Salam Syawal kawan-kawan!
Eh, ada lagi ke Syawal? Maklumlah ah kak sejak dah habis puasa qada' dan sunat ni memang tak tahu langsung berapa hari lagi tinggal bulan Syawal *__*
Semalam dok belek-belek gambar, rupanya ada banyak lagi gambar superheroes yang tak masuk blog. Kalau boleh semua juta-juta gambar tu nak dimasukkan tapi apakan daya, tak cukup kaki tangan nak menguploadnya ^__^
Meh tengok gambar Adik Cute belajar berselfie ni...
Ini pulak dalam minggu terakhir sebelum balik kampung beraya. Walaupun puasanya tak cukup dan raya di kampung cuma 2,3 hari, jalan-jalan shopping tetap ambil masa beberapa minggu ya *__*
Tak ingat bila yang pasti hari sekolahlah sebab si Abang pakai uniform sekolah. Kami ke Metrojaya Midvalley mencari seluar kasual si Abang. Berbuka pun masa tu kalau tak silap di Kenny Roger Roasters dan kalau silap, mungkin berbuka empat beranak makan Crazy Potato dalam kereta... tempat makan penuh semuanya walaupun orang dah sibuk nak balik kampung.
Minggu terakhir sebelum balik raya, memang malas sungguh nak masuk dapur. Rasa macam orang mabuk pulak, langsung tak boleh cium bau masakan. Yang sebenar, kalau tak balik raya pun memang malas masak! Hahaha.
Sebab itulah asyik berbuka puasa di luar. PARAM memang tak pergi ya bulan puasa kali ni. Itu ajelah sekali terbabas demi my kakak. Lepas aje balik raya, 'mabuk' malas masak masih ada lagi tak hilang-hilang. Maklumlah kat kampung juadah raya terhidang atas meja tanpa perlu berhempas-pulas di dapur. Lagilah penyakit malas menular dengan jayanya dalam badan, membina lemak-lemak di mana patut...
Tapikan, dek kesian kat superheroes (bapaknya tak berapa kesian, banyak lemak boleh cover lapar kalau tak makan sebulan pun...) I gagahi diri masuk ke dapur dan mula memasak juga. Eh, eh...ayat memang tak boleh blah!
Masak ini je, tapi bunyinya letih nak ke dapur tu macam masak rendang daging, nasi beriani, blah,blah,blah je tau ....
Superheroes pulak lepas balik 'beraya' di kampung, beginilah caranya mengisi masa lapang ....
Kalau tak menjerit, bergaduh dua beradik. Kalau tak main PSP, main XBOX. Kalau tak main komputer, susun vehicles. Kalau tak main handphone Mommy, handphone Daddy jadi mangsa. Dua-dua tab dah selamat digodam punah binasa dikerjakan si Adik Cute sekali lagi. Maklumlah makpak kan cop duit palsu kat 'Bank Negala' *__*
Eh, ada lagi ke Syawal? Maklumlah ah kak sejak dah habis puasa qada' dan sunat ni memang tak tahu langsung berapa hari lagi tinggal bulan Syawal *__*
Semalam dok belek-belek gambar, rupanya ada banyak lagi gambar superheroes yang tak masuk blog. Kalau boleh semua juta-juta gambar tu nak dimasukkan tapi apakan daya, tak cukup kaki tangan nak menguploadnya ^__^
Meh tengok gambar Adik Cute belajar berselfie ni...
Mommy masih pakai batang mop bila nak bermonopod tapi anak dah advance, ikut trend semasa T_T |
Ini pulak dalam minggu terakhir sebelum balik kampung beraya. Walaupun puasanya tak cukup dan raya di kampung cuma 2,3 hari, jalan-jalan shopping tetap ambil masa beberapa minggu ya *__*
Abang yang mogok bila kena ikut ke sana ke mari bershopping |
Adik yang super excited bila berjalan-jalan tapi lari lintang-pukang bila nampak mannequin |
Tak ingat bila yang pasti hari sekolahlah sebab si Abang pakai uniform sekolah. Kami ke Metrojaya Midvalley mencari seluar kasual si Abang. Berbuka pun masa tu kalau tak silap di Kenny Roger Roasters dan kalau silap, mungkin berbuka empat beranak makan Crazy Potato dalam kereta... tempat makan penuh semuanya walaupun orang dah sibuk nak balik kampung.
