Friday, August 15, 2014

Aktiviti lepas balik raya ...

Salam Syawal kawan-kawan!

Seronoknya rasa di jiwa. Hari ni Jumaat. Esok dah boleh berhujung minggu. Oh, bukan ada rancangan apa-apa pun tapi seronok tu aje yang melebih-lebih.

Hari ni nak sambung kisah selepas raya. Memandangkan I sekeluarga balik ke KL pada pagi hari raya ketiga, maka banyaklah masa lapang yang ada. Nak beraya, kaum kerabat semuanya masih seronok beraya sakan di kampung masing-masing. Cuma kami berempat ni je yang dah jadi orang KL sesangat. Kesian!

Tempat pertama kita tuju selepas pulang ....

Memandangkan orang tak ramai dan pintu lif belum terbuka, marilah 'paksa' superheroes bergambar di parking area ni. Siapa clever, cuba  teka ni parking level berapa? Kalau berjaya memang selalulah jumpa kereta MD di sini waktu lunch. Favorite spot ni tau *__*


Rindulah sangat tu tempat ni sebab dah beberapa hari tak jejak ke sini *__*

Yang ini kalau tak silap I semasa nak pergi makan di Jom Bali, The Curve. Adik ni kalau masuk kereta aje tengok Daddynya berspekhitam, dia pun sibuk membebel minta 'pek-ma-ta' dalam handbag Mommy.

Jangan cemburu sebab 'pek-ma'ta' Adik warna pink

Tengok macamana Adik pakai 'pek-ma-ta? Memang atas telinga tau!

Satu pagi yang indah, selepas bersarapan di luar asalnya tiada plan tapi hati meronta tak mahu duduk aje di rumah. Maka Hubbydearie pun ajaklah ke Putrajaya. Saja berjalan-jalan tengok taman, tengok bangunan dan  tengok Alamanda. Tetiba I bersuara ...

Dear, bawa I gi Nilai 3. I tak pernah lagi sampai sana, dear....!

Maka Hubbydearie pun apalagi, setuju ajelah. Jom kita ke Nilai 3. Nak cari apa? Takda plan apa-apa. Serius tau I tak pernah sampai sana. Dengar mulut orang je membebel kat Nilai 3 ada jual macam-macam. Sampai tidak juga ....

Mula-mula nampak Nilai 3 Street Mall. Pusing-pusing tapi lengang aje. Tak menarik langsung. Nak suruh Abang dan Adik bergambar pun malas. Tetiba nampak kedai bunga, apalagi tetiba semangat teruja (padahal selama ni tak suka bunga pun, tangan pun keras kejung kalau kena gubah bunga tau...)

Murah memang murah tapi belek-belek takda pulak yang menarik di hati. Untuk tak menghampakan jiwa-raga, jom suruh Abang dan Adik bergambar lagi sementara mood mereka tengah elok.
Tension superheroes kalau setiap tempat persinggahan Mommy suruh snap photo. Nak jadi anak yang mendengar kata, kenalah tahan kerenah Mommy.

One more time, sayang!

Pusing punya pusing, nampak kedai mainan. Apalagi, Adik sikit punya jerit suruh berhenti. Bukan Mommy yang nak singgah tau...

Mana boleh keluar dari sini tanpa beli apa-apa. Adik dah tentu penuh tangan tapi tak semualah MommyDaddy nak bayar. Abang pun tetiba nak 'something'. Kalau ambil takda yang murah.

Bila dok belek-belek dalam ni ingat nak belikan Abang dan Adik basikal seorang satu. Terberkenan sesangat tapi tak muat bonet kereta ya. Adik tu kalau beli memang confirmed ramai jadi mangsa tukang tolak basikal. Kalau tak tolak, mahu dia meraung. Oh, pitam nanti Mommy! 

Abang pulak macam tak excited langsung tengok basikal. Kalau dah beli mahal-mahal nanti tetiba tersandai je menyemak dalam rumah, lagilah Mommy rasa nak pitam. So, kita batalkan niat di hati. Membazir, membazir .... 

