Rabu tanpa gambar

Salam Syawal kawan-kawan!

Hari ni mood ada sikit merundum. Sejak dari semalam tak boleh nak transfer gambar dalam handphone. Ada problem dengan usb cable. Dahlah I ni bab-bab teknikal memang cukup 'berpengalaman luas' maka memang nak pitam rasanya memikirkan apa masalah sebenarnya.

Kalau orang lain meriah dengan Wordless Wednesday, nampaknya I akan maintain membebel-bebel tanpa gambar di hari Rabu yang indah. Perkataan 'less' ni memang langsung tak sesuai dengan jiwa I lah nampaknya!

Okey, sebelum I terlupa  terus lebih baik I abadikan kisah a bit celaru meleret di sini. I ni sebenarnya bukan suka bercerita hal-hal dalam dan luar kain di my pejabat tapi kali ni since menyampah nak up entri takda gambar (macam tak biasa je padahal mula-mula blogging dulu takda pun gambar ...) I story sikit-sikitlah, ya! Sila tahan telinga mendengar luahan hati I yang tak seberapa ni.

I ni sebenarnya dah lama sangat bekerja di sini. Memang dah senior sangat-sangat. Semua benda dalam kepala, anytime tanya je memang terpancul jawapan tanpa ragu-ragu. However, the job here is quite routine, maka takdalah susah sangat bagi ah kak.

Masa 2,3 tahun pertama memanglah hari-hari pun hantar resume ke syarikat lain. Pantang ada orang resign, kita pun terpalit sama sinar keterujaan untuk job hopping ni. Bila dipanggil interview,  tetap pergi tapi bila dihubungi balik kata dah dapat kerja, mulalah terfikir pros and cons. Tetiba aje rasa cam malas nak bermula semula di tempat baru....

Lama-lama terus melekat di sini sahaja. Lepas kahwin lagilah malas nak mohon kerja baru. Benefits takdalah banyak mana tapi apa yang membuatkan I tetap di sini kerana rasa macam dah di comfort zone. Sikap malas nak bermula di tempat baru itulah yang menjadikan I 'tukun' di sini ....

Of course bila bekerja makan gaji ni, memang banyak rungutan kadang-kadang. Adakala rasa macam diri tak dihargai. Ada kala rasa macam dah bagi all out tapi kenapa penghargaan yang diberikan macam tak setimpal aje. Bila  down macam nilah (terutama bila dapat tahu bonus dan kenaikan gaji kita sikit berbanding orang tertentu)  mula nampak tempat  dan kerja lain lagi ohsem berbanding dengan tempat dan kerja kita sendiri.

Sebenarnya I takda apa-apa komplen tentang kerja. Semua at my fingertips. Senang.  Kacang je. Yang membuatkan hati berdolak-dalik kekadang tu ialah the working environment. Colleagues pun memang memainkan peranan juga samada kita selesa bekerja bersama ataupun tidak. Prinsip I memang mudah. I tak suka ada geng tertentu. I join je mana yang ada. Istilah ber'geng' di pejabat ni memang tiada. Most of my colleagues are Japanese, diikuti Chinese dan Malays. Boleh bilang dengan jari je kaum sendiri tapi bila mereka start ber'geng' memang I pilih jadi lone rangerlah. Geng yang ada macam tak sesuai dengan prinsip I pulak *__*

Oh, ya memang betul! I ada kawan-kawan untuk bergembira tapi tak ramai sahabat *sigh* Ada sesiapa nak jadi 'sahabat sejati' I? Silalah memohon, memang banyak yang  kosong. Hahaha.

Sejak dua menjak ni, memang I tak faham cara-cara orang Jepun ni bekerja. Memang lain macam. Well, you know them. Mereka ni memang hardworking. Tapi bila dah terlalu lama bersama, mulalah nampak segala kecelaruan dan kekurangan. Yalah, macam hidup suami isteri kononnya. Segala keputusan nampak macam dah tak logik lagi...

I memang tak tahan rasanya sekarang tapi nak mencari kerja lain as I said before, memang takda dalam senarai hidup I lagi. I cuma bagi diri ni maybe 3,4 tahun lagi untuk bekerja. Dulu pun I pernah beritahu my ex boss yang I nak kerja untuk 10 bosses. That's not hard actually. My boss bertukar-ganti dengan kerap. Sekarang ni je I dah kerja untuk 7 bosses. Macam-macam perangai ya. Ada yang memang di luar kawalan, ada yang sangat baik dan ada yang pelik sungguh. The best boss I ever had of course my boss yang ke-6. He's such a wonderful man and very understanding. The one yang I cakap I menangis berminggu-minggu bila tahu dia kena transfer balik ke Jepun!

