Paradigm Mall

Salam sayang kawan-kawan,

Kalau sehari sebelum kita ke SCM, so hari ni kita pergi melawat kawasan Parlimen di Paradigm Mall. Walaupun PRU lama lagi nak bertandang, I kenalah rajin turun padang melawat kawasan kedai ya *__* Maklumlah MP seumur hidup, ginilah gayanya ...

Kawasan Paradigm Mall ni memang I tak tahu langsung. Kalau suruh I drive, memang sah-sah akan sesat sampai ke Pelabuhan Klang. Bagaimana dan kenapa, usah ditanya. Ah kak kan dah kata, bila memandu ah kak memang terrorist sikit. Semua jalan pun tak boleh nak ingat. Kena marah dengan Hubbydearie dah berjuta kali tapi tetap juga maintain tak boleh nak ingat. Dah tua katakan, sel-sel otak bukan saja tak berkembang mekar lagi bahkan dah kecut sekecut-kecutnya. Tak boleh nak hadam info baru lagi dah!

Sebelum tu, kita ke Pertama Complex dulu. Nak cari casing telefon, nak upgrade sim card zaman tok kaduk dan nak beli sim card baru. By the NKVE way, siapa pernah dengar nama telco ni - Altel? Ada yang dah guna tak? Katanya bukan main berdesup kelajuan internetnya. Tetiba hati meronta nak tukar line juga ...

Settled segala masalah, barulah kita beredar ke Paradigm Mall di Kelana Jaya. 

Kat mana?

Oh, please don't ask me kalau tak mahu sesat barat-timur-utara-selatan. Sila google sendiri macamana nak ke sana kalau teringin ya!

Walaupun dah biasa dengan MidValley dan KLCC, bila ke sini ah kak  tetap rasa  terpegun dan kelu lidah untuk berkata sepatah dua. Nampak Tesco pun ghairah walaupun dah niat dalam hati tak mahu masuk Tesco lagi. Nampak kedai buku Popular pun rasa gayat, tetiba rasa macam dah lama tak belikan apa-apa buku untuk si Abang....


Kena paksa, barulah nak posing tanpa rela

Adik yang ghalit macam Mommy juga. Kelu lidah tengok banyaknya kedai

Nampak Nichi, Victoria Secret, H&M, Uniqlo, M&S terus ah kak nak tepuk dahi 18kali dan nak pengsan kat situ juga. Punyalahkan.... 

Sementara tunggu Abang dan Daddy solat, Adik rehat dulu...

Ragam Adik bila jumpa cermin besar

Ada Mrs Universe kat sini tau... Adik tumpang posing lagi. Pegang rambut style gitu memang trademark Adik especially masa mengantuk nak tidur

Kalau dah macam tu punya feeling, agak-agak apa yang ah kak beli? 

Oh, biarlah rahsia! Dah kata kalau dengan Hubbydearie kenalah sentiasa berhemah. Jangan sesekali buka mulut membebel nak itu, ini. Simpan je dalam hati, lenkali bila ada peluang pergi sendiri kat outlets yang sama, bantailah meroyan kemudian.

Adik pun teruja  tahu masa kat sini. Asyik nak posing, suruh Mommy ambil gambar. Lepas tu nak review gambar sendiri. Memang ala-ala celeb tau Adik nih...

Abang macam biasalah, susah nak suruh posing sekarang. Kalau buat bibir menjuih tu memang maknanya tak ikhlas dalam hati, kerna terpaksa kuturutkan kemahuan Mommyku...

Sempatlah solat Zuhur kat sini. Wah, luasnya surau! Bersih pun ya. Adik ikut Mommy. Abang of course ikut Daddy. Adik ni bila kita nak solat, dia pun sibuk nak ambil wuduk, sibuk nak solat. Takda ikut kiblat ya. Main tibai je kat mana orang tinggalkan sejadah, kat situlah dia solat. Macam selalu... 1  rakaat je. Kalau rajin, 2 rakaat tak kiralah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib mahupun Isyak. Asal nampak I beri salam, terus terjah nak salam Mommy, nak cium dahi, dagu, hidung dan kedua belah pipi, pastu nak duduk atas riba, kononnya tumpang berdoa sama ...

Gambar tiada kena mengena dengan Paradigm Mall. Adik baru lepas solat di rumah.

