Puasa sunat

Salam Syawal kawan-kawan!

Oh, dalam diam tak diam  bulan Syawal dah nak hampir ke penghujungnya! Cerita raya masih tak habis-habis lagi. Macam boringlah pulak nak menulis tentang kisah berhari-raya. 

Bagaimana dengan puasa enam masing-masing? Dah selesai semuanya? Alhamdulillah, I dah langsaikan qada' bulan Ramadhan dan juga puasa enam. Tamat aje puasa enam terus berdiri megah bendera Jepun, tak tunggu lama pun. Timing tahun ni punyalah baik *__*

Bercerita pasal puasa enam ni ada sedikit confused di hati. Selama ni memang I buat serentak puasa qada' dan sunat. Pernah dengar katanya mesti niat dua-dua, didahulukan dengan yang wajib. Ada juga yang kata, kalau niat puasa wajib(qada') terus dapat puasa sunat walaupun tanpa niat. Contohnya, kalau kita qada' puasa hari Isnin, terus automatik dapat puasa sunat Isnin juga. Yang ini I tak pernahlah praktikkan sebab tak pasti.

Setelah bertahun berkahwin, kali ni entah mengapa Hubbydearie sibuk bertanya pasal bilangan hari I tertinggal puasa bulan Ramadhan yang lalu. Bila diberitahu yang I selalunya buat puasa enam dan qada' sekali mulalah Hubbydearie ajak 'berdebat'. Katanya tak boleh buat puasa sunat kalau yang wajib tak dilangsaikan dahulu. Habis semua artikel diemailnya pada I bila perbincangan berakhir dengan muka masam *__*

Yang tak tahan bila Hubbydearie guna statement berbaur 'sindiran' begini ...

Macamana ni? You're Muslim since you're born, right? .... No wonderlah they said Malays memang Islam hanya pada keturunan sahaja!

Hah, mahu hati tak panas walaupun kadang-kala ada betulnya! Mahulah I lari-lari masuk bilik merajuk walaupun kadang-kala memang banyak bukti diberikan mengatakan I yang salah!

Akhirnya I akurlah sahaja. I dahulukan my qada' Ramadhan lepas tu terus puasa enam. Yang dah lepas-lepas tu, berserah pada Allah sahaja samada diterima-Nya atau tidak. 

Hubbydearie masih lagi tak puas hati boleh lagi tu nak 'sakitkan' hati I...

Hah, jangan argue with me! Your husband always right! You selalu tak boleh beri bukti kukuh! Nak jadi Muslim, jadilah yang sebaiknya. Jangan kerana keturunan aje!

Nak masam muka 3 hari 3 malam aje  rasanya tau....

Yang paling best, Hubbydearie sibuk membebel pasal I tapi I dah settled my qada' dan sunat, sedangkan beliau masih berbaki lagi puasa sunatnya.... Hahaha, rasa nak gelakkan kuat-kuat aje tau!

Apa-apa pun I senang hati sekarang sebab tak perlu risau nak membayar puasa qada' last minit. Anyway, thanks to my Hubbydearie juga sebab 'memaksa' I settledkan semua qada' puasa Ramadhan I yang lalu ~__^

 

Comments

  1. Wah..awalnya habis ganti puasa n puasa sunat. Saya baru puasa sunat 4 hari dan ganti dah puasa sebab saya tinggal 1 hari je..

    Bab boleh sekali atau tak ni saya pun tak pasti. Ada yang kata boleh, ada yg kata tak boleh.. bak kata MD, kita serahkan kepada Allah pasal puasa ganti dan sunat kita yang sebelum2 ni kan..saya penah juga buat ganti sekali puasa sunat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya HD tak tanya, dan saya pun tak pernah pulak terfikir nak tanya apa-apa kemusykilan sebab memang tak musykil pun dah berzaman buat begitu. Kerdilnya diri ni kalau tanpa ilmukan...

      Terima kasih juga dek kerana perdebatan kami, akhirnya langsai dah puasa ganti saya dalam bulan Syawal. Lega banyak....

