Kisah di sebalik raya ...

Salam Syawal kawan-kawan!

Wah, terasa macam lama je tak menjengah ke sini! Rasa macam dah bertahun tak menulis entri. Yang peliknya, tidak pula terasa rindu nak menelek, membelek, merenung blog kesayanganku ini semasa seminggu bercuti raya. Confused sekejap!

Ni nak cerita apa pun tak tahu. Semua berserabut dalam kepala. Kerja pun boleh tahan. Maklumlah seminggu tak menghadap kerja di pejabat. Masa I tengah sibuk cari parking di Sogo pagi dua Jumaat yang lalu, he-ho dah start berbunyi - panggilan dari pejabat. Benci ah kak tau! Orang baru nak start shopping dah kena kacau. Nyampah betul ...

Wah, nikmat tak terhingga rasanya bila tiga hari terakhir sebelum balik kampung tu kita lenjan habis-habisan merata Kuala Lumpur. Habis semua shopping mall kita redah. Apa yang tak dapat, kita dapatkan *__* La ni  tengah mengira berapa banyak budget yang dah terlebih melimpah ruah. Cukup ke tidak duit nak makan sampai hujung bulan nanti ^__^ Takpa, takpa... raya punya pasal setahun sekali je datangnya. Kalau tak cukup makan, boleh aje ganti puasa bulan Syawal ni. Dapat gak berpuasa enam.

Dapur memang tak berasaplah 4 hari terakhir Ramadhan.  Makan di luar je. Makan dalam kereta pun ada gak *__* Ingatkan orang dah sibuk teruja nak balik kampung, bolehlah lenggang kangkung gi cari tempat makan. Tidak juga ya. Penuh memanjang. Agaknya dema semua pun sama je perangai macam I. Malas nak mengotorkan dapur memasak last-last minit sebelum balik beraya nih.

Oh, ya... walaupun semangat nak bercuti seminggu dah datang seminggu lebih awal dari tarikh bercuti, kami sekeluarga cuma balik ke kampung pada hari Ahad petang. Dah nak dekat-dekat masuk waktu berbuka. Kita tapau siap-siap makanan beli kat kedai pastu gerak balik kampung.

Wah, bestnya perjalanan! Langsung takda tempuh jem tau. Enjoyed jek empat beranak pulang beraya ke kampung di Batu Pahat. Niat hendak berbuka puasa beramai-ramai di kampung bersama keluarga pun tak kesampaian. Kami sampai dah pukul 9 malam.

Walaupun keluar dari rumah pukul 6 petang, kita berhenti rehat ketika berbuka aje sampai sejam. Hubbydearie bawa kereta tak laju mana. Pukul 6 petang dari KL, pukul 7 malam dah sampai Hentian Air Keroh. Duduk elok-elok dalam kereta tunggu waktu berbuka. Tak kuasa isteri mithali nak membebel merapu meraban dalam kereta dah dipekakkan aje telinga bila mendengar segala kata nasihat!

Kali ni kami beraya di rumah baru my kakak nombor dua. Tak kiralah besar mana pun rumah, bila ada keluarga besar ni, memang memanjang penuh rumah. Nasib baik my kakak buat dapur seluas padang sepaktakraw, leh kita kuak lentang sambil memasak *__*

Dalam sibuk berphotoshoot di pagi raya boleh terlupa pulak nak ambil gambar 'rasmi' superheroes beraya untuk my blog ni. Gambar-gambar yang ada semuanya pakej lengkap empat sekeluarga. Memang tak merasalah nak dipertontonkan dalam blog ni *__*

La ni takdalah tempek gambar ya. Baru nak berjinak-jinak menulis selepas cuti panjang. Penyakit M tu belum jumpa ubat mujarabnya. Nanti lain kali kita sambung entri raya yang tak seberapa nih ^__^


 










Comments

  1. wau pendeknya entry..ni br cerita belum rayakan?
    raya baru mukadimah kan?
    tukar tema raya nampak blog ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mood malas bercerita, PB. Maklumlah baru naik cuti seminggu. Penyakit M masih belum diubati lagi :)

      Aih....lepas raya kenalah ikut tema raya jugak *__*

      Delete
  2. Selamat hari raya .. Maaf zahir batin. Jemput dtg beraya ke rumah LM jom.