Minggu terakhir sebelum balik raya, memang malas sungguh nak masuk dapur. Rasa macam orang mabuk pulak, langsung tak boleh cium bau masakan. Yang sebenar, kalau tak balik raya pun memang malas masak! Hahaha.
Sebab itulah asyik berbuka puasa di luar. PARAM memang tak pergi ya bulan puasa kali ni. Itu ajelah sekali terbabas demi my kakak. Lepas aje balik raya, 'mabuk' malas masak masih ada lagi tak hilang-hilang. Maklumlah kat kampung juadah raya terhidang atas meja tanpa perlu berhempas-pulas di dapur. Lagilah penyakit malas menular dengan jayanya dalam badan, membina lemak-lemak di mana patut...
Tapikan, dek kesian kat superheroes (bapaknya tak berapa kesian, banyak lemak boleh cover lapar kalau tak makan sebulan pun...) I gagahi diri masuk ke dapur dan mula memasak juga. Eh, eh...ayat memang tak boleh blah!
Masak ini je, tapi bunyinya letih nak ke dapur tu macam masak rendang daging, nasi beriani, blah,blah,blah je tau ....
Daging masak lada hitam |
Ayam masak merah... makdatuk bawang... macam beria je nak makan padahal nak 'hias' tepi pinggan makan jek! |
Superheroes pulak lepas balik 'beraya' di kampung, beginilah caranya mengisi masa lapang ....
Bubbly Abang tengah 'tekun' berusaha manakala Adik Cute sekadar jadi pemerhati sebelum dirembatnya PSP si Abang. Amboi, tangan Adik! Macam nak bernasyid je! |
Ada distractionlah tu. Kalau tidak, jangan harap nak beredar dari sisi Abang tanpa bergasak dulu! |
Kalau tak menjerit, bergaduh dua beradik. Kalau tak main PSP, main XBOX. Kalau tak main komputer, susun vehicles. Kalau tak main handphone Mommy, handphone Daddy jadi mangsa. Dua-dua tab dah selamat digodam punah binasa dikerjakan si Adik Cute sekali lagi. Maklumlah makpak kan cop duit palsu kat 'Bank Negala' *__*
Mentang2 dia dah abis buat puasa sunat ganti semua dia tanya syawal ada lagi ya?
ReplyDeletePandai pulak adik nak berselfie ya.. wah.. kecil2 dah tunjuk bakat tu..
Eh kira rajinlah juga tu masak dua lauk dan ada dessert lagi..untung budak berdua ni dapat makan sedap selalu.. tapi tak pedas ke tu? Memang anak2 makan elok?
Hahaha...sebabnya tahun ni tak beraya sakan macam sebelumnya. Masing-masing senyap je. Berjalan rumah sedara-mara pun macam tak havoc seperti selalu. Tau-tau macam nak habis Syawal je....
DeleteAdik Abang lebih bijak dari Mommy. Mommy sampai sekarang tak berselfie lagi :)
Bila tengok balik gambar tu, rasa terkejut pulak tengok bawang. Kalau nama bawang je semua masakan nak guna bawang mahal sikit pastu potong ikut suka hati mak je takda berseni lagi. Nak menghias pinggan, kirim salam ler... Masak dalam keadaan nak cepatkan... Akhirnya bawang tu semua susun tepi pinggan je....
Dua-dua boleh terima masakan pedas, AN tapi takdalah pedas macam guna cili padi tu... Setakat ni takda masalah. Bapaknya pun dah boleh terima dengan 'redha' masakan isteri mithali yang memang tak sah kalau takda penggunaan lada ni :)
Mudahla gitu...kat rumah ni budak berdua ni kalau masak nampak merah je buat tak nak makan, pedas katanya. Last makan ayam goreng je diorang ni..
Deleteheheeh pic selfie tu comel kak...adoi pandai tu nak tekan shutter bagai...budak2 skrang kan kak...semua bijak2....gajet2 dieorg tau jek nak guna....