Tapi nanti-nanti balik KL kita cari eh, Dear (kata Mommy dalam hati...) 

Jom posing lagi, anak-anak! Adik dah tak heran sebab ada mainan di tangan yang mengujakan hati kecilnya. 'Murah, murah, mesti Mommy beli nih' -kata Adik dalam hati.
Pusing-pusing lagi ternampak pulak kedai jual karpet. Memang banyak pun di sinikan. Apalagi, jomlah masuk setakat melihat-lihat aje. Tinjau sana, tinjau sini. Belek itu, belek ini. Tetiba....

Jom beli yang ini, Dear!

Kasi bungkus, bayar dan sumbat dalam kereta. Habis cerita!

Jalan-jalan lagi ternampak pulak MK Curtain. Tetiba teringat kat my sepupu. Beria katanya beli set cadar untuk anak bujang dan puteri tunggal di sini sebab murah. Beli banyak-banyak gitu, macam-macam pattern menarik. Apalagi, I pun teruja hati. Maklumlah tetiba hati riang-ria nak mendeko-deko rumah ala-ala my sepupu tu *__* 

My sister kat kampung tu pun ada beli plain ready made curtain kat sini. Katanya RM10 je satu. Oh, terbeliak mata I ni tau! Murahnya ....boleh beli untuk 3,4 kali raya.

Belek punya belek, rasa tak berkenan langsung dengan apa yang ada. Aduh, langsung tak menarik pulak tapi tetap beli satu je set cadar. Dah katanya hampir 50% potongan. Tapi serius, memang takda apa pun yang menarik kat sinilah. 

Lepas tu kita biarkan superheroes bermain kat small playground di sini. Superheroes berdua ni, Mommy sibuk pusing kedai, mereka sibuk berlari dalam kedai macam makpak ada share terbesar je dalam bisnes kain langsir ni tau!

Tapi yang best, of course di sini ....

Suka gambar superheroes kat sini. Comel, comel, comel... oppss...!

Amboi Abang, excited sama nampaknya!

Aha, anak-anak... buatlah macam bilik sendiri ya!

Adik, ni bilik gegirllah! Jom keluar cepat!

Aduh, I rasa macam nak terus balik rumah lepas tu rombak semua barang dalam rumah. Suka tau tengok deko-deko kat sini. Dah kata jangan ambil gambar, tapi omak ni tetap juga keluarkan he-ho. Sampai kena detect cctv pastu datang satu staff, kononnya nak beri warning tapi I dah nampak dia datang, teruslah potpet dengan Hubbydearie kononnya dok puji cantik meja makan ni, wallpaper tu, hiasan ni. Takdalah kena tegur dek staff tu tadi....maklumlah potential customer kononnya padahal habuk pun tarak beli dalam kedai nih *__*

Bila terasa penat, kita pun pulanglah ke rumah. On the way balik ke KL, tengok jalan ke selatan bukan main jem nak exit ke Nilai. Huhuhu, nasib baik kami cepat pagi tadi!

Lepas Asar kami keluar rumah semula sebab nak bawa Abang main toy yang baru di belinya. Ke mana lagi kalau bukan ke taman pujaan hatiku. 


Lama sungguh dah tak masuk taman tau sejak Mami takda. Kalau Mami ada, memang tiap hujung minggu kena gi taman ^__^

Eh, kelakar pulak rasanya! Orang yang bercuti di kampung sibuklah beraya sakan tapi my small family ni sibuk beraya kat tempat cam ni... Kesian-kesian nasib orang Kay El  celup nih *__*










30 comments:

  1. i pun x pernh sampai n3..
    kdg tmpt bnyk bnda gitu bukn murh sgt pun..tapi bila brng bnyk, dia cmpur brg grade baik n rendah kita rsa murh semua..
    yg mahl tetap mhal.

    tp kita yg permpuan ni kalu tmpat mcm ni..memang rasa gila murah...
    dlm hati rasa nak pergi juga..bila bolh pergi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata je lebih tapi bila belek-belek kualiti barangnya kurang. Tengok-tengok juga kain dan tudung, tapi takda yang berkenan di hati terutama bab kualitilah. Disebabkan itu, harga pun tak tanya :)

      Bila orang kata murah, automatik otak kita pun terus proses - memang murah tempat tu.

