Macam-macam ragam ....


Salam Khamis kawan-kawan !

Kenapalah I terfikir yang hari ni masih hari Rabu ya... Asalnya masa mula menulis entri ni tadi, nak dok bercerita pasal Wordless Wednesday punya hal *__*

Walaupun sekarang ni bulan puasa, celoteh akan ke udara seperti biasa. Mulut ni dah terbiasa membebel kat rumah so dalam blog pun tak reti nak diam juga ^__^

Hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Sekejap je rasanya. Hujung minggu ni dah seminggu. Hujung minggu depan dah dua minggu. Hujung minggu satu lagi dah tiga minggu. Lepas hujung minggu terakhir, dah boleh raya. Eh, bestnya raya! *kalah kanak-kanak ribena gembira nak raya*

Bila berblogwalking, rajin juga membaca cerita-ceriti di sebalik bulan puasa ni. Ada yang sibuk kelentang-kelentung kat dapur pepagi buta prepare sahur. Ada yang excited memasak macam-macam masa berbuka. Ada yang main tunjuk jari je, terus jadi lauk-pauk untuk berbuka *__*

Well, untuk  keluarga kecil MD, I memang memasak sendiri je. 3 hari dah memasak, 1 hari lagi kami berbuka di luar. Hari ni tak pasti lagi sebab ada insiden emosi lelebih pulak semalam. Maklumlah jadi mak ni memang adakalanya emosi berlebih-lebihan kapasitinya.

Bulan puasa ni semua nak kena buat dengan pantas sebab masa tu terasa pendek. Abang balik pukul 5.50 petang. Walaupun I keluar macam biasa dari pejabat, instead of 20-25 minit boleh sampai ke sekolah Abang dah jadi paling kurang 45 minit pada bulan puasa ni. Itu pun kira okey gak. Tahun lepas, tersangkut dalam jem je dekat 1 jam. Rasa macam dah lama memandu keluar dari pejabat tapi lepas 30 minit masih lagi di area Pavillion. Sakitnya jiwa ...

Sebelum tu nak cerita lain pula tapi bersangkutan jugalah ya *__*

Hari Isnin lepas, Abang takda siapa nak menghantar ke sekolah. I segan pulak nak minta tolong my nephew. Kalau ada masalah, asyik dia je yang kena call minta tolong. So, I beritahu kat boss nak keluar pukul 11.45 pagi sebab nak hantar anak ke sekolah, takda siapa nak hantar hari tu. Bos angguk je kepala walaupun lunch time dari 12.30 hingga 1.30 petang. Appraisal nanti baru ko tahu nasiblah - itu katanya dalam hati ^__^  I, don't care lah *__*

Lepas pecut balik rumah dan hantar Abang ke sekolah, tengok jam dah time lunch dah tu. Makanya, I pusing masuk ke Aeon. Siap sempat beli ayam 2 ekor ya. Itu pun tujuan utamanya sebab kat rumah takda ikan, daging mahupun ayam. Hari Sabtu ke Pasar Tani tengok dah licin. Hari Ahad habis Aeon, Hero, Aeon Big I terjah tapi takda yang memuaskan hati.  

Tengok-tengok jam, ada masa lagi ni. Walaupun kata kat boss tadi, I keluar jap hantar anak nanti sebelum lunch I balik. Yalah, tu.... Kata dengan perbuatan memang berbeza.

Dah terlanjur beli ayam 2 ekor, kita campak, baling, bayar apa adanya.... Kalau tidak, rugi masa lunch pergi Aeon setakat beli ayam jek. Dahlah kena bayar parking RM1 (ooooiiii, mahalnya kena bayar parking ....) sebab member card tertinggal dalam handbag. Keluar tadi pun bawa purse jek....

So, mari pulang ke pangkal cerita I tadi .... Napa yang emosi lelebih semalam, Cik Ah Kak?

Gini ceritanya .... (Hah, baru nak ceritalah ni lepas berbelas perenggan!)

Biasanya lepas ambil Abang, sampai rumah pukul 6 petang. Tiba je kat rumah teruslah cabut tudung dan tukar baju uniform Home Minister. Bulan puasa ni kena pejam mata tengok keadaan rumah lepas balik kerja. Kena uruskan menu berbuka puasa dahulu. Lain-lain lepas berbuka boleh buat.

Lepas je solat Asar, terus tanak nasi dan kelentang-kelentunglah kat dapur memasak. Biasanya lauk-pauk sama je, takda yang luar biasa macam buat nasi beriani ke, ayam tandoori ke, etc. etc... Lauk-pauk kena ada 3 jenis - satu berkuah (untuk Adik), satu berasaskan ayam (untuk Abang) dan satu lagi sayur-sayuran (untuk Hubbydearie). Kalau ada masa lebih, bolehlah campak, baling satu jenis lagi lauk mudah. Being a lovely mak, tengoklah sendiri....keinginan anak tekak sendiri memang diabaikan demi keluarga tercinta gitu ...