    LM pun blk lmbt gak. Sabtu baru nk balik. Tp blk umh sendiri dulu kat segamat br gerak ke rumah mertua ahad tu. kemas umh dulu kononnya sbb lps zohor raya pertama tu blk segamat pulak raya umh mak ayah , pastu blk umh sendiri. Takut umah berselerak berhabuk nnt org terjah raya tu yg kemain mengemas. Ekeke

    Tp mmg x jem pun balik haritu. Syok tido dlm kereta layan mabuk. Kui kui kui

    ReplyDelete
    Replies
    1. La... LM orang Segamat ke? Ramai betul handai taulan dari selatan rupanya yek! Dah sampai KL dah LM. Kalau pelawa cepat, dah tentu boleh gak gi Segamat :) MD ni nama je orang Johor, selain BP dah lama sungguh tak merayau ke daerah lain :)

      Delete
  3. Klik sini semata ni tgok gmbaq raya menantu,frust sekejap.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... saja je tak nak tunjuk muka menantu. Takut Afia tak tolong buat kerja rumah asyik tatap blog mak mentua jek :)

      Cuba klik lain kali ya, PK... Mood entri raya tak sampai-sampai ni camna?

      Delete
    2. haha afia tak heran dengan blog,kerjanya memunggah hari2.tongkang pecah rumah,pening ibu..:)

      Delete
    3. Afia tengah belajar cara-cara mengemas rumah tu. Sebab itulah dia sibuk menyepahkan rumah. Besar sikit tu pandailah bezakan mana sepah mana kemas rumah :)

      Delete
  4. Selamat Hari Raya buat MD Sekeluarga..
    Crop lah gambar tu MD.. nak gak tengok gambar hero tu pakai baju raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya sekali lagi.... Nantilah kalau boleh crop ya. Si Adik asyik menepek kat dada je itu masalahnya. Tahun ni mereka tak mesra bergambar ler masa pakai baju melayu. Sibuk nak main, sibuk nak merayau je ...

      Delete
  5. Selamat hari raya :)
    Maaf zahir batin dari saya ya...maafkan andai tulisan2 saya menyinggung perasaan..

    Oh, beraya di BP ya...
    Saya hari tu berhari raya di Skudai, rumah parents saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya buat DZ sekeluarga. Sure meriah raya tahun ni di kampung sendiri ya :) Takda gaduh-gaduhkan masa nak tentukan balik mana :)

      Saya ni orang BP lah, DZ. Alah senegeri je kita nih *__*

      Delete
  6. Acim pun baru balik dari batu pahat ni MD cuti lagi hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik gi Batu Pahat ke? Tak lalu jalan nak ke Tongkang Pechah? Kalau lalu sure nampak saya tengah berkelibut dengan superheroes sambil pakai baju kelawar. Keh3x. Rumah kakak saya ni betul-betul tepi jalan. Rumah mak pun sama. Kalau anak-anak bermain di luar rumah dan Acik lalu, sure tau itulah keluarga MD :)

      Delete
  7. bagus jugak tak tempoh jammed. my sis balik aloq setar kemain sampai 10 jam baru sampai kg. kesian betul tgk kampung jauh2 ni..
    mood masih belum mari lagi ni.. slow2 nak set up otak kembali bekerja hahhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya ke utara, ke pantai timur jem teruk ya. Ke selatan takdalah pulak sesiapa mengeluh jem. So, Lyn...silalah cari calon dari selatan. Senang hati nak balik raya nanti. Huahaha....

      Itulahkan...mood ni kalau dah lari jauh, memang payah nak panggil balik!

      Delete
  8. saya pulak ujung2 puasa lagi sakan dapur berasap/eheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Memang salute. Kalau saya, memang tak mahu setitik habuk pun jatuh kat dapur. Yang sebenarnya, malas. Hahaha....

      Delete
  9. Saya beraya kat Tapah kejap je.. tak nak menulis pasal raya kali ni sebab ada perkara tak sedap didengar.. bukan di tapah, tapi belah saya. Keluarga makcik saya sebenarnya yang buat hal.. yang buat saya rasa sedikit frust ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papa N kampung di Tapah ya? Eh, ada sungai dan air terjun kan kat Tapah ni? Pernah pergi dengan adik lelaki saya tapi lama dulu. Kalau suruh pergi sekarang nama pun saya tak tahu...

      Okey, okey....balik ke pangkal jalan. Dah terkeluar tajuk komen dah ni :)

      La, apahalnya hari baik bulan baik ada cerita tak baik pulak ni, AN? Tapi takpalah dah berlalu pergi, lupakan ajelah ya apa-apa yang tak sedap di dengar dan dilihat mata.