      Dah gi sekali ni, rasanya tahun depan jelah kalau ada hati nak pergi lagi. HD siap ajak berhenti depan bandar Nilai ambil gambar anak-anak. I kata dah macam tourist pulak. HD bolehlah tapi I is malu gitu...

      Delete
  2. Blogwalked!
    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi jejak ke nilai 3 ni.. my sedara mara pegi, mmg katanya takde yg berkenan pun.. balik beli kat sini jer.. tapi klu sekali sekala cuci mata apa salahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ramai gak rupanya yang tak pernah jejak kaki ke sini! Ingatkan akak sorang je :)

      Dengar kata orang bukan main, 'macam-macam ada', murah-murah belaka' tapi bila dah pergi indah khabar dari rupalah. Tapi tetap gak beli mana yang rasa cam berkenan di hati dan sesuai :)

      Delete
  4. Acik tak berapa minat nak kenilai 3..mungkin sebab tak jauh sangat kan..nak pegi tempat yang jauh sikit hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik lagilah dekat kalau nak pergi selalukan tapi yalah orang dekat ni tak suka pergi tempat sendiri. Hahaha.

      Kalau nak jauh kita kena gi Kelantan ke, Bukit Kayu Hitam ke, Langkawi ke...hah itulah baru namanya jalan jauh sikitkan, Acik!

      Delete
  5. masa site kat nilai dulu, hari2 pi makan kat nilai 3 ni. tak de apa pun yg menarik tapi kalau pi beli kali berkodi-kodi okla kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam pada takda yang menarik tu tetap juga balik tak kosong tangan :) Tapi serius, memang takda apa pun yang menarik pada saya. Rambang mata menengok je..harga takdalah murah jauh sangat berbanding tempat-tempat murah di KL ni....

      Delete
  6. Dapat juga rembat carper dan cadar raya kat Nilau 3.. Jadi lah dari balik tangan kosong...
    Tapi tabik la dgn MD... belek jer, tak beli... kalau saya, rasanya tak muat bonet kereta dgn barang rembatan kalau ke tempat shopping.... tu tak boleh keluar shopping selalu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dah dua tahun kot beli karpet raya lepas raya.... Last year beli kat Jln TAR je...bukan main murah jualan post raya gitu. Maklumlah sayakan asal raya je memang balik KL cepat daripada orang lain yang ada kampung :)

      Saya nak jugalah 'membeli-belah' takpun window shopping tapi jelingan manja di sebelah tu alahai.... nasib baik juga banyak yang tak berkenan di hati :)

      Delete
  7. KlCC ke tu.......terer tak mak teka!
    Satu nikmat yg beso rasa bila cuti panjang lagi kita pulak satu family boleh bermaharjalela kat shopping mall yg kita suka hehe
    Nilai 3 mmg le tak de apa.....bolehlah nak cuci mata... Kalau gi tempat peralatan rumah best gak tau....ada periuk belanga....pendik kata macam macam keperluan rumahlah walaupun barang semua dah berabuk....hehe tetap melazatkan mak tengok...
    Rembatan kena ada kalau Pak Jilap dah jauh jauh dtg tak membuat rembatan mau kena perli sepanjang perjalan balik....
    Adik gak yg best dapat toys kan dikkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak memang terrorist :)

      Pernah sekali setelah bertahun-tahun bergelar anak kampung BP tetiba satu kali raya Cina kita satu family tak balik. Wah, syoknya main tukar-tukar tempat parking mana nak sebelum masuk MV. Rasa cam nak bentang tikar berkelah je kat parking area tu tau!

      Sesekali pergi okeylah tapi kalau selalu memang tidaklah. Eh, ada satu lagi tu Nilai berapa ek? Yang itu pun rasanya pernah sekali jek pergi kot... Periuk belanganya di sebelah mana mak oi? Tak nampak pun. Ke sebab mata berpinar terus nampak kedai karpet, kedai mainan dan MK Curtain je....