ReplyDeletehahaha tegelak lieya tgk pic tgu soping tu...yes kak, nampak sgt abg boring bosan menunggu..esok2 kalo dahkawin ni mmg tak mo ikut sgt bini gi soping ....tapi serius cute aksi die....
ooo bawang tu tak makan ke kak...lieya kalo bawang letak dlm masak merah atau kicap tu yg direbut2 kat umah nie....lagi sedap kalo tak layu sgt...buat mcm akak buat tu laaaa...berebut2 si mia mija nak makan.....tapi kalo bawang dlm burger beriya di kuisnyer hahaahhaahah
Kalau suruh akak, mungkin tak lulus lagi, Lieya :)
DeleteSuperheroes berdua ni memang suka tunjuk muka bosan teramat bila diajak gi shopping. Tension tau. Sebab itu lebih afdal kalau akak pergi sendirian tanpa gangguan kirikanandepan :) Senang nak buat keputusan...
Bawang tu tengoklah potong pun takda seni. Main taram je sebab nak cepat. Time masak biasanya sejam je. Kalut bagai. Hias-hias pinggan berseni bagai tu memang takdalah dalam kamus hidup tukang masak picisan macam akak ni, Lieya. Kalau tabur je bawang tu pun kira okey. Takda siapa makan kecuali suami akak. Yang lain-lain susun tepi pinggan makan je!
Adik tu happy go lucky sentiasa. Tak pernah nampak muka tak cerianya. Abang ada sedikit matang sebelum usia. Itu yg tak suka jalan banyak masa shopping. Adik lagi lama lagi enjoy! Apa lagi dpt makan luar. Mummy tak masak pun tak apa dpt makan KRR lagi best. Tak tahu dlm pada tu Mummy dia rajin juga siap ayam blackpepper dan masak merah lagi. Kalau auntie ni satu dish sudah kalau dah kata malas... ini kalau dua dish dah rajinlah tu..
ReplyDeleteAkak untunglah ada tiga anak dara. Kalau kata nak shopping je, ramai tukang pegang bag shopping. Tapi saya ni...huhuhu....rasa nak nangis pulak. Sedih sesangat. Hahaha. Berlakon memang lebih :)
DeleteEh, kak ada mak-mak yang katanya malas tu tapi bila hidang penuh meja. Kalau rajin apatah lagi... Malu pulak saya nak ngaku saya ni mak mithali. Saya memang masak apa yang anak-anak nak je. Kalau tidak, nangis gak makan sensorang habiskan laukpauk hasil tangan sendiri.
gambar si adik yang atas sekali tu comel sungguh lah
ReplyDeletepandai dia snap sendiri siap pakai monopod tu,
auntie YY ni pun tak ada menatang tu
pakai tangan aje selama ni =)
samalah kita MD, malas masak
sep sikit...hehe
saya ni kalau sebut masak pun dah lemah lutut
belum masak lagi tu =)
seram satu badan dibuatnya...hehe
Superheroes semua clever bab gajet ni. Mommynya kalau tak tahu siap ngadu-ngadu kat laki pastu nak merengek je kerjanya. Suruh belajar buat sendiri, memang malas. Eh, bukan malas masak je tau. Nak sep tak ni?
DeleteHah, ni memang tak leh dicalonkan untuk mak mithali 2020 nanti. Baru sebut perkataan 'masak' dah longlai, kalau kena masak mahu pitam kat dapur. Hahaha....
Comeylah gambar adik yang atas sekali tu rasa nak geget aje hehe....
ReplyDeleteAmboi adik ....ni mmg betul betul advanced punya monopod ni....auntie belum pernah jumpa lagi ni....maklum le auntie ni selalu aje ketinggalan hehe...
Bab penyakit menular tu sama je sesama jiran mmg memanjang berjangkitnya.... Bila nak baiknya .....entah!
Nampak sedap weyh lauk yang awak masak tu MD.... Sama le kita pun suka buh bawang jugak tapi kalau terlebih rajinlah.Tak guna bawang dah siap blend ke....kan senang nak masak cedok je dalam bekas tak yah dah kopek bawang bagai...