      Delete
  2. wahhh tahniah kak..settle abis semua yeak..senang mcm tu kan kak..... lagi pun sementara diberi kesihatan dan kekuatan yg baik ni baik kite langsaikan mane yg wajib kan kak...

    tu la kak, mcm2 pendapat ade bile ckp pasal ni....mcm lieya sendiri pernah terbace uia ke ustaz don ckp...mmg kite digalakkan buat puase ganti dulu tapi memandangkan tempoh mase tuk buat puasa syawal tu terhad dlm bulan syawal so dibolehkan utk mendahulukan puase syawal...lagi2 kite ni org perempuan...kang tak menyempat2 period plak keluar..... so lieya ikut pendapat yg tu....buat puasa syawal dulu utk kejar tempoh masa yg terhad di bulan syawal nie...pastu baru la buat yg puase ganti...abis puase ganti leh teruskan dgn puase sunat isnin kkamis...almaklum la kak lieya ni malas dah nak diet2 nasi, so buat puase sunat jek tuk maintain berat badan...dpt tips ni pun dari pak nil laaa...umur 52 tapi body maintan jek...rupenye die rajin puase sunat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD bertegas suruh akak settledkan puasa qada' dulu kalau nak puasa enam. Siap disediakan hari-harinya supaya dapat buat kedua-duanya. Akak pulak rasa nak mengamuk-ngamuk. Yalah, dah bertahun buat benda yang sama. Khilaf diri sendiri. Nasib baik terbuka hati nak berdebat. Kalau tidak, tetap buat perkara yang sama juga tahun ni :)

      Akak legalah dan selesai semua. Memang ada terniat nak amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Insya Allah, moga dipermudahkan :)

      Delete
  3. Alhamdulillah..acik.memang dari bujang lagi qhada puasa dalam bulan syawal baru buat puasa sunat syawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Bagusnya Acik. Saya ni kalau sempat buat puasa enam, kalau tidak, memang tak buatlah. Bukannya sempat apa pun, malas pun ya juga. Dahsyat hidup dulu-dulu ni. Selalunya kalau buat pun saya serentak qada' dan sunat. Dah bertahun begitu. Baki puasa qada' yang ada, boleh pulak postpone sampai nak dekat-dekat Ramadhan tahun berikutnya. Punyalah terukkan... Akibat postpone puasalah saya tak dapat qada' puasa sebelum kelahiran Adik. Teruk saya setahun lepas tu kena bayar denda dan ganti puasa. Insaf betul masa tu. Sejak tulah tak pernah tunggu last minit nak ganti puasa, takut ada perkara yang menghalang kita hingga tak menyempat nak menunaikannya...

      Delete
  4. Dalam apa hal pun dalam Islam yg wajib kena buat baru buat yg sunat. Samalah hal dgn berpuasa sunat Syawal ini. Contoh lain boleh dilihat macam sedekah dan zakat. Kalau wang simpanan banyak tapi tak dizakatkan bukanlah lepas begitu saja dek kerana banyak sedekah yg diberi. Zakat tetap kena zakat (ijab dan qabul kena ada) barulah yg nak sedekah tu boleh dibuat sebab zakat itu wajib dah sedekah itu sunat. Eh... membebel pulak kakak ni sorry dik...

    Beruntung HD arif & alert dlm hal-hal begini... alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, kak sesekali membebel benda yang baik. Memang niat menulis entri ni pun nak dapatkan lebih banyak info. Ada hikmahnya juga tetiba HD ungkit pasal puasa qada' saya. Kalau tidak, selamanya saya buat benda yang sama. Tak terasa musykil langsung, makanya takdalah nak mengorek ilmu. Bila dah musykil macam ni, barulah terhegeh-hegeh mencari kepastian. Baca punya baca, memang banyak pendapat. Ada juga kata boleh je puasa enam dahulu lepas tu selesaikan qada' tapi saya lebih selesa ikutkan kata HD berdasarkan segala info ilmu yang dititipkan sama buat pemahaman si isteri yang katanya Muslim sejak lahir ni. Malu dalam hati je, tapi tetap juga nak bertikam lidah menegakkan benang basah :)