      HD lagi suka kalau berjalan tangan kosong. Kalau duit dalam dompet lakibini tak gerak, lagi afdal. Kalau menipis sikit-sikit tu pun riuh sekampung suaranya tau :)

      Adik penuh tangan kiri-kanan. Siap minta tolong Abang, makpak pegangkan lagi. Lepas makpak pegang, makpak letak. Hehehe.... So bayar yang mana patut bayar je. Hari-hari gi shopping mall nak mainan, fikir mall tu makpak punya ke apa... Ish, membazir!

      Delete
    2. Rasanya mmg ada bukak tempat baru Nilai 3 tu....depan kat simpang nak masuk tu...nampak ok lagi le dpd tempat lama tu, tp kita tak pernah jejak pun kat situ walaupun jumpa tempat baru tu dulu. Cer kasi clear sikit ni habis tawaf Nilai 3 ke tidak ni ....macamana tk boleh nampak kedai tu!

      Delete
    3. Yang itu saya pergi, OKje. Nilai 3 Streetmall, tapi kosong aje. Ada kedai bunga, kedai jual barang kahwin. I is tak eloklah nak gi tempat gitu, bukan faham pun nak beli apa :)

      Tak tawaf habis pun sebenarnya. Tawaf dalam kereta je pastu singgah itu jelah kedainya... Jenjalan juga tengok kain baju, tudung tapi tak berkenan pulak. Baguslahkan selamat duit poket untuk bulan depan :)

      Delete
  8. yaya pon baru2 ni ada p nilai 3..time pose..
    beli brg kahwin..bukn yaya tp abg yang nak kawen..hehe
    bnyk murah2 kat sana..baju pon bnyk murah pe..bleh thn la..heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ada nampak juga kedai jual barang-barang untuk kahwin tu tapi of courselah tak masuk sebab dah tak layak nak membeli barang kahwin. Hahaha.

      Nampak kedai kain tapi tak sempat nak belek. Sang Arjuna dah potpetpotpet pastu superheroes pun sudah penat bila dah dapat apa yang dikehendaki :)

      Delete
  9. La...komen MD dan rakan-rakan ni buat saya tak berminatla nak ke Nilai 3. Masa mula pindah ke Selangor ni, beriya saya ajak suami ke Nilai 3 tapi tak dilayannya.. tapi hasrat nak kenal bagimana keadaan di Nilai 3 tu tersimpan sampai ke sekarang. Sporting HD bab jalan2 ni. Boleh jalan sana sini bestnya.. ooo.. helikopter yabg dlm entry tadi tu beli kat Nilai 3 lah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa jelah, AN. Lebih baik gi tinjau kat Jln Tar tu dulu. Kalau nak pinggan mangkuk, gi ajelah Langkawi. Kain-kain ela biasa je saya tengok. Tudung dan seangkatan pun rasanya elok lagi kat Jln Tar kalau nak murah. Tapi kalau nak juga jejak kaki, pergilah. Tengok-tengok aje. Nanti leh buat entri kata dah sampai Nilai. Yeah! *__^

      Bab jalan macam ni HD okey je cuma bab ziarah menziarah jiran tetangga, sanak saudara tu lemau sikit :)

      Eh, cerita Nilai dengan taman bunga ni selang sehari je kot... Helikopter kena sembunyi kat rumah tu. Dengan izin Mommy aje boleh main. Kalau tidak, mahu habis bilah-bilah tu dikerjakan si Adik...

      Delete
    2. Abang mendengar perintah Mummy ok tu. Naim ni, pantang ada barang baru, dia tenung, dia main dan dia nak selongkar juga sampai dah terburai baru dia beralih ke benda lain. Saya masih lagi cari cara nak buat dia lebih hargai benda yang dibeli. Cam mana tu..

      Ye jugakan, pegi je kenal kalau ada masa. Sekurang2 penah saya sampai ke Nilai 3 kan? Bijak2..

