Taman Rimba Riang, Kota Damansara dan kisah hujung minggu

Salam Isnin kawan-kawan !

I ni kalau hari Isnin memang takda Monday blues. Biasanya ok je. Nak pergi kerja pun takdalah merungut mana, sampai merangkak nak masuk kereta. Tapi bila tiba pertengahan minggu je, memang tetiba malas menimpa diri yang tak bersalah ni tau!

Jom tengok apa kami sekeluarga buat di hujung minggu ...

Hari Sabtu Abang ada sekolah ganti sempena raya nanti. Masing-masing bangun lewat sebab tahu memang tak mahu ke mana-mana sebelah pagi. So, kita breakfast di rumah ajelah. Baling, lanting, goreng apa yang senang Mommy nak buat sambil mengejarkan mesin basuh nak basuh baju dan mengemas rumah segala bagai ....

Sebaik hantar Abang ke sekolah, kami pun membawa diri ke Aeon Big di Wangsa Maju. I suka ke mari sebab barang-barangnya tersusun cantik dan kawasannya luas. Pastukan, banyaknya jual tudung comel-comel, cute mute kat luar tu. Pastukan ada satu kedai buku agama yang I suka dok masuk, belek, keluar, masuk, belek, beli, keluar ...

Lagipun survey peti sejuk tak habis-habis lagi. Hari ni nak yang ini, esok nak yang gitu. Tiada kata sepakat. Makanya berkali-kalilah kita dok membelek peti sejuk sampai naik muak, hilang semangat membeli... Eh, ni taktik I 'amalkan' sejak zaman pandai bershopping tau. Dek kerana asyik dok membelek berulang kali belinya tidak, maka mood keterujaan nak membeli  tu terus hilang ditelan masa. So, jimatlah duit *__*

Tapi, tapi, tapi.... dah sampai pun peti sejuk baru semalam ^__~ Takkanlah nak tunjuk pulakkan....Kalau nak riak pun sikit-sikit cukup ler ... Eh, ada ke gitu gayanya? 

Sila abaikan ajelah statement tersebut ! I gurau-gurau kasar jek !

Lagi satu, Hubbydearie dan I suka makan kat Jom Bali di sini. Char kuey teow dengan nasi ayam goreng 3 rasanya sedap sehingga menjilat hujung jari tapi kali ni kita tak makan di sini, kita cuba Orchid Bistro pulak.  

Makanannya kira alrightlah. Kalau dah lapar, tentu habis punya. Service pun bagus. Cepat dan tangkas waiter/waitress buat kerja. I tunjuk my nasi goreng ajelah ya ...


Bila dah sampai ke Aeon Big ni of courselah kita pergi beli barang dapur yang tak berpenghujung tu. Beli je, masaknya, gunanya tang bila tak pastilah. Padahal asal datang ke sini saja nak belek peti sejuk buat kesekian kali dan nak beli tilam bujang untuk superheroes berdua. 

Selesai di sini teruslah kami pulang. Pukul 4 petang, I keluar semula seorang diri ke sekolah Abang. Nak kena ambil report book. Sampai je di sekolah duh, panjangnya beratur....

Dengan sabar I menunggu sambil main Candy Crush *__*

Nasib baiklah takda laporan kurang sedap di pendengaran telinga Mommy ni. Kalau tidak, mahu kena tazkirah panjang si Abang nanti. Cuma kata cikgu, Abang quite a timid person,  tak banyak cakap. Yang itu, Mommy pun dah tahu. Depan orang memang dia jaga adab sopan, mulut pun terkunci rapi. Kalau di rumah, tak payah pelawa bercakap, memang pot pet pot pet je, berlawan dengan mulut Mommy. Salah siapa? 

Salah Mommylah, siapa lagi kan .... takkan nak salahkan Daddy pulak !

Selesai ambil report book, terus ambil Abang di dewan sekolah yang 'dijamu' dengan cerita Frozen ....

Best ke Abang tengok cerita Frozen tu?

Boringlah, Mommy. Tak suka cerita tu !

Aik.... anak orang lain bukan main excited, anak Mommy tak heran ??? 

Sebelah malam kita pergi menjamu selera di Bangi. Apatah nama restorannya terlupa pulak. Disebabkan service yang tak bagus walaupun makanan boleh tahan, malaslah nak bercerita. Gambar pun tak snap!

Hari Ahad tak ke mana-mana kerana menunggu bagai buah yang tak gugur sang peti sejuk nak sampai ke rumah. Bertabahlah kami anak beranak main tingting je dalam rumah... (Hah, cayalah tu semua kita kata!)

