Di pagi raya ...

Salam Syawal kawan-kawan!

Seronok membaca kisah raya kawan-kawan yang ada. Semua pun nampak meriah je. My raya takdalah meriah mana, ditambah pula dengan tiada gambar yang dapat berbicara, lagilah terasa frust. Alah, frust sikit je bukan tak biasa *__*

Segala gambar 'rasmi' sampailah ke hari ni takda pun tanda-tanda my nieces dua beradik ni akan transfer dengan secepat mungkin. Seorang tengah mabuk-mabuk dan yang seorang lagi tengah sibuk dengan anak kecilnya yang tengah melasak. Memang sebulan sebelum raya tahun depanlah kot baru I merasa nak tengok gambar kami sekeluarga.  

Belek punya belek ada juga gambar superheroes ni tapi takda kaitan dengan raya. Cuma kejadian aje berlaku di pagi hari raya kedua. Superheroes ni rasa teruja melihat keluasan rumah baru my sister. Maka, melenjan ke hulu ke hilir jelah dua beradik ni. 

Jomlah tengok gambar keterujaan mereka ni...

Abang kata seronoknya kalau dapat bina 'sand castle' kat depan rumah Makcik. Memang sah dah lama superheroes ni tak jumpa pantai.

Adik sibuk ajak Abang kejar ayam tapi cucu-cicit ayam pun tak nampak! Dok mencari bala tentera semut pulak! Kesian budak KayEl takda kampung ni!

Bergangnam style sambil nyanyi 'Come Back Home' depan rumah

Jomlah kita main hide and seek berdua je, Abang!

Adik tengah kusut memikirkan ke mana perginya semua cats, mouse, dogs dan ayams di kampung...

Aktiviti yoga Abang dan 'grill climbing' si Adik

Bila nak balik ke KL, si Abang siap tanya soalan cepu mas dekat Mommy kesayangannya ...

Mommy, agak-agak setahun lagi ke baru kita dapat balik kampung rumah makcik? Abang sukalah balik kampung macam nih!

Aduhai, nak buat macamana sayang dah Mommy awak ni sekarang suka gelaran si Tanggang tu. Eh, bukan Tanggang yang derhaka pada ibunya tapi Tanggang yang tak ingat pada kampung halaman. Maklumlah dah 20 tahun jadi orang Kay El *__*
 

Comments

  1. Selamat hari raya sis...maaf zahir batin ye..dee pun org kl..mujur suami ada kg..anak2 dee pn suka balik kg..dorang lepas bebaskan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selaamt Hari Raya, Dee. Samalah juga dengan kita di sini - kalau ada silap, salah terlanjur kata masa mengomen dan dikomen, minta maaf ya!

      I ni eksyen je ngaku orang KL padahal ada lagi tu kampung. Kampung dah jadi pusat merempit anak muda tempatan. Hahaha ...

      Delete
  2. Bestnya kalau ada rumah besar gitukan MD..... tapi nak buek camno.....syukurlah dengan nikmat yg Allah bagi...... Pak Jilap pun dah banyak tensenya mcm nak berhenti keje jer tu huhu.... Layankan ajelah...
    Mmg nampak sangat keterujaan budak dua tu MD.....Bukan main lagi lari sana sini sampai semut pun di skodeng hehe...
    Budakkkk mmg le suka...kawasan luas, bersih pulak tu mcm pantai....bebas dia boleh teroka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nak ambil gambar dapur rumah my sister ni. Memang bestlah memasak. Letak satu katil bujang pastu kita masak, tidur, masak, tidur je kerjanya. Luas takda siapa pun bersinggul bahu dan punggung tau :)

      Betul OKje, apa yang ada tu dah cukup untuk kita. Hidup mewah-mewah sangat pun bukan boleh bawa sama pergi ke sana. Asal kita rasa kita mewah dah cukuplah. Orang tak rasa gitu, nasiblah.

