Salam Syawal kawan-kawan!
Lambat bersiaran hari ni sebab sibuk sikit. Hah, inilah baru entri raya MD...
Walaupun sudah bercerita sana-sini-situ sikit dalam entri sebelum ini, tapi I nak cerita semua sekali lagi dalam entri ni. So, kenalah baca walaupun panjang macam biasa.
Seperti yang dikhabarkan, kami sekeluarga balik ke kampung pada Ahad petang. Lebih kurang pukul 9 malam sampai ke rumah my sister. Hajat di hati sebenarnya ingin juga berbuka beramai-ramai bersama keluarga I yang besar on the last day of puasa tapi tak kesampaian. Hajat yang tersirat pulak memang sengajalah balik lewat supaya tak kena kerahan tenaga di dapur. Alah, bab-bab tolong masak juadah tu*__*
Adik perempuan yang baik ni sampai-sampai je di rumah my sister terus masuk dapur makan berjemaah bersama ahli keluarga yang ada di dapur sambil catch up gosip lite-lite malam raya. Alasannya, kena prepare makanan untuk Hubbydearie makan walaupun si suami tak minta pun nak makan.
Eh, kalau kat rumah mak mahupun my kakak di kampung, Hubbydearie memang dapat special treatment sejak mula kahwin sampailah sekarang. So, bertuah badan isteri mithali dapat join sekaki special treatment tersebut. Bukan ringan tangan nak menolong. Bila kena kerah je mulalah mencari si Adik. Adiklah alasan terbaik untuk Mommy mengelak buat kerja rumah. Kah3x.
Dek kerana special treatment untuk Hubbydearie jugalah I dapat bilik tidur utama *__* Kita sekeluarga tidur di bilik my sister ya. Oh, jangan cemburu ya siblingsku yang dikasihi! Si Tanggang kalau sesekali balik kampung memang treatment ala-ala princess tiruan gitu!
By the way, my sister ni is a single mother. Her husband passed away three years ago because of cancer. Anak-anak ada lima orang - 2 lelaki dan 3 perempuan. Dua anak perempuan dah kahwin dan my sis ada 4 cucu dah. Kalau hari biasa, memang my sis tinggal berdua je dengan anak lelaki bongsunya berusia 13 tahun. (Eh, kena cerita salahsilah keluarga ke dalam cerita raya? Memang panjanglah entri ni nanti!)
Kali ni tak semua ahli keluarga I beraya bersama kami di Batu Pahat. Two of my kakaks beraya di Kuala Lumpur dan seorang lagi di Melaka. So, cuma ada 6 keluarga sahaja yang berkumpul di rumah my second sister.
Malam raya I sibuk menggosok baju raya satu famili. I kalau balik kampung walau sehari pun kalau boleh nak sewa lori bawa pakaian. Semua pun nak bawa balik. Sampaikan mask muka yang tak pernah-pernah pakai di kampung pun nak bawa. Punyalah dahsyatkan...
Dek kerana itu juga I decided tahun ni kita bawa satu je trolley bag besar gedabak dan lain-lain masuk dalam beg Ikea jek. Senang kerja akak nak memunggah barang dan pakaian. Kalau ikut Hubbydearie, memang suruh sewa lori entah berapa tan tu dalam 2,3 buah untuk bawa barang balik berhari raya *__*
Okey, tak payahlah cerita sampai pukul berapa tidurkan... So, pagi raya awal-awal dah bangun. Maklumlah excited nak berbaju raya. Oh, by the way, dek kerana banyak sangat baju raya I tempah awal tahun hari tu dan baru raya nak ambil, satu baju telah hilang tak dapat dikesan. I pun dah tak ingatlah warna dan pattern camana baju tersebut. Kira burnlah. Boleh I pergi beli kain ela barang sedozen lagi untuk raya tahun depan *__*
Sebenarnya I excited nak tengok superheroes berbaju melayu siap samping dan songkok bagai. Baju raya Hubbydearie I tak excited sebab sama je kekdahnya dari segi warna dan kelabuhannya. Baju raya I pula pagi tu warna biru nila ya ....