Sebaik peti sejuk sampai pukul 5 petang, kita tinggalkan aje di situ dan terus keluar ke Kota Damansara. Ni dek penangan cerita 'Kerna terpaksa aku relakan' yang ada adegan pergi jogging kat Taman Rimba Riang, ah kak pun dengan gigih mencarilah kat mana taman ni. Ingatkan di Taiping rupanya lepas google, alah... kat Kota Damansara jek rupanya....

Jomlah anak-anak kita pergi tengok taman ni. Kalau cantik molek, bolehlah kita exercise petang di sini ....

Inilah hasilnya ....


Merenung masa depan ke, Adik?

Abang yang 'suram' kerana lapar dan terpaksa redha dengan permintaan Mommy

Adik je yang excited nak 'jogging' dan posing

Kata Hubbydearie, 10x ganda lagi 'tantek' taman kat rumah kita ... 

Hehehe ....

Balik dari taman, kami singgah di The Curve untuk makan. Abang teringin nak makan western food. Ajak makan nasi tak mahu pulak padahal Mommy ni teringinlah nak makan nasi dengan  tomyam lagi pulak ...

Balik rumah, I pun teruslah mengemas peti sejuk. Barang dari peti sejuk lama masuk dalam peti sejuk baru. Yang lama I beri my sister yang di Putrajaya. Hari ni berlepaslah peti sejuk tu ke rumah tuan barunya. Sedih pulak... padahal yang lama baru berkhidmat di rumah I lebih kurang setahun lebih jek ... Byebye darling, hope you'll like your new owner *__*

Oleh kerana itu, I tidur lewat lagi ...

Dah, dah, dah habis dah cerita hujung minggu. Itu aje *__*









Comments

  1. Assalamualaikum..

    Mak aiihhh pengaruh tv..haha kalo cmtu akk kne tgk prog tv yg bertemakan exercise hahaha...sure rajin akk jogging ek..hihi
    Sofia pn jns senang pengaruh tv...tp bab2 makan...perghhh mmg selalu kalah tgk adegan makan2 kat tv tuh hehhe

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Hehehe... bukan budak-budak jek terpengaruh dengan TV, Sofia...makbudak pun sama jek kekdahnya! Hah, tang tu yang payah sikit. Akak tak pulak suka tengok rancangan senamrobik ke apa...tapikan kalau mereka buat exercise kat tempat cantik, haruslah akak take note kat mana tempat tu....

      Hahaha...samalah kita ...dari kecik sampai besar, sampai tua senang terpengaruh !

      Delete
  2. tak best lak taman kat situ yer . tmn tasik cyberjaya besar gak klu nak cuba . alahai , cian tgk muak abg yg boring + kelaparan tu . my anak buah suka sgt dgn frozen . mungkin sbb abg lelaki kot . x blh nak feel . Ni mesti peti sejuk baru lagi besar kapasitinya ... penuh gak aktiviti hujung minggu MD .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cyberjaya ada taman tasik ke? Wah, ni yang tak tahu....nanti kita google ek. Kalau tantek, haruslah pergi. Alamak, minggu depan dah puasa kenalah postpone sampai lepas raya....

      Delete
  3. geramnya tgk budak bambam 2 org tu..mcm nak cubit2 pipinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommynya tak mau cubit ke? Comel gak ... hehehe ....

      Delete
  4. Cerita entry asyik makan luar jer MD ni.. bila nak cerita masak sendiri.. petiais tu sure besar gedabak.. apa yg nak diisi tu MD oiii hehhehe.. Tengah musim panas ni MD boleh jugak berkurung dalam peti ais tu kan kihkih.. sory le .. menyakat jer kerja akak ni kan...

    Terpengaruh kuat dgn TV sebab tu pergi terjah Taman Rimba Riang ni.. pastu tak "tantek" hehhe sian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....malu pulak kena tegur nih ! Nantilah bulan puasa nak sampaikan, saya dah berazam tak mahu membeli di PARAM. Nanti masak simple-simple pun saya masukkan jek dalam blog tapi takut buat orang terliur pulak kan...camna ek nak start masak ni?

      Taman tu kalau dijaga tanteklah juga tapi cam terbiar. Air pun kalah teh tarik yang saya selalu order kat kedai feveret.

      Delete
  5. sama gak sekolah anak ema pun sekolah ganti hari sabtu dan hari ambil report card...tp ema tak dapat pergi sebab kena berkursus...maka ayahnya yg pergi ambil...sekrang ikut sistem pun dah boleh nak tahu kedudukan anak...wah, dah ada peti ais baru yerk... dah baru lagi bersemangatlah nak masak bila buka puasa nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buka sistem tu semalam dari link yang Ema bagi tapi takda apa-apa update pun. Kosong jek. Cikgu sekolah Abang ni terlalu sibuk menjaga anak murid kot sampai takda masa nak guna sistem online :)

      Wah, penuh dah peti sejuk baru :) Rasa panas-panas, jerebu cam ni nak jek masuk dalam peti sejuk tu !

