Kembali bersiaran ...

Salam kawan-kawan!

Empat hari tak bersiaran ya! 

Kebetulan sibuk pulak semalam dan bila tengok jam, uhuh dah terlepas waktu tengahari, malas pulak nak up entri yang dah siap. Boleh gitu? Ya, boleh sahaja ...

Diam tak diam, dah hampir ke penghujung Ramadhan rupanya. Minggu ni dah kira minggu terakhir kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu, terasa macam baru semalam mengingatkan si Abang niat berpuasa.

Sebelum itu, salam takziah juga buat keluarga dan sahabat handai krew dan penumpang MH17. Sekali lagi Malaysia diduga dan dugaan yang datang bukannya ringan kepalang. Semoga semua yang terlibat tabah diduga dalam bulan yang mulia ini. Terkesima sekejap bila mendengar berita. Tumpang rasa sayu dan simpati yang tak terhingga. Begitulah perjalanan hidup di alam fana ini, semuanya tidak dijangka namun yang pasti, penghujung kehidupan kita sama saja. Amalan sahaja yang membezakannya ...

Nak bercerita tentang makan-makan luar hujung minggu yang lalu macam tak berapa syok pulak rasanya. Jadi nampak gaya, cerita simpan dalam memori di kepala sahaja. Ada bagusnya juga ya, takdalah penat membaca dan mengamati bait demi bait tulisan yang takda penyudahnya *__*

Berbalik pada kisah MH17, Hubbydearielah orang pertama yang menyampaikan berita. Maklumlah, negara sesuku sesakat dan seangkatan dengannya. Banyaklah pulak berita yang hendak diterjemahkan. I memang malas membaca bila dah malam-malam ni, kerja mengantuk je sepanjang bulan Ramadhan.

Sebenarnya antara dengar dengan tidak bila kata Hubbydearie, pesawat MAS ditembak jatuh. Ramainya yang jadi mangsa tak berdosa. Tak sanggup rasanya nak menonton penuh khusyuk peristiwa sedih begini. Cukuplah meratapi MH370 dulu...

Mujurlah menurut Hubbydearie kalau nak pulang ke kampung halamannya, takdalah melalui route yang sama. Ukraine jauh nun daripada Uzbekistan. Namun, kalau si adik mahu pulang ke tanah air, mungkin akan melalui laluan yang sama. Apapun, bila dengar begitu tak mungkinlah I setuju kalau tetiba katanya nak balik melawat kampung halaman dalam masa terdekat ni. Mahu dipujuk-pujuk supaya jangan balik ^__^

Semoga tiada lagi dugaan yang hebat melanda kita rakyat Malaysia...



Comments

  1. sama sama lah kita berdoa MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup sudah rasanya dugaan yang diterima kita sebagai rakyat Malaysia. Moga mereka yang terbabit tabah menghadapi dugaan di bulan yang mulia ni.

      Delete
  2. Komen semula ya. Entahla, rasa tak sesuai tadi..

    Kita sama2lah berdoa moga rakyat Malaysia dilindungi. Tapi dlm sesi whatapp sekolah, masa bincangkan macam2 isu yg melanda negara sekarang ni, nampak ramai juga artis atau orang perseorangan yg berhijrah jadi lebih baik. Saya rasa ini sikit sebanyak tanda baik. Ada yg ambil pengajaran drp kejadian yg berlaku..

    Pernah balik raya di Uzbez ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, AN. Harapnya hijrah mereka tu berkekalan hendaknya. Jangan separuh jalan sahaja.

      Kami sekeluarga belum pernah balik beraya di Tashkent. Harapnya tiadalah timbul sistem rotation ni bila tiba musim raya. Biar kekal begini.

      Delete
    2. Haha.. amin sama2 kita doaka ya.

      Delete
  3. kita teruskan berdoa utk kesejahteraan bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ciksu. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T.

      Delete
  4. Kesedihan yg berganda kita tahun ini MD... yg MH370 belum dijumpai dan kisahnya belum lagi terungkai.. ditambah pula dengan MH17 ditembak .. Ya Allah .. semoga kita semua dilindungi Ilahi hendaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, yang lalu masih berkesan di hati ni tetiba dikhabarkan dengan berita sedih sekali lagi. Semoga keluarga yang ditinggalkan tabah menghadapi dugaan di bulan yang mulia ini.

      Delete
  5. Tulah Mummy, pasti ada sebabnya kenapa Malaysia dipilih untuk menerima ujian berat MH370 dan MH17. Dahlah 7 tu fav no saya ....mmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dugaan untuk kita rakyat Malaysia amnya. Ada sebab mengapa kita dipilih. Sudah ketentuan Allah. Moga lepas ni tiada lagi berita sedih untuk kita rakyat Malaysia.

      Delete
  6. Tak sanggup nak tgk news MH17. Mesti menangis. Semoga keluarga mereka tabah. Al-fatihah & Salam takziah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni akak tak mengikut sepenuhnya kisah MH17 ni. Tak mahu bersedih-sedih dengan cerita nasib rakyat Palestine di Gaza, dengan cerita MH17 lagi. Tak sanggup nak berairmata selalu.

      Delete
  7. satu dunia turut bersedih..hiba rasanya mengenangkan cerita n kisah2 ahli keluarga yg dipapar dikaca TV..semoga mereka tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak sedih bila kehilangan orang yang tersayang. Bagi yang beragama Islam lagilah sayu dek kerana berlaku dalam bulan baik, nak menyambut Syawal lagi. Tentu hati tak keruan jadinya. Moga mereka semua tabah menghadapi dugaan Allah.

      Delete
  8. Itulah...tak habis kisah MH370 dah datang kisah MH17. Tak sangka sungguh....tapi sapalah kita nak menidakkan takdir Allah.... Mati itu datang bila bila masa aje, yang sangat pasti kenalah kita bersediakan. Takutnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni saya memang tak mengikuti sangat ceritanya. Tak sanggup bersedih sama. Mahu tumpah air mata dok membaca kisah sedih mereka yang ditinggalkan. Mengapalah peluru tu tak tersasar jauh ke Israel sana....

      Delete
  9. MH17 berlaku atas aturan Allah . dah tak de makna nak menyalahkan dan menunding jari . tentu ada hikmah di bulan ramadhan ni . cuma sedih bila ada yang upload gambar mayat2 itu ... wpun bkn ahli keluarga, perlu ada rasa simpati dan hiba ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada kemudahan begini, memang habis semua perkara pun boleh dimuatnaik dan dilihat tanpa berfikir panjang ketika melakukannnya. Kasihan pada mangsa dan keluarga.

      Delete
  10. Sy kalau dh malas bermingggu2 jgk nal dptkan mood tu semula. Sabo je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah masuk fasa malas bermaharajalela ni. Cuti lama sangat :)

      Delete

Post a Comment