Amboi, nak gigit anak orang dah sekarang! Sejak-sejak kena gigitan nyamuk gatai tu, merebak dah penyakit gigit menggigit nih. Apa ingat ni dalam citer Walking Dead ala zombie tu ke? Hahaha...nampak tak kekasaran jiran kat situ?
DeleteAuntie sebelah rumah tu kalau suruh ajar peace sambil selfie memanglah terroristkan....
Ish, mana tak sedap...resepi...errrhhh.... tak yah citerlah. Nanti orang takleh komen pulak sebab tuan mengomel reply komen panjang berjela :)
Bab bawang ni nak citer sikit. Saya ni memang super extreme bila buat sesuatu. Bawang kisar, lada kisar, halia kisar semua ada stok dalam petisejuk tu, OKje... tapi tak feeling cam chef ler kalau tak nampak bawang holland bertaburan atas lauk.... walaupun tak makan, yang penting nampak berselirat atas lauk. Itu kalau ikutkan hati nak juga ditabur lada cili lagi. Hehehe...
Lupa pulak nak komen ....mula mula tengok tadi mmg ingat telur kuning you! hehe ....dalam hati tertanya tanya jugak apa lah nak dibuatnya orang ni dengan telur kuning tu.....
ReplyDeleteKhusyuk sungguh adik tgk abang dia sampai tangan penuh hemah mcm nak bernasyid!
Sajalah tu, sajalah tu nak komen dua kali :)
DeleteSampai hati. Bersusah payah kita buat puding fruit koktel, dikatanya kuning telur. Kita tahulah kita memang Masterchef, semua steps pun kita cantas!
Ingat nak suruh Adik nyanyi lagu nasyid favorite zaman sekolah dulu - 'Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya.....'
Eh, omak pulak over-over. I chin chow dululah ya!
Budak2 skrg memang lebih pandai dari kita MD, akak mana dlm gajet tak tau guna, doranglah yg mengajarnya.. ehe ;)
ReplyDeleteRajin sudah masak tu.. kalau akak dah malas masak, masak yg rebus2 ajer dan mudah nak Di kelahap cepat hahaha.. MD siap ayam masak merah dgn daging black pepper lagi tu..
Bab berjalan cari baju.. hero akak sinabil lah yg selalu buat perangai.. malas nak cubalah.. dah penat lah.. hinggakan kasut raya dia baru ni beli seliper jer.... hah amik ko..
Eh, rajin ke tu? Kalau saya rajin, memang penuh meja. Siap buat dessert satu, dua jenis lagi. Lepas tu nangis-nangis kena mengadap habiskan makanan sensorang. Anak-anak apa suka je mereka makan. Apa yang baru tak pernah cuba, nasiblah memang tak mahu....
DeleteHero ni memanglah.... susah nak ajak berkerjasama bab-bab shopping ni. Tak kesian ke kat mak mereka. Terkempunan je nak membeli. Hahaha....
lagi seminggu nak raya, masing2 malas nak ke dapur. kt rumah Lyn pn same jugak. tapi malas2 pun masak jugak, ater nak membeli kat mane.. setakat nak beli kuih tu boleh lah lagi... takkan lauk pun nak beli, mau lah membebel my mum kat rumah tuh...
ReplyDeletepic yg last tu ingat nak half egg boil tadi... hehehe
Kalau takda pilihan memang kenalah masak tapi kalau banyak pilihan macam akak yang kaki rayau ni, memang tak berasaplah. Hahaha. Rasa macam banyak betul nak beli last minit sampai tak dan nak masak-masak kat rumah....
DeleteSampai hati tau.... akak dengan penuh kudrat buat puding koktel ni boleh dikatanya telur kuning. Itu puding nata de coco lah :)
Orang sini dah dua kali raya lah ye? ..Comey nyer abang nvn adik duduk sembunyi2 kat lemari baju tu...
ReplyDeleteMesti orang lain tak berani singgah situ tengok dua superheros jadi penungvu kat situ...cian abang..monyok jer..penat sangat letew..
Adik awak memang cute lah...selfie bagai..
Kalau bawa gi shopping memang ginilah jadinya. Omak sibuk menyopping, anak sibuk mencelah bawah rak, bawah kerusi, dok atas lantai. Dibuat macam kat rumah je....