Oh, yes... kami sekeluarga memang tak pernah pakai sedondon. Itupun kecoh pagi raya menguruskan itu, ini. Dulu masa Hubbydearie 'dipaksa' oleh isteri mithali pakai baju melayu, tiap pagi raya kita bertikam lidah. Ada jelah yang tak kena. So lepas masam muka sekejap, barulah minta maaf di pagi Syawal. Boleh gitu kekdahnya? Oh, itu zaman masing-masing darah cepat panas mendidih. Sekarang tidak lagi sebab dah jumpa solution kepada masalah negara *__*
Selesai sembahyang raya, barulah aktiviti bersalam-salaman dengan mak dan ahli keluarga lain dilakukan. Masa nilah kita minta kosong-kosong dosa kedua belah pihak. Bila masing-masing bersalaman dengan mak, memang panjanglah statement yang keluar...
Lepas tu, kami lari sekejap masuk bilik untuk sesi bersalam-salaman empat beranak dan pembahagian duit raya. Selesai segala, kita lari ramai-ramai ke dapur untuk menikmati juadah hari raya. Bila perut dah kenyang barulah buat photoshoot.yang dijurukamerakan oleh my nephew, anak lelaki tuan rumah...
Itulah yang berebut-rebut sebab takut ada tetamu yang sampai masa kita tengah sibuk photoshoot kat ruang tamu. Sampai I sendiri tak ambil kamera mahupun handphone untuk ambil gambar superheroes.
Hari raya pertama memang tak ke mana-mana sebab tetamu terutama sepupu kami ramai yang datang melawat mak. Yalah, tinggal mak dan kakaknya sahaja. Lagilah sekarang my mak tak berapa sihat dan dah lama tinggal di KL. Ramailah anak-anak saudara yang datang menziarah. Tetamu my sister pun ramai juga terutama sebelah arwah suaminya yang juga orang Johor, asal dari Muar.
Kami laki bini memang kerja mengulang ke dapur je. Makan juadah raya sambil bergosip. Bila ada tetamu datang, Hubbydearie ligat masuk bilik. Kalau tidak, Hubbydearie duduk senyap-senyap di dapur. Terpaksalah isteri mithali menemani. Nanti kalau Hubbydearie rasa keseorangan dan terabai, mahu malam raya pertama dah diajaknya I balik KL.
Superheroes memang sibuk dengan urusan masing-masing tapi yang bagusnya kali ni si Abang dan Adik jadi penyambut tetamu setiap kali tetamu datang beraya. Walaupun sibuk dengan toys dan Xbox, mereka berdua akan keluar untuk menyambut tetamu dari depan pintu rumah, membalas salam dan menghulur tangan untuk bersalaman dengan tetamu. Kalau tidak, Adik akan kejar tetamu sampailah mereka bersalaman dengannya sambil mulut comel tu sibuk membebel 'Nak salam! Nak salam!' Yalah, Adik kan kecil... kadang-kadang tetamu tak nampak Adik hulurkan tangan nak salam.
Abang okey je, dari luar dah sambut salam dan hulur tangan bersalaman dengan tetamu. Lepas tu lari masuk bilik semula nak main game. Adik pun sama, start panjat grill pintu semula tak pun main tab. Lega I perangai mereka tak ikut Hubbydearie yang lari masuk bilik bila ada tetamu....
Begitulah kisahnya hari raya pertama. Tak ingat bila last tetamu balik dan pukul berapa tidur.
Rasanya dah panjang sangat, tak boleh nak sambung ya untuk raya kedua dan ketiga ketika di kampung. Lenkali jelah ....
Daddynya lari masuk bilik mommy kena lak teman takut daddy bosan nnt blk cepat kan?
ReplyDeleteErr mana pic baju biru nila nya?
Yalah, betullah tu... Kalau tidak mahu malam raya pertama dah diajak balik. HD bukan boleh, kalau mood tak baik mulalah merengek-rengek macam budak-budak :)
DeleteBaju raya biru nila tu untuk simpanan dalam memori keluarga. Keh3x.
alahai lawak pulak bab hd masuk bilik setiap kali tetamu datang..macam tak peramah gayanya hd ni ye..kata dah pandai cakap melayu.huhu..