Si Abang ni kan cerewet. Walaupun tak demand nak makan apa untuk berbuka, sebagai Mommynya memang tahulah Abang cuma nak ayam goreng ataupun ayam masak pedas. Kalau kita sediakan ayam goreng, dia nak ayam 'pedas-pedas sikit, Mommy' . Kalau kita buat ayam 'pedas-pedas sikit', dia nak ayam goreng pulak. 

Maka dua hari pertama memasak, memang I gorengkan ayam untuk Abang. Lepas tu, menu hari pertama ada sup ayam (untuk Adik, padahal seisi keluarga makan pilov) dan menu hari kedua ada ayam masak bercili. Nasib baiklah si Adik ni tak cerewet mana. Janji ada kuah boleh hirup, dimakan je. Abang tak makan kentang, Adik makan. Abang tak makan cheese, Adik happy je masuk mulut. Adik boleh je share dengan Daddy plain yoghurt, timun, tomato, karot dan sebagainya. Abang memang ikut style Mommylah nampaknya .... 

So, semalam balik ke rumah ingat nak masak spaghetti. Fikir-fikir pulak tak boleh jadi. Abang tak makan spaghetti. Kesian dia, dahlah berpuasa tetiba nanti bila berbuka takda apa nak dimakan. Nak goreng mi, baru teringat peket mi terakhir dah selamat dihadamkan, takda stok kat rumah tu ....

Balik je semalam I pun bertungkus lumus menggoreng ayam. Bila fikir balik tak payahlah asingkan ayam ni buat ayam goreng. Naik jemu tengok menu ayam goreng ni. Ayam goreng dua hari lepas, dah kena lanting ke dalam tong sampah semalam sebab tak habis. Bukannya banyak I goreng pun, setakat 4 ketul je. Sebenarnya I nak masak kurma tapi dek kerana Abang, I goreng gak ayam tu untuk masak kurma takut nanti Abang tak mahu makan. 

Hari sebelumnya ada lagi semangkuk lauk ayam goreng berlada yang I masak lepas balik dari berbuka di luar. Manalah  tahu kot-kot lapar pulak pagi nak bersahur nanti. 

Puas dok fikir takkan nak berbuka makan lauk semalam. Tapi I tetaplah panaskan juga. Jadilah semalam dua menu berasaskan ayam - ayam 'goreng' masak kurma dan baki ayam goreng berlada. I buat lagi  sambal tumis sotong dan kacang panjang goreng dengan suun dan kentang. 

Pukul 7.15 malam baru siap meja berhidang lauk-pauk dan minuman. My sister hantar pulak 4 biji apam, 3 biji samosa ayam dan semangkuk kubis masak lemak. Wah, memang mewahlah kami semalam walaupun simple je menu yang ada!

Penat memang tak boleh cakaplah tapi tengok ada lagi dalam 15 minit nak berbuka, I pun masukkan pakaian dalam mesin basuh dan kemas-kemas dapur mana yang patut. 

Sebaik berbuka, memang selain kurma dah tentu-tentu segelas air untuk menghilangkan dahaga. Nyamah mana patut sebelum nak solat Maghrib. Tetiba I tengok Abang ambil baki lauk ayam bercili. I pun tanyalah kenapa tak mahu rasa ayam masak kurma sebab Mommy gorengkan ayam tu khas untuk Abang. Tak jumpa lagi ayam masak kurma digoreng siap-siap...

Abang tak naklah, Mommy. Abang suka ayam pedas-pedas sikit....

Tapi tu baki lauk semalam... Penat Mommy bertungkus-lumus masak tadi!

Abang tetap tak peduli. Dimakannya nasi putih, ayam goreng bercili dan kicap. Hati I dah tak keruan. Mulalah emosi menguasai diri ....


Dahlah, kalau macam ni, lain kali Mommy takkan masak untuk berbuka. Kalau nak, biar Mommy pergi minta ihsan kat rumah MakNgah. Mommy masak tak sedap kan...


Bukan tak sedap.... tapi Abang tak suka lauk nih....


Abang tak pernah cuba macamana boleh kata tak suka???


Abang tak nak .....

Tetiba, macam halilintar Mommy rasa teremosi sangat. Apalagi, Mommy pun nangislah teresak-esak sambil keluar ayat-ayat penuh emosi....

