Bila tiba hujung minggu

Salam sayang kawan-kawan,

My family and I ni memang kerap keluar kalau tiba hujung minggu. Pantang duduk di rumah. Kalau dulu, masa Abang masih bayi mahupun masa Adik juga, memang tak suka berjalan. Duduk rumah sefamililah paling nikmat rasanya. Best je dapat mengulit anak-anak bila tak bekerja.

Namun sekarang ni pantang aje hujung minggu, ada-ada je tempat yang nak diterjah. Bercakap pasal shopping mall, kalau ikutkan hampir semua yang ada di KL ni kami dah terjah. Sampai kadang-kala tak tahu kat mana lagi nak pergi 'window shopping'.

Itulah yang berlaku pada hujung minggu yang lalu. Pagi-pagi lepas bangun tidur, tetiba dok tanya pada Hubbydearie; ke manalah nak dituju hari tersebut. I suka je buat adhoc plan ajak keluar dari KL tapi Hubbydearie ni leceh sikitlah. Yes or no nya boleh berubah dalam sekelip mata. Tension jiwa raga...

So, minggu ni I beri suggestion kat Hubbydearie jomlah kita pergi melawat kawasan Parlimen di Setia City Mall (SCM). Jauh tu sebenarnya dari rumah tapi peduli apa ya kalau hati dah teringin...

Macam biasa, Hubbydearie sibuklah nak menggoggle apa yang ada di sini. Bila tengok cam 'interesting' je, teruslah on plan. Maka, I pun segeralah suruh superheroes bangun, mandi dan bersiap. 

Kalau berada di rumah pada hujung minggu ni, memang I jelah jadi mangsa pertama. Maklumlah bibik percuma walaupun bertauliah. I kena bangun dulu. I kena siapkan superheroes. I kena kemas rumah. I kena prepare breakfast kalau perlu. Bila superheroes dah siap, barulah inform bapaknya suruh mandi dan bersiap sebab bapaknya tak suka menunggu lama.

Walaupun I bangun dulu, I jugalah yang terakhir bersiap. Yalah, superheroes kena dulukan, kalau tidak memang tudung ke lain, baju lain, pants lainlah yang I rembat instead of yang disediakan. I jugalah orang terakhir yang keluar dari rumah dan kena kunci pintu. Oh, syahdu pulak rasanya bila memikirkan life as a bibik instead of tuan rumah ni...

Macam selalu, hari Sabtu atau Ahad (kadang-kadang both hari pun) mestilah nak buat grocery shopping. Lepas tu barulah melenjan mana nak. So on that particular day, memang kita dah decided pepagi subuh tadi nak ke SCM, kan. Tetiba lepas habis buat grocery shopping, Hubbydearie boleh tergugat keputusan. Dah separuh jalan boleh ditanya pulak nak ke SCM ataupun Paradigm Mall? Mahulah I angin pus-pus je dalam badan (tapi of course tak tunjuk, mahu kena hempuk kang terus diajak balik rumah. Siapa yang rugi? I juga....)

Walaupun Hubbydearie yang suka berdolak-dalik bila buat keputusan, I juga yang kena buat final decision. So, on ajelah ke SCM. Esok boleh je ke Paradigm Mall kalau nak...

Maka, berkelanalah kami dalam kuda besi buruk ke Setia City Mall... Keh3x....

Rasa macam jauh je SCM ni sampai tertidur tiga beranak dalam kereta. Of course, driver utama takdalah tidurkan, nanti siapa pulak nak drive ke sana!

Lena Adik tidur on the way nak ke SCM. Mommy pun jadi mengantuk. Abang di depan pun dah lelap sama.

Wah, wah, wah.... kawan-kawan kat Shah Alam ni... kenapalah tak beritahu I mereka ada sikit punya bagak shopping mall. Macam best je. Macam seronok je. Nampak Daiso pun excited lelebih. Nampak Sasa pun excited gak. Nampak SR pun excited. Pendek kata nampak semua kedai(s) yang ada punyalah excitednya ah kak. Macam tak pernah nampak je semuanya kat KL  tau *__*

Depan washroom pun jadilah. Cantik apa *__*

Boringnya bila Mommy suruh posing ni. Entah sejak bilalah Mommy jadi photographer tegar cam ni - kata superheroes dalam hati ^__^

Lama juga kat sini tapi tak sempat nak tunggu katanya ada air pancuran warna-warni ya pukul 7 petang? Tak sempatlah nak dok bertafakur lelama dalam SCM ni. Sempat bagi makan ikan je. Banyaknya ikan... jakun tau. Kat KL memang tak pernah nampak pun. Ikan dalam akuarium di rumah pun tinggal seekor je bahana si Abang yang malas nak membela tapi rajin paksa beli. Hahaha.





