Bila Abang & Adik berbaju Melayu ...

Salam Syawal kawan-kawan!

Seperti yang dijanjikan, I 'terpaksalah' upload juga gambar si Bubbly Abang dan Adik Cute berbaju Melayu di hari raya 2014 ni....

Awal tahun dulu masa sibuk menempah baju raya sendiri, I bercadang nak pilih warna ungu lembut for my superheroes padahal my baju pun takda warna ungu. Hubbydearie pulak kita abaikan aje. Beliau memilih jubah aje untuk hari raya. Senang cerita katanya.

Tetiba masuk aje bulan puasa, I terasa warna merah lebih sesuai buat mereka berdua. Dek kerana pergi membeli pun dalam bulan puasa, makanya tak merasalah jawabnya. Adik no hal, saiznya melambak-lambak. Minta aje apa warna nak. Tapi, si Abang ni yang sikit susah nak cari saiz. Maklumlah walaupun baru 8 tahun, saiz bajunya semua untuk 11-12 tahun.

Ingat kes si Abang merungut sebab Mommy suruh try baju melayu macam-macam warna? Sampai mogok tak mahu ikut Mommy pergi Sogo. Terus ajak balik. Penatlah katanya kalau setiap kali raya nak kena try baju melayu macam-macam warna. Pakai ajelah apa warna, apa salahnya!

Hai, Mommy yang keluar duit beli baju melayu, mereka pula yang lebih-lebih merungut. Suruh pakai singlet dengan boxer pagi raya nanti baru tau!

Jadi terpaksalah buat-buat gembira aje dengan warna ni. Superheroes tak kisah punya cuma Mommy aje yang hati lara...

Dah diberitahu, pagi raya I 'pura-pura' menyibukkan diri sampai tak tercapai kamera nak ambil gambar superheroes. Padahal mereka berbaju melayu sampailah ke petang. Gambar raya keluarga kami pulak dalam kamera dua anak saudara I di kampung. Makan tahunlah tu baru dapat transfer.

Cuma ada gambar Adik yang ini je sempat snap ketika sedang video call dengan my niece di KL di pagi raya ... 


Adik, Adik... baju cekak musang tapi pakai samping kononnya style Johor gitu...


Abang pulak ini ajelah yang dapat....

Abaikan tudung my niece yang kelihatan di hujung kanan atas. Gambar ni besar tapi I dah cropkan sampai semput ^__^

Dalam handphone Mommy sendiri entah apa-apa gambar yang diambil. Superheroes berdua ni di pagi raya, sorang asyik dok dalam bilik main game tak keluar-keluar, sorang lagi asyiklah nak berkepit dengan Mommy bila ajak bergambar elok-elok. Akhirnya, ini je gambar di pagi raya yang dapat masuk blog *__*

Adik yang asyik duduk di belakang pintu 'menjaga' mainan sepupunya. Dok toleh-toleh kalau-kalau sepupu tak nampak, bolehlah rembat mainan tu buat macam hak sendiri

Ginilah gaya Abang di pagi raya. PSP tak lepas di tangan, XBox depan mata tunggu giliran nak main. Kain samping pun tak sempat pakai ya, rimas katanya!

Hah, tercapai hajat di hati cari toys yang berkenan di hati

Nak suruh bagi pose istimewa pun taknak, dok buat muka gitu je. Malas nak bangun tinggalkan PSP dan XBox takut giliran terlepas

Puaslah I memujuk suruh pergi ke ruang tamu, dapatlah Mommy suruh posing sekejap. 'Taknak!' katanya. Tak mesra kameralah Adik ni sama macam Mommy *__*

Ada cabutan bertuah ke tu dok sibuk mencari entah apa-apa dalam bakul mainan tu. Abaikan 'dapur masak' di sebelahnya sebab toys ni semua my niece punya yang sebaya dengan Adik.

Malam raya pertama tu bila I belek-belek balik gambar dalam telefon rasa menyesal pulak tak over-over ambil gambar superheroes berdua pada raya pertama. Tapi takpa, boleh aje kita suruh mereka buat pose ala-ala raya dengan baju melayu tu nanti. Feeling tak sama, takpalah *__*

Setakat baju casual tu memanglah banyak gambarnya. Itu memang pening sikit nak pilih gambar. Gambar-gambar kami sekeluarga di pagi raya pun masih tak berkesempatan I nak tengok. Yalah, bukan main laju setiap keluarga buat photoshoot menggunakan 'service' photographer yang sama (one of my nephews, anak tuan rumah). Itu kalau dapat dicrop seboleh mungkin sampaikan baju MommyDaddy pun tak masuk dalam gambar akan diusahakanlah ya ^__^

Buat besan, tak menjejes lagi air liurkan? Takut pulak bakal menantu tak kelip-kelip mata tengok gambar boyfriend. Bahaya!