Daddydearie yang duduk semeja teruslah menyampuk,

Kenapa pulak nak menangis depan makanan masa berbuka nih! Bila pulak kita kata you masak tak sedap... Kan kita selalu je makan apa you masak ! Kenapa nak menangis-nangis pulak nih? Abang pun satu, kenapa bila Mommy masak lauk lain sikit tak mahu makan? Tak sayang Mommy ke? Penatkan Mommy memasak!

Dah macam air hujan lebat turun mencurah-curah airmata I.... terus pergi ambil wuduk dan solat Maghrib....

Yang sebenarnya I memang dah arif dengan anak-anak dan suami. Kalau Hubbydearie tu masaklah apa pun, beliau tetap makan. Kalau tanya, manjang je no komen. So, I assume I masak sedaplah. Kalau tidak pun, bolehlah dihadamkan lagi.

Tapi Abang pulak memang selalu buat perangai pelik bila nampak menu baru di rumah. Menunya mestilah ayam 24-7 sehari. Kalau tak goreng, goreng bercili. Kalau jemu, ayam masak kicap pun jadi. Selain dari tu, buatlah menu ayam semarbeles mana, takdanya dia teringin nak makan. 

Sebab itulah kalau tengok orang lain memasak sedap-sedap dan anak-anak makan dengan gembiranya, sedih pulak hati nih... Anak-anak I tak macam tu. Mereka lebih suka makan dengan penuh gembira menu yang mereka biasa dan suka. Selain daripada tu, janganlah letak expectation tinggi sangat. Mahu beremosi lagi nanti!

Masa berbuka di Hotel Maluri kelmarin, bukan main lagi statement Abang, nasib baik  tak mengguris hati Mommy ...


Mommy, esok kita berbuka kat mana?

Esok Mommy masaklah. Kita berbuka kat rumah!


Alah, tak bestlah cam tu...


Apa yang tak bestnya? Mommy masak tak best ke?


Bukan Mommy masak tak best, tapi choice limitedlah ....

Hari ni rasa macam tak nak masak je .... Suruh mereka makan pizza jek *angin satu badan*




















Comments

  1. Replies
    1. Biasalah tu. Bukan tak biasakan tapi kadang-kala tu nak juga bersandiwara :)

      Delete
  2. Alololo mommy nih... berdrama pulak masa buka puasa.... Faham sgt perasaan mcm tu sbb Aisyah pun jenis picky eater... Tapi saya yg jenis tak kisah kot... tak nak makan sudah... Mula la keluar ayat2 ugutan.. kalau sakit perut, jgn mengadu kat ummi....bla bla bla.... huhuhu, tapi at least abang berisi jugak badan... mcm Aisyah keding jer... lagi la rasa sedih sbb mcm tak bagi anak makan cukup jer... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, Nur... tetiba je jadi emo tak tentu pasal. Tersedu-sedan menangis macam apa. Anak-anak dan Daddynya memang gelak jelah mulanya tapi bila dah serius, takdanya berani nak gelak lagi :) Agaknya terasa penat memasak dok fikir menu Abang je tetiba takda response yang baik, itu yang hujan turun dengan lebatnya. Kalau Daddy yang tak nak makan, takdalah sedih pulak. Hehehe ....

      Delete
  3. Aduh... udah turun hujan bagai di mata tu ye MD.. yelah penat masak tak dihargai.. anak2 akak pun selalu tanya kita makan apa hari ni.. korang nak apa.. saya kena tanya dorang sebab mereka nak makan MD.. kalau nabil hari2 sebut tomyam ayam.. hahaha.. tak pe.. sikit jer tu.. bak kata nurbijen tu badan abang berisi juga tu.. anak2 akak semua kurus keding.. macam tak cukup makan jer huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah saya ni bab masak hidangan untuk makanlah paling sukar. Kalau keluar makan pun sama juga. Orang ni cam ni, orang tu cam tu. Kita yang pening dok memikirkan macamana nak kasi balance, semua pun happy je muka. Saya tengok ayam pun rasanya dah tak tertoleh lagi tapi dek kerana Abang, terpaksalah juga. Anak-anak saya walaupun cerewet makan tapi cukup zat, entah mana datang pun tak tahulah :)

      Delete
  4. alahaii ciannya mummy sorang ni touching sungguh.. anak2 kak mcm tu lah peel mereka. bkn senang nak puaskan hati anak2 ni. ade jenis tak kisah belasah jer apa yg ada.. ade yg mcm ni lah kan..
    takpe.. sabar erk kak.. dugaan ramadhan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau fikirkan balik, macam tulah perasaan mak akak agaknya. Mak lagi ohsem, melayan kerenah sepuluh anak yang berbeza sikap. Ni baru dua, dah touching habis-habisan, tak leh control air mata. Kesian sungguh ....