      Tahun depan turn beraya di rumah keluarga AN pulakkan? Insya Allah mesti meriah. Moga dipanjang umur untuk bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan :)

      Delete
    2. Air terjun Lata Kinjang kot...mmg dekat tu.. ke Lata Iskandar yg jalan nak ke Cameron Highland tu.

      Itulah.. cuba melupakan apa yg berlaku.apa pun famili saya juga..

      Delete
    3. Tak pastilah AN. Kalau suruh pergi pun saya tak tahu arahnya. Tapi memang jalan nak ke CHlah. Bertahun sudah saya ke sana, memang tak ingat langsung lokasi tempatnya. Cuma tahu di Tapah saja. Airnya cetek je, sesuai untuk budak-budak dan mak budak yang tak reti berenang ni :)

      Delete
  10. Selamat hari raya sis...wah seronoknya beraya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Husna!

      Yang seronok supeheroes akak. Makpak ni raya cam biasa je. Kalau boleh nak pakai kelawar je 24 jam sehari. Hihihi.

      Delete
  11. Nyampah 44 kali......mak teringin nak tengok muko jiran sebelah mak nakkkk...tunjukkanlah muka tu.....nanti mak bagi duit Raya singgig hehe
    Yelah....maklum aje mak selalu skodeng tk nampak muka....hehe.....
    Yelah namanya pun Raya mmg le penuh rumah ek....Kalau mak malas gak tu bersesak sesak nak makan nak mandi walaupun kerabat kita sendiri....kalau kerabat org sebelah bantal lagilah......hehe...
    Memanglah tk jammed ptg tu org semua dah rebus ketupat....org tu jer duk lepak kat Highway hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah mak ni. Takdalah awet muda macam mak tu. Sbb tu suka posing mautkan, mak :) Ni dah awet tua dah nih. Keh3x. Mak ni selalu datang ke dapur rumah kita menyembang pun masih lagi terasa heran nak tengok muka jiran. Ish3x.

      Raya pertama macam tahun-tahun sudah. Dok basuh cawan dan pinggan di dapur. Berulang makan juadah raya pun ya juga. Baju kelawar kita tahun ni class sikitlah mak. Mahai tau kita beli kat Ampang Park. Hehehe...

      Ada niat tersirat tu balik lambat. Takdalah kena tolong masak juadah kat dapur :)

      Delete
  12. salam aidilfitri dear
    maaf zahir n batin..

    nanti upload la pic raya ye... nak gak kenal.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri, Lya.

      Insya Allah... bab gambar superheroes tu akan diusahakan. Bab makpak superheroes memang payah sikit ceritanya :)

      Delete
  13. intro dh bagitau xnak dipertontonkan gambo.ingt nak le belanja kami2 ni skping dua gambo..mm, nampak gayanya xda hrpn le nk nengok ye..
    skpng pon x blh ke mommy.. plissss :)

    ape hal lambat benor sampainya ke kg mommy.. ni mesti nk ngelat tlg masak ni.kikiki..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai hati, belanja jugalah gambar anak-anak macam selalu. Gambar makpak memang tak masuk bloglah, Ciksu. Janganlah kepingin, tension nanti MD nak menunaikan hajat ibu mengandung. Hehehe....

      Hah, pandai pun meneka. Salah satu sebablah tu. Lagipun kakak-kakak ramai, bagi chancelah mereka masak juadah raya selagi boleh. Nanti dah gigil tangan memasing barulah MD pulak take over the job kat dapur gitu :)

      Delete
  14. saya balik batu pahat juga pada hari ahad tapi sebelah pagi ... tak jem . dlm pada tak plan balik kg , sudahnya balik ke kg juga utk beraya ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, balik juga rupanya! Memang jalan tak jem kot raya tahun ni sebab semua dah balik seawal lepas kerja hari Jumaat. Legakan bila tak jem. So takdalah merasa Vee dok melayan tetamu 2,3 bas rombongan ke KL ya :)

      Delete
  15. kalau raya memang bandar jadi lengang
    nak baring atas jalan raya pun boleh...hehe
    anyway belum lambat lagi kot nak cakap selamat hari raya buat MD
    sekeluarga
    moh singgah klang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih YY. Salam Syawal buat YY sekeluarga juga since Syawal masih lagi berbakikan...

      Kalau raya Cina kami ada bermastautin di KL, memang kami suka ronda shopping mall lepas tu siap pilih-pilih mana nak parking. Nak bentang tilam baring pun bolehkan...

      Delete

Post a Comment