Chipsmore muncul kembali ...

Salam sayang kawan-kawan,

Hah, ni memang confirm ya Syawal dah habis? Maklumlah seperti yang dikata, habis je 'hutang-piutang' terus lupa Syawal masih berbaki ke tidak!

Oh, ya... lama I tak bersiaran. Ada yang kisah ke? Well, takda takpa. Ah kak tak akan merajuk setakat perkara gitu-gitu aje. Ah kak ni berhati kental tau. Pantang tengok adegan sedih, terus je bah air mata. 

Eh, betul ke statement ni? Macam mengelirukan aje pulak!

Okey, okey, tak mahu cakap banyak. Dalam pada tak bersiaran di alam maya ni, banyak hal yang berlaku. Banyak perkara nak kena selesaikan. Hal pejabat pun tetiba jadi macam menggunung komitmennya. So, I ambil jalan mudah, malas nak cerita panjang lebar di sini.

I  okey aje sebenarnya. Sihat wal afiat cuma masa tak mengizinkan untuk berceloteh panjang. Dulu, sebelum July 1, 2013 (La tak tahu lagi ke? Itulah tarikh keramat ah kak ambil keputusan nak berblogging) memang hidup tunggang langgang dek kerja ya. Takda masa terluang. Nak telan air liur pun payah.  Nak ke toilet pun boleh main postpone je. Sarapan jauh sekali. Nak teguk air pun berkira takut terbuang masa berharga. Melayari internet ni lagilah tidak. Punyalah sibuk masa tu...

Gambar dari Abang Google *__*
Mujur dah berlalu. Sekarang memang tak sesibuk dahulu tapi sejak beberapa hari lepas memang tetiba je jadi sibuk kembali. Urusan peribadi pun banyak juga menanti untuk diselesaikan. So, korbankan ajelah masa untuk berblogging. Terpaksa ... 

Dan satu lagi, ni nak beritahu pada kawan-kawan yang ada my he-ho number. I punya contact list dah hilang entah ke mana. Memang tak tahu mengapa. So, I takda nombor kawan-kawan alam maya lagi. Sedih tau... Kalau rajin, w/a atau sms lah I yang humble ni beri nombor kalian semula. Manalah tahu tetiba I meroyan nak belikan baju baru untuk sambutan Hari Merdeka beberapa hari lagi nih *__*


P.S. Terima kasih jiran sebelah rumah yang prihatin sampai terpaksa sms bila tak boleh masuk ikut pintu dapur rumah jiran ya. I lap you !

Comments

  1. kita rindu sungguh2 kat Md..
    mestilah kita persan sangat2 kalau md tb2 hilang di dunia maya ni..
    takut2 sakit ke apa..
    suka dgr semua sihat..takpelah Md buat lah kerja betul2 kerja tu.. kita blog time2 x sibuk.. kita pun gitu jugak.. ni kalau dah kerja tmpt br..x taulah ada masa nk berblog lg ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke ni....

      Arghhh... nak mengalir pulak air mata ni tau!

      Alhamdulillah, sihat saja. Cuma masa tak mengizinkan beberapa hari ni nak berceloteh sesama rakan alam maya. Banyak betul masalah nak diselesaikan. Saya kalau tengah tekun bekerja, lain hal memang dah tak peduli. Mujurlah dah selesai segala beban tugas.

      Delete
  2. sayangnya telefon acik pun dah hilang..tak dapat la nak wa/app MD nak bagi balik no.telefon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah dapat no. baru hantarlah email pada saya. Saya nak sms/WA Achik pun takda nombor ni. Nak kena cari kot-kot ada tercatit kat mana-mana masa saya add dalam contact list dulu :)

      Delete
  3. rindu nak baca celoteh MD.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celoteh terpaksa dihentikan sementara kerana sibuk, kak :)

      Delete
  4. Amboi MD busy rupanya.. Patut laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersangatlah sampai nak jeling blog pun tak dapat apatah lagi nak mengomel. Hati pun tengah lara ni banyak hal pulak berlaku :(

      Delete
  5. saya terperasan juga sebab lama tak nampak
    hopefully semua urusan dipermudahkan

    saya ni banyak entry auto publish sebab dekat rumah line
    internet cam apa ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhuh, lega... Ada gak yang perasan. Keh3x.