Yang tak bestnya berjalan dengan Hubbydearie ni, semua nak cepat. Masa nak pergi bukan main teruja sama. Bila dah sampai boleh pulak kata ...

Jom, jom cepat. Bukan tak pernah tengok pun semua nih!

Aha, meruntun jiwa raga ah kak tau!

Asal kita pegang something je mesti ada kata-kata hikmat yang terpacul dari mulut Hubbydearie,

Nak buat apa? Kat rumah kan banyak benda ni?

Nak beli juga ke? Yang lama pun tak pernah tengok you pakai!

Ni tak payahlah...jauh-jauh datang, nak beli ni buat apa. Kat KL kan ada!

Memang tertelan-telan air liur je tau. Sampai nak beli kek kat SR pun diumpatnya juga...

Datang jauh ke sini, nak makan kek SR je? Kat belakang rumah kita pun ada SR kan!

Tiba-tiba dalam hati berkata,

Kalaulah aku tahu jalan dan mampu drive ke sini sorang-sorang... Indahnya dunia shoppingku! 

Eh, ni dah macam luahan hati pulak. Padahal nak cerita pasal jalan-jalan hujung minggu je ^__^

 



Comments

  1. huhuhu..orang lelaki ni tak memahami betul jiwa raga seorang wanita..hahaha..tp bagus jugak la kan ada hubby camtu...save duit tu dari terbang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat banyak kalau keluar dengan Hubbydearie. Takda masa nak toleh-toleh apatah lagi nak belek membelek. Tapi takpa, nanti-nanti kalau ada peluang kita cuba usahakan lagi :)

      Delete
  2. SAMA jugak dgn lya..bila hujung minggu mmg wajib la keluar.. KL ok la byk tmpt leh pergi.. besar..kt kat Kemaman ni..tmpat sama je..bila bosan turun kuantan..tu pon kat kuantan pon dh xtau nk kemana.. kalo sblm xcident dulu..slalu lepak2 kat pntai ke..pantai timur kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya malas nak keluar. Yalah dah hari-hari pergi kerja. Rasa macam nak tidur baring lama sikit pastu doklah empat beranak kat rumah. Tapi kesian juga kadang-kadang dengan budak-budak. Langsung tak keluar rumah 7 hari seminggu...

      Delete
  3. me wlpun ada lesen.. ada kereta.. malas nak drive kalu hari minggu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Dah terlanjur ada 'driver', buat apa nak susah-susah memandu kalau keluar dengan famili :)

      Delete
  4. tapi kire ok la gak kak...akhirnye keluar juga jalan2 heheeheh...seronok le abg ngan adik...asal weekend je keluar berjalan...kalo tak keluar berjalan mesti dieorg sendiri tertanye2 kan sebab dah biase mcm tu .....lieya tak penah lagi sampai situ kak.... tgk blog2 org yg pergi pun ckp okey...lieya ni palign rajin pun gi alamanda jek laa sbb belakang umah jek...naik keter baru 10 minit kahkahkah......

    lieya palk kak skrang ni mood malas nye nak keluar lepak soping mall...dulu tu le habit ....skrang mcm dah kureng...dok umah lepak2 main basikal....layan budak2 jek laa skrang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sekarang tengah rajin mengayuh ya... Baguslah tu. Harap cepat turun dan cepat tambah bilangan ahli. Untung anak-anak dapat Lieya yang rajin memasak ni.

      Akak kalau boleh nak duduk rumah je hujung minggu tapi ada juga masa-masanya rasa cam tension je kalau tak keluar berlibur gitu. Hahaha.

      Delete
  5. I think most KL people keluar jalan jalan shopping mall masa weekend. I normally hang around KL like Pavillion or One U je. Shah Alam jauh sgt kot dari Kajang nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, sebab itulah shopping mall penuh masa weekend. Oh, you duduk kat Kajang. I pun tak jauh, Cheras je. Tapi since I ada 'driver', kalau nak pergi cakap je. Driver menurut perintah tapi bila dah sampai destinasi, mulalah beria-ia nak ajak balik! Tension gak you tau tak....