Lama juga kami jalan-jalan di sini tapi si Abang pulak asyiklah bertanya pukul berapa. Katanya nak cepat balik  rumah sebelum Asar. Solat Asar di rumah je sebab Abang tak selesa. Lately asyiklah nak terkentut bila tengah solat. Lepas tu tension  tak kena tempat sebab kena wuduk dan solat semula. Itulah sebab nak balik rumah cepat-cepat. Senang solat di rumah...

Ini pulak favorite si Adik. Setiap kali keluar, mesti nak beli toys. Kena beli yang murah je, budget tak lebih RM20. Sebabnya tak sempat sampai rumah dah habis dikerjakan. So, beli yang mahal-mahal sikit pun sesekali sesekalalah. Kalau dah hari-hari, mahu nangis makpak kira budget.

Susun kereta dalam kereta Daddynya. Bila Daddy brek, kereta mainan menggelungsur jatuh bawah tempat duduk, mulalah Adik merengek hiba. Tension betul...   


Hari Sabtu - susun kereta dan lori

Hari Ahad - susun helikopter pulak! Tak sampai rumah lagi, helikopter dah 'bersepai' dikerjakan si Adik. Nasib baik murah...









Comments

  1. Husna x penah pegi lagi paradigm mall ni sis...syok ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kita tungga MD kita wat rombongan cik kiah..
      MD boleh jadi kepala..

      oh nak bgtauhu...
      Luth kita 1thun 1buln ni, dah mula tiru2 solat..
      wah bangga sungguh kita.. bangga yg teramatkan MD.. kan nk story2 kot riak..tp kita tetap rasa seronok nk bg tahu MD..
      bila kita nk sembnyang..dia cepat2 duk depan kita tuh..(bukan belakng, anak laki kan)..
      pas sujud, pas rukuk.. pas selogkar bag kita jap, pas tu smbung solat..
      dan kita tak khuyuk solat sb rasa seronok tgok dia tiru2 solat.

      Delete
    2. Husna,

      Kalau suka shopping memang syiok memanjanglah. Macam-macam ada. Naik bundar mata ni, nasib baik rabun. So takdalah nampak sangat :) Tapi serius, boleh ulang pergi lagi ni walaupun agak jauh gak dari area akak :)

      Delete
    3. PB,

      Itu bukan nak riak. Kalau itu namanya riak, I ni kira salah seorang yang suka sangat riak lah ya :) Kita bangga dengan anak-anak kita so kita suka aje nak kongsi cerita bersama mak-mak lain juga. Itu je... Alah, macam bual-bual kosong dengan kawan-kawanlah gitu kekdahnya!

      Hahaha, I pun kadang tu tak khusyuk dibuatnya dek Adik ni tau. Macamana nak concentrate bila tetiba dia datang meluru peluk kita. Kalau kita tengah duduk antara dua tahiyyat tetiba je dia meluru atas riba lepas tu angkat tangan berdoa. Amin, amin je....

      Delete
  2. anak acik yang sulong kecik2 dulu macam tu la MD..sampai kan adik2 tak dapat beli mainan..kalau beli pun tak sempat main abang dah hancurkan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Abang tu bagus sikit, Acik. Toys dia semuanya dapat diperturunkan kepada Adik. Tapi si Adik ni memang curiosity kills the cat betul ler. Kalau yang murah takat RM10, RM20 ringgit ni senang je dikerjakannya. Pernah saya belikan 'van sekolah' RM40 tetiba di'terbangkan' bumbung van. Lopong terus. Nak nangis omaknya memikirkan duit. Hehehe....

      Serik dah. Kalau dia nak, saya beli murah je. Kalau hari-hari keluar ke shopping mall, hari-hari dia nak toys. So, sebulan sekali atau dua kali je beli yang mahal sikit. Lain-lain sukahati dia nak tukar jadi apa!

      Delete
  3. Anak2 ni dia kreatif sikit MD.. nak tengok macam mana kejadian benda tu... last nya sudah hancur berkecai.. akak pun macam MD jugak selalu beli yg murah jer.. kalau hancur berkecai tak lah ralat sangat kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih kreatif dah ni.... ^__^

      Dulu saya kat kat Hubby - 'anak kita nak jadi juruteralah' pastu rasa confused pulak. Eh, eh, kotnya nak jadi mekanik je ke? Jawab hubby -'tak dia nak jadi owner bengkel kereta terbesar kat Malaysia!' Huhuhu....