      Delete
  5. pasal ni kan memang selalu ada kekeliruan
    ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh
    saya tak pandai bab gini
    tapi saya tanya kebanyakkan ustaz ustazah, semua kata boleh
    maka saya teruskan aje apa yang saya terbiasa lakukan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama ni memang kalau buat puasa enam ke, puasa sunat ke, saya qada'kan sekali puasa. Tak rasa musykil, jadi takda jadi persoalan. Bila HD mula berdebat, terhegeh-hegeh cari kepastian. Ish, tak mahu terima kenyataan mulanya tapi dah asyik diunjukkan dengan pelbagai pendapat, saya pilihlah mana yang saya rasa paling bernas.

      Delete
  6. Hahahaha...ayat makan dalam betul your husband bagi tu...Tapi itulah natijahnya, ramai yg " Islam hanya pada keturunan"..ini bukan saya tujukan pada awak tau...yg mana nama aja Islam, tapi solat pun tak lengkap 5 waktu...

    Tentang puasa sunat Syawal 6 hari, mmg ada pelbagai pendapat ..
    Kita berpeganglah pada yg kuat..according to Imam Syafie..
    Yg ter afgdal ialah settle kan yg qada, then baru buat yg sunat 6 hari
    Tapi ini tak bermakna pulak kalau niat sekaligus qada + sunat tu tak boleh, ia tetap boleh, ada juga pendapat yg membolehkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak makan hati... Takpa, takpa...saya part orang berkata/mengumpat saya tak hairan tapi kalau suami sendiri yang cakap, hah itu saya hairan selalu dan ada je yang nak diajak bertekak. Kah3x.

      Selama ni memang saya buat qada' dan sunat serentak. Kalau nak ganti puasa pun memang pilih hari Isnin dan Khamis so dapatlah puasa sunat sekali. Mulai tahun ni saya berubahlah. Terlambat pun terlambatlah janji saya buat juga... Itu pun suami kata jangan ngengada nak puasa sunat sebab nak diet. 'Jauh dari benar' dah tu niat melakukan puasa sunat... Aduh, ada je tau nak cari gaduh. Hehehe....

      Delete
  7. Syoknya kak dah habis puasa qada & puasa enam. Lyn ni baru jer habis puasa qada, harap2 boleh sambung puasa enam dgn harapan bendera jepun jgn lah keluar dulu ahahhaa

    byk info yg katanya boleh combine dua puasa tu dgn dua niat yg berbeza. kwn2 lyn selalu buat gitu. tapi apa yg lyn belajar kat kelas agama, kita kena qada puasa wajib dulu baru boleh buat puasa enam. so kita ikut apa yg kita belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega, lega sangat-sangat rasanya. Macam takda beban berat terpikul di bahu. Selalunya buat serentak. Baki puasa ganti siap postpone ke tahun depan. Lepas tu agak-agak seminggu nak datang Ramadhan seterusnya baru kalut ganti puasa yang berbaki. Memang tak senonoh perangai tau. Sila jangan ikut. Itulah sebab tahun 2011 akak tak sempat qada' puasa 2010 kerana mabuk teruk mengandungkan Adik. Nak nangis rasanya kena ganti puasa dan bayar denda tapi padanlah muka. Postpone lagi qada' puasa sampai dah suntuk. Sendiri tanggunglahkan....

      Delete
  8. Beb...gi mana semalam? Sunyi jer......

    Bagusnyalah jiran mak ni...salute seyh......habis semua digantinya puasa qadak.....pulak tu dii gondolnya ganjaran sunat....
    Banyak pendapat yg paling afddol mmglah yg asing asing tue....Tak pelah tanggungjawab kita sebagai hamba buat aje mana yg kita tahu dan mampu disamping cuba menambah ilmu....Diterima ke tidak itu hak Allah....

    Yelah ementara hidup kita masih berbaki ni ye dak.....psst....okje bab puase ni liat sungguh....rasanya mcm tak pernah jer buat puasa 6....teruk tak teruk tu...