Comments

  1. alolo....mmg tomel2 betul la adik dan abang.....org dh comel pakai apa pn nmpk ensom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah, Aunty. Berbunga-bunga hati kami dua beradik bila kena puji-pujian ni :)

      Delete
  2. Pergh.... ni kalau mak yang jadi Arjuni mmg meleleh ayaq liuq tengok sang Arjuna berbaju Melayu duk belakang pintu pilih toys hehe....
    Tu baru tengok anaknya tu....kalau tengok omak eh tak taulah apa lagi ayaq yg meleleh hehe....

    Tak mengapalah kempunan nak tengok menantu Uzbek berkelawar dipagi Raya....sabar itu separuh dpd iman.....
    Anak buah tu tak balik kampung ke MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaya macam bizi je rini..... sonyap yo.... komen tak bereply!

      Delete
    2. Busy sikit semalam, OKje. Maklumlah bos medium takda, bos kecil sukalah datang bertanya soalan-soalan bodoh :)

      Amboi, ada hati nak jadi Arjuni... Mentang-mentanglah awet muda katanya! Langkah body Mommy ni dulu kalau nak jadi Arjuni untuk Sang Arjuna. Kalau anak PK tu takpalah comel gak :)

      Ish, ngengada tau dia ni! Cubit-cubit manja kat lengan nanti baru tahu. Sibuk je nak skodeng MommyDaddy superheroes. Katanya berjiran, bilik tidur utama sebelah menyebelah je kedudukannya, still tak dapat-dapat lagi skodeng MakJilap? Memang tak terror part intai mengintai nih!

      My niece balik ikut makpaknya ler.... Merekakan ada dua kampung... family saya je yang ada satu kampung. Kampung yang jauh tu kita buat-buat tak nampak jelah!

      Delete
    3. Haha.....
      Kat lengan ni mmg byk lemak silalah cubit kasi lemak pecah hehe ...
      Weyh kita tak suka skodeng.....kita mengopeng aje apa bunyi dlm bilik tu hehe....

      Delete
    4. Eh, bunyi tak sama ek? Alamak..... :)

      Delete
  3. tak puas tengok gambar superheroes ni berbaju melayu,..encem..kena pulak warna merah tu..sesuai sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Acik... ini je gambar yang ada dalam handphone saya. Yang dua pertama tu pun ihsan anak saudara. Gambar rasmi photoshoot seisi keluarga tak sampai-sampai lagi. Tunggu raya hajilah agaknya baru dapat ke tangan saya ....

      Kalau ikutkan hati saya nak merah terang tang-tang, tapi tak dapat sebab saiz Abang dah takda. Takpalah, tahun depan kalau tak dapat merah, kita pakai jinggalah pulak :)

      Delete
  4. Budak kulit putih kena warna merah memanglah tambah menyerlah. Sayangnya mummy dan daddy tak ada sekali.

    Ala MD, hubby kakak dari dulu memang suka pakai jubah. Bila nak beraya baru tukar baju kemeja. So kakak dah faham jadi tak payah buat baju melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kak.... janganlah buat permintaan macam kawan-kawan yang lain. MommyDaddy memang takda punya muka masuk blog. Ikut siapa? Ikut akaklah... Hehehehe...

      HD baru start berjubah 2,3 tahun ni. Sebelum tu, baju nikah pun pakai jelah masa raya. Asal buat atau beli baju melayu ada je yang tak kena. Asal pagi raya je, mesti perang mulut sebab baju raya. Lepas tu baru salam bermaaf-maafan. Hehehe ....

      Dah pandai berjubah ni senang sikit kerja saya. Nah, ada apa event pun saya jubahkan je HD tu. Habis cerita :)

      Delete
  5. hensem kak!!! abg ngan adik kulit cerah mmg masuk ngan kaler tu kak heheeheh.... comel rase nak cubit2 pipi tu kak...serius tau!!

    tu le kak, bab nak bawak pi beli baju mmg seksa.... senang2 amik ukuran jek kan, pergi beli sendiri...tapi risiko leeee kene rajin kalo kene tukar nak pi ulang alik balik hihihihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, jangan cubit anak orang! Nanti Mommynya naik angin... Hahaha... Biasalah Lieya, kalau nampak budak-budak kita ni memang suka nak mencubit je. Geram. Eh, gambar Dayyan Otomen dah keluar ke belum? Tak sabar akak nak tengok gak tau. Mehlah kita tukar-tukar cubit anak sebab geramnya pasal... Hahaha...