      Delete
  6. Akhirnya sampai juga fridge baru. Makin besar peti makin banyak isi itu yg pasti. Makin gigih utk memenuhkan isinya. Bila dah penuh tiap kali buka mula rambang nak masak yg mana satu dulu...

    Adik tu senyum memanjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rambang nak masak tu oklah, kak takut penuhkan jek tapi mata tak rambang-rambang lagi part memasak. Hehehe...

      Adik je yang 'jogging' terkedek-kedek berlari keliling. Makpak dan Abang jalan hirup udara kurang segar jek...

      Delete
  7. Filem Frozen tu budak perempuan je yang suka..kalau budak lelaki memang depa tak layan..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Abang ni pelik. Frozen tak minat, oklah. Tak sesuai untuk budak lelaki. Ajak tengok Godzilla, tak mau. Ajak tengok Maleficent, lagi tak mahu. Ajak tengok HTTYD 2 pun Abang tak excited. Tapi cubalah suruh Abang dok depan komputer, memang tak mungkin cukup 24-7 tu....

      Delete
  8. ok akak lagi gigih.. siap pi cari taman dlm drama lagi.. over ok.. hahaha
    mmg pusing2 je lah weekend ni erk.. puas lah jalan2 before puasa nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Episod cerita tu banyak akak missed dah tapi masa tengok mereka pi jogging (yg lepas tu ada scene dapat minyak wangi tiap hari tu...) teruslah excited menggoogle di mana. Nasib baik nampak signboard dalam cerita. Kalau tak, macam biasalah akak tunggu sampai habis, baca semua nama orang dan tempat yang terlibat dalam pembikinan :)

      Delete
  9. bulan puasa tu..bakal berkhidmatlah fridge baru, MD kan..
    makin besar, makin meriah isi dalam.kali ni beli aiskrim lebih lah, hihi
    saya pun teringin juga tapi tulah...dok angkut2, sudahnya apa yg ada ajalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih saya rasa freezer (ini bahagian sayalah) tak cukup besar :) Lain-lain tu puas jugalah hati ni. Bak kata HD, ada jaminan compressor 10 tahun oklah tu kita pakai sampai 10 tahun. Dalam hati saya pulak - ya ke kita kena pakai esbok ni 10 tahun? Lepas 5 tahun kita tukar baru jeklah... Hehehe ....

      Delete
  10. cerita frozen tu ank2 pompuan mmg suka n farouk pn xsuka sbb katanya mcm cerita pompuan...he3x.....mak aiiiii, peti baru utk wat isi stok lauk puasa ye...best3x.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah untuk isi buat stok nak masak bulan puasa ke atau stok makanan beli untuk berbuka puasa :) Hahaha....

      Ni tengah gigih penuhkan peti sejuk :)

      Delete
  11. Salam perkenalan akk...cik mah pun dok mencari peti ais br..yg ada nim1 pintu..kecik rasa..nk menyimpan brng pn xcukup..mklumlah suri rumah..seronok k memasak...follow akk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nak raya, mesti ada jualan murah gak ni Cik Mah. Pergilah tengok 18kali (macam akak) lepas tu baru fikir worth it tak nak membelinya ...

      Bulan puasa ni kan kita nak main masak-masak lebih sikit untuk seisi keluarga berbuka puasa :)

      Delete
  12. kesiann Abang lapar...patutlah duduk diam2 jek...bestnya kalau ada taman cenggini dekat2 area rumah yek, boleh lerr jogging buang lemak2 tepu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau ke taman, jalan-jalan hirup udara segar jek. Paling teruk pun kena basahkan ketiak sebab mengejar si Adik ni yang puntang panting lari ke hulu ke hilir. Jogging tu rasanya macam dah lama ditinggalkan .....

      Delete
  13. Pernah hidup berbulan tanpa peti ais. Kena sindir tp buat x tau je la. Byk bnd x blh nak beli sbb xde peti kan. Last2 beli yg kecik je. Next time beli yg dua pintu pulak. Senang nak penuhkan peti ais dgn segala macam bnd yg ada. Hoho...

    Ada anak kecik husben x suka mkn luar. Leceh sbb dia tak larat nak layan ragam anak2 kat kedai mkn. Mak okay je. Kalau mak bwk bdk2 ni behave je. Tp bola ada je apaknya mmg jgn hrp la. Ada je yg x kena. Sdhnya bapak skt kepala, mak relax je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takda petisejuk ni memang susah sikit. Lebih-lebih lagi kalau nak memasak. Nak simpan barang takda tempatkan.... Slow-slow membeli. Mana termampu. Yang penting, ikut bajetkan, Sal.