      Delete
  5. MD ni jgnlah buat macam itu. Kesian abang tu jadi serba-salah. Sebenarnya dia honest so tak perlu susah hati. Masak aje yg confirm dia makan tak perlu ubah. Kalau teringin yg lain masak tapi tak payah sesusah nak suruh abang makan. Dah kata abang ni kan ikut MD juga kan... so dont blame him:)

    Hari ini sedia baldi kalau nak menangis lagi hihi... (kakak nak lari dulu larrrikkkk)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, kalau akak ada pengalaman memasak di rumah saya, memang pening kepala. Kalau sesekali takpalah, ni hari-hari masak dok fikir sesuai ke tidak dengan selera masing-masing. Lebihkan anak suami komplen, lebihkan suami anak pulak merajuk tak mahu makan. Rasa nak jerit je kadang-kadang tapi simpan jek. Semalam tu kira penat ler bersusah payah tetiba rasa cam tak dihargai,teruslah melambak air mata keluar. Macam tulah mak kita dulu agaknya melayan kerenah kita. Tak naklah pakai baldi, kecik sangat :)

      Delete
  6. Tulah mmg sekejap je rasa puasa dah 5 harikan...

    Alahai siannya dengar cerita kengkawan menempuh jammed di bulan ramadhan ni. Kalau Okje dulu mmg dah beli siap kat office tu MD....maleh weyh nak masak penat penat tu....

    Patutlah semalam kita dengar drama king ...rupanya tengah hujan hehe....Wahh ada chance le 3-4 hari lagi nanti ada org drive thru Mc D tengahari tengahari ni hehe....

    Tapi sama je pompuan ni MD ada masa OKje pun mudah terasa gak lebih lagi time nak tutttt.... tapi taklah sampai hujan mcm jiran sebelah....merajuk itit ajelah...hehe...
    Yelah kita penat penat masak special utk dia, dia tak mo makan. Selalunya kat rumah ni yg mcm tu dak TLBD le ...yg lain senang sebab semua makan. Sakitnya hati kalau dia tak mo jamah....Sabar ajelah ye Potam.... Anak anak mmg gitu, tak dinafikan emak mmg sayang dengan anak anak ni...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bosan gila OKje kalau dah sangkut kat jem ni. Dahlah bulan puasa ni tak dapat nak lepas tension menyinggah kat mana-mana sebelum ambil Abang. Balik rumah je, campak tudung, tukar baju teruslah menyiapkan juadah. 1 jam setengah tu je yang ada. Takdalah nak mengkari ke, meng-beriani ke, memang penat rasanya. Nasib baik energy ada lagi lepas berbuka. Bolehlah buat kerja cam biasa.

      Eh, ni takda kena mengena dengan bulan penuh mengambang OKje. Entah tetiba je rasa 'diriku begitu tak dihargai' . Hahaha...

      Saya kalau masa boleh makan di siang hari bulan Ramadhan, saya terus masuk McD then tapau. Kalau tidak, saya cari je mana kedai ada jual makanan pastu balik makan dengan amannya :)

      Delete
    2. Ni mmg berani mati pun gerak gempur ni....tak main dah drive thru hehe....
      Ingatkan bulan mengambang dah nak mai....
      Alah budak kecik jer pun....tak yah emo sgt kesian abg tau takut nanti Allah murka dgn dia so jadi mak ni kena byk sabo tau! ( nasihatkan diri sendiri jugak ni hehe....)

      Delete
    3. Hehehe...nasihatmu diterima. Alah, sesekali jek emo...banyak kali happy jek melayan kerenah anak. Tapi jadi mak ni memang pening memanjang, rasa nak tampal koyok 24-7 nak nampak sakitlah kononnya ....

      Delete
  7. hehe...macam2 karenah anak ni kan kak...
    selamat berpuasa kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, Husna. Nasib baik dua je. Kalau sepuluh orang, akak tak tahulah camna nak handle. Mahu hari-hari dengar guruh di langit :)

      Delete
  8. Assalamualaikum...

    wahhh kak..nih betul-betul akk terasa hati ni...mak aihhh..bulan puasa kak...hehehe sensitif...sabar lah kak..budak2..

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Memanglah terasa kecik hati nih, Sofia. Dahlah mengah-mengah balik kerja terus memasak tetiba Abang tak merasa pun lauk ayam kurma tu. Dahlah akak buang masa goreng ayam tu demi Abang. Hihihi...sesekali tak leh kawal perasaan, lain masa cuba gak kawal :)

      Delete
  9. huhuhu...touching lebih MD ni ya...kalau saya...saya la yang kena makan lauk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya memang drama queen. Setakat melambak-lambak air mata tu, memanglah laju gila :) Saya pun gitu gak, kena makan sendirilah nampaknya!