      Alah, Lieya... dah potong dah kaki tu tapi bila Adik pakai pagi raya alahai masih lagi menyapu lantai. Abang nasib baik perfect je baju melayunya kali ni. Cuma geram akak tak mahu si Abang ni pakai samping.

      Delete
  6. Assalamualaikum..

    Haha..comeeeeeeeeeeeelllll nye diorang pakai bj melayu!!!

    wahhh lepas ni siap sedia la akak tunggu bakal2 menantu beratur amik borang hehe..

    regards,
    Triplesmiley



    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Dah tutup pun pendaftaran, Sofia! Hahaha ....

      Adik bagus, pakai baju raya tak mahu buka langsung siap dengan songkok sepanjang raya pertama. Abang pulak dah biasakan, so tak kisahlah sangat. Cuma Mommy dia orang ni je sengal, dah anak berbaju melayu di pagi raya, tak pulak over-over excited nak snap photo. Nyesal tak sudah ....

      Delete
  7. suka tgk budak2 pakai baju melayu. comelllllllllllllllll sgt!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mak dan bapak budak pun comel apa kalau pakai baju kurung/melayu! Sedih arr cam ni, asyik anak-anak je dapat pujian....Dah gambar makpak tak keluar blog, nak salahkan orang pulak tak memuji. Memang sengal.

      Budak-budak pakaikan apa pun nampak comel je, Lyn!

      Delete
  8. wah, tema merah yer...menyala-nyala lah dipagi raya ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapaknya pakai jubah. Maknya pakai baju lari dari tema. Hahaha....

      Kami sekeluarga tak pernah bertema sedondon, Ema. Sejak dulu sampailah sekarang....

      Delete
  9. Comelnye adik mengadap bakul
    Mainan.

    Haha elok sgt la tu. ank LM lak pki baju teluk belanga tp sampin xmo letak dlm. Ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya terbaliklah kita, ya... Sebenarnya saya pun tak perasan belikan anak baju cekak musang. Raya tahun lepas pakai baju teluk belanga si Adiknya.

      Delete
  10. Alololo... comeinya adik n abang... merah ni suit la la dgn dorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy nak merah terang tak pun ala-ala oren gitu tapi tak dapat. So ambil jelah apa yang ada. Kena ikut saiz Abang sebab stok baju raya dah tak banyak masa tu :(

      Delete
  11. my anak buah pun dok sibuk main game saja lah . masing2 pakat on lappy ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sudah-sudah main game. Sampai nak tidur tu siap beritahu kejap lagi, kejap lagi nak sampai habis level pastu baru leh save. Omaknya dah nak naik angin satu badan dah...Jam dah pukul 1 pagi masih tak mahu tidur!

      Delete
  12. slam jumaat mommy..
    nak nengok pitcher mommy jugak, boleh ?
    boleh pakai alasan bby nk tgk tak.kikiki

    segak sungguh berbaju melayu.
    lagak mcm dewasa je adik.hihi.
    abg pon x lalu nk.melayan mommy ajak bergambo ye..

    psstt: mommy, sy sndiri pon xtahu jantina permata hati ni.. mmg nak surprisekan kesemuanya.
    doakan sy ye mommy smga diberi kemudahan dan kelancaran sewaktu melahirkan permata hati ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Ciksu. Ini yang tak sanggup bila ada permintaan dari ibu-ibu mengandung :) Tapikan, MommyDaddy memang tak suka menonjolkan diri. Susahlah sikit nak disempurnakan Ciksu oooiiiii ....

      Insya Allah segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Katanya due semalam, baby tak mahu keluar lagi tu. Syok dok kat dalam. Biasanya memang lewat dari due lah anak pertama ni kan ...

      Delete
  13. lain sikit purple kita Md.. kita org lembut2..cair sikit..
    eh lupa bj kita dah lari tone..mm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan dikenang kisah baju raya, PB kelak hati yang lara. Hahaha .. I nak merah terang, merah menyala gitu tapi tak dapatlah sebab Abang takda saiz. So, terima jelah dengan redha warna ni...sebenarnya dah more to purple ni tapi tak tahu napa bila ambil gambar jadi cam merah pulak.

      Delete
  14. abang dan adik yang comel...bila pk2 balik memang susah nak amik gambo di pagi raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyesal pulak tak ambil gambar pagi raya. Budak-budak ni walaupun buat hal tapi berbaju melayu sampailah ke petang. Elok je bersongkok bagai tak buka-buka. Yalah penyambut tetamukan... tapi Mommy pulak buat hal. Tak keluarkan kamera mahupun he-ho nak snap gambar mereka!