ReplyDeletemenantu ibu gak misali,sambut tetamu depan pintu lagi, org tak nmpk pun lari mintak salam..so soleh!
ehh..adik tu dah besar pun masih guna taktik sama nak lari dr buat kerja rumah.macam sama je kita.kahkah...
HD memang tak friendly, PK. Kalaulah ditakdirkan terserempak dengan saya bersama HD, memang saya pun jadi tak friendly kot. Yalah, dah husband kat sebelah dok menonong ke, kenalah kita ikut serta. Kang dok borak lama-lama, memang kena sound sesaja. So bertabahlah kalau orang kata kita sombong. Nak buat camna, kehendak suami kena utamakan. Tapi kalau saya seorang, no hal punya. Leh pergi pekena teh tarik lagi :)
DeleteEh, taktik mestilah power. Walaupun anak dah nak masuk 3 tahun, still memerlukan pengawasan 24-7 kita mak-mak, kan....
xkisahlah dpt blk xlama, yg penting dapat sambut raya bersama insan tersayangggg....
ReplyDeleteSaya memang dah biasa macam ni, kak. Paling lama pun memang 3 hari je. Yang penting dapat beraya bersama keluarga. Yang lagi penting, tak payah susah-susah nak ohsom kampung mana nak balik :)
DeleteHD tu penat dah kot ..tak pun masih malu lagi kot sebab tak pandai nak berborak... tak pelah, tetamu faham tu...
ReplyDeleteAbang ngn adik good boys.. thumbs up..
Tetamu kalau tak faham pun kena faham juga. Sekarang ni mereka tak tanya dah mana suami saya. Kalau mula-mula dulu memang asyik kena 'asak' dengan soalan sama je sampai saya pun rasa cam nak duduk senyap-senyap je dalam bilik juga :)
DeleteSaya faham situasi HD ni. Laki i pun sepesen. Tapi ada masanya dia ni lagi buat saya stress, dia tak masuk bilik, tapi tak sembang dgn tetamu sgt..ai kan lbh elok masuk je bilik kalau terasa pemalu sangat dna tak reti kecek kelate?
ReplyDeleteOh, ada gak umat manusia sepesen dengan Hubbydearie ni rupanya. Ingatkan suami saya sorang je yang 'lain macam' sikit perangainya. Memang tension, tak suka berjalan ziarah menziarah, kalau tetamu datang memang duduk dalam bilik je. Tapi yang bestnya bila balik ke kampung halaman yang sebenar, bukan main lagi boleh ikut makpaknya berjalan ke rumah sedara mara. Alasannya - menghormati kehendak ibunya. Tak boleh blah betul ler alasan!
DeleteHaha... redho jelah pasal suami kita ni kan.. kalau masa geram tu, pandaila kita coutim ya..
DeleteMemang le gitu kekdahnya kalau jadi rumah yg ada org tua....kalau tak lari cepat cepat mmg tak boleh nak beraya. Mcm rumah mak kita senang..... makan kuih aje kalau org datang ....hehe mmg tak de sapa nak masak berat berat.....pemaleh anak bongsu ni hehe
ReplyDeleteApalah boleh samapi tinggak heho....teringin nak tgk dekonya....kita suka tgk org deko rumah ni....
Betul betul kena jaga hati HD tu betul betul kalau kat rumah belah kita, kang keluar kuasa veto dia kang susah jugak kita ye dak...hehe
Apasal mak cakap mcm belit belit tu.....huhu
DeleteMak makan daun banyak sangat, itulah sebab terbelit-belit agaknya...
DeleteKalau kat rumah mak saya tu memang takda can nak beraya. Dahlah kita balik setakat 2-3 hari je nak beraya lepas tu dok rumah melayan tetamu. Susah kalau nak difikirkan. Yang suami pulak macam ni style. Kalau tak ikut, dah jadi isteri derhaka. Dah lama kahwin ni, malas lah nak gaduh-gaduh pasal masalah macam ni. Ada banyak masalah negara lain yang nak difikirkan ....