    Itupun tak perasan lagi ruginya tak buat dulu dulu....huhu
    Si Pak Jilap mentang mentang le dia dah habis puasa 6, bukan main kerek lagi dia dengan mak tau...siap nasihat nasihat gitu kat bini dia....
    Hari ni baru start puasa gantinya itu pun dilema gak pagi tadi mcm nak buka jer hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila rumah tutup semua tu maknanya cuti-cuti malaysialah, OKje. Bukan apa, superheroes berdua batuk+selsema+demam. Mommynya ni hah bukan boleh buat kerja kat pejabat kalau superheroes tak sihat. Cepat je sms minta cuti. Dan secara rasminya, cuti tahunan saya dah tamat habis licin semalam. Pandai-pandailah nak hidup untuk lagi 4 bulan mendatang. Susah sangat nanti kena MC ajelah...Hihihi....

      Saya pun kalau bukan bulan Ramadhan, seksa rasanya berpuasa. Bukan lapar dan dahaga tapi letih. Macam budak baru belajar puasa je kekdahnya. Rasa nak merangkak aje bila balik ke rumah. Kalau hari cuti jangan haraplah saya berpuasa. Tak tahan nafsu letih mengganas kononnya ...

      Alahai OKje... saya pun bukan setiap tahun buat puasa enam. Belum sekali pun cuba berpuasa enam hari kedua raya. Tak sanggup. Tekadkan juga dirinya puasa straight sambil membayangkan betapa beruntungnya diri takdalah tergesa-gesa nak qada' puasa dah hujung-hujung nanti. Dek kerana tipisnya ilmu di dada dan hasutan syaitan suruh qada' je puasa dekat-dekat nak masuk next Ramadhan, terus saya tercicir terus nak qada' puasa tahun 2010 kerana mabuk teruk sampai 9 bulan masa mengandungkan Adik. Nangis tau ganti puasa untuk 2010 dan 2011 serentak (yang jumlahnya ohsem juga) serta kena bayar denda untuk puasa yang dah terlap setahun tu.... Iktibar sesangat!

      Delete
  9. Alhamdulillah dah kaup sekali gus...apa yang hubby bagitau ada juga benarnya...yang baik tu ambil jerlah...
    Supaya dapat share amalan yang berguna dan di tuntut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada terbaca yang katanya kalau sunat dan wajib boleh digabungkan, cuba bayangkan kalau solat wajib dan sunat kita gabungkan aje sekaligus. Memanglah tak boleh kan... Wajib tetap wajib, sunat kalau dibuat dapat pahala, tak buat tak berdosa. Jadi, tahun ni saya akur dengan pendapat Hubbydearie walaupun ada yang kata boleh je digabungkan atau buat sunat Syawal dulu kemudian ganti puasa wajib.

      Delete
  10. Akak baru dua hari puasa sunat MD... tau lah akak ni jenis ABC tu lama kemain datang nya..
    Puasa Qada' tak buat lagi.. selalu buat puasa qada` ambil isnin khamis MD...

    Alhamdulillah dah sekali harung mengganti puasa dengan sunat ye MD.. memang tabik spring lah kat MD ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik puasa qada' saya tak banyak. Itu yang boleh settled cepat sikit :) Selalunya qada' puasa dah nak dekat Ramadhan balik :) Kali ni je bukan main cepat sebab kena tegur dengan HD. Kalau tidak, tak dapat pulak nak berpuasa enam....

      Delete
  11. Alhamdullillah.. tak per.. tak tau kena laa ambil tahukan.. Rajin jugak buat qada pas tuh sambung sunat plak yer.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali pertama habis qada' puasa dan berjaya buat puasa enam. Selalunya puasa enam dengan qada' serentak pastu baki qada' puasa boleh postpone sampai last minit. Kali ni alhamdulillah, dapat selesaikan qada' dulu lepas tu terus sambung puasa enam.

      Delete
  12. Ye ramai yg rangkum tp LM ada baca dan dijelaskan masa duk arab dulu x blh. Masakan benda wajib digabung dgn benda sunat?