      Kalau gini ok sangat HD. Papa N ni, kalau bab sedara dia mng suka, sedara saya tak berapa juga. Ai mengumpat laki lagi di sini. Hihi..redho jelah saya ni. Memahami katanya.. kalau tak makan hati..

      Delete
    3. Takpa, takpa... I je yang dengar you mengumpat pasal laki. Hahaha....

      Saya tengok Abang dan Adik jauh berbeza kelakuan mereka. Abang masa sebaya Adik, suka mainan juga. Suka kereta juga. Tapi Abang tak lasak dan tak merosakkan 'harta benda'. Adik ni lain sikit. Semua nak beli macam Abang tapi bila dapat pada tangannya, sekelip mata je dirosakkan. Nantilah dalam 1,2 tahun lagi mungkin Naim pun akan berubah. Nak suruh Naim menghargai barang kerana nilai wang yang dikeluarkan, mungkin dia tak begitu faham lagi :)

      Delete
  10. wah, penuh gambar kali ni
    semangat saya nak baca..hehe

    saya dah lama tak pergi alamanda tu
    ada apa-apa yang menarik ke kat sana

    nilai pulu belum penah sampai lagi
    dulu pernah cakap dengan encik suami nak pergi sana
    dia boleh kata kalau nak p sana, p sewa lori dulu
    kalau tak tak payah pergi...hehe

    berdasarkan cerita di atas, baru paham kenapa
    encik suami suh bawa lori...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda apa pun tapi kami memang suka Putrajaya :) Nak jadi pekerja gomen, tak layak pulak *sigh*

      Apa? Tak pernah sampai lagi ke Nilai? Kira saya errr....hebat gaklah yek! Inilah hasilnya bila orang sibuk beraya dan kita pun sibuk beraya kat tempat gini. Of course, of course takda open house kat sini.

      Kalau dah disuruh sewa lori, apa lagi...pergilah sewa pastu off to Nilai 3. Bawa balik sekodi dua kain baju, tiga,empat kodi tudung, 10,20 karpet okeylah tu berbaloi sewa lori :)

      Delete
  11. Tapi bagi mak best jugaklah Nilai 3 tu maklumlah....nak ajak Pak Jilap gi Jalan TAR tu entah bila....walaupun dia tu kaki jalan jugak orangnya sebenarnya.....

    Weyh korang ngumpat laki yeh....Mak pun nak tumpang ngumpat jugaklah.....hikhikhik...Pak Jilap tu pun spesis jugak tu...mentang mentanglah dia kurang berkawan, bini dia sekali dia tak bagi bersosial sangat .... redho ajelah.....

    Weyh MD....si HD tu terjatuh ke kat taman......rahsialah sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, tulah Mak. Dah cakap dah suruh belajar selok belok jalan kat KL ni terutama yang nak menuju ke tempat shopping ni. Mak tak mahu dengar cakap. Siapa susah sekarang? Kalau bawa bapaknya sama, mulutnya bising ooi.. sakit gegendang telinga tau :)

      Ish, Mak ni... tak baik ngumpat laki tau. Berdosa besar. Nanti tak dapat masuk syurga tau...Kata nak payung emas...Eh, itu cerita lain ek...silap perumpamaan pulak...

      Bukan Mak, bukan.... HD tak jatuh tapi hahahaha.... tak rela nak open table bercerita :)

      Delete
  12. okay... sy baca je entri ni tp x komen rupanya. apa daaa... sengal pulak rasa. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu bila tengah kalut. Saya pun rajin gak baca lepas tu tak komen. Bila datang balik baca, rasa dejavu pulak :)

      Delete
  13. belum baca habis... ni nak komen spek mata pink.. alamak dasatnyer.. ok sambnung baca lagi...
    gi nilai pulak dah.. macam2ler MD.. lama akak tak kesana.. malas sebab orang beli cantik2 kita merayau tak nampak per2... letihjer selalunyer... dah berkenan duit lak takder llagi penat.. ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, Cho. Orang cakap bukan main lagi tapi bila pergi sendiri, tak tahu apa sebenarnya nak beli.

      Itu baru spek Adik belum si Abang punya. Lagilah klasik dan tragik. Hahaha.

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...