On my birthday baru-baru ni, I terima satu berita sedih. Kontrak kerja salah seorang my colleague telah ditamatkan. Yang malang, my colleague ni tinggal menunggu hari je nak bersalin. Kebetulan kontraknya tamat beberapa hari sebelum due datenya. She's not the most junior in our section. Dah 7 tahun bekerja. In fact, dalam pada nak cut budget bagai, mereka ambil seorang pekerja baru yang gajinya jauh lebih  tinggi. Itu memang I tak berapa nak faham.... 

Kalau ya pun nak cut cost bagai, ada seorang lagi yang 'sangat layak untuk dicalonkan' tetapi berjaya mempertahankan kedudukan walaupun semua orang tahu dia hanya makan gaji buta. Sungguh I terasa confused tetiba dengan cara kerja mereka...

By the way, kami di sini (terutama yang masuk kerja seangkatan dengan I) semuanya permanent staff tetapi memang ada kontrak yang being renewed every 3 years. Staff yang joined before us memang takda kontrak. 2,3 tahun sebelum ni  mereka tukar pulak kepada kontrak yang diperbaharui untuk 1 atau 2 tahun saja untuk new staff yang baru masuk. Apa niat sebenarnya nak guna kontrak macam ni pun I tak pasti sampai sekarang....

My 3 years contract tamat pada April tahun ni. A month before tu, my HOD dah tanya boleh ke tidak company renew my contract (ertikata lain, I nak bekerja di sini lagi ke?) Pun begitu, selepas my colleague ni ditamatkan perkhidmatan barulah nampak menjelma my new contract hitam putih padahal HQ dan perbaharui kontrak tersebut sejak bulan May lagi. Itupun a month lewat!

Of course, memanglah ada suara yang mengatakan I tak terpilih kerana bosses sayang kat I. Walaupun kontrak I yang tamat dahulu, tetap mereka renew berbanding dengan my colleague yang tak bernasih baik ni. Uhuh, I don't think so! Kalau bosses sangat sayang kat I, seharusnya didouble triplekan aje gaji I tau...  

Eh, sebenarnya banyak benda I nak menceceh tapi knowing me, mana pernah tulis pendek-pendek. Pengsan kawan-kawan membaca nanti. 

Harapnya takda yang mengantuklah, ya!

Itu aje untuk my Rabu yang penuh berayat tapi suram !

P.S. Handphone I buat hal. Semua contact kawan-kawan dah hilang. Penambah tension jiwa raga je!

 

 





 



 





Comments

  1. lya pom smpai skrang still ditempat lama.. dlu mmg ada byk htr resume kat lain n dpt offer.. tp smpai msa, mmg still jugak melekat kat sini.. huhu.. ni pom fikir pnjang.. salah 1 faktor y buatkan lya trus bkerja kat sini sebab.... utama sekali lya sakit ,so bos n smua staff amat memahami.. mmg dia org trs bg pluang kat lya..walaupon 2-4 thn lps byk ponteng dr kerja sbb msuk wad la..icu la..tp alhamdulillahm, dgn keadaan lya y x mberi benefit pd company, dia org trs mgaji lya.. tp klo kat lain rsanya dh lma kna tendang kan.. now, dalam 2-3 thn ni semakin sihat & alhamdulillah dapat buktikan pd semua. paling best kesemua bos & ofismate blh buat geng... mmg xde tekanan dgn org2 & suasana pejabat..enjoy sgt.. selain tu, bos just ambik org melayu islam kt sbg pekerja, sebab utamakan org melayu. dan benefit lain, dapat bonus puasa, raya & akhir tahun setiap tahun.. selain tu bonus projek pon ada. Lagi best jugak, setiap pekerja msuk 6thn bekerja, comp htr pergi umrah & cukup 10 tahun company bagi duit utk pekerja & pasangannya utk tunaikan haji.. tp kalo x mampu tunaikan haji duit tu blh buat simpanan msa depan.. gaji bulanan biasa2 je.. kalo kerja kat lain maybe dpt lg besar.. cuma lya terus setia sebab mmg dah enjoy sgt kerja & paling penting mereka semua memahami keadaan lya ni. alhamdulillah..

    bab ofismate, mmg kt org xde bpuak.. klo rehat pon beramai..konvoi la 1-2 buah kereta ke.. hehe.. kdg tu dgn bos sdri join kt org.. maybe sbb bos org melayu kt & dia sgt sempoi n sederhana walau dpt pngkat datuk pon dia tolak..

    kesian sgt kat kwn MD dy pregnant tu.. dah la nak bersalin tba2 contact ditamatkan,.. lg2 dia dh lama kan bekerja.. mmg pekerja sana semua kontrak ye?? insyallah, pasti allah swt ingin memberi rezeki yan g lebih pada dia,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira dah beruntung ni Lya dapat company yang sangat memahami. Kalau serba-serbi pun okey, baguslah. Ada untungnya juga kadang-kala bila dapat bekerja dengan orang kita sendiri.