    Wajib kita qada' dulu sbb itu hutang kita dgn Allah. Lepas tu br lah buat puasa sunat. Itu kata ustazah. Baru lah LM angguk2 faham dgn hujah dia. Mmg sgt logik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takda rasa musykil pun dulu, LM sebab bertahun dah buat rangkum merangkum ni. Nasib baik juga bertikam lidah dengan HD pasal ni. Terus cari kepastian. Bila dah baca banyak pendapat, saya rasa elok juga saya buat je qada' dulu. Ada rezeki sambung puasa enam. Kalau takda, takdalah. Alhamdulillah, dapat dua-dua. Habis je puasa enam terus bendera Jepun :)

      Itulah bila terfikir mana boleh sembahyang sunat rangkum sekali dengan yang wajib (sebagai perumpamaanlah) baru rasa ada betul gak kata-kata HD tu. Jomlah kita lakibini membelek segala pendapat yang ada.

      Delete
  13. Replies
    1. Alhamdulillah, lega sangat-sangat. Tak payah tunggu last minit nak ganti puasa nanti :)

      Delete
  14. Rupanya memang ramai yang buat sekali macam tu....saya pun pelik juga sebab ada beza puasa sunat dengan wajib ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya rasa malu pulak. Manalah tau kot kita je yang tak tahu. Rupanya memang ada kekeliruan pun dalam hal ni. Bila dah tahu, ambillah mana yang baikkan.

      Ini tahun je kali pertama saya dapat buat qada' puasa lepas tu puasa enam. Selalunya rangkum je, lepas tu baki puasa siap forward sampai last minit!

      Nasib baik diberi peluang untuk berubah :)

      Delete
  15. memng ada 2 pndapat pasal mna nak gnti dulu..
    yg wajib memang kena dahulukan..
    kita yg x brapa rajin ni niat nk puasa gnti nga sunat..
    allah lebih tahu, kalau puasa lebih mesti dapat pualakan..x payh nak fikir sgt pasal perbhasan ni rasanya..biar mereka yg arif bahaskan..
    kita br gnti 2hr dah naik bendera jepun..ishk sempat ke ni...nak habis buln ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lepas-lepas tu berserah pada Allah sahajalah. Kalau diterima, alhamdulillah, Kalau ada tersilap, kiranya dah belajar dari kesilapan mulai tahun ni :)

      Ada lagi dalam kurang lebih dua minggukan. Insya Allah, dapat tu.

      Delete
  16. Alhamdulillah yaya pon da selesai sunt 6..
    xda qada' sbb bndera xmau naik..huhu
    syukur ada suami yang mcm tu..kena ingtkan istri selalu..
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya Yaya tak perlu qada' puasa. Bestnya alahai.... Senang hatikan bila semua dah selesai. Takdalah kalut nanti bila nak dekat Ramadhan kembali :)

      Delete
  17. wooo garangnye enche asben awk ye MD..klau hati tak cekal memang manjang la sentap kan tegoran camtu..huhuh..kene bersabo byk lah camtu..anyway teguran tu ade betolnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama hidup bersama, dah terbiasa dengan sikapnya yang suka menegur :) Kalau merajuk pun bukan ada yang nak pujuk. Kenalah pujuk hati sendiri. Hahaha.

      Delete
  18. yg tu saya tahu a few years back. tak blh serentak puasa ganti dgn sunat. kalau nak buat puasa 6 kena habiskan yg wajib dulu yakni puasa ganti. tp kalau buat pose ganti dlm bln syawal, insyaAllah dpt pahala puasa 6 tu jgk. pahala2 tu semua Allah yg punya. tp yg penting ganti tu la kena buat. sunat kemudian takpe. wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah itu yang saya tak berapa faham. Kalau puasa ganti dalam bulan Syawal, dapat puasa sunat enam tu. Yang saya baru faham, kena puasa ganti dulu. Lepas tu barulah buat puasa enam jika mahu. Tapi takpalah, Allah Maha Mengetahui. Yang lama-lama dulu bukan boleh gostan pun. Harapnya diterima oleh-Nya.

      Delete

Post a Comment