      Takda haiwan eksotik nak diskodeng lagi. Maklumlah rumah pun tepi jalanraya besar. Kalau nak tahu dulu-dulu kiri kanan rumah ni pokok sagu. Depan tu kilang sagu. Masyuk baunya kalau dah malam-malam tapi kami sekeluarga dah terimun. Rumah kakak ni sebenarnya tanah arwah nenek kami yang jatuh pada mak saudara Singaporean dah dijual pada my sis. Hah, abis semua sejarah tanah pun diungkit gak nih!

      Mereka sukalah bebas macam ni. Maklumlah rumah sendiri atas langit dijunjung kota metropolitan. Hehehe...

      Delete
    2. Betullah...janji kita perasan mewah walaupun tak mewah....hehe... org nak anggap papa kedana gasaklah mika yek hehe....
      Mahal tanah kalau tepi jalan besar tu.....Yelah mak sedara dah duk Singapore nak buat apa simpan tanah kat Malaysiakan....kira jual kasih sayanglah ni yek... kalau jual ngan org luar sure mahal tu...
      Alah tak pe...... budak comel dua tu boleh tumpang laman tok sedara mike kalau nak berlari larian hehe

      Delete
  3. mmg budak2 suka klu dpt balik kg.. semua tempat dia explore kan..
    abg... nnti pujuk lah mummy tu rajin2 balik kg... duduk kat kl sesak dgn jammed segala mcm.. tak pun meh dtg rumah mak kak Lyn. *kakak lah kan sbb belum kwin. Auntie2 tak main lah* hahaha.. boleh tgk semua yg ada kat kg tuh.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kampung tak berapa nak kampung lagi, dapat jugalah superheroes merasa suasana kampung. Kalau dulu kat tapak rumah my kakak ni rumah kayu arwah nenek. Kat belakang rumah ni ada kolam kecil kami adik beradik sempatlah main berkayuh sampan kononnya. Depan tu pulak longkang besar tapi memang bersih airnya. Itu dululah masa zaman akak kecil-kecil. Sekarang ni keliling kawasan rumah kami ni Cina sesaja....

      Adui, takpalah...ngakulah kakak. Walaupun rasa cam nak muntah, akak redha ajelah. Tahun depan panggil makcik je senang!

      Delete
  4. Kemain seronok lg main pasir eh.. Kalau hujan tu lg syok apa.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Superheroes belum pernah lepas bebas main hujan. Super freaking Mommynya ni mana boleh. Sikit-sikit tak boleh. Bila balik kampung, tak terjagalah. Dah asyik dok kat dapur je kerjanya. Bukan menolong, tolong makan juadah je :)

      Ada ke nak buat sand castle dengan baki pasir buat rumah. Sedih pulak omaknya mendengar :(

      Delete
  5. kawasan umah tu walaupon gambonye sipi2 tapi nampak luas..
    sian abang & adik tanya soklan camtu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat dah Mommynya 'pilih jalan hidup' gini. Hahaha ...

      Delete
  6. Bungalow ni! Nampak memang luas puas membina rumah macam ini MD. Itu yg hero-hero MD rasa kalau boleh nak balik sini selalu. Untung kalau ada tanah boleh buat rumah sebijik macam ini kan..

    Kakak ni mimpi ajelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan banglo pun, kak. Cuma tanah ni luas dan tepi jalan pula. Memang untunglah kakak saya beli. Beli pun dengan harga murah daripada pasaran sebab mak saudara malas nak berkira dek kerana beliau pun dah tua, anak beranak pulak semuanya Singaporean.

      Kalau kat KL ni, mimpi jelah kak dapat tanah seluas ni. Tapi kalau ada rezeki terpijak tak tahulah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa taukan :)

      Delete
  7. acik yang dah tua ni pun suka balik kampung MD..walaupun kampung dekat je..kalau pi mana2 suka ikut jalan kampung..tengok kiri kana rumah..kalau ada orang bakar sampah..bau daun2 dan rumput terbakar tu wangi sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Acik ni dengan suami saya. HD pun cukup suka bau-bau rumput, tumbuh-tumbuhan hijau ni tapi isterinya suka bau shopping mall. Hahaha.