      Sibuklah sangat sampai tak tertelan air liur. Ni dah okey, bolehlah dok bertempek je depan komputer :)

      Delete
  6. tak perasan sangat MD sebab tengah sibuk..akekeke..jangan marah aaa..
    takpe pasni MD mesti banyak cite nak dikongsikan kan kan,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi, rasa cam nak nangis je tau! Yalah, yalah, tak marah. Faham, faham. Saya pun tau camna gayanya bila dah sibuk. Memang tak peduli hal lain-lain. Bila kerja dah selesai, lega banyak rasanya. Bolehlah berceloteh semula :)

      Delete
  7. kadang2 ada masa setakat boleh jeling2 je entry kawan2..nak komen2 tdan update blog tu je tak dan kan..sama macam saya ;la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya free memanjang. Kerja pejabat je yang main jeling, tolak tepi. Sekejap je dah siap. So kena pandailah agihkan kerja supaya tak nampak macam free sangat. La ni memang sibuk tetiba. Macam-macam hal pulak. Lega dah settled. Harapnya takdalah jadi sibuk kalut macam sebelum ni :)

      Delete
  8. ingat kan tak sihat, sbb lama tak update blog..
    lepas ni sure byk citer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sihat macam biasa cuma sibuk je, Lyn. 3 stooges ni bukan senang nak handle kadang-kadang. Tapi dah namanya kerja, kenalah dahulukan. Blog bila free je :)

      Delete
  9. Hish mau tak rindu dendam dengan jiran sebelah.....kawan bergaduh tu hehe....
    Mmg bizi sungguh tu kalau entri pun tak berupdate nasib baik cepat reply .....kalau tak mmg dah gantung merata gambo 2 hero tu.....silap hari bulan buh muka mami sekali.....

    Jadi ke nak cuba nasib tempat lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auw, terharu tau! Ingat nak reply dalam bahasa Jaws tapi tak pandai speaking pulak. Menulis jauh sekalilah.... Kalau Mak lama tak dengar khabar berita tu, roger ajelah. Ish, takkan malu lagi nak call. I is okey nya. Cuma takut bercakap tak berhenti pulak kang :)

      Ish, mana ada kata nak cari kerja kat tempat lain, Okje. Nampak sangat dah kilauan merelip-relip tau. I nak dok kat sini sampai pencen :)

      Delete
  10. sama je kita.. tapi sekarang tgh bersemangat nak menulis.. tak tau kenapa. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Baguslah kalau bersemangat meruap-ruap. Tapi kalau lama tak menulis, macam banyak je benda nak update kan!

      Delete
  11. Nampak gaya dah jadi blogger tegar ni... Kan dah mula rindu bila tak dapat membebel kat blog sendiri... kan kan kan?

    Sama la sy pun.. bila masa sibuk, curi2 masa jer tulis kat blog.. Kalau tak tulis, nanti takde kenangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari-hari membebel pun penat juga tau, Nur. Kira tangan ni jelah rindu tak tekan keyboard berjuta kali. Kalau dah membebel, mana tau berhenti :)

      Delete
  12. Ooo ini kesnya.. kira tgh bz sangatla hari tu? Pelik juga bila blog ni tak diupdate selalu mcm biasa. Apa pun dh berlalu ok la gtu.. ada pasang surut dalam kehidupan kita ni kan?

    Telefon baru ya? Hihi.. nati ada orang btanya khabar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nape tak kata rindu kat kita? Barulah terasa syahdu di kalbu. Hehehe.

      Sibuk banyaklah, AN. Tak dan nak menaip. Katanya kalau menulis nak panjang-panjang. Setakat nak beritahu sibuk pastu fullstop memang bukan sayalah kan... Tengoklah lepas ni apa lagi nak menceceh. Sebenarnya kerja macam nak mula menyibuk datang balik ni, kalau hilang tu faham-faham jelah.

      Ha'ah he-ho baru. Opocots!

      Delete
  13. tu la..ada gak intai2 sini..sunyi je.. igt ada apa2 y serius.. cuma sbb bz je la ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk sikit, Lya. Sekarang ni dah okey. Dah boleh shopping online semula. Hahaha :)

      Delete
  14. Replies
    1. Dah tak sibuk sekarang ni, Bunda. Dah boleh mengomel balik. Siksa nak track blogwalking. Banyak tertinggal. Eh, macam kewajipan pulak gi BW nih!

      Delete

Post a Comment