      Adik ni toysnya tahan paling lama pun setengah hari je kot. Kalau yang mahal tu dia tak boleh nak baraikan, tapi kalau yang murah-murah ni memang selamat. Kalau dua kali gi shopping mall dalam sehari, dua kali juga dia nak beli toys. Mana boleh cam gitu? Penat makpak cop duit palsu tau!

      Delete
  4. Kisah abang asyik terkentut lepas wuduk adalah lawak, tapi respek la u anak kecil pun dah pandai ajar dorang jaga solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ni banyak ikut Abangnya. So kalau Abang rajin memang Adik akan ikut apa je Abang buat .Sekarang ni Abang tak mahu tinggal solat. Adik pulak bila tengok Abang sibuk nak solat, dia pun sama je kekdahnya.

      Delete
  5. tak pernah jejak lg paradigm mall even dkt jugak lah..
    ermmm baik terus ke the curve...

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time sampai. Haruslah nak aksyen-aksyen, simpan memori dalam blog. Hahaha.

      Delete
  6. Paradigm Mall ni kat Subangkan MD.....yg dekat ngan Carrefour Subang Jaya tu .....ye ke? Pernah gak gi situ sekali....Samalah kita.....mmg buta jalan, kalau lepas suh pergi sendiri mana mana shopping mall, mmg le sesat barat jadinya.
    Dah gi Cheras Sentral ke belum?

    Weyh....mentang mentang le he ho baru....bukan main lagi cari Casing sampai Pertama Complex ek....lama weyh mak tak gi area sana.

    Memang ar gi Shopping Mall besar besar ni best..... banyak tempat boleh pergi walaupun kaki boleh tahan jugak lenguhnya tapi apa ada hal benda sedap hehe....Tidaklah mcm BMC yg sekangkang kera tu huhu..

    Haiiii adik ni gemar betul susun keta...... agaknya besar sok jadi tokey kereta kot. Ha dik .....sok sok jangan lupa pulak
    Ngan auntie tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip, bukan, bukan.... yang dekat Subang Jaya tu yang saya tau kedai telefon murah je :)

      Ni kat Kelana Jayalah. Alahai, Cheras Sentral tu dulu Plaza Phoenixkan? Kalau ikutkan dulu-dulu macam tak best tapi sekarang ni nampak megah gaklah berdiri. Hah, yang ke selatan tu memang belum sampai lagi sebab dekat. Tapi setakat Aeonbig Alam Damai, Aeon Balakong, hinggalah ke NSK, saya dah mai lama dulu. Keh3x.

      Delete
    2. Ohhhh salah tenang hehe........Amma dey...Plaza Pheonix...dedulu, dulu mmg le tak best tapi hari tu ada pergi sekali masa awal awal....mcm best jugaklah.....Yang dah siap sepenuhnya sekarang ni mak belum ronda lagi hehe

      Silka hotel tu AF punya student duk situ rasanya

      Delete
    3. Mak, kita tak ambil pot part AF lagi. Huhuhu....

      Hari tu kita pi Pudu Sentral pastu kat dalam tu kita google then kita tanya HD -'Pudu Sentral tu kat mana, dear?'

      Kus semangat. Nasib baik mood HD okey. Kalau tak sure kena hempuk. Masuk suratkhabar lagilah nampaknya bab berita terkini dan sensasi cam Awie n bini :)

      Delete
  7. comel je tengok macam2 gaya si adik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik minat posing tak macam Abang dan Mommy dan Daddy.... hehehe...

      Delete
  8. Abang ni betul-betul sesuai jadi 'abang'. Kakak percaya ligat-ligat macam mana pun adik sekarang bila tiba usia macam abang dia kan behave juga macam si abang. Biasanya macam itu. Tunggulah setahun-dua adik akan sayang mainan dia.

    Budak biasa ikut apa yg penjaga buat. Kalau penjaga bersolat tak mustahil dia pun akan ikut. Bagus!. Kalau boleh biar dia solat dekat dan MD. Lepas MD baca kuat sikitlah (bukanlah macam imam tu) sebab dia cepat tangkap tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni memang tak sayang toys si Adik ni. Sejam lalu beli, sejam kemudian dah terbarai. Itu kalau yang cheapskate punyalah. Kalau yang mahal tu selalu saya sembunyikan lepas main. Sayang duit kalau terbarai juga dikerjakannya...