      Part kawan pejabat yang diberhentikan tu pun memang kesian tapi tak boleh nak buat apa. Kami semua katanya permanent staff tapi yang tak menahan auto renewal contract tu pun mereka nak juga. Untuk apa pun tak faham.

      Delete
  2. Saya kat office pun memang takde geng tertentu.. dengan semua saya kawan.. kalau tak nak kawan tape.. lone ranger je.. ;)
    Moga kawan MD tu tabah dalam mengharungi ujian di saat ingin melahirkan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan-kawan gitu ajelah tapi takdalah sampai bergeng bagai. Kadang rasa susah, tapi most of the time senang begini. Tiada pula sungutan tentang kawan yang ditamatkan kontrak ni. Moga dia tabah dan ada peluang yang jauh lebih baik di luar sana.

      Delete
  3. kt mana2 mmg ada masalah kerja kan. naik letih dibuatnya. rasa nak berhenti goyang kaki jer. tapi.. apakan daya.... I oulss kan sorg. hehehe.

    dah umur mcm ni mmg malas dah nak cari kerja lain. tapi memandangkan stress bekerja di sini sampai nak cover kerja org, terasa terpanggil pulak nak cari kerja lain. tapi mmg nak cari jugak lah. lepas raya ni ada lah 2 3 interview. harap2 melekat lah salah satu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada peluang lagi, consider je tempat baru. But of courselah, serba-serbi pun nak kena fikir juga. Kalau sama je kekdahnya dengan tempat sekarang, untuk apa nak bermula semula. Ya tak?

      Kena cari pangkat datuk-datuk ni Lyn kalau nak duduk goyang kaki seumur hidup... Hahaha....

      Delete
  4. husben pun keje dgn jepun. dia kata yang poyo bkn jepun tp melayu snd. nak tikam pun melayu jgk. dia la selalu kena sbb ada yang dengki. kebetulan dms dia dpt keje tu gaji dia mahal skt berbanding org lama yg keje kat situ dan pangkat pun up skt. husben bkn jenis nak pangkat. nak gaji lebih je ada la. haha... tapi ada je yg tak puas hati. tp dia mls nak layan. dia kata lantak la nak buat apa pun. ada dia kesah? tp katanya kalau sesiapa ada kemahiran bercakap jepun memang senang nak dapat keje kat tmpt dia tu. blh jdk HOD. gaji pun tggi. hari tu nak bg adiknya try sbb pernah ddk jepun 3 tahun. tp x jdk plk. mls ada adik beradik ramai kat jhr ni kot. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik dengan my company ni. Jepun-jepun depan kita punya elok. Belakang lain cerita. Sama je macam bangsa yang satu lagi di muka bumi Malaysia ni. Dalam apa-apa hal pun memang orang dia kena lebihkan walaupun adakalanya kurang bagus pun performancenya. Tapi sebab dah lama, malas nak fikir. Kalau nak blah, memang nak dok rumah je. Malas rasa nak kerja tempat baru lagi.

      Delete
  5. contact hilang dah sedih kan MD..acik lagi la dengan telfon2 hilang dari pandangan....mana la nak cari lagi ni..naik pening kepala dah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, hilang semua contact. Susah nak retrieve semula. Tetiba pulak rasa cam nak tukar nombor telefon....

      Delete
  6. kalau boleh nak gak berenti kerja tapi dah keje sekarangni okler boleh tahan.. tapi tan gajitu memang tak bestler.. dah nak selesa amekjereler gajitukan.... kat sini tak ler geng punya.. sebabnyer akak sorang melayu nak geng diaoarng nanti rasa duk hongkong.. so buat hal sendirijer... tapi lebih seronok tak banyak ngumpat tak banyak gosip... so layan blog lagi baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bertahan harapnya untuk 2-3 tahun lagi. Penat rasanya Cho bekerja ni tapi kalau tak kerja pun penat juga :) Dah terbiasa poket terisi sendiri, bila tak kerja sure tak best. Kena mengharap simpati suami pulak. Itu yang fikir panjang berjela :)

      Dalam hidup memang kena pilih. Tak boleh mahu semua yang kita hendak. Ya tak?