      Delete
  6. Md, kalau kita nak g Kl jomlah temankan kita..
    Md hari tu kita g interview kt Oug sesat x tau g mna..nga laki kita tu.. Google map nipu..
    kita teringin sesangat nk berjalan kl mall2..huk..huk..

    tp sungguh best jlan s.alam sb x sibuk mcm kl.
    tp kat mna SCM ni.. lama dah x jenguk s.alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, I suka aje nak teman orang jalan-jalan ni PB. Tapi bila jadi tour guide ni I memang selebeh habis. Lebih baik hire my laki. Dia terror selok belok segala tempat dan sejarah Kuala Lumpur. Hehehe...

      Shopping malls I expert tapi jalan nak tuju, you don't ask me okey. I lagi teruk dari google map ke, waze ke, atoknenek gps yang ada tau. So, I nasihatkan tolonglah jangan tanya jalan kat I. For sure you akan sesat!

      I rajin gak gi Shah Alam tau. Kadang tu, pepagi buta dah terpacak cari sarapan. Punyalah macam kat KL ni dah takda lagi tempat bersarapan pagi...

      SCM ni kat Setia Alam kotlah kalau tak silap. I tidur je dalam kereta. Tau-tau terkena bayar tol. Rasa cam jauh je dari rumah tapi who cares, bukan I yang drive. Hohoho....

      Delete
  7. Kesian pulak akak baca luahan rasa MD ni.. akak punyalah excited baca entri smpi habis.. rupanya banyak MD tak kesampaian nak membelinya... Tiba-tiba teringat pulak kata-kata keramat anak akak Nabil.. Bila en suami sibuk suruh ajak balik cepat Nabil pun kata "Abah ni sepatutnya tak payah ikut tau.. sibuk jer nak balik cepat" hahahha tergelak besar akak dalam hati jer lah.. pastu tengok muka en suami.. macam geram jer dgn Nabil.. pastu hendak juga balas balik kat Nabil tu "hah ko tido jer kat sini, esok abah dtg amik" kakakahkah lagi gelak besar akak.. pastu Nabil balas balik " Bila orang jalan dgn mama best jer tapi abah tu pulak merajuk sebab tak ajak abah" hahaha cam ne tu .. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usah bersedih demi saya. Huhuhu.... Menitis air mata ni kang kalau ada yang tumpang sekaki rasa sedih :)

      Sebenarnya semua outlets dalam tu ada di KL tapi saya nikan ghairah sikit kalau masuk shopping mall. Rasa macam baru first time je masuk shopping mall tau. Semua pun eh bestnya, eh bestnya, eh ni ada kat sini... padahal kat KL melambak kalau nak :)

      Bapak ngan anak lelaki bergaduh memang serius kelakar. Yalah, kalau tak suka jalan lama-lama, tidur ajelah kat rumah. Rehat puas-puas. Nak juga ikut jadi bodyguard pastu sibuk nak ajak balik. Kalau bawah umur, memang dah kena rotan dah. Nasib baik pegang title mulia sikit. Takdalah kita nak merotankan, kang tak pasal-pasal kena sembur :)

      Delete
  8. Hihihi biasanya LM yg g mana pun nk balik awl. Mudah pitam klu jln lama. LM jenis keluar gi beli benda yg dah rancang je. Klu nk carik kasut terus gi butik tu. x belok lain dah.

    Che abg pulak mmg jenis nk beli minyak blh lg ronda tempat sabun ke sana sini., skrg lg la dah hamil mmg la xde nk jln sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, LM ni memang spesies wanita berbeda dari yang biasa-biasa. Saya pun sama. Kadang cakap dengan HD,' turunkan I kat Hero kejap nak beli ayam seekor'. Lepas 2 jam pun tak balik lagi. Mulalah HD mengamuk. Nak beli ayam pun ambil masa 2 jam! Padahal sebelum beli ayam, kita ronda dulu keliling bangunan, tengok ada keretakan di mana-mana ke tidak. Hahaha!

      Delete
  9. ohhhh...... kita pernah pergi sini sekali je.... best jugak kat sini sebab besar bolehlah nak mematakan keranjang tengok memacam....
    Biasalah ......dah katanya bibik..... gitulah nasib seorang bibik hehe....
    Oklah jugak tu bibik bibik pun dapat jalan merata ....

    Senang ek jadi lelaki..... sama je spesis kat rumah ni mentang mentanglah ada bibik sepenuh masa, semuanya dibawah batu jemala bibik....huh rasa nak menetes aje air yang hado hehe....Redho ajos.....

