tempat baru ya...bukan ke bangunan besar yang kita boleh nampak kalau ikut jalan cheras ke majestic tu, Ciksu?

      Delete
  12. Ai.. mana pegi ni? Cepat up entry baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mencutikan dirilah semalam, AN. Ada urusan peribadi :)

      Delete
  13. Aduhai abang comel... beli token sampai 50 ringgit ye sayang... bagi adik comel main puas-puas ye. Abang boleh ambil hadiah pensil warnanya:)

    Ke memang idea tip-top lain kali boleh main lagi hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang kata dengar Mommy suruh beli 'fifty ringgit' punya token.... So, Abang nak salahkan Mommylah tu tersalah cakap. Dia tak dengar Mommy sambung - jangan lupa ambil baki RM35 ....

      Dua, tiga kalilah kena bertafakur dekat sini tunggu mereka puas main!

      Delete
  14. alamak sekali beli token rm50..terkejuk beruk kite..abang2..nasib baik boleh simpan tokennya ekk..

    sakan depa tayang makanan,buat mendidih perut kite je malam2 cenggini..sabaq2 PK, saiz perut dan menggelebeh dah ni..haha

    yg cheese almond tu utk siapa sebenarnya?besan ke?hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib tak bagi tahu Daddynya. Kalau tidak memang kena marah kaw-kaw si Abang. Mahu kena pergi kerja kat construction site utk dapatkan balik duit RM50 tu :)

      Hehehe...cheese almond tu untuk siapa? Rahsia.... awak punya tu pun entah berapa kali kita tukar, masuk, ganti lain...keh3x...

      Delete
  15. limaplohengget token? hahaa... seronoklah abang habehkan...mommy sabar je yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik dah tukar duit. Kalau bagi RM100, tak ke Mommynya yang melalak atas lantai kat tempat mainan tu!

      Delete
  16. pegi midvalley tak inform. kalo tak boleh i skodeng u anak beranak. hehe. nak skodeng HB u je. Kot2 le i kenal. *tetibe*.

    U pegi Popular, beli buku apa? Meh la share. nak tgk jgk. Kot2 boleh jadi pedoman utk i yg katanya ulat buku ni. *uhuk-uhuk.. terbatuk plak*.

    MD, nnt kan, shawl yg tu bagi tu, bila i pakai, i amik gmbr nnt i post kat blog dgn wajah jelita i ni akan i kaburkan. heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, nak skodeng laki orang ek? Ngadu kat Mat Azghul kang baru tahu... Kalau tak sampai kedai buku, I berpesan dalam otak geliga I ni nak beli buku resepi 365 cam you tu tapi bila sampai jek I lupa. I tak beli apa-apa for myself. Novel omputih kat rumah tu ada lebih dari spuloh belum baca tau. Mahu kena hempuk ngan HD kang... I bought some storybooks for Abang jek...

      Awat nak kabur muka, shawl tu tak lawa tanpa muka you yang cute mute tu katanya. Tunjuklah muka berseri-seri you tu sekali...mana tau lagi lawa dari Che Ta bila bershawl :)

      Delete
  17. Mummy...nak jugak cheese almod tu huhu :p

    ReplyDelete
  18. Nanti, nanti... Kalau I beli, I tolong makankan untuk Linda ya :)

    ReplyDelete

Post a Comment