      Delete
  7. La...entry dilema tempat keje nampaknya. Saya keluar dr rumah seawal kul 8.30 pagi semalam, lupa nk jenguk sini malam tadi. Alahai, tabahkan hati kuatkan semangat ya sahabatku... pasti perasaan agak terganggu dan persekitaran di sana tu buat sahabat saya ni tak senang hati. Sebagai seorang yang tak duduk di tempat MD saya cuma boleh bagi kata2 supaya MD bertahan dan banyakkan doa moga dimudahkan segala urusan MD .. kerja dgn penuh iklhas pasti ada ganjaran yang baik buat MD. Mungkin kita mmg tak leh nak ubah persekitaran atau orang lain di sekeliling kita tapi kita ubah diri kita dulu supaya sedia dengan persekitaran yang ada. InsyaAllah setakat terdaya. Kalau tak, saya yakin kalau MD mohon kerja kat tempat lain pasti senang je dapat kerja baru dengan pengalaman yang MD ada tu.

    di sekolah ni pun situasi tak sedap juga. Big boss jenis mengerah dan tak mesra.. memang tertekan sebenarnya kawan2 saya di sini. Saya buat tak tahu je. Dlm masa yg sama kata kalau tahun depan selesai urusan naik gred baru saya nk mohon tukar sekolah kalau masih lagi pengurusan macam ni. Setakat ni relakan je apa. Setakat boleh buat cuba buat walaupun rasa benda tu terlalu memaksa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang dah tak berminat sebenarnya nak bekerja di tempat baru. Pengalaman 15 tahun bekerja tu cukuplah kot untuk 4 buah syarikat besar. Dah banyak pengalaman dilalui, dah faham asam garam kehidupan menjadi kuli orang ni. Dek kerana itu, telan ajelah segala yang pahit. Kenangkan yang manis-manis aje. Sampai masa nanti, letak jawatan je. Hahaha.

      Delete
  8. kira sama ajelah delima kita ye MD
    saya pun akalu fikirkan dah tak sanggup nak melalui episod temuduga
    lagipun usia tak berapa nak muda
    nak kata environment kat sini tak bagus, tak juga
    masalahnya hanya bos dan gaji

    en suami pernah kata yang tak ada pekerjaan yang sempurna
    tapi kalau saya boleh memilih, kenapa tak kan?
    so sekarang dah tekad, semalam baru tanya bos
    bos u nak naikkan gaji i ke tak nak, tak nak i resign =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali memang kena ugut. Kalau kita tak komplen, mulalah mereka melatah sesaja. Memang betul, kita lepaskan kerja kita, banyak lagi yang menunggu di luar untuk mengisi kekosongan tempat kita. Tapi kena fikir juga. Kena hargai senior staff juga. Takkan nak sayangkan staff baru yang keluar masuk macam biskut tu. Pelik kan....

      Delete
  9. Replies
    1. Busy sikit this week, AN. Baru aje nak warm up hari ni :)

      Delete
  10. Betul....betul...kekadang kita nak tukar kerja bukannya mudah banyak yg kena difikirkan....... Mak pun start kerja sampai berhenti kat company yg sama.....benefit ok, environment ok...so nak apa lagikan....
    Yang penting kerja senang dan tak membebankan..... dah cukup bagus.
    Pak Jilap pun dah bosan kerja dah..... mak susah hati gak ni kang missed soru pulak huhu

    Kalau rasa dah tak selesa cari ajelah company lain.....disamping tu banyakkan berdoa moga Allah permudahkan urusan.
    Tapi jangan pulak nak berhenti kerja blog pun berhenti jugak....tanpa khabar berita pulak tu hish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki tetap ada walaupun mungkin susah nak menyesuaikan dengan dunia baru, OKje. Banyak kali juga dengar OKje 'ketakutan' dek keluhan Pak Jilap tapi Insya Allah, Pak Jilap tentu fikir masak-masak sebelum ambil keputusan. Keputusan suami ni, keputusan demi keluarga. Bukan senangkan..

      Saya ni lama dah di sini sebab tu terasa macam comfort sangat. Bila nak mulakan sesuatu yang baru terasa alahai, bercinta sungguh. Dah lemaulah bekerja nih....

      Delete
  11. Replies
    1. Insya Allah, semoga segalanya terurus dengan baik.

      Delete

Post a Comment