    Tapi bab berjalan nasib baik Pak Jilap tak cepat ajak balik sebab dia pun suka gak
    sebonar eh..... suruh dia pi kedai jam mak gi kedai lain selamat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, salutelah OKje dah sampai kat SCM. Jauh tu dari BMC. Sempatlah buat air liurkan...

      Tulah menyampah tau. Ni nak ngumpat sikit, sikit je. Sekarang ni hujung minggu je lepas Subuh boleh sambung tidur. Tapi kalau kita sambung sama, sibuk suruh bangun kemas rumah. Lepas tu janji Jumaat malam Sabtu nak sarapan kat luar, tiba pagi Sabtu tak nak bangun. Sarapan apa kalau dah nak dekat pukul 11 pagikan... Bibik rasa geram je tau. Bibik rasa cam nak gomol-gomol je suruh bangun pastu jangan bagi makan sarapan! Tapi...takut berdosa pulak. Hahaha....

      Serius tak best kalau gi shopping dengan HD ni. Kalau nak beli barang dia, hah okey sikit. 2-3 jam pun takpa setakat nak belek satu barang je!

      Delete
    2. Dah katanya jiran sebelah pun kaki ukur jalan jugak hehe....haruslah kena rasmikan mana mana shopping mall

      Hehe cer bibik mem gomol tengok, mesti HD suka sebenarnya silap hari bulan, tahun depan adik cute dapat kawan....hehe...

      Delete
    3. Ishhhh...jangan doa yang bukan-bukan :)

      Delete
  10. dah dkt dah dgn rumah lyn tuh..
    best ok SCM ni... tempat wajib melepak dah skrg ni..
    eh air pancut warna warni tu bkn keluar pukul 6 ker?? or dah tukar waktu skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, pukul 6 petang ke 7 malam? Akak pernah baca tapi tak ingatlah exactly pukul berapa. Kalau pukul 6 alahai sayangnya.... ada lagi tengah melantak kat dalam SCM. Rugilah tak tengok. Itu tandanya kena pergi melawat kawasan lagilah tu :)

      Delete
  11. Adoi stress akak... dah nak komen sini macam2 dugaan pulak...

    Mula2 tadi ada hal juga.. lepas tu dah taip panjang berjela suami lak call terus hilang lepas tu swbab ada tekan-tekan. Penat mengarang tau. Ingat tadi komen pasal lambat siap walaupun bangun paling awal.. ingat juga nak usik MD pasal tak best jalan sendiri walaupun tahu jalan nak ke sana.. ai.. malas pulak nak tulis balik.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...adatlah kalau mak-mak mengomen ni, AN. Ada je masalah 'dalamannya'. Keh3x.

      Saya selalunya rasa cam dejavu. Macam dah baca tapi bila tengok part komen takda. Tu yang rasa nak mengomel lagi pastu termalu sendiri buat blog orang macam blog kita :)

      Delete
  12. MD..shopping sana memang boleh rambang mata. semua nak dibeli. kalau kat SP ni tak de apa..tu malas nak shopping..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan masa saya belajar kat Kuala Pilah dulu pun dah rambang mata :) Saya ni ada keterujaan yang berlebihan kalau dapat masuk kedai. Kedai runcit pun saya teruja masa tu. Hahaha ....

      Delete
  13. dekat aje setia city mal dengan rumah saya
    tapi jarang pergi sana, rasa cam tak best pula pada saya
    saya ni pun kalau hujung minggu tak lekat kat rumah
    untung juga hubby MD nak juga ke shopping mall
    en suami saya lebih rela bawa saya ronda taman tasik aje
    konon nak bagi bini dia exercise
    padahal takut duit dia hilang...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, HD tu ajak memang senang pergi sebab suka bawa kereta ke sana ke mari. Tapi bila dah sampai, cepat-cepat nak ajak keluar. Tak dan kita nak melihat-lihat sekitar tau. Tension jugak...

      Saya gi segala taman kalau mak mentua datang je. Kalau tidak, memang jangan harap saya ke taman. Setakat angkut bekal air anak-anak okeylah. Nak suruh jogging, lebih baik duduk kat bangku makan jagung dalam cup tu :)

      Delete
  14. Replies
    1. Saya memang biasa macam ni, Bunda. Kadang-kadang bukan 2 in 1, semua dalam satu pun ada :)

      Delete

Post a Comment