      Delete
  15. Samalah kat rumah kami.. masa anak2 pakai baju melayu tu saya ambil sekeping dua je gamba.. mujur sempat snap gamba keluarga .. entah apa yg saya buat. Padahal bukan selalu budak2 ni nak dipakaikan lengkap macam tu.

    Tengok gambar adik berbaju melayu lengkap ni comel sangat.. hensemkan kalau orang lelaki pakai baju melayu lengkap.. apa lagi kalau anak2 kita yang pakai.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak-anak kita yang pakai, memang kalah anak orang lain, AN. Anak-anak kita je yang terlebih comel berbanding anak orang :)

      Itulah sekarang ni ada sikit sesal dalam hati. Bukan selalu mereka pakai begini boleh Mommy menyibukkan diri entah buat apa tak snap photo banyak-banyak. Si Adik takda pulak keluar statement cam selalu - Hah, Mommy amik gambar!

      Kalau Adik buat gitu, mungkin Mommy pun teringat nak snap photo banyak-banyak :)

      Delete
  16. merah peberet kaler aiman.setiap tau kami mmg tak tetapkan warna apa utk raya,sbb en suami tak pernah buat baju melayu..asik dok pakai baju yg sama je.klu sama warna pun sy n anak2 la..sbb last minute cari baju aiman takde warna merah tu yg rembat warna hijau..baju aiman tak alter..sy cuma lipat n jait sembat kaki seluar..nti klu dh tinggi boleh buka jahitan n jait lagi..jimat n bley pakai lama.hehe

    alolo comel gila.jejes dah air liur tgok menantu siap sampin kt pic 1st tu..haha abg pic tak jelas..tp klu dh namanya kulit cerah, pakai merah ang2 mmg menyerlah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sekeluarga pun memang tak pernah pakai sedondon, PK. Saya tahun ni pakai baju kurung biru dan HD pakai jubah putih :) Ingat nak pakaikan superheroes berdua ni warna purple ala-ala warna blog ni. Tak dapat nak ditolong bila saiz Abang takda stok lagi. Nak ambil hijau, tahun lepas pun hijau juga!

      Baju si Abang lengan kena alter, pinggang seluar kena alter, panjang seluar memang sahlah kena alter dah baju budak 11-12 tahun disarungkan ke budak 8 tahun! Adik pulak alter pinggang dengan kaki seluar itupun bukan main menyapu lantai lagi seluarnya ....

      Ai, dah bagi tengok gambar pun menjejes lagi? Ni siapa yang sebenarnya terlebih suka? Mak Afia ke atau si Afianya? Tak pernah pulak Afia komen kat sini ek. Hahaha :)

      Delete
  17. alo-alo tomeinye... kemas je kan bebudak berbaju melayu lengkap... anak saya Kimi hari tu, masa tidur petang pun berbaju melayu lagi.,.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang si Adik tu memang suka berbaju melayu. Masa suruh try pakai baju raya pun tak mahu buka sampai terpaksa pakaikan baju raya tahun lepas buat tidur malam :)

      Delete
  18. Replies
    1. Abang malas nak posing tahun ni. Susah betul nak ambil gambar sampai Mommy lupa nak snap photo simpan dalam kamera/handphone.

      Delete
  19. hehe...kelakar pula baca cerita ni
    budak dah besar kot perangai gitu
    kalau afif dia okay aje kalau pakai baju melayu
    siap kata nak sama dengan papa
    kalau tak sama dia tanya kenapa tak sama

    tapi comel lah anak-anak mummy
    kalau tu suited diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Abang ikut suka mana dia nak. Kalau si Adik ni okey lagi. Nampak suka gak baju melayu. Baru suruh try pakai, menangis melalak tak mahu buka nak dibawa tidur malam. Terpaksa Mommy ganti baju melayu tahun lepas. Kalau tidak naya je, belum raya dah buat tidur malam baju melayu barunya :)

      Delete
  20. comel je berbaju melayu siap bersamping bagai. budak2 yg dua orang ni raya ke berapa entah baru ada ambik pic pakai baju melayu. itupun ada yang moody tahap tak ingat. geram pulak hati kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni memang kurang gambar. Ingat cukuplah nak depend pada gambar photoshoot yang diambil oleh anak saudara. Sampai la ni tak nampak mana gambarnya. Sesal tak sudah. Takpa, takpa, posing raya haji ajelah nanti :)

      Delete

Post a Comment