      Delete
  10. Alahai sian mommy sampai banjie meja makan..sabo ye MD..anak2 memang bermacam ragam..walaun anak tak ramai..
    Anak acik ramai*sebab lebih dari sorang..pun bermacam kisah cuma satu je yang best dan tak kesah..pasal makan..anak2 memang senang..masak la apa pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiankan, Acik. Nangis tersedu-sedu dok mengenang 'diriku tak begitu dihargai' . Keh3x... Hari ni dah leh gelak besar. Esok turn makan luar, so takda kebanjiran air mata :)

      Delete
  11. hihi..cam sayalah MD. hari tu masak 4 ketupat sotong. bila kata tak cukup, petang semalam buat 8 ekor. mana tak sedih bila lihat baki 3 lagi dalam fridge. pandai pulak kata...kenapa buat banyak. adoii..anak
    sabarlah...namanya puasa kan. ujian dari anak kan..kan..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam tersedihkan, Anim bila tengok anak-anak tak peduli pun nak mencuba. Anak saya Abang tu memang gitu. Dah arif dah tapi bila bab tak boleh kawal air mata ni, mulalah cengeng !

      Delete
  12. Haha.. sekali sekala tertinggal kad, bayar parking rasa mahal ya? Mestilah yg sepatutnya free bila kena bayar tu rasa pembaziran sangat... kan.

    Menu makan buka yang macam2 ada. Bestnya tu.. alhamdulillah tu kan? Tak sangka ..
    Rajin tu MD, 15 min sblm berbuka sempat kemas dan basuh baju. Saya pula 15 minit tu berbaring melepas letih dah. Haha.. bg peluang si Nazif menetek.. sian juga bila balik je maknya cepat2 sinsing lengan masuk dpur..

    Masak ayam goreng tak masak ayam gorrng.dilema saya juga tu. Budak ni kalau tak ada aym goreng dia minta, tapi kalau ada tak semestinya dia makan. Tapi jafi mak ni nak sediakan juga apa yg anak nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huisshhhh....mahal benar teman rasa tau :)

      Nak tak nak kena merajinkan diri, AN. Kalau tidak Mommy ni, siapalah lagi nak menyediakan hidangan di rumah tu. Mahu semua kelaparan dan kebuluran pulak. Hidup mesti diteruskan walaupun sedih teramat teremosi sampai melambak air mata bila terasa hati. Keh3x... Ngengada jek lebih nih!

      Ayam goreng ni dah sama macam budak yang menyusu badan jek. Tak leh nak lepas-lepas lagi :)

      Delete
  13. kita pun ada juga.. kdg emo semacam.. terutama bab2 memasak ni.. entah lah. kekonon tak nak masak lagi..
    sabar je.. nasib baik anak.. kalau kita ni..nga laki..dah tua pun x tau puji bini masakkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I kalau Hubbydearie tak mahu makan, I okey jek. Tak kisahlah sebab HD tak akan kebuluran kalau I tarik muncung tak mahu masak. Tapi la ni....anak-anak permata hati tu yang payah sikit. Nak suruh jangan makan lagi masakan Mommy, apalah yang mereka dapat buat. Nangis kejap-kejap je. Pastu back to normal, jadi mak berwibawa semula :)

      Delete
  14. sebab anak berpuasa kita kena ikut karenah mereka...feberet abang ayam yer..kalau abang datang umah aunty ema...langsung tak akan jumpa ayam tau...hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah kalau boleh nak buat menu apa kesukaannya. Bila ditanya, katanya tak mahu apa-apa tapi memang tahulah Abang ni kalau takda ayam goreng, ada susah sikit nak makan banyak.

      Delete
  15. Anak anak i pun sama. Asik kena masak apa yg dorang suka je. Ayam masak merah ngan siakap 3 rasa. Yg husben pulak dok makan lauk beli je. Masak kat rumah dia x sentuh pun. Tp dah faham. So abaikan je emosi sendiri. Lantok la deme nak makan apa. Beli lagi bagus. Tak penat nak membasuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, lagi tension macam ni kalau nak beremosi pun! Memang husband Ibu Lala suka makanan beli ya? Kalau berfikir secara positif, untung gak. Tak payah susah-susah masak. Napelah anak-anak tak ikut style bapaknyakan? Lagi senang kerja, main tunjuk kat kedai je :)

      Delete

Post a Comment