DeleteAbang sekarang dah sampai tahap tak suka betul ikut Mommy pergi shopping. Adik okey lagi, asalkan dapat lepas bebas!
pandai pula adik bermonopod. auntie lak tak beli sebab malu nak berselfie..hihi
ReplyDeleteamboi, menu masakan berat2 no. saya ni kalau satu dah berat, yg lain simple, campak2 saja..
Bab berselfie ni kita mesti sentiasa tanamkan dalam hati yang kita ni awet muda. Maka, takdalah malu mana. Eh, batang mop tu kita yang beli tak guna duit orang. Selfie pun guna handphone beli sendiri so tak pedulilah apa orang nak kata. Hahaha!
DeleteSatu tu untuk makpak. Satu lagi untuk si Abang. Adik asal ada nasi dengan telur atau sup, on je selera makannya. Puding tu mak yang teringin sesangat :)
Salam md selamat hali laya...hehe..amboi kemain menyoping sakan yek..biasa la raya kan..hehe..geram nengok dedua anak md ni tambah siadik cute sangat...cubit pipi kang...oooo tu puding ku ingat telur separuh masak tadi hehe..janji sodap yer md..rajin skang md kedapur yek...dan banyak pic mknn ni yang lapo nih...
ReplyDeleteHalo, halo, halo....Silamat Hali Laya! Wah, nanti jangan sampai Hali Laya Haji baru muncul lagi ya :)
DeleteShopping kalau boleh 30 hari sebulan, puasa +- 23 hari, raya 2,3 hari je. Hahaha...
Ish, Lizz dah lama tak mai sini. MD memang sejak dulu rajin masak. Cuma sekarang je rajin tempek gambar menu. Tapi tak bolehlah lawan chef belah sana, KO jawabnya :)
haha,,sama la dgn lya..hbs dh puasa sunat & ganti..terus xtau dah berapa syawal dh ni.. kikiki..
ReplyDeleteamboi kemain lagi berselfie.. hehe
Syawal ada lagi ke tidak, tak penting. Yang penting, nak beraya, nak beropen house gi ajelah ya :)
Deletethn ni pose penuh. alhamdulillah... tp x buat pun puasa sunat sbb x larat. tp pagi raya mak sempat masak nasi minyak dgn kurma daging plus acar timun. ingat malas nak masak tp kesian plk kat husben. dah la beraya di perantauan. ceh... dah la pix raya pn xde. sedih2...
ReplyDeleteOh, bestnya dapat puasa penuh. Bukan senang tu. Tak payah risau nak ganti puasa ya tak. Kita kat kampung, datang makan je. Juadah dah tersedia. Tapi kena tahan telinga panas membaralah kena sound dengan kakak-kakak. Nak buat camna, adik perempuan bongsunya ni memang pemalas...Eh, terbocor pulak rahsia :)
Deleteala MD memang kurang masukkan gambar.. tu yang berlambak tak masuk lagitu.. silalah masukkan gambar dua orang budak comel.... anak2 kalau tak gaduh cam tak sah.. rasanya dulu masa kecik ktaa ngana adik2 idaklaer gaduh sangat ker tak ingat.. entahler anak akakpun gaduhjer.. tengah tidurpun gaduh sebabnyer kakak tidur 360 darjah... ha... ha.. adik duk marah...
ReplyDeleteHa'ah, macam tak biasa je saya ni. Selama ni pun bukan selalu ada gambar pun. Sajalah nak buat alasan. Yang sebenarnya 'M' sesaja :)
DeleteSaya pun tak ingatlah bergaduh sakan dengan kakak-kakak. Lagipun kakak-kakak saya jauh lebih tua drp saya so manjalah sikit. Cuma pernah sekali je sampai hantar surat siap envelope bawah bantal kakak no. 5 lepas gaduh tak ingat apa puncanya...
Anak-anak saya ni tak boleh duduk setempat. Memang ada je yang nak dikicaukan. Selalunya si Abang yang menyakat. Si Adik, belum sakat lagi dah merengek, menjerit. Itu yang pening lalat kepala rasanya bila mendengar raungan sana-sini, riuh sekampung. Macam anak sepuluh padahal dua ni aje!