      Betul tu, tak senang nak makan di luar dengan anak-anak kecil. Rasa macam nak tercekik je makanan dalam mulut bila anak-anak start buat hal.

      Untung mak...rileks jek... Bapaklah yang banyak tercekik makanan ni ye :)

      Delete
  14. Bila jiran sebelah rumah kata suka gi Aeon Big Wangsa Maju...ni mulalah nak pergi jugak ni hehe....Nak try makan kat Jom Bali, nak tengok jugak susunan yg katanya kemas sangat tu....
    Wah mentang mentang le nak puasa ...tukar ice cox ek....sure yg beso tu...Senang nak duduk dalam tu menyejukkan badan keh...keh...keh....
    Tahniah abang, tak sia sialah mommy tak tidur sampai pukul 4...

    Dahsyat punya pusing yeh weekend baru ni.....utara ke selatan complete buat satu pusingan lembah Klang nmapaknya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan salahkan ah kak kalau tekak Mak Jilap tak in dengan makanan di Jom Bali. Tapi kalau gi, trylah nasi goreng ayam 3 rasa dan char kuey teow. Portion pun besar ya, Mak Jilap.

      Sesuai kalau nak gi Aeon Big Sabtu ni sebab 28hb ada 5% diskaunkan...

      Setakat pusingan utara ke selatan, timur ke barat tu di hujung minggu memang dah biasa sangat OKje.. Maklumlah muda-muda dulu pelari terpantas kat Melesya ni, dari satu mall ke satu mall kita jalan kaki/lari jek :)

      Delete
  15. Kenapa dengan peti sejuk lama tu?..tak cukup besar ke?......
    Meh sini jap...nak geget2 pipi budak kecik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapasiti peti sejuk lama dah tak mampu menanggung beban yang kami sekeluarga sumbat di dalamnya :(

      Sesekali gigitlah pipi omaknya, Bunda... Kesian omaknya, pipi gebu gak tapi takda sapa nak gigit :)

      Delete
  16. Yuhuuu dapat peti ais baru .. Syok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaa.... memang syok! Sibuk dengan aktiviti memenuhkan segala ruang kosong :)

      Delete
  17. mkn kt luar klu sedap macam mana servis hampeh tak best jugak kan..kemain nak beli peti ais pun window berminggu2.haha..

    wo ni ke tamannya yg si zin ajak indah jogging tu ekk..baru tahu.kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, PK. Kalau servis hampagas, memang tak kuasalah nak datang lagi.

      Ish, takkan tak tahu...nak beli beg plastik sampah pun belek-belek kat 3,4 supermarket baru beli... maklumlah pembeli berhemah katanya ....

      Yalah tu, yalah tu....taman jogging si Zin ngan Indah....tengok cam cantik so pergilah...airnya memanglah kalah teh tarik order kat kedai. Kalau dijaga disemai dibelai taman ni, sure cantik gak!

      Delete
  18. my doter yang tadika pn ada sekolah ganti... sabar je la... mummy budak lelaki mmg ler tak suka frozen cer anak pempuan pening kepala bukan cerita jer patung pn dia nak. nak jadi frozen bila besar nanti katanya... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. My son tu semua pun cerita dia tak suka. Jenis yang tak leh duduk lama-lama menonton. Ada je alasan. Nasib baik takda anak perempuan... Kalau tidak, habislah segala maknek Frozen dia nak!

      Delete
  19. anak sayapun kat rumah kemain kencang mulut dah depan orang sopan santun yang tak sepatutnyerler...
    tak penah sampai taman rimba riangtu...
    frozentu macam budak pompuan yang ramai suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah tak payah ajar memang dialah champion bercakap. Kalau depan public, memang mulia sungguh budi pekerti :)

      Delete
  20. lajunya mommy pergi carik taman tu. airnya keruh aje.. bila HD kata mcm tu mknanya x best la erk?

    ala, minggu lps kita tak eon big wangsa maju pon .kalau ada rezeki pasti terjumpa kan..
    lps ni kena buka mata leluas la kalau berjalan, kot2 terpandng dua superheroes mommy..

    dah dpt yg baru ye.. alhamdulillah, semoga berjasa pd tuan baru dgn jayanya.nak2 dibulan ramadhan nnti..

    selamat menyambut ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airnya memang kalah teh tarik. Taman tu tak terbelalah, Ciksu. Kalau tidak, tentu cantik juga. Saya entah mengapa asyik ke Aeon Big Wangsa Maju. Bila dah ketagih, gitulah gayanya.... Asyik keluar masuk je kerjanya. Cari apa pun tak tahu :)

      Selamat Menyambut Ramadhan juga buat Ciksu suami isteri .

      Delete

Post a Comment