      Adik memang suka menempek kat saya kalau lepas solat. Kadang tu kita pun jadi tak kyusyuk tengok perangainya. Tension sekejap!

      Delete
  9. Apa komen guna altel tu? Masa sblm puasa tu kecoh juga di sek kami minta tukar altel.. katanya nak sokong produk bumiputera..syed al bukhary.. saya teringin juga nk tahu prestasinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mula tau masa baca kat FB. Bila dengar internet berdesup, mulalah iman goyah. Nombor sekarang ni dah 3,4 tahun saya guna. Sayang tapi bila dah berderau-derau dalam hati ni nak tukar nombor, bukan kira lagi dah :)

      Baru beli semalam AN. Belum masukkan sim card lagi sebab nak clearkan segala internet banking dulu. Nanti kalau best, saya informlah ya :) Kita tukar ramai-ramai!

      Delete
  10. Agaknya memang dia orang ni lahir-lahir je dah nampak kereta kot! Apa pun yang dipilih tetap kereta. Setakat patung ke, mainan lain memang takdalah. Balik-balik kereta. Sampai kadang-kadang tu terbeli 2,3 kali juga mainan yang sama!

    ReplyDelete
  11. kat sini xde byk mall mcm kl..kemaman ni ada 2 jek.. huhuhu.. nk lebih turun kuantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang meroyan bila bab mall ni. Kalau suka boleh berulang. Kalau tak suka, sekali tu jelah dok tengok belek apa ada :)

      Delete
  12. Jd teringin pulak LM nk g sana. Mmg x pernah ke aana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time je. Tapi ada hasrat nak pergi lagi :)

      Delete
  13. haha...lucu bila baca abang asyik terkentut masa solat. serupa anak saya si abdul kecil tu..hihi..

    masa kecil ni dia main2 benda2 tu MD..biarlah. ini zaman dia..dah besar panjang cam anak saya tu yg kena bebel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lepas solat tu dia diam dan berkerut muka, memang tahulah ada yang tak kena. Katanya selalu sangat lepas dua rakaat solat, mula 'terlepas slowly slowly' gitu :) Boleh tanya saya ada beza tak kalau budak-budak terkentut masa sembahyang dengan orang dewasa. Hukumnya sama ke? Hahaha...

      Delete
  14. sesat ke klang, roger-roger saya ye
    boleh kita pula mengusha apa yang menarik kat klang ni...hehe
    tak penah lepas ke sana, tapi nampak cam menarik tu

    si abang tu cam saya la, bunyi cam kelakar
    tapi hakikat perut suka buat hal time ambil wudhu pun
    ustazah kata gangguan syaitan tu
    sepuluh kali kentut, sepuluh kalilah ambil sembahyang
    nak buat camne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah satu hari saya tak tahu nak buat apa, kami sampai GM di Klang. Asyik dok baca dalam blog orang, perasaan teruja pun mai tak boleh tahan. Bila dah sampai sana, nyesal pulak jauh-jauh dari KL gi GM je. Tapi takpa, at least dah sampai. Boleh eksyen sikit kat orang. Hahaha...

      Itu yang abang tanya ada tak beza hukum terkentut masa solat untuk orang dewasa dengan kanak-kanak. Manalah tau kalau kanak-kanak tak payahlah ambil wudhu' balik. Hehehe ....

      Delete
  15. telco altel? mmg tgh famous skang ni..lebih laju internetnya dan jauh lebih murah..saya pun ingat nak tukar, tapi x sempat2 lagi..kalau area shah alam ni ada kt plaza alam sentral..

    samalah ngan anak no 2 saya, kalau belikan mainan kejap je..pastu bersepai, bersepah, hilang ntah ke mana. kaki tercabut la, kepala tercabut la..adoyai..anak ooo anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab terpengaruh tulah sibuk nak tukar nombor. Macam best je. Saya guna prepaid supaya senang nak control nafsu. Hahaha ....

      Dah beli dah cuma belum masukkan sim card baru dalam telefon. Banyak benda nak kena tukar kalau tukar nombor ni.

      Tensionkan...asyiklah beli benda yang sama. Tak sampai sehari dah bersepai segala bahagian tak tahu mana pergi. Pandai pulak tu tak ngaku!

      Delete
  16. Replies
    1. Adik nak masuk Mrs Universe tapi tak layak. Hahaha ....

      Delete

Post a Comment