Alah, superheroes ni kan suka sangat ambil he-ho tak cakap kat Mommynya. Main seluk handbag jek. Godek punya godek dalam handbag yang bersarang sampah tu, tengok takda. Alahai terkilan tau! Bukan terkilan tak dapat masuk blog tapi naklah juga simpan gambar deko-deko tu boleh digunakan kat rumah sendiri mana yang sesuai :)
Wah jiran sebelah, cakap orang garang lepas raya dia tu, 2 x lima jer dapat je chance ngutuk orang, laju je yeh hehe .... Taulah mak punya lidah panjang hehe...
DeleteAlah biasalah tu Raya..... sama jer
Errr...mak salah parking lagi ke? Kat mana kesilapan kita nih.... bila pulak kita mengutuk kat sini mak oi? Huwaaaaa....
Deleteuntungla kan.. mknanya setiap tahun mmg raya turn MD la kan..
ReplyDeleteolor...pic raya mana?? share la..
Hahaha... part tu memang untung sangat. Tak payah nak bermasam muka, merajuk bagai bila fikir soal turn. Tiada keraguan di situ. Memang kampung MD je yang jadi pilihan. Tapi tak tahulah kalau-kalau akan datang diajaknya kita gi holiday masa cuti raya takpun tak payah balik kampung, raya kat rumah sendiri. Mahu den nangis gak :)
Deletesampai kat kg pun HD dpt special treatment..
ReplyDeleteingat kat blog saja tak boleh keluar hahahah
Oh, special treatment yang itu dari mula kenal sampai kahwin sampai la ni... untunglah sikit akak. Kalau makan, memang berhidang sesaja. Kalau setakat kita-kita kat rumah, nak breakfast, lunch, dinner lantaklah nak gaya macamana tapi kalau HD ada, mestilah nak berhidang atas meja.. Siaplah sudu garpu cawan pinggan semua.... Kadang tu akak malas, akak letak semua lauk-pauk dengan nasi dalam pinggan, terus kena marah dengan mak dan kakak-kakak yang ada. Be properlah sikit - kata mereka. Hihihi....
DeleteBila nk g beraya asik tertunda je mmg sentap. LM ni klu dah bersiap suka terus kluar. Klu dah berlengas peluh2 mmg mls dah pastu. Huhu cabaran raya, mmg org dtg x henti kan.
ReplyDeleteSusah betul nak keluar rumah kalau hari raya pertama mahupun kedua. Biasanya kat kampung hari raya ketiga dah marhaban. Jadi macam MD ni yang selalu balik kampung beraya 2-3 hari je, memang nangis meratap sayulah tak dapat keluar beraya.
Deletetaktik lari tu memang terbaik! saya pun biasa buat gitu
ReplyDeletekalau aisy merengek aje, memang peluang terbaik untuk lari...hehe
jahat sungguh perangai
awat hubby lari kalau sedara datang
kalau hubby saya terbalik, orang tak kenal dia sapa
tu agaknyer adik beradik nak ada kitorang baru beraya
ada tukang cakap...hehe
Hahaha... padahal anak dah besar pun. Sajalah nak cover penyakit malas tukan... Kalau rasa tak nak buat kerja je, mulalah membelek anak. Konon nak beri perhatian apa yang anak mahukan padahal budak tu kalau kita takda pun lagi dia suka :)
DeleteHD ni tak ringan mulut dan tak ringan nak beramah mesra dengan sanak saudara saya kecuali my siblings. Jangan haraplah HD nak duduk berbual-bual memang macam mimpikan bulan jatuh ke riba aje gamaknya!
bab urusan baju raya semua mak yg kena settlekan. kaler ke, apa jenis kain, hantar kat siapa... itu mak punya kerja. bapak hulur duit utk byr je. cumanya jgn ada silap kat mana2. nnt bapak mesti menyinga. hahaha...
ReplyDeleteStandardlah tu bapak kena keluar duit. Kita dah uruskan dari A sampai Y, part Z tu kenalah bapak turun padangkan... Hahaha!
Delete