      Delete
  8. Seronok betul hero dua orang tu menerokai persekitaran kampung tu MD.. puas mata memandang tu yg mereka suka balik kampung.. macam akak shah alam ni jugak lah .. tanah sekangkang kera.. main basikal pun terlanggar antara satu sama lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah saya atas langit, sebab itulah mereka ni excited tengok kawasan seluas ini. Sebelah tu pulak rumah mak saya. Memang puaslah mereka berlari ke hulu ke hilir dari rumah sini ke rumah sana. Lompat longkang bagai :)

      Delete
  9. Lagipun kampung ni bukan boleh balik selalu..boring...itu saya la..hehhehe..saya memang tak boleh dok kampung lama2..paling lama 4 hari je..lepas tu mula ingat rumah sendiri..rumah ku syurga ku....hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang suami saya tak tahan. BP tu bukannya kampung sangat. Semua pun ada. Kalau balik kampung dibantainya tengok wayang sampai dua, tiga kali. Kita pulak yang tension. Tapi betul Diana, bila balik rumah sendiri rasa macam best sungguh. Tak kiralah rumah kita besar ke kecil. Yang penting dapat tidur kat atas katil dalam rumah sendiri :)

      Delete
  10. key el sangat mummy ni.
    raya hj ni jgn lupa blk kg lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirmed memang tak balik raya haji ni, PB. Mak sayakan duduk di KL dengan kakak. Dah 2 tahun kami sambut raya haji di KL ni.

      Delete
  11. luasnya kawasan halaman rumah makcik nya no...memang seronok main kejar-lejar nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas bebas mereka berdua. Mommy pun tak perlu menjerit. Kalau di KL ni, main jerit-jerit je bila tengok anak-anak hilang dari pandangan mata.

      Delete
  12. Samalah juga Naim ni. Masa balik kg hari tu, asyik mengajak adiknya dan mama main kat luar je. Kat rumah Opah, saya mmg ikut sebab risau habis nanti pokok bunga kesayangan opahnya kena cabut,nanti ada yang tabur macam mat salleh kawin tu. Masa di kampung saya, adik sayalah jadi mangsa, sampai berpeluh-peluh dia ikut Naim main kqt luar.

    Nampaknya masa MD kat kampung ni terisi baik walaupun balik tak lama. Ok tu.. daripada balik lama yang bosan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai ke malam nak main di luar rumah. Malam raya okeylah orang ramai. Kalau hari-hari biasa, sunyi sikitlah. Sebelah tu rumah mak saya. Lain-lain semua rumah jiran Cina. Sebenarnya kampung saya pun dah tak kampung sangat. Feeling macam masa saya kecil-kecil dulu memang langsung dah takda. Bagi saya suramlah tapi bagi superheroes mereka seronok dapat balik kampung dan kawasan luas mata memandang :)

      Delete
  13. samalah dengan afif dan aisy bila dapat balik kampung
    lupa kejab mama diorang ni yang selalu dikepit
    diorang bebas dekat kampung, taik lembu yang tak penah nampak
    boleh nampak live lagi...hehe

    panjat pokok, kutip durian, rambutan
    mana nak dapat pengalam gitu kan kalau kat bandar

    kena beli kamera lah mummy, sayang tak ada kenangan =)
    saya dulu pun gitu, last2 kumpul duit beli kamera
    nak beli phone canggih tak pandai guna
    tu beli kamera aje...hehe
    bolehlah buat sedikit kenangan, harap orang memang tak dapat lah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah walaupun jarang balik kampung, anak-anak kenal lagi kambing, itik dan sebagainya. Kalau dulu si Adik ni semua pet animals dipanggil 'dog' aje. Mungkin sbb dog yang dilihat dulu kot ...

      Aduhai...kamera bawa, handphone dah tentulah... tapi dok tengok anak saudara berdua keluar kamera gedabak mereka untuk 'photoshoot' kita pun turut sertalah. Senang jurukamera nak ambil sekali harung nanti. Kalau tidak terkehel tangan sekejap kamera orang ni, sekejap handphone orang tu....

      Delete

Post a Comment